HOME SWEET HOME


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.


Khamis pagi yang lepas, Kuala Lumpur yang berjerebu.


Berdua dengan anak solehah, drive balik Kuantan. Sekejap je boraknya, asal masuk kereta lena terus. Stop sekejap di RnR Temerloh sebab mengantuk sangat, cuaca pun mendung kelabu jerebu. Beli buah potong, kunyah2 sebentar terus drive balik Kuantan. Alhamdulillah selamat sampai setelah drive 3 jam dari Putrajaya.


ROTI BAKAR BESERAH
Ahad 7 pagi. Bertiga dengan anak2 soleh dan solehah. Hubby ke TAMAN NEGARA dengan geng sekolah 4 hari.


Lama tak ke sini. Bagus sebab awal buka nya juga makanan sedap buat kami.



Sunyi lagi suasananya.


Anak soleh order English Breakfast, mummy dan anak solehah order Kacang Pool. Kuih muih pun banyak tapi kami dah kenyang.


Banyak juga pilihan makanan yang lain.


PANTAI TELUK CEMPEDAK 
Selepas makan, drop anak soleh di Bukit Pelindung, dia nak hiking. Mummy dan anak solehah ke sini. Kalau ajak hubby, dia tak nak.


Kami nak brisk walk di Pantai. Dah ramai pengunjung walaupun belum pukul 8 pagi. Cuaca memang mendung kelabu lagipun sunrise lambat sikit sekarang kan.


Teringat masa kecik, ikut arwah papa kadang2 bawa team Bolasepak Pahang jogging di sepanjang Pantai TELUK CEMPEDAK ni pada hujung minggu. Rindunya papa, dah 32 tahun tinggalkan kami. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.


Sebahagian kawasan pantai, kerja2 menarik taraf sedang dijalankan. 


HYATT REGENCY KUANTAN RESORT, TELUK CEMPEDAK 
Lama betul hotel ni. Masih teguh beroperasi. Pantai dijaga dengan bersih, pilihan ramai pengunjung luar ketika hujung minggu.



Ombak santai, laut tenang. Ramai juga yang mandi. 


Ada yang ber-photoshoot, yang duduk healing seorang2, brisk walk tanpa kasut, memancing, picnic dan berbagai lagi. Memang syok dengar air laut dan ombak.


Terasa titisan air hujan. Dah nampak hujan nun jauh di sana.


Pernah 2-3 kali menginap di Hyatt Regency ni, ikut hubby meeting lama dulu. Titisan hujan makin kuat, jom lah balik. Cukuplah 3,000 steps, sebelum lenjun nanti. Terus ke Bukit Pelindung yang tak jauh, pick-up anak soleh dan balik rumah. 

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

50 comments

  1. dh lama yer papa u pulang ke hadrat Ilahi...my late father pun dh 17 tahun meninggalkan dunia nan fana ni...usia ariff ie 17 tahun berlalu..(my ayah meninggal betul2 masa umur ariff 2 bulan)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat sampai. Bestnya dapat morning walk kat tepi pantai. Rasanya lama betul tak ke Teluk cempedak ni. Banyak dah berubah. Dulu takut nak jalan kat tepi laluan tu sebab banyak monyet. Nampak usang dah hotel Hyatt tu. Tapi baguslah masih lagi beroperasi. Cuaca kelam betul. Dapat banyak juga steps tu. Jadilah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah smooth drive. Teluk Cempedak memang banyak berubah dan moga sentiasa dijaga.

      Delete
  3. Banyak juga pilihan sarapan tu. Teringin la nak try kacang pool tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti try la kacang pool ya Cie memang sedap bagi kami

      Delete
  4. Mencabar jugak drive 3 jam dari Putrajaya bila mengantuk & cuaca jerebu. Mujur selamat sampai Kuantan! Anak-anak lena memang biasa, Sis pekena buah potong apa tu? Rindunya pada Kuantan, lama tak balik sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selamat sampai. Betul kalau mendung agak mengantuk ketika drive. Suka makan jambu potong sebab tak lembik berair

      Delete
  5. Kuantan x pernah sampai lagi...
    tgk pantai tu kan, rindu nak pergi pantai dlu masa kecik2 ayah selalu bawa kami sekeluarga g pandai boleh dikatakan setahun tu 4 ke 5 kali dkt PD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti free datang lah Kuantan ya Nieyl

      Delete
  6. Bersih pantainya...dapat grounding best ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pantai dijaga. Tu lah lupa grounding

      Delete
  7. Minggu lepas memang teruk betul jerebu, dari pagi nampak mendung bukan gelap kat langit tapi gelap suasana sebab jerebu mujur ada hujan lebat... minggu ini kadang hujan kadang panas itu jerebu macam kurang sikit. Pantai sentiasa cantik buat dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kadang pedih mata perit tekak. Pantai memang best kan

      Delete
  8. Rindu nak jalan2 tepi pantai macam ni!

    ReplyDelete
  9. Suka kedai makan yg ada banyak kuih muih gini esp kalau ada kuih² tradisi.

