Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Khamis pagi yang lepas, Kuala Lumpur yang berjerebu.
Berdua dengan anak solehah, drive balik Kuantan. Sekejap je boraknya, asal masuk kereta lena terus. Stop sekejap di RnR Temerloh sebab mengantuk sangat, cuaca pun mendung kelabu jerebu. Beli buah potong, kunyah2 sebentar terus drive balik Kuantan. Alhamdulillah selamat sampai setelah drive 3 jam dari Putrajaya.
ROTI BAKAR BESERAH
Ahad 7 pagi. Bertiga dengan anak2 soleh dan solehah. Hubby ke TAMAN NEGARA dengan geng sekolah 4 hari.
Lama tak ke sini. Bagus sebab awal buka nya juga makanan sedap buat kami.
Sunyi lagi suasananya.
Anak soleh order English Breakfast, mummy dan anak solehah order Kacang Pool. Kuih muih pun banyak tapi kami dah kenyang.
Banyak juga pilihan makanan yang lain.
PANTAI TELUK CEMPEDAK
Selepas makan, drop anak soleh di Bukit Pelindung, dia nak hiking. Mummy dan anak solehah ke sini. Kalau ajak hubby, dia tak nak.
Kami nak brisk walk di Pantai. Dah ramai pengunjung walaupun belum pukul 8 pagi. Cuaca memang mendung kelabu lagipun sunrise lambat sikit sekarang kan.
Teringat masa kecik, ikut arwah papa kadang2 bawa team Bolasepak Pahang jogging di sepanjang Pantai TELUK CEMPEDAK ni pada hujung minggu. Rindunya papa, dah 32 tahun tinggalkan kami. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
Sebahagian kawasan pantai, kerja2 menarik taraf sedang dijalankan.
HYATT REGENCY KUANTAN RESORT, TELUK CEMPEDAK
Lama betul hotel ni. Masih teguh beroperasi. Pantai dijaga dengan bersih, pilihan ramai pengunjung luar ketika hujung minggu.
Ombak santai, laut tenang. Ramai juga yang mandi.
Ada yang ber-photoshoot, yang duduk healing seorang2, brisk walk tanpa kasut, memancing, picnic dan berbagai lagi. Memang syok dengar air laut dan ombak.
Terasa titisan air hujan. Dah nampak hujan nun jauh di sana.
Pernah 2-3 kali menginap di Hyatt Regency ni, ikut hubby meeting lama dulu. Titisan hujan makin kuat, jom lah balik. Cukuplah 3,000 steps, sebelum lenjun nanti. Terus ke Bukit Pelindung yang tak jauh, pick-up anak soleh dan balik rumah.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.



















dh lama yer papa u pulang ke hadrat Ilahi...my late father pun dh 17 tahun meninggalkan dunia nan fana ni...usia ariff ie 17 tahun berlalu..(my ayah meninggal betul2 masa umur ariff 2 bulan)
ReplyDeleteBetul MZ memang dah lama
DeleteAlhamdulillah perjalanan lancar dan selamat sampai. Bestnya dapat morning walk kat tepi pantai. Rasanya lama betul tak ke Teluk cempedak ni. Banyak dah berubah. Dulu takut nak jalan kat tepi laluan tu sebab banyak monyet. Nampak usang dah hotel Hyatt tu. Tapi baguslah masih lagi beroperasi. Cuaca kelam betul. Dapat banyak juga steps tu. Jadilah kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah smooth drive. Teluk Cempedak memang banyak berubah dan moga sentiasa dijaga.
DeleteBanyak juga pilihan sarapan tu. Teringin la nak try kacang pool tak pernah try lagi.
ReplyDeleteNanti try la kacang pool ya Cie memang sedap bagi kami
DeleteMencabar jugak drive 3 jam dari Putrajaya bila mengantuk & cuaca jerebu. Mujur selamat sampai Kuantan! Anak-anak lena memang biasa, Sis pekena buah potong apa tu? Rindunya pada Kuantan, lama tak balik sana.
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat sampai. Betul kalau mendung agak mengantuk ketika drive. Suka makan jambu potong sebab tak lembik berair
DeleteKuantan x pernah sampai lagi...
ReplyDeletetgk pantai tu kan, rindu nak pergi pantai dlu masa kecik2 ayah selalu bawa kami sekeluarga g pandai boleh dikatakan setahun tu 4 ke 5 kali dkt PD..
Nanti free datang lah Kuantan ya Nieyl
DeleteBersih pantainya...dapat grounding best ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah pantai dijaga. Tu lah lupa grounding
DeleteMinggu lepas memang teruk betul jerebu, dari pagi nampak mendung bukan gelap kat langit tapi gelap suasana sebab jerebu mujur ada hujan lebat... minggu ini kadang hujan kadang panas itu jerebu macam kurang sikit. Pantai sentiasa cantik buat dana
ReplyDeleteBetul kadang pedih mata perit tekak. Pantai memang best kan
DeleteRindu nak jalan2 tepi pantai macam ni!
ReplyDeleteBila2 free datang lah
DeleteSuka kedai makan yg ada banyak kuih muih gini esp kalau ada kuih² tradisi.
