Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Jumaat kelmarin, hampir jam 12 tengahari, berdua dengan hubby kami menuju ke selatan tanahair. Exit TOL PEDAS LINGGI. Ngam2 masuk waktu Zohor. Drop hubby di MASJID KARIAH KUNDUR HULU untuk solat Jumaat.
GROBOK SALAI
Alhamdulillah dekat sangat dengan masjid. Terus lah kami lunch di sini.
Datang berdua memang tak best sebab tak dapat ambil lauk banyak2, takut tak habis. Lauk memang sangat banyak di sini. Kami ambil ITIK SALAI MLCA dengan SIPUT SEDUT MLCA serta ulaman. Sedap sangat Alhamdulillah, tercapai misi ITIK SALAI MASAK LOMAK.
Antara suasana di GROBOK SALAI. Ambil juga LIMAU ASAM BOI, sedap tatkala cuaca panas.
Di luarnya terdapat beberapa gerai jualan cendol, dodol, pau (berbagai bentuk dan corak), bahulu dll. Kami beli dodol cair, yummmm sedapnya. Manis biasa lah, makan sikit2 dulu.
Teruskan perjalanan.
Kiri kanan jalan, pokok rambutan subur lebat merah2 buahnya.
Alhamdulillah sampai Melaka.
VILLA D'ACQUA
Kami terus ke sini.
MAJLIS UKHUWAH KE 4 - GROUP HAJI 2022/1443H
Swimming pool di tengahnya.
Cantik luas perkarangannya.
Check in 1 malam, bilik 2 katil King. Bersih kemas, sangat selesa. Berempat dengan Y, Kak L dan anaknya. Suami2 dengan group lelaki lah, dari mula reunion pertama memang sebegini. Tahun ini giliran sahabat2 Melaka & Negeri Sembilan yang jadi host. Tahun lepas kami di Pantai Timur jadi host di Kijal, Terengganu. Alhamdulillah semua sangat sporting, memudahkan apa pun program yang dijalankan, apalagi bila ada beberapa sahabat yang selalu mengetuai dan merancang program, juga ada bendahari yang mengumpul duit.
Group Haji kami ni mostly yang ketika Haji dulu duduk hotel yang sama iaitu HOTEL RITAJ (berdekatan MIRA AJYAD). Hotel tu hotel sangat lama dan kecil, lif kecil, tempat makan sempit, karpet lama terkopak2, bilik agak lama dan sempit.
Namun asbab keadaan semua kekurangan tu, menjadikan kami semua sangat akrab, tanpa mengira pangkat dan kerjaya. Tiap tahun cuba akan adakan reunion juga berjumpa ketika majlis perkawinan anak2.
Lobby dan reception.
Hubby dan air berpisah tiada. Ramai juga yang berendam, semuanya bapak2 lah.
Bersama roommates Y dan Kak L sebelum acara Makan Malam dengan TEMA TRADISIONAL ala2 Hang Tuah, Tun Teja zaman dulu. Bergambar dulu.
Ceramah Ugama oleh MUFTI NEGERI MELAKA selepas solat Maghrib.
Wahhh terasa macam pahlawan jugak malam tu haha. Sempat lah hubby mencari tanjak murah di Shopee. Kita pun sekali rembat kurung RM45, sepasang songket hitam silver, sedondon.
Sporting semuanya.
SABTU
Solat Subuh berjemaah dan tazkirah oleh USTAZ ZULKARNAIN, yang ada bersama kami sepanjang mengerjakan Haji dulu.
Namun, hubby sebelum Subuh dah ke KLIA untuk menjemput kawannya dan terus ke Kuala Kangsar untuk acara lainnya. Kita stay lah.
Breakfast dan suasana tempat makan.
Sukaneka. Seronok semua sangat sporting. Yang dah berpangkat atok2, nenek2 serta memegang berbagai profession dan pangkat, semua nya turut sama bersukaneka. Sama ketika memakai ihram.
Acara paling kelakar, MENCARI SUAMI SENDIRI.
Berpeluh dalam kelubung kain pelikat menanti masa habis.
Yang menang agak senang, sebab suami2 nya tinggi. Ada yang tersilap juga haha. Kita tak join lah, hubby dah ke Kuala Kangsar.
Moga ukhuwah kami kekal selamanya.
Check out lepas Zohor, book Grab ke STESEN KERETAPI PULAU SEBANG MELAKA. Lintas lalu Melaka Premium Outlet. Banyak kereta di parking lot, Sabtu kan. Kalau dengan hubby ni, mau dia yang ajak singgah kot.
Alhamdulillah sampai stesen, hujan lebat sangat. Terpaksa berdiri belakang tiang sebab tempias. Bye bye MELAKA. Jumpa lagi nanti, misi mencari ASAM PEDAS kali ni tak kesampaian. First time naik train sorang2 ni.
