Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
PANTAI TAMAN GELORA, KUANTAN
Ahad yang lepas, baru ni, lepas Subuh, kami ke sini.
Breakfast dulu di food court dekat jeti Tanjung Api. Lupa snap foto sebab masing-masing lapar. Siap makan drive ke Taman Gelora. Dekat saja tak sampai 1km. Wahh dah banyak berubah. Benteng ke pantai dah siap. Sewaktu musim tengkujuh lepas, air laut ketika air pasang, sampai ke laluan trek dan juga pokok-pokok di Taman Gelora ni.
Wahh dah ada laluan kemas landai ke pantai. Sebelum ini pantai di Taman Gelora memang tidak diteroka sangat untuk beriadah oleh pengunjung sebab pantai agak tidak kemas dengan pokok-pokok bakau yang tumbuh melata.
SWISS-BELHOTEL TANGJUNG LUMPUR nun disana.
Pokok-pokok bakau yang mungkin sengaja dibiarkan tumbuh.
Dah ramai pengunjung beriadah di persisiran pantai.
Lapangnya mata. Love sangat Pantai Taman Gelora sekarang ni. Memang lama tak datang.
Mentari di langit yang berjerebu.
Alhamdulillah Taman Gelora ini memang terjaga sebab tumpuan pengunjung setiap hari sejak sekian lama.
Banyak group yang bersenam dengan lagu-lagu yang sangat menghiburkan. Ada group yang siap dengan t-shirt seragam.
PASAR TANI UTC AHAD
Siap brisk walk kami ke sini. Lama jugak tak datang. Rasa nak angkut semua.
Antara yang kami beli di Pasar Tani UTC. Nampak blogger KAK AMIE juga ada beli Buah Perah. Memang suka makan buah ni, payah dapat di kedai. First time jumpa Apam Lambung di sini.
MOVIE CHELOT YANG AWESOME
Anak solehah ajak tengok CHELOT. Hubby tak nak, dia bukan lah peminat movie lokal. Namun ada juga yang dia ikut bila kami paksa tengok seperti MAT KILAU, PASKAL, PULANG & BLOOD BROTHERS. Tapi bila kami kata pelakon best2 untuk movie CHELOT ni, dia ikut. Habis movie, hubby kata movie bagus, macam filem Melayu lain sebelum ni yang dia kena paksa tengok haha. Ya memang awesome movie ni. Ada juga diselit keutamaan pada keluarga.
Nanti free akan balas komen untuk previous post juga bw ya. Lately ni uzur sikit, kekangan masa dan itu ini hal nya. Nanti ya.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.













take care jerebu teruk skrg ni...
ReplyDeletenieyl stop brisk walk dlu..semoga cepat2 pergi dari malaysia jerebu ni...
Alhamdulillah dah makin susut jerebu kan.
Delete1st time dgr pantai gelora.. Berjerebu juga di kuantan ye.. Kl truk juga
ReplyDeleteTak popular sangat tapi Taman Gelora lagi orang kenal. Betul Kuantan pun berjerebu
DeleteLawa view pantai tu. Luas betul.
ReplyDeleteMemang luas pantainya
DeleteAhad baru ni pun husband Cie beli buah perah.
ReplyDeleteMusim buah perah kot, sedap kan
DeleteSy pernah stay dekat Swissbell tu kak...
ReplyDeleteRasa lebih selamat dan selesa nak beriadah bila ianya diselenggara dgn baik begini.
Apam lambung tu macam kuih cara manis sekali imbas
Swisbell memang popular hotel nya.
DeleteMemang Taman Gelora ni selalu diselenggara sebab tumpuan warga Kuantan beriadah.
Acuan sama rasanya.
memang ngam nama pantai gelora sbb laut selalulah bergelora gitu. take care dear mulan. shafakillah
ReplyDeleteBetul laut selalu bergelora kan hehe. Thanks so much MZ, Aamiin
DeleteCantik suasana gambar pertama tu. Seronoknya dapat menikmati suasana sunrise di tepi pantai. Luas kawasan landai pantai ni. Baguslah terja pantai ni, ramai pengunjung boleh beriadah di sini.
