DAY 1 - BANDUNG..... BYE BYE JAKARTA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.

KHAMIS, 28 MEI 2026

Alhamdulillah terjaga pukul 3.30 pagi untuk bersiap ke airport. Ikutkan badan memang penat jugak sebab beraya semalam nya namun seronok sangat tak terkata. 

Hubby kata cuti lepas Raya Haji jom ke Jakarta dan Bandung. Mummy dan anak2 soleh solehah nak ke Ho Chi Minh City sebenarnya. Tapi kena akurlah dengan sponsor. Flight 7am, cantik sunrise sebelum berlepas, Subhanallah.


View awan kepul2 putih yang sangat2 dirindui.


AirnAsia macam seat baru, nipis je kerusi tapi comfortable bagi kami. Sedap dapat Nasi Lemak + coffee sebab raya semalamnya tak sempat makan banyak, riuh rendah riang beraya di rumah. 


Tiba di Soekarno Hatta Airport, terus ambil Grab ke WHOOSH STATION HALIM. Bye bye Kota Jakarta, kami tumpang lalu saja. Alhamdulillah tak banyak kereta, masih bercuti raya kata driver Grab. Kami travel dengan 7kg hand carry bags saja. Tiada check in. Ramai penuh flight dan di airport. Rasa dalam hati, entah2 ada blogger lain ke Jakarta jugak.


Sementara menunggu train, terus mencari2 JUS ALPUKAT (AVOCADO). Sambil tu order juga keledek fries dan fried wantan/dumpling rasanya.


Puas hati dapat JUS AVOCADO, Alhamdulillah.


Wah ada TEH TAREK PENANG di dalam Stasiun Halim.


Terus ke Lounge untuk menunggu train. 


30 minit saja tiba di PADALARANG STATION. 


Naik feeder train untuk ke STASIUN BANDUNG. Tiba di Bandung, kereta sewa dan driver sudah pun ada. 


Kami check in apartment dulu. Solat Zohor Asar siap2 sebab dah masuk waktu. Bersih kemas selesa apartment 2 bilik ni. Lokasi di JALAN INDUSTRI, berdekatan PASKAL SHOPPING CENTER. Dalam 2km.


Hubby tanya Mas Ad yang bawa kereta apa itu iga. Lepas diterang2 hubby pun kata jom cari IGA untuk lunch. Maka dibawa ke sini.


IGA BAKAR dengan sos lupa nama. Sedap.


Ayam Bakar sedap sangat.


Jus Avocado lagi. Semua sedap sangat Alhamdulillah.


BUN CERAMICS &THE PAVLOVE ROOM

Ianya sebuah hab kreatif dan kafe sehenti yang sangat popular, meriah dan estetik. Tempat belajar pottery, cafe, vintage photo booth juga kedai cenderahati, mostly dari ceramics.

Anak solehah ni ajak kami ke sini. Ikut aje lah. Daddy ni kalah dengan anak perempuan nya.


Macam2 ada.


Sambil tu kami order Cheesecake, Lemonade Americano dan Peach Americano. Sedap semuanya.


BRAGA CITYWALK
Anak soleh ajak ke sini.


BRAGAVERSARY
Event tahunan katanya, April dan Mei. Antaranya pesta makanan. Macam2 makanan ada. Sebelum ni makan CHEESE COIN di Jepun, kali ni dapat lah merasa lagi. Diorang ni dengan cheese berpisah tiada.


Macam2 ada di Braga City Walk ni.



Hari makin gelap, lebih meriah terang dengan lampu liplap.


Sempat lah sekeping.


Layan kan aje. 


Penat berjalan, stop mengopi sekejap. 


Cantik cafe nya.



Hubby ni entah lah, snacks yang dia order, PETAI BAKAR cicah sambal.


Suka deco dan ID cafe ni.


Yang ini juga.


Malam makin meriah apalagi cuti bersambung raya.


23 PASKAL SHOPPING CENTER 

Masuk sekejap buat syarat sebab on the way balik apartment.


Kami jumpa di Braga City Walk. 

XIUJANK CHOCOLATE (often stylized as Xi U-Jank) is a highly popular homegrown brand from Ciwidey, Bandung, famous for its premium, budget-friendly Nama Chocolate. Inspired by Japanese Royce' Nama chocolate, it is widely sought after as a signature souvenir ("oleh-oleh") from South Bandung. 
Sumber : Mod AI

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

2 comments

  1. Wahhhhh selamat berlibur mbak Mulan. Teman2 Malaysia, kalau kesini dan naik Train, biasanya kalau tak Whoosh.. pasti Panoramic, hihihi. Memang 2 train itu terbaik lah ya kalo untuk cuba-cuba.
    Jalan braga itu ramai, tapi seru mbak Mulan. Banyak sekali jajanan juga tempat untuk nongkrong santai, hihihi.

    Duh, jadi rindu ingin ke bandung lagi.

    ReplyDelete
  2. Teringin nak naikm whoosh tu ke Bandung...nanti la insyaallah ada rezekinya..akak berkelana lagi rupanya....x sabar nak baca next entry

    ReplyDelete