DAY 3 - JAM 3 PAGI DI BANDUNG, INDONESIA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.

Tour Guide (TG) tanya sebelum kami ke Bandung, nak tengok sunset tak. Bila mention pada hubby, of course lah nak sangat dia tu. TG kata naik lah kakak sebab 300 meter hiking saja. Anak soleh pun pujuk2 mummy dan adik solehah dia, hubby pun sama memujuk. Termakan pujuk lah kisahnya.

Opss, actually trip ke RUMAH MODE petang semalam nya, adalah juga sessi membeli wind breaker sebab kami tak bawa langsung warm jacket. TG kata sejuk belas2 darjah. Hubby dan anak2 beli wind breaker, mummy nya beli hoodie zip depan harga tak sampai RM30. Wind breaker diorang beli pun murah dan berjenama.


Seawal jam 3 pagi Mas Ad datang ambil kami di apartment. 1 jam setengah juga perjalanan. Tiba di parking lot jam 4am lebih, ohhh dah banyak kereta juga bas. Macam pesta. Ada masjid juga musolla. Hubby dan anak soleh solat Subuh di masjid, berdua dengan anak solehah kami solat di musolla saja. 

Selesai solat, terus ke entrance point. Naik open van 4x4 warna Oren tu, namanya ONTANG ANTING, 10 orang satu van. Tak sempat nak snap foto. Rasa vertigo kepala, gedegung gedegang, naik bukit jalan kurang rata tapi smooth. Tiket dah bayar di parking lot pada agent di RENGGANIS ni, kos semua hubby yang in charge. Semua ni TG yang handle juga bawah pengawasan Mas Ad (driver kami) yang di bawah company TG ni.


Gelap lagi, tapi seriously ramaaaiiiii sangat orang dan agak sesak tapi semuanya sangat berhemah. Semua akan bagi laluan, tak ada yang aksi, THIS IS MY SPOT. Mengah macamana pun, terpaksa heret jugak kaki sebab dah agreeness nak naik kan. Alhamdulillah tak lah curam menegak sangat. Tapi kalau dah nama bukit dan hiking, yang kebal je rasa tak penat. Tercungap2 nafasnya. Mengah nyah.


Anak2 soleh solehah dalam kegelapan. Subhanallah cantiknya.


SUNRISE @ SUNAN IBU, KAWAH PUTIH


KAWAH PUTIH nun di bawah.


Bila terang, dah mula nampak lagi jelas AWAN KARPET.


Subhanallah cantik sangat. 


Kami berada hampir di puncak SUNAN IBU. Tengok lah ke bawah, memang ramai sangat. Alhamdulillah all so behave one.


Mula menapak turun. Mas Fitri yang bawa naik pandai snap foto. Alhamdulillah yeyyyy dapat tengok sunrise dan awan karpet di SUNAN IBU. 


Bila dah terang, dan dah turun ke parking lot, woww banyak nya van, ramainya umat manusia.


Inilah trek naik ketika gelap.


Next stop.


KAWAH PUTIH


Alhamdulillah cuaca sangat terang dan cantik.



Kawah Putih ialah sebuah tasik kawah gunung berapi sulfurik yang menakjubkan di Ciwidey, kira-kira 50 km ke selatan Bandung, Indonesia. Terkenal dengan airnya yang berwarna biru kehijauan dan pantai putih, ia menawarkan pengalaman landskap ala dunia lain yang dikelilingi oleh tebing dan hutan. (Wikipedia)



Berhasil lah dari RUMAH MODE, beli wind breaker dan hoodie. Memang sejuk di atas sana. Kami dengan sports/hiking attire. Bawa baju lain untuk salin.


Breakfast di warung berdekatan parking lot. Sedap semuanya. Kami order MIE TEKTEK, SOTO AYAM & TONGSENG SAPI. 


Next, KAWAH RENGGANIS.

Kawah Rengganis (juga dikenali sebagai Kawah Cibuni) ialah sebuah destinasi pelancongan alam semula jadi gunung berapi yang terletak di wilayah Ciwidey, Bandung, Indonesia. Ia merupakan alternatif yang lebih tenang dan semula jadi berbanding jirannya yang lebih terkenal, Kawah Putih. Kawasan ini terkenal dengan kolam air panas semula jadi, pemandangan lembah hijau yang berkabut, serta jambatan gantung ikonik yang merentasi kawasan kawah. 