ReplyDeleteSwiss Belhotel tu antara hotel yang popular di Kuantan kan sebab dekat tepi pantai, cantik seaviewnya.
Elok juga ada pokok bakau tu untuk kurangkan halangan ombak kuat. Tapi kalau tinggal batang je macam tak berfungsi pula. Mungkin rosak disebabkan air naik juga kot kan.
One day bercuti di Kuantan, nak singgah Pantai Gelora jugalah.
Lately ada singgah Pasar Sehari Temerloh, dapatlah juga rasa buah perah. Sedap macam buah berangan.
Tak tengok lagi movie Chelot, ramai review kata best.
Memang cantik sunrise tepi laut, pantai pun luas.
DeleteSwisbell Hotel memang popular. Nanti datang Kuantan, singgah Pantai Gelora ya.
Betul pokok bakau boleh halang ombak yang kuat.
Musim buah perah agaknya kan. Movie CHELOT memang best bagi kami
Nampak padat betul aktiviti hari Ahad Kak Mulan! Menarik betul jumpa Buah Perah dengan Apam Lambung kat Pasar Tani UTC tu, memang payah nak jumpa kuih/buah rare macam tu. Jaga diri juga Kak Mulan dalam cuaca berjerebu ni.
ReplyDeleteMemang padat dan seronok. Ikut hati nak beli banyak lagi kat Pasar Tani tu sebab macam-macam ada. Buah perah sedap, payah jumpa kan. Apam lambung sedap favorite kami. Thanks SA, take care jugak ya.
DeleteNampaknya jerebu kat belah Pantai Timur tak seteruk di KL ye. Masih boleh beriadah di luar lagi. Rindunya nak pergi brisk walk pagi2.
ReplyDeleteMinggu lepas saya bawak anak2 tengok movie Chelot jugak. Bagi saya menarik walaupun jalan ceritanya agak mengelirukan pada awalnya. Anak2 tak berapa suka sebab aksi terlalu ganas dan dieorang rasa watak orang jahat asyik menang je dalam citer ni 😅
Kalau tengok indeks jerebu memang tak seteruk KL. Alhamdulillah dah makin ok kan. Chelot dengan plot twist nya, hebat jugak movie ni kan. Kurang sesuai kot untuk anak-anak sekolah rendah
DeleteBaru-baru ni ke Kuantan tetap short trip sangat. Sempat ke pantai Batu Hitam dan Teluk Cempedak sahaja. Pantai Gelora tak sempat nak singgah. Makin cantik pantainya, orang pun tak ramai sangat.
ReplyDeleteBetul Pantai Gelora memang makin cantik
DeletePokok bakau tu tinggal ranting je ya....
ReplyDeleteMasih hidup dan akan tumbuh lagi. Sebelum ni sepanjang pantai penuh pokok bakau
Deletebukan di blog kak amie je cerita pasal buah perah ni. Kat blog Cie ada, blog Fiza ada. Ehhhh memang nak suruh kita cari dan rasa juga gamaknya
ReplyDeleteHehe ya betul nanti cari tau sebab sedap buah perah ni
DeleteWaaah jauh juga air pasangnya ya kak...
ReplyDeleteWalau terlihat gersang, tapi saya suka saja pantai yg sepi begini. Sebab memang tujuan saya ke pantai biasanya untuk rileks. Jadi lebih suka yg sepi.
Melihat petai yg dijual, rasa nak beli semua 🤣🤣. Kupas, trus simpan dlm freezer.
Buah perah saya tau juga dari kak Amie. Tp tak pernah coba dan lihat.
Movie chelot ini saya harap masuk Netflix. Nak nonton juga kalau dah masuk 😍. Sukaa dengan tema action begini
Ya Fanny memang agak jauh. Pantai luas bila ramai orang masih tak sesak. Waktu pagi lebih tenang. 😍
DeleteBetul senang simpan petai terus dalam freezer 👍
Buah perah ni bermusim mungkin, sebab sekarang baru jumpa.
Ya tak lama mesti masuk Netflix. Tapi tonton di pawagam, skrin nya lebih besar 😍
Taman gelora ni yg femes karipap dia tu kan.... ada sekali kitrg ke kuantan mesti cari karipap tu..
