3 NEGERI, SOLO DAY TRIP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.


STESEN KTM KAJANG
Sabtu 25/7. Tiket ETS 8.30 pagi ke Segamat.


Berbaju kurung ke Segamat seorang diri. Hubby di Kuantan dah ada plan naik bukit dengan anak soleh weekend ni. Anak solehah ada hal. Ada adik manis tolong snap kan foto, nak update hubby dan anak2, hehe.

Nak naik train sorang2, ada majlis jemputan. Jangan mimpi nak pakai sutera, songket, brocade, kebaya, lace berlapis2 yang warna cerah2. Nanti tercalit di baju ayam masak merah, lauk kerutuk, daging hitam dll atau kena berlari kejar train, elok lah pakai cotton loose2 warna gelap je. Sesuai lah sport shoes kita warna hitam calit cokelat. Semua ni peringatan untuk diri sendiri. Stress free outfit hehe. Kalau bukan majlis, pakai apapun elok je. Apapun kena sampai stesen awal.

Tudung pun tak jadi gosok shawl crepe, pakai instant shawl sarung (baru beli, so comfortable jatuh elok terletak depan belakang, tak perlu guna pin langsung, done meracun hehe) 
---> THE CAT OUTFIT - INSTANT SHAWL LYDIA


Ramai juga pagi2 ni.


Skrin TV menunjukkan stesen yang train ETS akan berhenti. Nampak tak, kita rentas dan lintas lalu 3 Negeri terus. Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. 


Hujan dan memang sejuk jugak. Minggu lepas 17'C, kali ni 18'C. Cantik view walaupun mendung kelabu.


Couple Chinese belah sana order nasi lemak atas train, mak aihh menusuk sedap baunya. Aduiii kita ni nak ke kenduri, nak makan lauk orang Segamat. Dah lah hujan asyik terasa lapar. Takkan nak bawak keluar minyak angin, nak tepis bau nasi lemak. Sabar, sabar.


Belek2 bag lah, supaya dapat lupakan bau nasi lemak. Bag dan isi perut nya. Bawah phone charger tu ada foldable shopping bag kecil. 


Jumpa tote bag ni di MAX, KUANTAN EAST COAST MALL, awal tahun ini. Memang lah kesukaan sangat2 hingga kini. Shopee pun jual. Organizer yang dalam tu beli di Shopee, memudahkan nak isi/cari barang. Just nice untuk day trip.


Hampir 2 jam perjalanannya, on time. Alhamdulillah dapat tahan bau nasi lemak.


Adik manis yang snap kan foto sebelum naik train di Stesen Kajang sebelum bertolak.


STESEN KTM SEGAMAT
Mengimbau zaman study di UITM Segamat suatu ketika dulu. Semuanya kini baru dan membangun. 


Cute nya.


Book Grab ke rumah FN, dekat Stesen KTM, 2 km saja. Kalau dengan hubby, mau disuruh brisk walk manja2 ke rumah kenduri ni, wa imma berbaju kurung. Nasib dia tak dapat ikut. 

Menyantuni wedding anak sahabat kami, Geng Minyak Angin di Kerteh dulu. FN ni memang asalnya Segamat. Suami nya berdekatan dari daerah di  Johor juga. Kenduri di dalam perkarangan rumahnya.






Cantik simple berbunga pelamin nya.


Foto dari mamarazi, salah seorang ahli geng Minyak Angin, dari atas balcony rumah FN. Kita pulak tengah excited first time sampai rumah FN ni. Orang pun tak ramai lagi, klik klik je lah handphone. Sebelah tu anak sulung FN. 


Cik Kak kat atas tu dah sampai hari Jumaat lagi. 


Luas tanah nya. Rumah Utama dan lainnya tak dibina sekali harung kata FN. Adik beradik semua sangat berdekatan. Senang ada yang tengokkan ketika FN dan suami berpindah2 randah (ikut tempat posting suami) macam kami dulu2.


Me and An, the mamarazi. Berdua je geng Minyak Angin yang dah sampai. Hujan rintik2 tapi tak lebat. Nyaman sebab sejuk cuaca nya Alhamdulillah. 


