Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Sabtu 20/6/2026 di D'TAHTA AURORA, I-CITY
Meraikan dan menyantuni jemputan majlis perkawinan anak kawan di Kerteh dulu. Asalnya kenal sesama sahabat di Kerteh, rupanya JAH ni kawan sekolah rendah hubby dulu. Suami JAH ni pula kawan scuba diving hubby juga di Kerteh. Alhamdulillah ukhuwah bertaut kembali. Juga foto2 dengan kawan2 di Kerteh dulu, ketika 12 tahun menjadi warga di sana.
Btw, yang tak ditutup muka tu, Blogger MAKLANG, blognya DARI TERATAK MAKLANG dulu2 famous. Now MAKLANG active di FB. Lama betul tak jumpa Maklang lagipun dia dah pindah Kajang. Mula kenal bila pindah ke Kerteh, sekali dengan CHEF HANIELIZA dan FA di Kemaman, blognya AINT SUPERWOMAN.
Foto2 bersama kawan2 sekolah rendah hubby. Alhamdulillah dengan social media dapat eratkan kembali ukhuwahnya. Tapi ada seorang tu, memang bff hubby dari kecik hingga kini. Dah kawin pun, spouse masing2 pun sama2 berkawan.
Isnin 22/6/2026
Lunch @ CILI KAMPUNG, ALAMANDA
ONDE ONDE PUDING BAKAR
Tiba di CILI KAMPUNG ALAMANDA dalam pukul 1.10pm. Full house di dalamnya yang berhawa dingin, kata BLOGGER EZNA yang dah sampai awal dengan puterinya Dania. Sementara duduk dulu di bahagian luar, kami order air dan ONDE ONDE PUDING BAKAR. Kalau dessert yang ada kelapa parut, memang lah favorite saya. First time makan dessert seumpamanya ini. Actually ianya macam kuih bakar nipis, di-sandwich kan dengan kelapa parut gula melaka ditengahnya. Sos putih tu, santan pekat dengan cream rasanya, memang sedap. Lupa snap foto minuman dan dessert ni sebab rancak duduk berborak dengan Ezna. First time sebenarnya kami berborak di meja makan, sebab last kami jumpa seketika saja di luar lobby MOXY HOTEL, PUTRAJAYA.
Cantik ID dan deko CILI KAMPUNG ni.
Alhamdulillah sampai juga FANNY dan CARNEYZ ke CILI KAMPUNG ALAMANDA, PUTRAJAYA. Kami pindah ke bahagian dalam sebab meja pun dah banyak kosong.
Abaikan tisu kedai di muka. Dia sangat tak betul.
Masak Lemak Daging, Sirap Pandan Kenduri, Sambal 3 Negeri, Kacang Buncis Telur, Telur Dadar, Epal Assam Boi, Sambal 3 Negeri (tempoyak, cencaluk dan kicap cili). Alhamdulillah semua sedap. Portion nya agak banyak. Tak habis, ditapau kan.
Fanny, terima kasih sudi luang masa untuk berjumpa kami di Malaysia.
Kita park kereta di level atas sebab terer area parking di situ je kalau drive seorang2. Ezna dan Carneyz park kereta di basement. Bye bye.
Lambaian perpisahan sementara dengan Fanny, umpama di airport. Sedih pulak tengok foto ni. Tetap seronok sangat, walaupun hanya sejam lebih saja dapat bersua berborak dengan Fanny dan Carneyz. Berkongsi masa dengan sahabat2 blogger lain yang semuanya juga menanti kedatangan Fanny. Moga dapat berjumpa lagi, mungkin di Jakarta, Insyaa Allah. Thanks banyak2 Carneyz drive all the way dari KL bawa Fanny ke Putrajaya.
Maaf andai tersilap kata ketika berbicara, juga perbuatan yang tak disangka. Nervous sebenarnya bila jumpa sahabat alam maya. Takut attitude ini tak dijaga dan lupa, bila seronok sangat tak terkata.
Moga ukhuwah kita semua, jauh dekat sini sana, juga di alam maya, kekal selamanya.
Alhamdulillah Fanny pun dah selamat tiba ke pangkuan family nya semalam, Selasa petang.
Lovely gifts dari Fanny, Ezna dan Carneyz. Love semuanya. Terima kasih banyak2. Ada yang dah dimakan dan dikeluarkan, ini pun hampir lupa snap fotonya.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.


















Seronoknya....ikutkan Ezna ada ajak SA jugak..tapi Isnin kan..SA bekerja...x dapat nak join...kalau tak boleh jumpa Kak Mulan...
ReplyDeleteInsyaa Allah kita jumpa di lain masa ya SA
DeleteHaha saya ni kan dok dr awal baca terbyg MZ ... alih² baca ayat last laa baru pasan ni blog sis mulan 🤣🤣🤣
ReplyDeleteYa allah tiba2 blur plak kita
hahahha plakkkkkk ;)
Delete🤣🤣🤣 Ako ni kan lahhh
DeleteMama Zharfan : Ako ni belum breakfast kot masa tu 😄😄
DeleteAlhamdulillah Ukhuwah Fillah....
