KESIHATAN, MAKAN2 & KAWAN2


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

PESTO LINGUINE 
@ AISON BAKERY & COFFEE, BANGI


CHOCOLATE CAKE
TUNA DANISH
PARMESAN CHEESE BAGEL WITH SMOKED DUCK CREAM CHEESE



Antara yang terhidang.


Ad-hoc sebenarnya Rabu baru ni brunch di AISON BAKERY ni dengan SHA, blogger yang mula kenal hampir 14 tahun lalu. Sedap2 menu yang kami order. Alhamdulillah, thanks Sha belanja makan, moga murah rezeki selamanya. Sha ni journalist dulu. Kenal di blog. Interview kami tentang aktiviti anak2 yang join KIDS SCUBA.




Antara keratan dari entri lama tahun 2012. Anak2 join KIDS SCUBA ni tahun 2009 dulu. Alhamdulillah masih ber-scuba walau tak selalu. 


Anak solehah yang di tengah. 


3 minggu menahan sedikit sakit.


Gugel menggugel.


Simptomnya banyak pada SCIATICA.


Sakitnya agak mencucuk2 di area tailbone, tulang dan bahagian belakang punggung.


Master Aleyh Yusof Rehab Bangi 
(Body Adjustment)

Hubby suggest ke sini. Tarik2 tulang (CHIROPRACTIC). Pernah buat dulu di Kerteh. Memang best. Bawak anak solehah sekali sebab selalu mengadu sakit bahu dan belakang. Kruk krak kruk krak bunyi nya. Alhamdulillah kurang sakitnya. Tulang rasa ringan.

Namun anak solehah direkomen untuk buat acupuncture di bahagian pinggang dan bahu.


JEJARI BONDA PRESINT 15
Masih ada saki baki urat yang mencucuk2. Gugel lagi pusat urut saraf. Alhamdulillah dekat dengan rumah. Memang pandai dicari urat namun katanya urat saraf di bahagian belakang pinggang atas punggung juga area tailbone, tak boleh sama sekali ditekan kuat. Bahaya katanya sebab saraf disitu.

Tapi di bahagian lain memang ditekan sebab urat dah berselirat simpul macam flyover DUKE SUKE NKVE segalanya di KL/Selangor ni. 

Ada pantang rupanya. NO COFFEE 48 jam awwww terasa siksa nya. Juga sayur buah yang sejuk. Part ni memang percaya sebab selalu kena. Tembikai, nangka, air kelapa kalau dimakan masa perut kosong, siap lah terguling sebu anginnya. Badan kita lain2, ada yang boleh. 

Angkat barang berat pun kena jaga, tak boleh aktif sangat hhmmm spesis tak boleh duduk diam ni.

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

 

42 comments

  1. Tengok gambar first pun dah buat saya terliur pagi-pagi. hihi..Dahlah favourite linguini. Tapi sos pesto pernah makan sekali je. Aison Bakery ye, boleh cuba nanti kalau ke Bangi. Cantik Cafenya, aesthetic.
    hebatnya kecil² dah dive. Kalau saya jenis aquaphobia dah gelabah teruk dah tu. huhu...
    Allahuakbar. Bab sakit tulang dan otot ni sangatlah menyakitkan. Aktiviti terganggu dan terhad.
    aduh, menahan gelak je urat bersimpul macam flyover duke suke dan segala jenis flyover. Sampai begitu sekali kan. hihi...
    Uishh kalau buah nangka tu memang hangin. Sebu angin tak lepas².
    Take care. Rehat secukupnya. Semoga cepat sihat seperti biasa. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la ke Aison Bakery, food kami order memang sedap. Scuba dive ni hubby yang ajak anak2 join Alhamdulillah diorang suka. Sakit tulang dan otot ni tak boleh main2 kan apalagi kalau bersimpul seliratnya. Nangka memang tersohor anginnya.
      Thanks Fiza. Take care jugak tau.

      Delete
  2. Allahu yg sakit belakang tu saya pernah kena gak tp kita ni sejenis seriau part kruk kruk krak tu kak hahaah... tp kena dah lama b4 pkp so zaman tu x femes lagi krup krak krup krak ni hehehe maka nya ke spital je la kita.

    So far alhamdulilah at the moment smp skrg dh x rasa sakit.. jgn tanya procedue apa yg dibuat haha saya pun dh x igt 😅😅 tp mmg x sakit dah cuma doc pun ada bgtau, sakit tu myb akan dtg blk lps 10thn tp harap xde la kan..

    Pape semoga cepar sembuh ye sis ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu first time risau jugak nak buat chiropractic treatment ni tapi Alhamdulillah ok. Sebab tak la jenis teruk sangat. Thanks Ako, take care jugak ya.

      Delete
  3. maknanya after urut tu no coffee for 2 days? penderitaan apakah itu? ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lepas urut tak boleh minum coffee 2 hari awww derita sikit hehe.

      Delete
  4. shafakillah...i pun ada lah sakit kat bahagian tu (mcm yg u citer dlm entry ni) .cuma sakit tu on off so i abaikan jer..memang sgt2 tak selesa/jadi sakit esp kalau kena berdiri statik..so akan obvious sakit tu bile berdiri utk solat or berdiri time iron baju...