Bacaan Yasin, Tausiah dan Tahlil serta Maulid Ad Dhiyaul Lami' & Qasidah yang diadakan sesudah Majlis Akad Nikah pada pagi nya.


Kita sampai acara semua dah nak habis.


Alhamdulillah berjumpa setelah sekian lama. WN ni cousin FN rupanya. WN dengan suami serta 4 anak gadisnya juga scuba dive dulu2 dengan KIDS SCUBA ACADEMY. Seronok sangat bersua, rasanya lebih 10 tahun tak jumpa.


11 pagi lebih, dengan An kami join jemputan yang baru start makan, sebab tudung lauk semua dah dibuka hehe. Majlis makan memang start 11 pagi. Kita snap satu foto lauk Johor je. Apa nama lauk yang first tu ya, ada suhun, tempe dll. Sedap sangat. Yang lain tu macam lauk kenduri biasa. Semua sedap. Lauk nangka sampai lewat, pinggan dah licin. Apam balik memang sedap masa hujan. Aneka gorengan dengan sambal cili, sedap makan ramai2 sambil membawang lama tak jumpa. Suami2 pun sporting duduk satu meja asing2 dengan isteri.


Alhamdulillah bertemu kami kali ini. Awal tahun berjumpa di majlis perkawinan anak An. Mula berkenal di Kerteh, sejak 2017, moga ukhuwah kami kekal selamanya. Actually ada yang dah lama kenal, ada yang baru. Cuma geng Minyak Angin ni start 2017. Missing few yang tak dapat hadir, sebab ada kenduri anak saudara, ada yang baru dapat cucu. Kini yang masih di Kerteh hanya 3. Yang lain2 dah pencen balik rumah masing2 atau posting ke tempat lain.


Dengan pengantin.


Last foto sebelum balik.


Cantik. Best betul ada tanah luas di kampung buat rumah sendiri. Pokok2 buah pun banyak di tanah belakang. Durian je baru habis berubah kata FN, tak ada rezeki.


Alhamdulillah MM tolong hantar ke STESEN KERETAPI SEGAMAT. Sempat juga solat di Stesen, sebab ada 25 minit sebelum waktu train sampai. Bersih kemas, lupa snap foto sebab nak cepat.



Last week ketika naik train, dah nampak plug point di bawah seat depan. Kita bawak, Alhamdulillah memang boleh charge. 


Bila masuk sempadan Negeri Sembilan, banyak bendera merah dan biru berkibaran.


Ketika train hampir berhenti, tenang, bersih dan kemas keadaannya. Alhamdulillah adik staff KTM kejutkan sebelum tiba, tapi dah set alarm jugak. Takut terbabas sampai JB SENTRAL, hehe.


Alhamdulillah selamat tiba. Actually bila stesen tak besar macam KL SENTRAL tu, senang je nak cari tempat tiket dll. Jugak, tanya je lah di kaunter untuk apa2 yang musykil. Start dari sampai stesen, memang bertanya je sampai naik train hehe. Staff KTM semua baik2.



Seronok lah ada train ni, mudah nak ke mana2. Tak penat nak drive.


PONCHO
Lupa pulak item satu ni. Ketika belek2 bag, poncho ni diguna sebagai neck pillow. Dah di-parking belakang leher, macam bantal.


Antara contoh poncho. Poncho hitam tu dikirim/dibeli dengan blogger MARYA YUSOF tahun 2013 rasanya. Ketika itu beliau di Peru, mengikut suaminya bertugas di sana. Rasanya memang ada beberapa blogger yang kenal dengannya. Memang berguna poncho ni.


Beginilah bila digulung. Untuk simpan dalam bag dan alas leher. Nak bawak PASHMINA SHAWL tapi agak nipis, takut sejuk.

 Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

48 comments

  1. Betul-betul kawan baik ni, gigih Mulan pergi sendiri walau jauh 💪🏼

    Klasik cantik rumah utama. Seronok tengok.