Tarikan Utama Rengganis

Suspension Bridge: Jambatan gantung sepanjang kira-kira 370 meter yang memegang rekod ANTARA jambatan gantung terpanjang di Asia Tenggara. Anda boleh berjalan di ketinggian 70 meter sambil melihat pemandangan hutan dan asap kawah di bawah.

Keranjang Sultan: Wahana kerusi gantung berbentuk bakul rotan yang meluncur di atas kabel keluli, menawarkan cara mendebarkan untuk menikmati pemandangan kawah dari altitud tinggi.

Kolam Air Panas Semula Jadi: Pengunjung boleh berendam kaki, mandi air panas, atau melakukan lulur lumpur belerang semula jadi yang dipercayai baik untuk kesihatan kulit.

Kebun Teh & Hutan Tropika: Laluan masuk ke kawah ini dikelilingi oleh ladang teh yang hijau dan subur serta landskap hutan yang menyegarkan
Sumber : Mod AI


Satu untuk album.


View dari suspension bridge.


Menaiki Keranjang Sultan, untuk ke kolam air panas.




Sessi merendam kaki.






Balik semula ke entrance point dengan Keranjang Sultan ini.


Luge ni pun kami naik tapi sebab disuruh cepat, memang tak sempat nak snap satu foto pun. Trek nya pendek saja tak macam di Dalat, Vietnam.


Selesai semuanya di KAWAH RENGGANIS. Dapat free flow HOT TEA di cafe berdekatan parking lot, sambil2 discuss, semua decide tak perlu lah tukar baju. Berbaju sukan/hiking lah kami sepanjang hari. 


Next, kami dibawa ke sini.

TASIK PATENGGANG ( bahasa Indonesia : Situ Patenggang ) adalah sebuah tasik yang terletak di kawasan tarikan pelancong semula jadi di selatan Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, tepatnya di desa Ciwidey. Terletak pada ketinggian 1600 meter di atas permukaan laut, tasik ini mempunyai pemandangan yang sangat eksotik.

Tasik ini dipanggil Situ Patengan oleh masyarakat tempatan, kerana sebutan patengan terlalu sukar untuk disebut dalam bahasa Sunda Patenggang. Tasik dan kawasan bersebelahannya merupakan destinasi pelancongan yang popular.

Label/nama tasik dalam Peta Google ialah Situ Penganten yang bermaksud pasangan pengantin baru. (Wikipedia)


ANEKA GORENGAN
On the way ke parking lot, banyak warung yang menjual makanan, minuman, souvenir dll. Memang dah aim sangat aneka gorengan ni, dah la murah, sedap sangat. Tak kisah apa nama nya, beli semua jenis sikit2. Makan dalam kereta memang sampai kenyang. 


Antara aktiviti di SITU  PATENGGANG (TASIK PATENGGAN). 
Flying fox dan bergambar di KAPAL PINISI RESTORAN (tempat makan) 


Menaiki KERANJANG SULTAN menyeberangi tasik, juga menaiki bot keliling tasik. Memang seronok. Selesai sudah di Tasik Patenggang. Kami tak singgah di mana2 kebun teh. Takut tak cukup masa. Tunggu ke Cameron Highland lah nanti.


Singgah di kebun strawberry. 20 minit aktiviti memetik buah strawberry. Masam manis, sedap.


Waktu dah hampir 2.30pm. Memang lapar. Kami bagitau Mas Ad, stop je lah mana2 yang nampak sedap. Cantik binaan gazebo2 kayu ni, memang tempat makan duduk bersila. Ada juga bahagian lain tempat makan berkerusi meja. Kami pilih makan di gazebo.


RUMAH MAKAN SAUNG ANDIR


Tak ingat nama menu, tapi semua sedap Alhamdulillah. Ayam Bakar, ayam goreng dengan sambalnya, semua sedap. Jus Alpukat lupa nak snap. 


Kami singgah lagi sekali sekejap. Tapi hari masih terang. Ini foto semalamnya. Anak soleh beli t-shirt berkolar sehelai, anak solehah tak jumpa yang berkenan, hubby tak beli apa2, mummy nya memang pandang je sebab tak sabar nak balik apartment. Alhamdulillah Bandung cuaca nya tak panas. Tak lah berlengas sangat badan. 

Sampai apartment terus mandi dan solat Zohor Asar. Mas Ad kami suruh balik je. Anak2 dah tak nak ke mana2 sebab penat. Mau tak nya, pukul 3 pagi dah keluar nak tengok sunrise kan. Hubby ke gym lepas Maghrib. Ada swimming pool tapi masing2 nak lepak je. Begitulah kisah hari ke 3 kami di Bandung.