Train ETS lambat 10 minit sebab hujan lebat. Lupa nak bawa baju tebal, suhu dalam train 18'C ggrrr sejuk sangat. 1 jam 15 minit sampai STESEN KAJANG Alhamdulillah. Book Grab, balik Putrajaya. Alhamdulillah smooth train ride sorang2. Best jadi warga pantai Barat sebab ada KERETAPI dari JB sampai ke UTARA. Kami menunggu ECRL, moga siap elok nya, Insyaa Allah.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.































Terliur betul tengok lauk kat Grobok Salai tu. Lama SA x pi..last pi bawak arwah mak..Memang padu betul dapat singgah makan itik salai masak lemak dengan siput sedut waktu cuaca panas, lepas tu pekena pulak dengan lemon rose asam boi dengan cendol cair! Untunglah misi tercapai walaupun pergi berdua je dengan suami.
ReplyDeleteMemang sedap lauk di GR tapi kami tak dapat order banyak lauk. Kena datang ramai2 lagi.
DeleteTerbaiklah ukhuwah geng haji Akk 👍🏻 semua sporting dan ada kepala yg rajin nak uruskan ni mmg memudahkan la.
ReplyDeleteBukan macam pahlawan Kak, macam pengantin dolu² hehe
Alhamdulillah memang sporting semua. Hehe pengantin lama.
DeleteBagusnya semua sporting...
ReplyDeleteSeronok semua sporting
DeleteWahhhh meriahnya tengok semua lauk lemak cili api tu kak oi.... cantik semua berbaju melayu tradisional... songkat lagi tu. Biliknya tu pun cantik betul, bijak betul yang cari tempat tu.
ReplyDeleteMemang sedap masak lemak tu. Hehe bila lagi nak bersongket. Villa tu memang best.
Deletecantiknya Villa tu Mulan, Masyaa Allah kemanisan ukhwah haji-haji dan hajjah-hajjah yang masih terjalin erat.. :)
ReplyDeleteMemang cantik villa tu. Alhamdulillah moga ukhuwah kami kekal selamanya
Deletemasa husband duduk Melaka, memang naik train je lah dari Batu Caves ke Pulau Sebang.. hujung ke hujung
ReplyDeleteSenang tak payah drive naik train ni kan
DeleteGrobok Salai belum pernah pergi lagi. Ramai kata sedap situ. Cantik lah mural dinding tu. Terserlah Nismilan.
ReplyDeleteAlhamdulillah menu masakannya sedap. Betullah tu, kalau berdua memang makan mana termampu je, tak membazir gitu kan pesan banyak-banyak.
Sedapnya cendol cair macam tu.
Waa meriahnya majlis. Cantik tema songket. Betul betul pahlawan tu siap dengan kerisnya sekali. Seronok banyak aktiviti, ada input ilmu jugak.
Dalam train memang sejuk kemain kan. Syukurlah tak lama dan sampai dengan selamat.
Memang sedap lauk situ sebab ramai betul yang datang. Makan berdua ambil dua lauk je lah takut tak habis, kena datang lagi.
DeleteMemang meriah dan seronok reunion kami.
Betul sejuk sangat dalam train tu lupa pulak bawak baju sejuk
Alhamdulillah, masih mengekalkan ukhwah dengan group haji yang lepas. Semua sporting pulak join aktiviti macam ni 😄
ReplyDeleteAlhamdulillah dan semua sporting 🥰
DeleteSekali pernah singgah makan di GS tu, suami suka dodol dia panas-panas..
ReplyDeleteBestnya semua sporting pakai tema klasik camtu.. mesti meriah beraktiviti tu kann..
moga ukhwah berkekalan semuanya
Sedap kan dodol panas2.
DeleteMemang best semua sporting dan meriah. Moga ukhuwah kekal selamanya
best betul aktiviti gathering gini. semua pun supportive dan sporting!! ya betull tak sbr tunggu ECRL!
ReplyDeleteMemang best semua pun sporting.
DeleteBetul MZ memang kita tak sabar tunggu ECRL kan
Ingatkan family day, rupanya reunion. Puas ea tengok gambar-gambar. Cantik.
ReplyDeleteYa reunion seronok semuanya
DeleteKan..tak sabar tunggu ECRL..
ReplyDeleteTak lama dah kan
DeleteHamdalah, semoga dilancarkan segala urusannya ya mbak :)
ReplyDeleteTerima kasih Fajar
DeleteWahhhh ukhuwwah sesama gang haji dulu ya.....bagus aktiviti macam ni ya. Pengisiannya dengan ceramah juga.
