"SELAMAT HARI GURU"
Buat semua pendidik, pensyarah, pengajar yang dihormati & dihargai.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Semalam Ahad, drive berdua dengan kawan sekolah, ke GAMUDA GARDENS RAWANG dari Putrajaya. Berselfie lah kami sebab sampai awal, menunggu kawan2 lain. Ada yang dari Genting, Kajang, Chenor dll. Spesis memang suka sampai awal sebab tak nak parking jauh. Tetamu lain pun belum ramai.
Jammed di main entrance, nasib tak ramai orang sangat. Teruk lah diorang ni, perangai sama kat sekolah. Macam tak boleh tunggu nak peluk2, gelak, borak. Depan tu jugak dibuatnya. Tapi tu lah kisahnya, dengan mak pengantin tak jumpa lebih 20 tahun.
Dapat lah foto yang lebih santun. Inilah geng sekolah menengah. Belum cukup havoc sebab headgirl belum sampai.
Yang sorang tu, kawan dari tadika. 3 orang Kuantan, sorang dari Raub.
Ok headgirl dan kawan asal Temerloh sudah sampai. 4 dari 7, team SOFTBALL wakil sekolah menengah ni tau.
Kawan2 ni ada guru/bekas guru, lawyer, Master dalam Computer. I the suri is bangga dengan kawan2 sekolah ni. Moga ukhuwah kami kekal selamanya. Nakal2 semua, kecuali Headgirl tu tapi sporting je dia. Kalau announcement kena denda cuci toilet, cuci surau, nama kami antaranya selalu dipanggil haha.
Foto : Threads dee_aljadeed
Sekejap saja dah masuk bulan Zulhijjah.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.








Kawan sekolah? Wow.. bestnya, masih keep-in-touch. Hehe.. sudah lama tak jumpa, mesti seronok. Salam Zulhijjah juga.
ReplyDeleteKawan sekolah dan kawan dari tadika juga hehe
DeleteWahhhh kawan sekolah ada yang dari tadika masih berkawan. Baguih betul. Seronok jumpa kawan-kawan bergebang mengenang zaman kegemilangan ye. Semoga ukhwahnya berpanjangan hingga akhir hayat.
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin memang seronok sangat apalagi kawan dari tadika
DeleteSeonoknya ada BFF.
ReplyDeleteManisnya ukhuwah yang terjalin. Semoga terus berpanjangan.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin memang seronok
Deletelama tk jmpa tu ...tp bila dpt jmpa kt majlis kawin mmg seronok..mengimbau kenangan...wah ada dr tadika lg ye berkawan....salam zulhijjah
ReplyDeleteSeronok sangat sebab lama tak jumpa
DeleteAlhamdulillah walaupun dah berdekad meninggalkan alam persekolahan tapi masih lagi menjaga ukhwah dengan kawan2 sekolah menengah.
ReplyDeleteAlhamdulillah moga kekal selamanya
DeleteMasih utuh ukhuwahnya alhamdulillah.
ReplyDeleteBiasa tu bila jumpa kawan² lama, meriah lain machiam hehe
Alhamdulillah memang seronok terus keluar perangai kat sekolah haha
Deletebest dpt gathering gini dgn kwn2 sekolah...dh berpuluh thn tu usia persahabatannya
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best
DeleteBiasak lah bila dah lama tak jumpa perangai zaman sekolah itu jam le dia keluar kalau tak sopan santun je kan. Tapi memang lah bila dapat jumpa Allahuakbar seronok sangat apa lagi kalau dah bertahun tak peluk tak bertentang mata.
ReplyDeleteBetul bila lama tak jumpa macam2 la cerita keluar
DeleteSeronoknya jumpa kawan² sekolah, sy paling jarang jumpa kawan sekolah, raya je jumpa, kawan sekolah yg sama tempat kerja je la yg salu jumpa
ReplyDeleteBila ada yang free dapat lah jumpa Alhamdulillah
DeleteWah..ada yang dari zaman tadika! Lama sungguh berkawan, kenal hati budi.
ReplyDeleteBetul ada yang dari tadika sebab asal Kuantan juga
DeleteBagus keep in touch dengan rakan sekolah. Rakan sekolah saya pun circle yang kecil je.