    Lauk tu namanya Sambal Goreng Jawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah minggu sebelum nya dah naik ETS sorang, rasa senang so kita pun jalan lah hehe, memang cantik rumah nya. Ohh pernah dengar sambal goreng jawa

      Delete
  2. Alhamdulillah. Walauoun solo solo, syukur selamat pergi dan kembali. Dapat lepas rindu dengan gang minyak angin. Selamat pengantin baharu buat kedua-dua mempelai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah smooth perjalanan. Memang seronok dapat jumpa geng minyak angin ni hehe.

      Delete
  3. Orang pompuan memang kena ada minyak angin kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua, tapi kadang orang laki yang buat kami naik angin haha

      Delete
  4. Salute la dgn Akk, independent betul 👍🏻
    Btw. Nice la outfit tu, lurvvv 🫰🏻
    Beg tu pun nak cari juga, aci kan tiru? Hehe...

    Cantik rumah kenduri ni. Tanah luas tu yang seronok tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah rasa senang minggu sebelum tu so kita pergi day trip pulak.
      Thanks PH memang suka kurung tu.
      Yess pergi beli bag tu memang sangat practical.
      Tanah luas memang cantik rumahnya

      Delete
  5. Selamat pengantin baru buat Harith & Ly...

    Cantik lah rumah cokolat tinggi tu. Dari gambar vibe2 kampung macam dalam lukisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Faa, on behalf.
      Memang cantik tau.

      Delete
  6. cantik dan besar sungguh rumah kwn mulan ni. mcm overseas dan vibenya travel naik ktm ni sbb bersih dan cantik stesen nya! saya dh berkurun tak naik KTM...errr naik ETS kira KTM jugaklah kan..tu pun dh few years lah i naik ETS gi ipoh (zmn2 covid lagi tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanah pun luas memang cantik. ETS memang bersih kemas, sama seperti trip dulu2. ETS ni memang under KTM kan. Ni pun ada plan nak ke Ipoh lagi naik train hehe

      Delete
  7. Kejap je ye kak sampai segamat, kalau dana memang kelam kelibut la kalau sorang-sorang, pengangkutan awam ni dana memang jarang guna. Naik lrt pun kadang boleh sesat sebab lama tak guna hahah. Cantik betul rumahnya ye kak... luas betul tanahnya memang kalau buat majlis apa mudah tak payah risau nak sewa balai ke sewa dewan ya. Kenal k Marya Yusof tu kak, cuma sekarang lama tak dengar ceritanya... ke ada lagi ek blognya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah 2 jam je naik train, kalau drive aduii 3 jam kan. Senang je naik train ni. Tak tau tanya je hehe. Tanah luas memang cantik rumahnya. Dah rasa mesti Dana kenal blogger Marya kan. Dia aktif kat IG rasanya

      Delete
  8. Seronok jugak macam healing sorang2 naik train mcm ni. Cantik betul rumah kawan Kak Mulan tu. Yang lauk ada suhun dan tempe tu kalau tak silap sambal goreng Jawa namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Carneyz, macam healing sorang2 naik train. Memang cantik rumah tu. Pernah dengar sambal goreng jawa tapi tak sure, yang ni rupanya.

      Delete
  9. Saya kalo jalan solo kena study betul2 sebelum pergi....Sambal goreng jawa tu sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kat Malaysia ni sebab hari tu asyik tanya je kalau tak tau. Sedap kan sambal goreng jawa tu

      Delete
  10. lawa rumah nya...kalau ada tanah sendiri, memang puas hati lah...Alhamdulillah, sampai juga Mulan ke kenduri kahwin FN..
    pasal plug point tu, dah banyak kali naik ETS, tetap lah linda tak jumpa kat mana.. jenu meraba2.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lawa, tanah pun luas. Alhamdulillah sampai ke Segamat.
      Masa naik train dari Melaka nampak plug kat bawah, tu yang bawak siap2