ReplyDeleteYa Ezna reunion geng Haji. Seronok banyak program sekali dengan ceramah
DeleteWarna songket Mulan tu rich brown ya? Cantik la.
ReplyDeleteHitam silver, lighting tu kot lari sikit color nya
DeleteHamboiii.. kacak dan anggun berbusana tradisional.
ReplyDeleteAdehhh.. yang tertukar suami tu seram pulak gayanya.
Hehe sekali sekala. Haha masing2 dah mintak maaf awal2
DeleteTerbaik sungguh ni, grup haji tapi buat reunion tiap tahun. Kagum!
ReplyDeleteCantiknya persalinan Mulan dan suami.
Pernah naik ETS dari Perlis ke KL pun lupa bawa baju sejuk, punyalah seksa tahan sejuk.
Alhamdulillah ada yang menguruskan dan ramai yang sporting juga ada kelapangan. Hehe sempat cari songket murah di Shopee.
DeleteKadang terlupa kan train ni sejuk
Hahaaaa....tak sapat bayangkan suasana mencari suami sendiri hihihi.
ReplyDeleteHaha diorang dah mintak maaf awal2
Deletewahhh boleh tahan juga ya harga lemak salai tu utk portion byk tu
ReplyDeleteMemang banyak, tak habis makan sorang
Deletehahaha agaknya kalau org lelaki cari isteri masing-masing dlm acara mcm tu, jumpa ke tak? hahaha
ReplyDeleteHaha kena buat game lain tengok camna
Deletecantik villa tu...wah siap bersongket nice....dodol cair tu pernah mkn juga
ReplyDeleteMemang cantik. Hehe kita melaram la malam tu. Sedap dodol cair kan
DeleteJarang ada orang jual dodol panas. Cantik baju Mulan dan suami. Tempat reunion pun cantik.
ReplyDeleteFirst time jumpa dodol panas. Hehe thanks Nur, kita cuba la ikut tema . Memang cantik villa tu
DeletePernah baca Grobok Salai ini... Pengen coba tp kayaknya susah lah kalau yg ini , ntah kapan akan kesana 😄. Tp segala menu Salai masak lemak , saya emang sukaaaa sangat
ReplyDeleteDodol cair pun terasaaaa ini sedapnya 🤤😍😍.
Bagus sangat kalian masih menjalin silaturahmi ya kak..masih ramaaaai pula. Dari beberapa kali ikut travel, sayapun masih ada jalin kontak dan silaturahmi begini, tp jaranglah sampai ramaaaai. Palingan hanya 3-4 orang dari masing2 travel yg prnh diikuti. Itupun ketemunya jarang juga 😅😅. Seru kalau buat acara begini dengan spousenya juga . Penginapan yg dibook pun nyaman sangat 😍
Memang tak tau langsung Grobok Salai. Tapi jumpa dalam perjalanan maka terus berhenti sebab nampak ramai orang juga besar kedai nya. 😄😄
DeleteMasak lemak salai dan dodol memang sedap. 😍😍
Alhamdulillah ramai yang terus menjalinkan ukhuwah dan berpeluang masa untuk join reunion tiap tahun. Villa nya memang cantik. 😍
Grobok Salai ni macam ramai orang review sedap. belum sampai sana lagi.
ReplyDeleterajinnya geng haji berkumpul setiap tahun ye, memang akrab betul persahabatan ni. tema bau pun cantiknya, malay klasik gitu!
Tak tau pun GS sebelum ni, tapi sebab lepas exit TOL dan dekat masjid, terus la kami singgah lunch hehe.
DeleteAlhamdulillah ramai berkesempatan masa untuk join reunion ni.
Yang game cari suami tu ada yang salah suami tak ? 🤭
ReplyDeleteDaging salai tu sedappppnyaaa. Penah rasa kawan masak masa datang rumah kawan, bila buat sendiri tak jadi, hekhek.
Hehe memang ada, diorang dah mintak maaf awal2.
DeleteSedap daging salai kan, tak apa boleh cuba lagi nanti mesti sedap
kenapa tgk people go to holiday, nampak cam lengang ja,
ReplyDeletebila kita yg pergi oh my.......... kita jadi serba malas semua sebab ramai sgt umat manusia. tapi nak g bercuti, caner tu? hahaa~ complicated me.
Nampak ramai, cari tempat lain hehe. Mesti ada.
DeleteAlhamdulillah dapat berkumpul bersama geng haji. Semoga ukhwah yang terjalin terus je erat
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteAlhamdulillahhh...ukhwah berpanjangan. Semuanya sporting dan bagi kerjasama penuh untuk semua aktiviti. Semoga ukhwah terus kekal ke akhir hayat. Daging salai masak lemak cili api memang 😋
ReplyDeleteAlhamdulillah dan Insyaa Allah. Memang sporting semua. Daging salai MLCA memang sedap
Delete