Sorry ya semua, nanti slowly akan bw. Penat sikit drive sorang2 baru2 ni ulang alik Kuantan Putrajaya 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya, serta smooth semuanya.

47 comments

  1. Wah sista naik keranjang sultan kat belah² kawah putih ye hahaha .. itu seriau gak klu saya la ..air panas bawah tu haha mcm² dlm hotak ni kak 😅😅😅

    Suka naik.luge.. kat msia x smpt² lagi nak pegi..igt nak naik yg kat puncak tp ms plak x izin... ok nmpk gaya kena repeat ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah hubby dah beli tiket semua kena lah naik tak nak kena tinggal 😄😄
      Luge best tapi yang ni pendek je

      Delete
  2. Subhanallaah, mantap betul ya pemandangan kawah putih. Apalagi kalau pas matahari terbenam, luar biasa indahnya. Saya terakhir ke Kawah Putih sudah lama betuuul.. nampaknya pas masih bujangan, heuheu.
    Sampai sekarang sudah menikah dan punya anak, belum kesana-kesana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fajar dengan sunrise nya memang cantik sangat. Nanti pergi ya.

      Delete
  3. Cantiknya view. Puas hati tu dapat view cantik.

    ReplyDelete
  4. view semua sgt breathtaking! ari tu i baca entry kat blog akoretna, dia pun naik keranjang sultan tu...mcm chair lift lah kan tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Betul macam chairlift.

      Delete
  5. Subahanallah teringin awan kapas di Bromo dulu, cantikkkk tak tau pulak di Bandung ada macam tu.. okayy next trip laaa..
    Keranjang sultan yang ni lagi agak seram juga, terus terbayang Lin kalaulah jatuh dalam kolam air panas tu hahahaha adeiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. TG yang recommend tengok sunrise ni. Hubby pulak memang kaki hiking maka dipujuk lah sekali. Sis Lin boleh pergi lagi nanti Insyaa Allah.
      Tu lah masa naik Keranjang ni baru perasan di bawah tu kolam air panas Alhamdulillah smooth

      Delete
  6. Salam ,menariknya.Nanti kalo boleh,share no tel supirnya ye.Teringin jugak nak melawat Bandung,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Alhamdulillah memang menarik. Saya pergi dengan SS TRAVEL BANDUNG ada di TikTok. Saya ada post di entri Bandung terakhir.

      Delete
  7. Subhanallah, breathtaking betul view sunrise dengan awan karpet dekat Sunan Ibu tu, Kak Mulan! Berbaloi sangat walaupun kena heret kaki bangun seawal jam 3 pagi. Merasa juga naik Keranjang Sultan dengan jambatan gantung tu ya, kalau saya pun mesti rasa kecut perut sikit tengok asap kawah kat bawah haha. Gambar semua lawa-lawa, seronok baca diari travel akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat Subhanallah. Tak rasa penat heret kaki hehe. Gayat jugak nak naik Keranjang tu tapi tawakal dan doa.

      Delete
  8. Cantiknya...bgn pkl 3 pagi, lepas tu hiking pulak...penat x terkira tu...

    ReplyDelete
  9. Subhanallah cantiknya gambar atas awan tu... tapi gmabar2 lain semua tu pun cantik kak.... stoberinya comel-comel kak, kira berapa harga 100g kak murah ke mahal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat Subhanallah. Lupa harga tapi memang murah dari sini.

      Delete
  10. Subhanallah cantik sangat, tak tergambar dgn perkataan. Worth all the struggle la 😍

    Sy sampai skrg tak leh move on dgn makanan ² di Bandung, semua enak bangat!

    Macam Ako & the geng la ni, merasa dah naik kerajang sultan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat kan Subhanallah. Hilang penat heret kaki.
      Makanan sana memang sedap.
      Betul Ako & the gang naik di Sukabumi

      Delete
  11. Kawah putih tu next level lah.... Noice!

    ReplyDelete
  12. Kak koreksi sikit, suspension bridge yg di kawah Rengganis bukan yg terpanjang di Asia tenggara. Rekor itu sudah diambil alih oleh suspension bridge yg kami datangi di situ gunung Sukabumi.