    Rindu yg tak pernah padam. Rasanya setiap hari tak pernah missed teringat dekat ayah bonda yg dah kembali ke sana 🥹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang suka jugak kedai banyak kuih muih. Semesti nya rindu pada yang telah tiada kan apalagi yang terdekat dengan kita terutama ayah atau ibu

      Delete
  10. Semoga senantiasa sehat dan dilancarkan segala urusannya ya mbak Mulaan.
    Saya agak salfok sama jajanannya. Jajanan tradisional tu selalu membuat rasa kitorang ingin coba, hihihi.

    Pantainya indah betul. Saya dah lama ni tak ke pantai. Butuh vitamin sea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah thanks ya Fajar. Betul, makanan tradisional memang sentiasa akan dicuba. Pantai memang sentiasa indah dah tenang kan.

      Delete
  11. teruk gak jerubu minggu lepas. minggu ni pula tiap hari hujan kejap tengah hari. harap cepat okey la sian budak batuk dan sakit tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul agak teruk kan. Moga cepatlah hilang

      Delete
  12. Alhamdulillah dah selamat sampai. Bahagian yang berpagar tu dah tak boleh masuk ke? Port lepak zaman belajar dulu. Sekarang dah banyak perubahan. Hyatt Regency je nampak sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selamat sampai. Bahagian berpagar tu under maintenance atau dinaiktaraf. TC memang port lepak best kan. Hyatt memang di situ hingga kini

      Delete
  13. Menarik juga BW kat pantai.

    ReplyDelete
  14. Melihat kacang pool jadi rinduuuu nak makan lagi 😄.

    Teluk cempedak itu memang banyak pohon cempedak kah di sana kak?

    Briskwalk di pantai, pasti seru lah. Apalagi jika cuaca ikut mendukung. Tak panas sangat, tak hujan.

    Agak seram tp lihat langitnya lumayan gelap . Macam mendung sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang Pool memang sedap kan. Awww lupa sejarah nama Teluk Cempedak ni. Brisk walk di pantai memang best apalagi kalau pagi masih belum panas, angin laut tiup sejuk. Selepas kami masuk kereta, hujan pun turun.

      Delete
  15. Lama tak jalan Kuantan, selalu pun ikut Suami juga.. tapi selalu stay di Hotel Sentral sebab senang nak cari makan keliling.. Hyatt ni pernah stay sekali dulu.. dan tak pernah lagi sampai Teluk Cempedak hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel Sentral memang best sebab dekat dengan attraction. Makan pun senang. Hyatt ni di Teluk Cempedak lah SisLin, maknanya dah sampai lah yeyy.

      Delete
  16. Briskwalk di pantai lagi berat kaki kan sebab tenggelam dalam pasir. Banyaklah kalori dibakar dapat 3k steps.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dan elok untuk blood circulation kan. Nak jalan lama tapi dan hujan rintik

      Delete
  17. Seronok tengok laut, yang dari jauh nampak awan mendung. Healing, gitu. ♥️

    ReplyDelete
  18. Lama sungguh saya rak menyaksikan bagaimana awan kelabu di hujung langit yang bila-bila masa ajan menurunkan hujan. Cantik gambar tepi pantai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun lama tak tengok view nak hujan. Selalu dapat tengok di tepi laut atau tanah tinggi kan. Pantai memang sentiasa cantik kan

      Delete
  19. takut pulak tengok awan gelap kat sana tuu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami nampak dan terus lah jalan laju ke kereta

      Delete
  20. Next dtg kerja ke Kuantan nak try la Roti Bakar Berserah tu..

    ReplyDelete
  21. Syukur perjalanan lancar dan selamat sampai...Suami dah berzikir kat telinga nak "balik" Kuantan..dia kalau boleh every week ajak pi Kuantan...siap cakap..kita pencen nanti jom pindah Kuantan..eh..eh...dah kenapa kan....apapun serius rindu nak lepak Kuantan..kali ni kalau pergi nak stay lama skit la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selamat sampai. Kuantan ni slow sikit bandar nya. Tapi weekend selalu ada event, sesak lah sikit. Kuantan best sebab dekat pantai.

      Delete
  22. jerebu mmg truk juga kt kl...teluk cempedak time kecik2 dlu slalu juga singgah ....langit dh gelap tu tanda2 ujan bakal turun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Kuantan pun jerebu juga tapi tak teruk sangat. Nanti singgah la lagi. Betul langit gelap nampak tanda hujan, terus jalan laju ke kereta

      Delete
  23. Nampak macam bersih la pantainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teluk Cempedak memang dijaga pantainya

      Delete
  24. Seronok betul slow life macam ni. Bersantai makan breakfast. Lepas tuh healing bersama alam semulajadi - hiking atau briskwalk di tepi pantai. KSarie memang akan pilih healing tepi pantai sebab suka dengar bunyi ombak, suka tengok laut dan kalau jalan kaki ayam di atas pasir pantai rasa nyaman aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diizinkan semuanya. Nanti free datang lah Kuantan ya KSarie

      Delete
  25. love sangat suasananya. teringat holiday kat cherating dgn "tet" haitu. aih~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang love sangat jugak. Nanti datang lah lagi ya Cha.

      Delete