MOROCCO & FAMILY TIME

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Lama betul mengumpul dan mengutip semangat nak update blog. 


MOROCCAN PAVILION PUTRAJAYA @ ASTAKA MOROCCO



Mother - daughter time.


Dah lama plan nak brisk walk berdua tapi tak jadi2. Last week terlaksana sudah, Alhamdulillah.


Weekdays kan tak ramai orang so drive ke ASTAKA MOROCCO, sebab tau akan ada pengunjung walaupun tak ramai. Takut juga tempat yang sunyi.


Taman kecil di belakang ASTAKA MOROCCO. Rasanya kalau malam mesti cantik penuh cahaya.


Second time sebab pernah sampai dengan hubby. First time untuk anak solehah.


Dia tanya kenapa tak tau ada ASTAKA MOROCCO ni.


AYAM BELANDA @ TURKEY ada juga di sini.





MASJID PUTRA
Kami jalan2 santai2. Lupa snap foto di HELICONIA GARDEN.


Tempat picnic. Boleh bawa tikar lepak di padang ni. Kalau weekend memang ramai, pernah datang first time sebelum ni.


GUA JUICERY
Tak buka lagi.


KAFE GLASSHOPPER
Nak ke parking lot memang lalu kafe ni. Reward jalan 5,000 steps haha macam lah banyak sangat. Dah breakfast sebenarnya sebelum brisk walk tapi masuk juga lah. Teringat Uncle Gedek bawak Fanny dan KSarie (Dinohauz) ke sini.


Kami pilih duduk di atas. Panas sikit tapi takpe lah, Vitamin D, ya ke vitamin ni.



Kopi, kek dan toast.


Di level atas. 


Tempat makan outdoor. Kalau weekend mestilah ramai. 


Bye bye GLASSHOPPER. Memang besar dan cantik TASIK PUTRAJAYA ni banyak tarikan sekelililingnya. Ada beberapa tempat yang parking nya percuma. Untuk ke ASTAKA MOROCCO ni parking nya berbayar. RM1 sekali masuk hari biasa. 


RAMEN SEIROCK-YA @ IOI PUTRAJAYA 
Ahad - Lunch dengan family kecil kami. Hubby dan anak soleh balik Putrajaya weekend baru ni. Dah tak payah pergi Jepun. Ni dah sedap sangat.

Seirock-Ya ialah rangkaian ramen Jepun yang popular di Lembah Klang, terkenal dengan TORIPAITAN — kuah ayam yang pekat dan berkrim yang direneh selama lebih 8 jam untuk menghasilkan sup yang kaya dengan kolagen.


MOANA LIVE ACTION 2026 @ TGV ALAMANDA 
First time ke TGV ni. Tak ramai orang sebab Ahad malam kot. Isnin lepas Subuh, hubby dan anak soleh drive balik Kuantan. Sorang half day nak habiskan annual leave, sorang lagi tak masuk kerja lagi. Missing you both so much.

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

56 comments

  1. Oh dah siap dah Astaka Morocco tu. Last time pegi still under construction.
    Cantik & best la Glasshopper Cafe tu. Rasa² nak pi terjah situ la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak bahagia yang tengah repair d Astaka Morocco tu. Nanti pergi la Glasshopper tu PH

      Delete
  2. Rasa segar dan nyaman pagi-pagi datang sini. Makanan pun sedap belaka. Mujur dah sarapan.

    ReplyDelete
  3. linda pun tak pernah pegi taman Morocco ni..dekat Putrajaya banyak tempat yang tersorok.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak tempat cantik di Putrajaya ni

      Delete
  4. dulu zaman mula2 posting di sini tak semeriah sekarang..rindu pula Putrajaya,orang kata rindu boleh kembali jangan..sekali sekala datang meeting tapi tak sempat nak explore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa nanti bila free boleh jalan2 Putrajaya

      Delete
  5. suspens mula2 tgk tajuk entry, ingatkan mulan baru gi holiday kat morocco!

    ReplyDelete
  6. Maroko nampak Bersih dan syahdu ya mbaak.
    Apalagi melihat masjidnya begitu indah, arsitekturnya unik sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang indah di Morocco. Moga kami sampai sana nanti Insyaa Allah

      Delete
  7. Selamat kembali menulis. Bila lama rehat tu rasa liat sikit nak mulakan semula. Marilah kita bersemangat. Tak pernah sampai sini lagi. Best beriadah kat sini.
    Kafe glasshoper tu rasanya sentiasa meriah ramai orang sejak hari dibuka. Outdoor dan indoor dia sama best. Dapat duduk mana-mana pun selesa gitu kan.
    Ada masa dapat berkumpul bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luas tasik di Putrajaya ni memang best beriadah.
      Glasshopper tu kalau weekend memang panjang beratur nya.

      Delete
  8. Cantik tempat macam di Morocco. Harap satu hari dapat jalan-jalan di Putrajaya. Terima kasih, Mulan, share gambar cantik-cantik. Glasshopper itu pun menarik tempatnya. Seronok dapat habiskan masa dengan family, makan-makan dan tengok movie. 🥰 Saya pun ada rasa malas juga update blog. Paksa diri juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang cantik umpama di Morocco. Insyaa Allah Nur sampai jalan2 Putrajaya nanti. Glasshopper memang menarik. Betul memang seronok bila dengan family. Tu lah mood kadang turun naik hehe

      Delete
  9. Tengok suasana pagi yang nyaman, paling best bila takde orang - tenang tapi sayang, jauh nak ke situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tenang dan nyaman bila tak ramai. Bila2 free pergi lah nanti

      Delete
  10. Menariknyaaa.. suka cafe tu laa.. nanti ada rezeki nak singgah laa lepak minum kopi.. back to nature betul..