      Delete
  11. Lawa betul rumah dan kawasan sekeliling. Rumah tinggi jadi bawah boleh digunakan untuk event. Gambar lauk pertama tu Sambal Goreng (Jawa). Biasa kenduri tempat kami ada.
    Kurung Pahang kan yang Mulan pakai tu. Cantikkk... pakai sport shoes lagi mudah untuk bergerak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang luas dan lawa rumahnya. Betul rumah tinggi, bawah boleh buat car park dan event. Sedap kan sambal goreng jawa. Kurung Pahang tu senang nak jalan, mesti lah dengan sport shoes

      Delete
  12. Cantiknya rumah..bestnya kalau ada tanah sendiri...tanah pusaka family arwah Mak SA ada..tapi xdelah terfikir nak buat rumah kat sana..tanah bahagian mak x banyak mana..cukup sebuah rumah kecik je..lauk pertama tu sambal goreng jawa kak Mulan..cantik baju kak Mulan...tudung tu pun cantik..SA ada 2-3 helai instant shawl Thecat outfit tu...dah banyak tudung ni ntah mana perginya yang lain2...hahahaha....bender abnyak tu sebab Sabtu ni PRN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan SA kalau ada tanah luas best buat rumah sendiri. Sedap sambal goreng jawa tu. Nak naik train, kita pakai yang senang lah hehe baju loose, warna gelap, tudung sarung. Alhamdulillah selesai dah mengundi.

      Delete
  13. Syoknya layan solo day trip naik ETS merentas tiga negeri macam ni, terasa macam ada vibes healing pusing kampung! Memang pilihan bijak pakai kain cotton dengan kasut sukan, barulah selesa nak melangkah dan kejar train tanpa stres. Bab menahan bau nasi lemak dalam gerabak tu lawak betul, tapi berbaloi tahan lapar sebab dapat merasai kesedapan sambal goreng Jawa kat kenduri. Seronok tengok ukhuwah Geng Minyak Angin yang kekal akrab melayan borang imbau kenangan lama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang syok. Betul kurung loose dengan sport shoes senang nak jalan. Menusuk tau bau nasi lemak tu. Alhamdulillah dapat makan sambal goreng jawa yang sedap. Moga ukhuwah kami kekal selamanya.

      Delete
  14. Selamat Datang ke kampung saya, Segamat. Cantiknya baju kurung klasik macam ni. Hitam pula tu warna favourite saya kalau untuk baju kurung klasik. Memang taklah pakai songket ke brocade tu. Panasss. Pakai cotton dan loose lebih selesa untuk cuaca di Malaysia ni kan. Kalau dalam aircond takpelah juga.
    Suka jenis bag yang banyak compartment. Nak cari barang pun senang. Cepat juga tu sampai Segamat. Yaa Segamat sekarang ni dah macam-macam adaaa.
    Cantiknya rumah tuan rumah. Syok ada tanah luas boleh buat rumah design sendiri.
    Alhamdulillah dapat menaghadiri majlis dan dapat bertemu dengan mereka yang dikenali.Tahniah buat pengantin baru. Semoga berbahagia sampai Syurga. Aamiin...
    oo baru tahu kewujudan poncho ni. Sangat functionlah kalau bawa travel kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Fiza asal Segamat ya. Dulu kita study kat UITM Segamat.
      Nak travel naik train memang kena pakai kurung loose dengan sport shoes. Nak berlari pun boleh hehe.
      Bag banyak compartment senang isi barang kan. Segamat dah berubah banyak.
      Memang cantik rumahnya, tanah luas. Alhamdulillah dapat berkumpul geng minyak angin ni hehe.
      Poncho ni best boleh buat selimut dan baju sejuk

      Delete
  15. tk pernah lg solo trip perjalanan jauh ....kalau kena briskwalk dgn bj kurung ketibas juga tu ...hehe...cantik wedding outdoor..ruang umah luas best btul...sedap tgk menu kenduri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah kat Malaysia ni lebih rasa selamat dan mudah naik train sorang2. Memang kena pakai baju loose dengan sport shoes takut kena berlari. Cantik rumahnya tanah luas selesa buat kenduri. Menu pun sedap.