ReplyDeleteAlhamdulillah bila ramai free dapat attend wedding, dapatlah jumpa
DeleteKalau boleh kee in touch berpuluh tahun selepas zaman sekolah mmg seronok sangat...
ReplyDeleteby the way selamat hari guru kepada semua yg mengajar..
Memang seronok sangat
DeleteWahh, best ni reunion dengan kawan2 sekolah. Mesti banyak bahan jenaka teringat time nakal2 dulu 🤭
ReplyDeleteMemang best haha ya ada je keluar kisah lama
DeleteJangan kata kawan sekolah menengah..yang sama UiTM pun tak contact2. Maklumlah student perempuan dalam 7 orang jer..yang lelaki ramai. Sis joint group lelaki jer..tapi bila dah kahwin..jarang dah pergi reunion.
ReplyDeleteSebab ada kawan yang rajin buat group Whatsapp so ada lah komunikasi nya tu pun mana sempat
Deleteseronoknyaaaaa reunion gang sekolah, wahhhhhh hebatnya team softball sekolah 😍😍😍
ReplyDeleteMemang seronok hehe ya kami team softball sekolah
DeleteSeronoknya Kak Mulan dapat 'reunion' dengan geng sekolah! Hebat betul siap ada wakil team softball lagi tu. Bila dah berkumpul ramat-ramai macam ni, automatik perangai usik-mengusik zaman sekolah dulu terus keluar balik kan, haha. Semoga ukhuwah korang semua kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Salam Zulhijjah juga buat Kak Mulan!
ReplyDeleteMemang seronok apalagi geng sekepala dan wakil sekolah sama2. Memang macam2 cerita keluar. Aamiin moga berkekalan.
DeleteSeronok tengok akak masih berkawan dari sekolah sampai sekarang
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok
DeleteReunion ye Mulan, alhamdulillah semoga kemanisan ukhwah akan berterusan hingga ke syurgaNya. Dekat dah dengan rumah kak ana Gamuda Gardens ni hehe :)
ReplyDeleteAamiin moga hingga ke syurga. Oh ya ke dekat rumah Kak Ana.
Deletekagumnya saya dengan akak2 semua masih kuat ukhwahnya ye kak..bukan senang nak sentiasa keep in touch
ReplyDeleteAlhamdulillah ada group Whatsapp dapat lah update macam2
DeleteSalam kenal.
ReplyDeleteSalam kenal. Thanks singgah sini.
Deletewahh..kawan dari tadika..lama tuu...happy kan bila jumpa kawan2 lama...
ReplyDeleteYa betul kawan tadika. Memang happy semuanya
DeleteBaguih la kawan2 cam ni... masih akrab
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteWonderful photos. Friendship is so important. Thank you for sharing.
ReplyDeleteThanks for dropping by
DeleteSelamat hari guruuuuuu. Moga segala upaya dari guru bisa menjadi amal baik di kehidupan berikutnya :D
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin
Deleteselamat hari guru buat semua warga pendidik tanah air...
ReplyDeleteMoga dilimpahi Rahmat selamanya
Deletetuuu diaaa bila jumpa geng2 sekolah... confirm mcm2 be da nak disembangkan😁
ReplyDeleteYa betul macam2 sembang hehe
Deletemeriah, reunion secara tidak langsung.
ReplyDeletehappy belated teachers day.
Memang meriah sangat
DeleteAnak saya dulu pernah protes kak. Krn dia lihat saat saya ketemu dengan teman2 sekolah dari Aceh, trus kami macam excited gila 🤣🤣. Sambil lompat2 dan peluk hahahahahha. Anak saya lgs protes, "mam, please behave!" 🤣🤣🤣🤣
ReplyDeleteAlaaah, dah lama tak jumpa nih, macam mana nak behave 😂😂
Ya betul Fanny kadang peluk2 sampai bising. Ya Insyaa Allah nanti kita jumpa 😍😍😍
DeleteSalam singah, selamat hari guru ya
ReplyDeleteSelamat Hari Guru
Deleteada kawan daripada tadika? sangat wowww!
ReplyDeletesemoga persahabatan ni kekal sampai bila2. saya kawan sekolah pun dah kurang contact dah huhu
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
DeleteYa Mazni ada kawan dari tadika 😍