    ReplyDelete
  11. Pernah juga ke sini dan ada tarikan rusa juga. Ada la beberapa ekor kot. Dalam longkang dekat dengan ayam piru tu ada ikan dalam longkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tak perasan, bestnya dapat tengok rusa. Memang tak habis cover pun sebab luas kan tempatnya

      Delete
  12. Patutnya ada ayam Morocco la kat astaka Morocco kan? Ayam belanda pulak...

    Macam pernah tengok je Glasshopper tu... hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam Morocco tak nak datang hehe. Macam tak biasa tengok Glasshopper ya.

      Delete
  13. Baca heading Morocco igt akak dah sampai Morocco...Semoga semuanya dipermudahkan dan dilancarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sampai Astaka Morocco dulu sebelum ke negara nya

      Delete
  14. Sukanya kafe or restoran yang berkonsepkan nature. Rasa tenang je.

    ReplyDelete
  15. Eh ada nama kita la😍Baru nampak macam mana bahagian atas Kafe Glasshopper tu. Molek juga ye. Astaka Morocco tu kalau siapa suka bergambar memang molek sangat kan sebab banyak tempat instagrammables. Banyak lagi tempat di Putrajaya tak habis jelajah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tengok KSarie dah sampai, kami follow lah. Betul Astaka Morocco tu memang cantik. Nanti datang lah Putrajaya memang banyak tempat menarik

      Delete
  16. wahhhh cantiknya taman morocco tu kak... pastu takde orang sangat tenang je nengoknya. Eh ada nampak menu sedap la kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari kerja memang tak ramai memang tenang je

      Delete
  17. Laa mati² ingatkan kak mulan ke morocco hehehe ok rupanya kat putrajaya je eh haha.. nmpk sgt kita bkn pengunjung area putrajaya ye 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun tau sebab tengok signboard tepi jalan dah bertahun2 tapi baru aje perginya 😄😄

      Delete
  18. Putrajaya bukan tempat bermain ammi. Ahaksss...tapi Seremban tempt tinggal tu pun banyak je tempat yang ammi sendiri taktau. Dasar tak reti nak mencari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana2 pun, kami duduk Kuantan pun tak semua tempat dah pergi

      Delete
  19. baca tajuk entry ingatkan dah sampai Morocco :p dulu pernah sampai astaka morocco ni sekali, masa tolong shoot pre-convo kakak dan kawan2 dia. memang cantik sangat tempat ni.
    menarik jugak ye jogging kat sini. lepas jogging boleh makan kat kafe glasshopper

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan area Astaka Morocco ni, hari tu ada pengantin bergambar. Ya betul lepas jogging makan di Glasshopper :)

      Delete
  20. ni antara tempat yg tak penah lg singgah walaupun dah byk kali pergi putrajaya hahahahha

    ReplyDelete
  21. kek2 kat situ nampak sedap...
    hrp ada rezeki lepak2 mkn2 kat sini nanti ;-)

    ReplyDelete
  22. Suspens betul tengok tajuk entry kali ni, mati-mati ingatkan akak betul-betul pergi holiday kat Morocco tadi, rupa-rupanya Astaka Morocco kat Putrajaya je eh! 😆 Tapi memang cantik betul tempat tu, nampak bersih dan tenang je kalau pergi weekdays macam akak buat tu. Seronok dapat 'mother-daughter time' layan brisk walk..cuci mata tengok menu kat Kafe Glasshopper tu, nampak selesa betul ruang makan outdoor belah atas..SA Suka tengok gambar-gambar sekitar Astaka Morocco dan Tasik Putrajaya tu, memang nampak 'instagrammable'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe seronok kita jalan2 dengan anak solehah walaupun tak sampai negara Morocco betul. Memang cantik area Putrajaya. Glasshopper pun cantik luar dan dalam cafe, food pun sedap bagi kami.

      Delete
  23. Banyak kali baca review Ramen kat Seirock-Ya sesedap seperti di Jepun.
    Belum berkesempatan pergi lagi.

    ReplyDelete
  24. cantik tmpt ni ala2 overseas gitu tp tk pernh smp...ada cafe tu pernah tgk kwn share juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik semua area tasik Putrajaya ni

      Delete
  25. Saya belum tulis lagi cerita yg ke KL dan Johor kemarin. Even yg Ipoh THN lalu juga belum 🤣🤣🤣🤣.

    Ada melewati Astaka morocco ini. Tp memang Krn saya pikir di sana hanya tempat foto foto, saya tak nak masuk. Sebab tak suka foto pun . Tp ternyata bisa lah utk briskwalk yaa. Mungkin next time kalau memang ada plan utk briskwalk 😄.

    Kafe tu sedaaap memang makanannya. Kalau kopinya kurang sikiiit. Sebab dirty latte saya tak pekat. Tp makanan memang sukaaa lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa pelan2 tulis nanti. Memang cantik sekitar Astaka Morocco ni. Nanti lain kali datang boleh singgah 😍
      Oh yang kami order semua nya ok

      Delete
  26. Semangat exercise dekat taman rekreasi macam ni. Ni amik gambar pun boleh dapat gambar aesthetic !

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time datang memang seronok dan tau tak sunyi sangat, so bila dengan anak solehah rasa lebih selamat di area Astaka Morocco ni. Betul Faa, ambil gambar memang cantik di sini

      Delete
  27. banyak kafe menarik di Putrajaya...ramen yg sedap..boleh dicuba nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara yang viral ni, ada juga yang lain. Memang sedap ramen ni

      Delete