    Krn yg di lembah purba situ gunung panjangnya 535 m. Jadi yg di kawah Rengganis sudah bukan yg terpanjang ☺️

    Saya trakhir ke kawah putih saat masih pacaran dengan Raka, blm nikah lagi . Dah berubah sangat tempatnya yaa 😍😄

    Sekilas saya malah ingat macam di Dieng , saat mau melihat sunrise. Ada hamparan awan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fanny. Kala di gugel atau AI, memang suspension bridge RENGGANIS dikatakan cuma antara yang terpanjang, bukan yang terpanjang. Guide juga sudah mention.
      Kawah Putih memang cantik dari dulu ketika kami pergi tahun 2010.
      Baru gugel Dieng, wahh memang cantik.

      Delete
  13. kawah putih mmg cantik...time kami pegi dlu siap ada khidmad photographer..cantik2 la gmbr kami ...wah naik Keranjang Sultan...gayat tu..sedap2 smua menu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan Kawah Putih. Ada juga photographer tapi kami snap sendiri. Gayat jugak tapi gagahkan diri, doa banyak2

      Delete
  14. Subhanallah cantiknya pemandangan sunrise dan awan karpet. Memang berbaloi sangat ni bangun 3 am dan hiking untuk tengok macam ni sebab once in a lifetime experience kan. Bandung banyak tempat lawa-lawa dan unik kan. Membaca perkongsian Mulan ni buat KSarie dok berangan bila lagi nak ada rezeki nak berjimbaan ni😊Keep on sharing ye Mulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat sunrise dan awan karpet tu KSarie. Berbaloi bangun awal heret kaki. Lawa2 kat sana, food pun sedap. Insyaa Allah KSarie sampai sana nanti

      Delete
  15. thank you bawa tgk sun rise, i like it so much~
    ada jugak part gayat kat sini. part nama menu tu kan, mesti kak mulan check spelling sungguh-sungguhkan? nama menunya unik. part gorengan tu mesti sedap, dorg kreatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan sunrise tu Subhanallah. Gayat banyak tempat di Bandung ni. Aneka gorengan tu, teringat sampai sekarang

      Delete
  16. Aa…gayatnya saya kalau naik keranjang sultan tu, ala-ala naik kerusi rotan pulak ya.
    Menarik trip alam semula jadi gini. Cerah mata saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gayat jugak tapi ada full body safety harness. Tu lah siap ada kerusi rotan kan. Memang menarik sangat trip ni.

      Delete
  17. antara tempat yang sy tak dapat jejak masa datang bandung - kawah putih
    masa tu tour guide beritahu sulfur tgh byk dan memang tak sesuai untuk bawa pelancong ke sana...
    kalau ada rezeki ke bandung nanti mmg sy akan dtg ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada ya masa sulfur tengah banyak. Tapi betul, kuat juga baunya. Tu sebab ramai tak duduk lama di situ. Insyaa Allah Anies sampai lagi nanti

      Delete
  18. kalau dah ke bandung tu mmg wajib singgah rumah mode ;-)

    ReplyDelete
  19. Lawa betul pemandangan matahari naik. Dengan awan carpetnya. Sangat cantik. Seronok, sebab sana ada kejadian alam yang tak ada di Malaysia, kan, macam kawah-kawah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nur. Kawah sulfur tiada di Malaysia ni. Alhamdulillah dapat hiking sikit tengok sunrise

      Delete
  20. SubhanAllah. Cantiknyaa view kawah tu. Boleh tambah dalam bucket list.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat Faa view semua tu

      Delete
  21. Kawah putih tu cantik sangat. Ada bau busuk tak Mulan? Bau sulfur.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawah Putih memang cantik. Ada bau sulfur tapi tak lah menyakitkan. Memang disaran tak lama di situ.

      Delete
  22. Subhanallah.. cantik sangat view atas tu.. lagi tinggi dari awan ya. Nampak orang pun ramai, tapi bagus lah semua sporting.
    Kawah putih tu pun.. fuhhhhhh.
    Rasa nak masuk list juga lah Bandung ni sebab sebelum ni ingatkan orang gi sana nak shopping je. Banyak juga tempat-tempat menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Sesak ramai betul dan semuanya sporting. Kawah Putih memang cantik. Betul Bandung bukan tempat shopping saja.

      Delete
  23. subhanallah, cantiknya sunrise di kawah putih.. memang teringin sngat nak pergi sini kalau ada rezeki ke bandung. geram je tengok kolam air panas tu, rasa nak jadi badak berendam kat situ!
    terliur lah tengok gambar gorengan tu, memang rasa nak beli semua :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat Subhanallah. Tu lah hubby kata menyesal tak bawak baju extra nak mandi di kolam air panas. Aneka gorengan tu memang sedap sangat.

      Delete
  24. Mashaa Allah cantik tempatnya

    ReplyDelete