      Delete
  16. eee bestnya travel alone. syiok.
    cantik baju kak mulan, i like.
    beg camtu dlm chart, tgh mikir nak beli ke tak, hahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syok jugak. Baju boleh bawak berlari hehe.
      Setakat ni memang bag ni diangkut ke sana sini.

      Delete
  17. Aiiiish, keren betul mbak travelnya solo :D
    Saya abis baca-baca ini, jadi makin penasaran sama kereta di malaysia sana. Kok nampaknya bagus betul yaa :D
    Moga kelak nanti jika waktu mengiznkan, saya nak cuba kereta-kereta disana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dipermudah kan. Train ETS yang ini yang agak laju kala banding dengan KTM, rasanya. Nanti datang Malaysia boleh cuba. Tahun depan insyaa Allah akan siap train ke Pantai Timur pula dari Kuala Lumpur

      Delete
  18. Waaaah jauh juga kaaak 😄👍. Tapi seruuuu lah solo travel begini. Walau domestik destinasi saja.

    Baguuuus baju kakak, memang terlihat nyaman kalau baju begini.

    Isssh saya pernah juga, naik airasia waktu itu, sedang hamil 1 bulan. Trus ada yg pesan kari, aromanya ya Allah, Krn sedang hamil saya sensitif sangat dengan bau2an. Dan aroma kari salah satu yg saya benci pas hamil 🤣🤣🤣. Memang tahan napas yg ada.

    Cantik sangaaaat rumah panggung nya 😍😍😍. Halaman pun luas. Teringin laah nak buat rumah panggung macam tuh 😍😍. Makanan pun banyak dan sedap2 yaaa.

    Saya pernah punya dulu poncho. Tp Krn jarang pakai, akhirnya kasih orang. Dan saya macam tak sesuai pakai 😅😅. Mungkin Krn badan saya kecil, jadi macam tenggelam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau naik kereta memang lebih 3 jam. Naik train hanya 2 jam. Baju kena loose takut kena berlari 😄😄😄
      Wah kalau sedang hamil memang kadang tak tahan bau nya kan.
      Memang cantik rumah dibina di atas tanah luas di kampung. Makanan memang sedap Alhamdulillah. 😊😊
      Poncho yang ini memang simpan sebab kain wool. Boleh jadi selimut atau baju sejuk.👍👍

      Delete
  19. Moleknya perjalanan solo travel merentas 3 negeri. Dapat jumpa kawan-kawan dan makan sedap. ETS kalau tak kena gaya memang sejuk gedi. Kena standby pashmina atau cardigan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah smooth semuanya. Betul memang sejuk dalam ETS tu.

      Delete
  20. Seronok juga travel solo. Me time. Dapat jumpa kawan² lama. Cantik rumahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok dapat travel, jumpa kawan2 dan makan kenduri. Memang cantik rumahnya

      Delete
  21. cantiknyaaaa venue majlis
    tampak privasi lagi eksklusif
    agaknya kalau sy buat majlis kat sini kompem setahun sebelum dah kena booking kan ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik, tanah luas rumah sendiri je tu. Tak bukak untuk sewaan awam.

      Delete
  22. lama tak dgr khabar blogger marya tu
    sy follow jg dia dulu ms dia kat peru tu
    siap kirim FM dr sana
    skrg dh blk sini tp lps tu senyap dah ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blogger Marya ada di IG. Dah tak update di blog.

      Delete
  23. Kawasan rumahnya Mulan....luas betul. Nak buat kenduri kendara pun senang. Alhamduliah ada gang minyak angin ni ya. Comey nama gang ni. Hehe. Senang naik keretapi ya....tak letih la kita drive. Biar orang yang drive bawa kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang luas tanah nya siap ada pokok2 buah belakang tu. Alhamdulillah berjumpa juga geng minyak angin ni. Betul tak letih drive, duduk tidur je dalam train.

      Delete
  24. function betul tote bag tu, boleh sumbat macam2.sesuai utk jalan2 day trip ni.
    wahh bestnya pergi segamat naik ETS. saya belum pernah lagi naik ETS pergi belah2 selatan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang function sangat kalau day trip tote bag tu. Seronok naik train tak perlu drive.

      Delete