    ReplyDelete
  5. moga baik2 kak...waled Pia dah 6bulan merana sciatica,puncanya tournament futsal .dah macam2 tempat pergi berubat,harap ada la sikit perubahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Afzan. Moga cepat sembuh untuk Waled Pia jugak.

      Delete
  6. Syafakillah Kak 🤲🏻
    Seriau pulak membacanya. Rasa badan ni pun berselirat jugak segala urat saraf ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks PH. Badan orang perempuan apalagi dah beranak pinak bersalin, bak kata tukang urut memang berselirat urat

      Delete
  7. Tengahari buta ni memang ada rasa mengantuk. Tapi bila ternampak chocolate cake gambar pertama tu, terus besor biji mata saya. 😁 Semoga Mulan sihat-sihat selalu dan tidak sakit lagi di bahagian berkenaan. 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ya Nur. Moga Nur sentiasa sihat walafiat 🥰

      Delete
  8. Bila dah masuk 5 series ni kdg2 dpt sakit belakang n urat. Jika sakit sebegitu cepat2 sy cari tukang urut di kg sebelah. Umurnya dah 70 lebih tp masih gagah..

    ReplyDelete
  9. Dulu rajin pergi aison bakery tu sebab pastries dia semuanya sedap2. Menu2 pasta dia belum pernah cuba lagi. Bolehla pasni nk try pesto pasta sbb seumur hidup tak pernah rasa.
    Mesti seronok lepas dah kena tarik2 tulang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap food kat Aison ni. Nak try menu lain pulak nanti. Memang best tarik2 tulang ni hehe

      Delete
  10. Sedapnya bagel! Get well soon ye sis

    ReplyDelete
  11. wahhhh siap masuk paper lagi tu
    kena simpan baik2 buat kenangan di masa hadapan...
    sbb bkn sng nk msk paper hehehe

    ReplyDelete
  12. so far macam mana keadaannya? masih terasa sakit lagi?
    harap semuanya baik2 sahaja
    syafakallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah makin baik, thanks Anies

      Delete
  13. Allahuakbar, risau dengar pasal sciatica tu, memang sakit kalau kena bahagian tailbone dengan pinggang. Tapi part kena pantang coffee 48 jam lepas urut dekat Jejari Bonda tu memang satu penderitaan betul!Urat bersimpul macam flyover DUKE SUKE NKVE tu kelakar betul kak, tapi itulah realitinya bila badan dah mula penat. Syafakillah Kak Mulan, moga cepat sembuh dan dapat kembali aktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal2 tahan je sakitnya, tapi bila makin ngilu rasa tak tahan. Alhamdulillah makin baik, thanks SA. Tu lah tak boleh minum coffee lepas 2 hari awww sedih.

      Delete
  14. Pernah dulu belakang sakit mungkin salah tidur ke macam mana kemudian tukang urut thai urut rasa lega sikit......tak boleh buat main sakit belakang ni Mulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sebab ada urat saraf kan, Alhamdulillah makin baik

      Delete
  15. Memang kena berehat-rehat lah tu.
    Badan pun perlu dimanjai.
    Semoga cepat sembuh Mulan.

    ReplyDelete
  16. Take care ye. Bab urat saraf ni memang bantak pantang. Bulan Mei lepas saya buat acupuncture di kedua-dua lengan. Pantang makannituk, kacang tanah dan air sejuk. Tapi saya teguk air sejuk jufa huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kak Amie. Betul bab urat saraf memang lah banyak pantang, kadang redah je tak tahan kalau panas2. Ada hajat juga nak buat acupuncture

      Delete
  17. sedap tgk mcm2 jenis pastries tu..bab menahan sakit dh 3 minggu tu mmg bertabahla ...smoga dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nampak sedap pastries situ. Alhamdulillah makin baik sakitnya

      Delete
  18. Waaah nampak sedaaap semua kak. Trutama yg duck cream cheese 🤤🤤🤤. Nanti nak coba laaah. Ini bukan blogger Sha yg blognya KasihkuAmani tu kan ya?

    Duuuuh terbayang ngilu kalau dah sakit kena ke saraf belakang ini 😭😭. Harap2 bisa membaik setelah akupuntur dan lainnya yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang semua yang kami order sedap. Ohh bukan, ini blogger lama tapi sudah jarang update blog sebab agak sibuk.

      Betul Fanny memang ngilu tapi Alhamdulillah sudah makin baik.

      Delete
  19. Best nya letup2 tulang tu. Selalu husb tekan2 belakang badan. Kalau tengah penat memang kuat bunyi patah2 tulang tu. Habis tu konfem ringan, lega.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Faa memang ringan lepas buat treatment chiropractic ni.

      Delete
  20. bestnya..banyak pilihan pastries di Aison Bakery...belum pernah cuba kiropraktik, tapi setiap bulan mesti nak berurut badan...tak kira urut thai ke, urut tradisional melayu...mmg segar badan lepas berurut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul banyak pilihan, rasa nak try semua. Urut memang best kan. Ada yang kata sekali sekala elok cuba chiropractic untuk betul kan tulang.

      Delete
  21. Gambar-gambar makanan semuanya bikin lapar😋Semoga Mulan dan anak solehah sihat walafiat sokmo ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa buat KSarie jugak tau. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Take care

      Delete