ReplyDeleteRindu yg tak pernah padam. Rasanya setiap hari tak pernah missed teringat dekat ayah bonda yg dah kembali ke sana 🥹
Betul memang suka jugak kedai banyak kuih muih. Semesti nya rindu pada yang telah tiada kan apalagi yang terdekat dengan kita terutama ayah atau ibu
DeleteSemoga senantiasa sehat dan dilancarkan segala urusannya ya mbak Mulaan.
ReplyDeleteSaya agak salfok sama jajanannya. Jajanan tradisional tu selalu membuat rasa kitorang ingin coba, hihihi.
Pantainya indah betul. Saya dah lama ni tak ke pantai. Butuh vitamin sea
Insyaa Allah thanks ya Fajar. Betul, makanan tradisional memang sentiasa akan dicuba. Pantai memang sentiasa indah dah tenang kan.
Deleteteruk gak jerubu minggu lepas. minggu ni pula tiap hari hujan kejap tengah hari. harap cepat okey la sian budak batuk dan sakit tekak
ReplyDeleteBetul agak teruk kan. Moga cepatlah hilang
DeleteAlhamdulillah dah selamat sampai. Bahagian yang berpagar tu dah tak boleh masuk ke? Port lepak zaman belajar dulu. Sekarang dah banyak perubahan. Hyatt Regency je nampak sama.
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat sampai. Bahagian berpagar tu under maintenance atau dinaiktaraf. TC memang port lepak best kan. Hyatt memang di situ hingga kini
DeleteMenarik juga BW kat pantai.
ReplyDeleteMemang best BW kat pantai
DeleteMelihat kacang pool jadi rinduuuu nak makan lagi 😄.
ReplyDeleteTeluk cempedak itu memang banyak pohon cempedak kah di sana kak?
Briskwalk di pantai, pasti seru lah. Apalagi jika cuaca ikut mendukung. Tak panas sangat, tak hujan.
Agak seram tp lihat langitnya lumayan gelap . Macam mendung sangat
Kacang Pool memang sedap kan. Awww lupa sejarah nama Teluk Cempedak ni. Brisk walk di pantai memang best apalagi kalau pagi masih belum panas, angin laut tiup sejuk. Selepas kami masuk kereta, hujan pun turun.
DeleteLama tak jalan Kuantan, selalu pun ikut Suami juga.. tapi selalu stay di Hotel Sentral sebab senang nak cari makan keliling.. Hyatt ni pernah stay sekali dulu.. dan tak pernah lagi sampai Teluk Cempedak hihihihi
ReplyDeleteHotel Sentral memang best sebab dekat dengan attraction. Makan pun senang. Hyatt ni di Teluk Cempedak lah SisLin, maknanya dah sampai lah yeyy.
DeleteBriskwalk di pantai lagi berat kaki kan sebab tenggelam dalam pasir. Banyaklah kalori dibakar dapat 3k steps.
ReplyDeleteBetul dan elok untuk blood circulation kan. Nak jalan lama tapi dan hujan rintik
DeleteSeronok tengok laut, yang dari jauh nampak awan mendung. Healing, gitu. ♥️
ReplyDeleteMemang seronok tengok laut kan Nur
DeleteLama sungguh saya rak menyaksikan bagaimana awan kelabu di hujung langit yang bila-bila masa ajan menurunkan hujan. Cantik gambar tepi pantai tu.
ReplyDeleteKami pun lama tak tengok view nak hujan. Selalu dapat tengok di tepi laut atau tanah tinggi kan. Pantai memang sentiasa cantik kan
Deletetakut pulak tengok awan gelap kat sana tuu huhu
ReplyDeleteKami nampak dan terus lah jalan laju ke kereta
DeleteNext dtg kerja ke Kuantan nak try la Roti Bakar Berserah tu..
ReplyDeleteTry lah nanti
DeleteSyukur perjalanan lancar dan selamat sampai...Suami dah berzikir kat telinga nak "balik" Kuantan..dia kalau boleh every week ajak pi Kuantan...siap cakap..kita pencen nanti jom pindah Kuantan..eh..eh...dah kenapa kan....apapun serius rindu nak lepak Kuantan..kali ni kalau pergi nak stay lama skit la...
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat sampai. Kuantan ni slow sikit bandar nya. Tapi weekend selalu ada event, sesak lah sikit. Kuantan best sebab dekat pantai.
Deletejerebu mmg truk juga kt kl...teluk cempedak time kecik2 dlu slalu juga singgah ....langit dh gelap tu tanda2 ujan bakal turun
ReplyDeleteDi Kuantan pun jerebu juga tapi tak teruk sangat. Nanti singgah la lagi. Betul langit gelap nampak tanda hujan, terus jalan laju ke kereta
DeleteNampak macam bersih la pantainya.
ReplyDeleteTeluk Cempedak memang dijaga pantainya
DeleteSeronok betul slow life macam ni. Bersantai makan breakfast. Lepas tuh healing bersama alam semulajadi - hiking atau briskwalk di tepi pantai. KSarie memang akan pilih healing tepi pantai sebab suka dengar bunyi ombak, suka tengok laut dan kalau jalan kaki ayam di atas pasir pantai rasa nyaman aje
ReplyDeleteAlhamdulillah diizinkan semuanya. Nanti free datang lah Kuantan ya KSarie
Deletelove sangat suasananya. teringat holiday kat cherating dgn "tet" haitu. aih~
ReplyDeleteAlhamdulillah memang love sangat jugak. Nanti datang lah lagi ya Cha.
Delete