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSeronok tengok ramai blogger sambut kedatangan Fanny ke Malaysia. Fanny disayangi ramai, begitu juga Mulan.
ReplyDeleteMemang Fanny disayangi ramai di Malaysia ni, SK pun sama
DeleteTerima kasih kak Mulan, belanja makan tengahari di Cili Kampung 😄. Seronok berborak dengan korang semua walaupun baru jumpa tapi rasa macam dah lama kenal. Sayang tak dapat nak berlama-lama sebab kena balik sebelum kena merempuh jem KL 😅 cantik2 gambar kak Mulan ambik ni mintak izin nak repost kat blog saya nanti ye
ReplyDeleteSama2 kasih. Seronok walaupun tak lama kita jumpa borak dan makan. Insyaa Allah lain masa 😍😍😍
Deletealhamdulillah...semoga ukhwah terjalin hingga bila2..aamin
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deleteseronok dpt jumpa sahabat jauh & dekat...menarik tgk onde onde puding bakar tu...mcm2 gift dpt dr kwn blogger tu
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok. Menarik kan onde onde puding bakar tu.
DeleteOh baru tau siapa gerangan tutup mulut ni. Hihi
ReplyDeleteHehe 😄😄😄😄
DeleteTutup muka pun cantik :p
ReplyDeleteWhat happened to your tangan kak? Nampak mcm berbalut tu...
Seronok dapat jumpa² gini. Bertukar² hadiah pulak tu 👍🏻
Tangan tu allergic banyak lah pulak time tu. Alhamdulillah memang seronok 😍
DeleteMalaysia dh macam rumah kedua Fanny ye kak... mesti ada ole-ole kan
ReplyDeleteBetul sebab ramai kawan2 di sini.
DeleteSeronokkann kita dr alam maya bertemu bersua muka..
ReplyDeleteSaya dulu macamtulah, nak jumpa f2f dulu dengan blogger kekok juga tapi alhamdulilah, rata-rata yang Lin jumpa, semua masuk air gak macam Lin hahahaha.. one day nak juga jumpa blogger lain.. inshallah nnti ke KL bolehlah roger semua, kita bt mini reunion kann..
Lin selalu ke Kerteh ikut Suami, ni lama betul tak ke sana..
Betul memang seronok dari alam maya ke f2f. Sama jugak nervous je bila first time nak jumpa, Alhamdulillah semua ok. Kita pun gila2 remaja purba jugak haha.
DeleteKami 12 tahun duduk Kerteh, 2021 pindah balik Kuantan
seronokkan bila sesekali dapat jumpa,mesti malu2 tapi macam macam yang nak diceritakan bersama..
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok
DeleteAlhamdulillah.... sahabat dunia akhirat.
ReplyDeleteOo.. yang kat eskalator tu dalam mall rupanya.. ingatkan kat airport heheh... nampak kat story Fanny.
Awat tangan tu, dua² pakai bandage.
Alhamdulillah moga ukhuwah kekal selamanya. Hehe ya escalator di Alamanda. Tangan tu allergic la pulak.
Deletebestnya dpt gathering mkn2 dgn kwn2 blogger meraikan kedtgn fanny jugak. moga ada rezeki MZ jumpa mulan one sweet day ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best kan. Insyaa Allah kita jumpa nanti 🥰
Deleteseroknyaaaaaaa dapat jmp maklang dan kak liza,lamanya tak tengok maklang dan kak hanieliza, dulu memang suka pinjam resepi maklang & kakliza. semoga semuaya sentiasa dalam lindungan allah swt
ReplyDeleteMemang seronok lama tak jumpa Maklang. Sama lah, blog diorang tempat cari resepi
DeleteBestnya dapat bertemu kawan-kawan.
ReplyDeleteLagi best dapat menjamu selera di Cili Kampung. Tempoh hari kami menginap di hotel sebelah, jalan kaki jew ke Alamanda. Fuad ajak ke Cili Kampung, Abang Farid pula ajak ke Oriental Kopi. Akhirnta kami ke OK. Harap ada rezeki untuk makan di CK.
Alhamdulillah memang best. Moga dapat jumpa Kak Amie juga nanti. Senang duduk hotel tu, sebelah Alamanda je kan
DeleteWahwaaah, senang rasanya jika melihat teman-teman sesama blogger bisa bersua, bertemu di dunia nyata. Apalagi setelah saya cuba scroll-scroll.. muncullah teman blogger dari Indonesia yang ter-famous, Mbak Fanny! hihihihi..
