LOVE. LIVE. LAUGH.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.

Belated dah, tak apa lah. Ucapan buat semua ibu-ibu dan ibu-ibu saudara yang dikasihi semua...!!


3/5 birthday mak. Kami semua tiada di Kuantan kecuali hubby dan anak soleh. Tak apa kita order je dari FB Surprise Delivery di Kuantan ni. Doa yang terbaik dunia akhirat buat mak. Moga Allah terus lindungi mak, pelihara mak. Papa pergi, mak berusia  44 tahun. Ehh dah, cerita banyak2 boleh nangis nanti. Tak siap entri tertangguh ni. 


Rabu lepas. Drive balik Kuantan dengan anak solehah lepas habis kelas nya. Ada ketika hujan, juga panas. Neck pillow mesti ada kalau drive. Anak solehah tu spesis naik kereta 5 minit terus lena.


Khamis terus call kawan ajak mengopi, sessi curah hati. Moga baik2 buatnya dan kita semua. Ke Secret Recipe, pukul 3, maka nya cake dan kopi je lah. 


Khamis 7/5 surprise untuk anak soleh pada hari lahirnya. Fish and chips adik solehah yang request sebab daddy tangkap banyak ikan katanya. Memang banyak hubby tangkap weekend sebelum tu, 10 ekor kata anak soleh. Alhamdulillah rezeki, dan dia ada dapat lah tolong settle kan ikan2 tu. 


10/5. MOTHER'S DAY. 
Mulan & Mak.


Brunch di Ms Elliot. Last minute plan sebenarnya. Adik lelaki no4 ada balik seorang. Hubby pulak baru sampai dari JB belum breakfast. Mintak adik bawak mak ke Ms Elliot. Order yang ringan2, ada yang kongsi sebab dah breakfast sebenarnya dan best bila mak nampak ceria.


Gambar berempat, March, April & May birthdays.


Petang Ahad. Keluarga kecil kami 4 orang. Birthday anak soleh dan Mother's Day terkebetulan. Special dinner untuk special occasion. Selalunya birthday.


Money plant dah merimbun. Dah dipotomg digunting semalam.
Pokok cactus semakin kurang, gift Raya untuk aunty2.
Sebahagian cactus dan money plant diangkut ke dalam kereta. 

Isnin, semalam, drive balik Putrajaya dengan anak solehah. Alhamdulillah smooth semuanya.


Pagi tadi, bff dari Vietnam ajak breakfast di Puchong. Fuhhhh Laksam memang the best so far. Untuk citarasa kami. Alhamdulillah. Seronok sangat makan dan borak. Duduk di meja paling ceruk.


Dia bagi pokok yang depan ni, tak tau apa nama. Dah siap rendam dalam bekas plastik kecik2. Air nampak keladak sebab letak serbuk penggalak akar.  Cactus kecik2 belakang tu semua angkut dari Kuantan.


From Kuantan with lots of love.


Alhamdulillah siap potong money plant dan rendam dalam air. Nak transfer ke pasu kecik, tunggu badan kata ok, kena rest dan recharge dulu. 


Alhamdulillah snake plant tu dah tumbuh anak2 pokok/daunnya. Yang sebatang2 tu baru dicucuk2. Berbulan jugak baru keluar anaknya. 

Pokok Lidah Jin or Pokok Lidah Mertua nama Melayu untuk snake plant. Aduhai nama pokok, drama dan scary je.

Spesis pokok2 yang tak perlu siram selalu. Ada adik Bangladesh datang kata boleh upah dia siram pokok. Alhamdulillah. Nampak dia selalu cuci porch dan siram pokok jiran depan. 

🖤 Love. Live. Laugh 🖤

Life, mana sama buat kita semua. 
Kadang macam2 dalam kepala.
Tabah redha lah pada Nya.
Semua aturan Yang Maha Esa. 

Kisah seminggu yang dilalui.
Coret di sini, buat memori.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

5 comments

  1. Banyak memori tersimpan dalam blog.
    Semoga sentiasa gembira dan berbahagia di samping insan-insan kesayangan.

    ReplyDelete
  2. Happy Mothers' Day Kak Mulan. Best nya dapat celebrate dgn mak akak. Kiteorang belanja staycation dari jauh je utk mak sbb tiket flight mahal huhu..

    ReplyDelete
  3. semuanya kisah2 manis tu....indah utk dikenang di hari muka insya Allah. moments terindah bersama yg tersayang! sedapnya fish n chip tu!! happy mother's day to us, and sanah helwah to ur mom!

    ReplyDelete
  4. seronoknyaaa dpt celebrate ramai2 mcm ni... lps satu, satu... 😀

    ReplyDelete
  5. makin lama makin subur pokok-pokoknya... hati yg menengoknya pun jd berbunga-bunga😀

    ReplyDelete