ReplyDeletePernah juga stay kat swissBell hotel tg lumpur tu.. not bad gak suka situ sbb pool dia mini theme waterpark hahaa.. bdk² suka laa
Ya Ako wahh tau pasal karipap Taman Gelora ya.
DeleteSwisbell Hotel memang popular, pool best kan
Tak pernah makan buah perah. Agaknya buah ni ada musimnya ya, sebab tak mudah jumpa.
ReplyDeleteBuah mesta pun tak pernah makan, rasanya kalau jumpa saya tak terfikir nak beli sebab dok fikir tu manggis 😄
Mungkin lah juga bermusim kan, sedap buah perah ni.
DeleteMesta dan manggis ni beza sikit je bentuk nya
Buah perah ada di blog ini, Kak Amie dan Cie... musim kot sekarang ni.
ReplyDeleteBanyak betul pantai kat area Kuantan sana, best betul lagi² tempatnya terjaga. Pengunjung yang datang pun peka.
Betul kot bermusim buah perah ni.
DeleteKuantan ni agak panjang pantai nya, sama Terengganu dan Kelantan. Maka banyak lah pantai nya.
bersih pantai ni. baguslah komuniti pun berdisiplin tak buang sampai merata kan.
ReplyDeletetadi baru je baca blog kak fizah makan buah keranji tengok rupa keranji dgn buah perah tu mcm sama pulak kulit hitam keras
Ada juga sampahnya Mazni. Geram je tengok.
DeleteWarna dan bentuk memang agak sama tapi isinya memang tak sama
Cantik pantainya. Dan geramnya tenguk pasar tu Macam2 ado. Rambang mata wooo
ReplyDeleteAlhamdulillah pantai dah dibesarkan.
DeletePasar tani memang buat rambang mata kan
Pantai ni rasanya tak pernah sampai lagi. Tapi best rasanya kalau dapat berkaki ayam jalan tepi pantai.
ReplyDeletePantai ni kurang popular compare to Taman Gelora. Betul Ezna memang best berkaki ayam, grounding di pantai ni.
DeleteLandai je pantai, sayup mata memandang, boleh nampak hotel di kejauhan.
ReplyDeleteSuka tengok pokok-pokok yang dijual di pasar tani.
Take care, Mulan.
Landai dan luas pantai ni. Baru ni lah first time jalan ke pantai sebab sebelum ni banyak pokok bakau. Geram tengok pokok kat Pasar Tani tu. Thanks ya Nur.
Deletetengok buah mesta tu, pasti ada yg akan tanya
ReplyDeleteapa beza buah ni dengan maggis?
sy jawab... try laa mkn dulu
hahaha
Bezanya cuma bentuk yang sangat tak nampak hehe
Deleteramai suggest suh tengok chelot ni
ReplyDeletepenangannya pun dahsyat juga
baru dua minggu dah dpt RM14 juta
hebattttt
Rasa nak tengok sekali lagi hehe
DeleteRamai yang cakap cerita Chelot best tapi itu la dekat rumah ni tiada siapa yang minat tengok cerita tempatan. Nanti nak hasut sesiapa yang sudi hendak pergi. Suka tengok buah-buahan yang dijual di Pasar Tani UTC. KSarie ni makin berumur makin suka juga singgah ke pasar tanindan seumpama dengannya😅
ReplyDeleteKalau kita dekat, boleh temankan KSarie tengok Chelot 😍
DeleteBuah di Pasar Tani memang segar kan. Geram je tengok
tgk chelot sebelum drive balik Johor haitu, eh ye la belum buat entry ni. hiiii...
ReplyDeleteBest kan movie CHELOT
DeleteSaya membaca tulisan ini di sela-sela hari yang padat dan tiada libur.
ReplyDeleteSembari berharap, satu hari nanti saya bisa menikmati libur tenang di tepian pantai. Menikmati senja dengan hati yang damai :)
Insya Allah Fajar, akan sampai waktunya nanti.
DeleteSedaplah buah perah. Kak Amie sedang tunggu, beli di tik tok. Harap cepatlah sampainya.
ReplyDeleteTengok gambar jering rebus, sedapnya makan dengan kelapa parut.
Memang sedap kan buah perah. Lemak masin lepas rebus. Jering rebus sedap makan dengan kelapa parut
Delete