HOME SWEET HOME


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.


Khamis pagi yang lepas, Kuala Lumpur yang berjerebu.


Berdua dengan anak solehah, drive balik Kuantan. Sekejap je boraknya, asal masuk kereta lena terus. Stop sekejap di RnR Temerloh sebab mengantuk sangat, cuaca pun mendung kelabu jerebu. Beli buah potong, kunyah2 sebentar terus drive balik Kuantan. Alhamdulillah selamat sampai setelah drive 3 jam dari Putrajaya.


Ahad 7 pagi. Bertiga dengan anak2 soleh dan solehah. Hubby ke TAMAN NEGARA dengan geng sekolah 4 hari.


Lama tak ke sini. Bagus sebab awal buka nya juga makanan sedap buat kami.



Sunyi lagi suasananya.


Anak soleh order English Breakfast, mummy dan anak solehah order Kacang Pool. Kuih muih pun banyak tapi kami dah kenyang.


Banyak juga pilihan makanan yang lain.


Selepas makan, drop anak soleh di Bukit Pelindung, dia nak hiking. Mummy dan anak solehah ke TELUK CEMPEDAK. 


Kami nak brisk walk di Pantai. Dah ramai pengunjung walaupun belum pukul 8 pagi. Cuaca memang mendung kelabu lagipun sunrise lambat sikit sekarang kan.


Teringat masa kecik, ikut arwah papa kadang2 bawa team Bolasepak Pahang jogging di sepanjang Pantai TELUK CEMPEDAK ni pada hujung minggu. Rindunya papa, dah 32 tahun tinggalkan kami. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.


Sebahagian kawasan pantai, kerja2 menarik taraf sedang dijalankan. 


HYATT REGENCY KUANTAN RESORT 
Lama betul hotel ni. Masih teguh beroperasi. Pantai dijaga dengan bersih, pilihan ramai pengunjung luar ketika hujung minggu.



Ombak santai, laut tenang. Ramai juga yang mandi. 


Ada yang ber-photoshoot, yang duduk healing seorang2, brisk walk tanpa kasut, memancing, picnic dan berbagai lagi. Memang syok dengar air laut dan ombak.


Terasa titisan air hujan. Dah nampak hujan nun jauh di sana.


Pernah 2-3 kali menginap di Hyatt Regency ni, ikut hubby meeting lama dulu. Titisan hujan makin kuat, jom lah balik. Cukuplah 3,000 steps, sebelum lenjun nanti. Terus ke Bukit Pelindung yang tak jauh, pick-up anak soleh dan balik rumah. 

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

7 comments

  1. dh lama yer papa u pulang ke hadrat Ilahi...my late father pun dh 17 tahun meninggalkan dunia nan fana ni...usia ariff ie 17 tahun berlalu..(my ayah meninggal betul2 masa umur ariff 2 bulan)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat sampai. Bestnya dapat morning walk kat tepi pantai. Rasanya lama betul tak ke Teluk cempedak ni. Banyak dah berubah. Dulu takut nak jalan kat tepi laluan tu sebab banyak monyet. Nampak usang dah hotel Hyatt tu. Tapi baguslah masih lagi beroperasi. Cuaca kelam betul. Dapat banyak juga steps tu. Jadilah kan.

    ReplyDelete
  3. Banyak juga pilihan sarapan tu. Teringin la nak try kacang pool tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  4. Mencabar jugak drive 3 jam dari Putrajaya bila mengantuk & cuaca jerebu. Mujur selamat sampai Kuantan! Anak-anak lena memang biasa, Sis pekena buah potong apa tu? Rindunya pada Kuantan, lama tak balik sana.

    ReplyDelete
  5. Kuantan x pernah sampai lagi...
    tgk pantai tu kan, rindu nak pergi pantai dlu masa kecik2 ayah selalu bawa kami sekeluarga g pandai boleh dikatakan setahun tu 4 ke 5 kali dkt PD..

    ReplyDelete
  6. Bersih pantainya...dapat grounding best ni...

    ReplyDelete
  7. Minggu lepas memang teruk betul jerebu, dari pagi nampak mendung bukan gelap kat langit tapi gelap suasana sebab jerebu mujur ada hujan lebat... minggu ini kadang hujan kadang panas itu jerebu macam kurang sikit. Pantai sentiasa cantik buat dana

    ReplyDelete