ReplyDeleteSemoga sehat selalu yaaa semuanyaaa. Saya berharap suatu hari nanti bisa ikut mampir juga ke Malaysia, bersua dan bertukar cerita :)
Alhamdulillah rezeki dapat berjumpa. Ya apalagi dengan Fanny. Insyaa Allah moga Fajar akan sampai ke Malaysia dan berjumpa bloggers di Malaysia juga nanti
DeletePernah makan kat Cili Kampung tapi bukan kat Putrajaya...
ReplyDeleteKat Hartamas
Oh banyak ya cawangan Cili Kampung ni
DeleteSeronoknya, jumpa teman² lama, dan teman bloggers juga. Tangan okay ke tu, berbalut? Kalau saya pun mesti nervous juga. Selama ni cuma kenal di alam maya, sekarang dapat jumpa f2f. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok. Tangan tu allergic lah pulaknya. Ya Nur kadang first time nak jumpa, terasa nervous jugak.
DeleteAlhamdulillah. Seronok sgt dpt jumpa sesama blogger esp Fanny yg dtg dari jauh tu. Keep it up!
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok
DeleteLamanya kawan husband tu dari zaman kecil, masih keep in touch! Tulah senang bila ada sosial media ni :D
ReplyDeleteKalini macam ramai bloggers yg kak fanny dapat jumpa. Seronok tengok semuanya gathering. Menu kat cili kampung tu nampak sedap! Tringin nak makan sana
Memang lama Alhamdulillah masih berkawan. Betul kali ni Fanny sempat jumpa lebih ramai. Sedap2 lauk di Cili Kampung tu.
Deletesahabat di alam.maya vs sahabat di alam realiti😁
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteAlhamdulillah rezeki bloggers dapat berkumpul bersama-sama, makan dan bersembang. Fanny tu manis sangat kan. Semua makanan di Cili Kampung itu nampak awesome teruk. Rezeki juga ukhwah berpanjangan dengan teman-teman lama.
ReplyDeleteAlhamdulillah sempat jumpa dan makan2. Ya betul Fanny tu sweet kan. Sedap menu di Cili Kampung tu
Deletememang seronok dpt bertemu mcm ni. pnjg sembangnya dan byk jg yg msk ke perut😁
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok
DeleteYa Allah masih terbayang sedapnya daging masak lemak di Cili kampung iniiiii 😍😍😍😍😍.
ReplyDeleteTempat cantiiiiik, makanan sedap, memang pasti repeat ❤️❤️.
Sayapun tiap ketemu kak Mulan pasti senaaang sangaaat. 🤗🤗🤗. Tak apa cuma sebentar, yg penting tetap bisa jumpa. Jangan lupa tahu kak, kalau ke JKT, bagi tahu, nanti kita jumpa di manaaa pula 😍😁
Memang sedap kan lauk di Cili Kampung dan tempatnya cantik. Tetap seronok walaupun sekejap saja berjumpa. Insyaa Allah di lain masa. 😍😍
DeleteCantiknya deko Cili Kampung. Masakannya pun sedap ya, sesuailah bawa Fanny makan-makan di sini.
ReplyDeleteMemang cantik, lauk pun sedap. Alhamdulillah Fanny pun enjoy
DeleteJap....chef hanieliza? Saya ada beli bukunya yang tebal 1 hari 1 resipi tu. Hehe. Seronok jumpa semuanya. Nasib baik ada Mulan. Mulan suka pulak Onde Onde Puding Bakar tu alhamdulilah. Moga nanti lepas ni kita jumpa ramai2 lagi. Seronok la pulak. Kenal dalam alam maya je.
ReplyDeleteYa betul Chef Hanieliza lah tu yang ada buku resepi. Alhamdulillah seronok kan dapat jumpa. Moga lepas ni jumpa ramai2 lagi. Sedap tau onde onde puding bakar tu hehe.
DeleteAlamanda.. dah lama tak ke situ, tak tahu bila lagi nak ke situ.
ReplyDeleteBanyak sangat mall sekarang ni kan
DeleteSeronoknyaaa nampak ukhwah sesama bloggers sebegini 👍 Semoga ada rezeki jumpa rakan2 bloggers di Malaysia.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok. Insyaa Allah diizinkan berjumpa nanti
Deleteseronok tengok org berani berkumpul dengan rakan maya...ammi ni huhu pemalu yakmat nak berjumpa face-to-face dgn org
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok tapi awalnya nervous jugak hehe
DeleteAlhamdulillah..Seronok dapat berjumpa yang dah lama tak jumpa dan dapat bertemu kembali rakan-rakan blogger. Kalau kita dah lama kenal, macam tu lah persahabatan. Kenal suami isteri sampai satu keluarga pun kenal. Kadang terkait kenal orang lain juga. Begitulah.. hihi...
ReplyDeleteSaya baru tahu Fanny ada datang ke Malaysia lagi jumpa rakan blogger yang lain. Kali ni lama sikitlah dapat jumpa dan makan sekali.
Alhamdulillah memang seronok dapat jumpa. Moga kita pun dapat jumpa nanti. Ya lama jugak Fanny datang kali ni, sampai ke JB jalan2 nya.
Delete