PUKUL ANAK AYAM SAMPAI MATI



HAPPY BIRTHDAY ANAK SOLEH

Moga cemerlang dunia akhirat.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ 
وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Furqon: 74)

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.


Doa buat semua anak2 kita juga. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin 


Baru2 ni membelek entri2 lama. 

Terjumpa entri ini. Kami baru dua bulan berpindah ke Kerteh dari Ho Chi Minh City. Ujian subjek BM pertama buat anak soleh di sekolah rendah kebangsaan. Sebelumnya dia di sekolah rendah antarabangsa di Ho Chi Minh City. 


Bina 5 ayat dari gambar di atas. Aduiiiii berair mata gelak sorang2.


Pilih (5) lima ayat yang mengandungi nilai-nilai murni. 

Sakit perut tau. Tak sempat nak marah. Memang dia tak faham. Kami pun dah siap pesan, salin je ayat pada soalan tu kalau tak faham. Gelak berhari2. Kawan2 yang baru kenal, ramai suruh hantar tuition.

Gigih jumpa cikgu kelas, tanya pendapat cikgu untuk hantar tuition BM. Cikgu kelas kata tak perlu. Biar dia belajar di sekolah saja. Confident betul cikgu nya, memang cikgu yang sangat baik, helpful dan dedikasi. Cikgu kata budak2 bergaul sekejap je belajar BM ni.


Exam hujung tahun nya, selepas 9 bulan. Sungguh tak percaya. Alhamdulillah. Takkan kami lupa memori anak soleh ini.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

52 comments

  1. Kamal memukul anak ayam sampai mati? Tudiaaaa....Selamat Hari Jadi...moga panjang umur dan murah rezekinya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe memang tak tahan gelak. Aamiin thanks Ezna

      Delete
  2. Baju tajuk entry ni, ingatkan apalah.. rupanya pukul anak ayam sampai mati tu termasuk dalam nilai murni 🤣🤣 aduh terkekek saya gelak kat ofis ni tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun lagi tak tahan, dia bawak balik paper exam tu relax je tak tau apa.

      Delete
  3. Adeh, agaknya dia tak faham maksud nilai murni tu 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul perkataan nilai murni dia tak faham 😂😂

      Delete
  4. W'salam.. Selamat Hari Lahir anak soleh..
    Aaminn yra, semoga doa itu juga kembali kepada Kak Hjh. Mulan sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. Ingatkan si kamal tu betul2 pukul anak ayam sampai mati. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu yang buat soalan tu mesti kelakar kan

      Delete
  6. Saya pikir betul2 pukul anak ayam 🤣🤣🤣. Ya Allah gelak sangat baca ini 😂😂😂.

    Saya lihat foto2 di atas, itu anak Sholeh bunge jumping di mana kak? Aiiiih kalau bungee jump ini memang saya semangat lah ,😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kami pun gelak sampai keluar airmata 🤣🤣
      Bungee jump, ok nanti kita buat satu entri ya tunggu Fanny

      Delete
  7. adehhhh tergelak2 acik kt sini..
    aamiin makbul doa mummy untuk anakanda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak sangka betul. Thanks Afzan, Aamiin

      Delete
  8. Haha... Cute 😁
    Cuak juga baca tajuk tu hihi

    ReplyDelete
  9. jiwa anak2 yg murni., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak faham maksudnya, ketika itu lah

      Delete
  10. Wahahahaha, lucu betuuul mbak. Pukul anak ayam sampai mati jadi nilai murni, hihihi.
    Selamat hari lahir yaa anak pintarrr..Moga semakin sukses dalam setiap langkah hidupnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang super lucu kami ketawa sampai keluar airmata.
      Terima kasih Fajar, Aamiin

      Delete
  11. Bila baca tajuk entry, terus ku buka baca, kat mana pukul sampai mati. Rupa-rupanya cara anak Soleh jawab soalan.

    Selamat Hari Lahir buat anak Soleh.
    Moga rutin harian dipermudahkanNYA. Aamiin..

    ReplyDelete
  12. Tergelak Faa tang pukul anak ayam sampai mati 😆 comelnyaa perangai. Hepy beday anak soleh Mulan. Semoga membesar dalam lindungan dan rahmat Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu yang buat soalan mesti kelakar kan. Thanks Faa, Aamiin

      Delete
  13. tak pasal2 nama kamal kena petik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah cikgu mana yang buat soalan tu, mesti kelakar

      Delete
  14. happy belated birthday anak soleh
    semoga cemerlang di dunia dan di akhirat ;-)

    ReplyDelete
  15. happy belated birthday utk ank soleh mulan...biasa gitu la kalo ank dr sekolah overseas masuk sekolah di msia...ank kwn aritu pn smp nangis2 nk biasakan bertutur dlm BM tp bina ayat nilai murni tu mmg rare btul hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks MT. Tapi sekejap je diorang ni boleh faham bahasa Melayu. Ada beberapa ayat, kena pilih 5

      Delete
  16. Alhamdulilah kira cpt jgk la dia dpt faham bahasa melayu tu kan...

    ReplyDelete
  17. Nilai murni. Hehe.. saya tolong aminkan doa Mulan.. 🤲 semoga anak soleh sihat-sihat dan berbahagia selalu.

    ReplyDelete
  18. Nampak ikhlas nya hati dia dalam menjawap soalan exam tu... Alhamdulillah after 9 months dah boleh score A..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak faham langsung masa tu. Alhamdulillah sekejap je dah fasih

      Delete
  19. hehehe tajuk entry nya lucu dan suspens!! sanah helwah to ur son! aamin for the doa. anyway, i'm backkkk ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scroll entri lama haha. Thanks MZ, Aamiin.
      Yesss seronok baca trip Amsterdam

      Delete
  20. hahahhah maafla acik tumpang gelak sama hahahha... tapi betul la kata cikgu tu kak kejap je dia akan belajar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita gelak berjemaah 🤣🤣🤣 betul kata cikgu, kejap je dah faham Alhamdulillah

      Delete
  21. Hahahaha tergelak KSarie baca tentang nilai murni Kamal memukul anak ayam sehingga mati tu. Adoi la😅 Selamat hari lahir anak soleh. Semoga dirahmati Allah selalu. Semoga berjaya di dunia dan akhirat anak soleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kami baca lagi baru ni pun gelak lagi 🤣🤣🤣
      Thanks KSarie. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

      Delete
  22. Aduhai, tajuk bukan main suspens lagi ha..Tergelak SA baca jawapan nilai murni tu. Tapi itulah memori paling berharga bila anak-anak baru nak adapt dengan BM. Alhamdulillah, sekarang dah cemerlang. Selamat hari lahir buat anak soleh, moga terus menjadi penyejuk hati Mama ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe terbaca entri lama. Alhamdulillah sekejap je dah faham.
      Thanks SA. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

      Delete
  23. Hebatnya anak soleh. Perubahan yang menakjubkan. Betul kata cikgu tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan cikgu memang sangat membantu

      Delete
  24. Sampai tang gambar yang jumpa memukul anak ayam hingga mati, memang gelak la Linda ni .
    Dok terbayang yang anak Soleh nakal nya sampai pukul anak ayam tu.. rupanya dalam tulisan je...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami yang baca lagi baru ni pun masih gelak sangat2

      Delete
  25. Happiest birthday buat Anak Soleh.
    Adehhhh.... acik pun tergelak sama.
    Anak.. anak.. menghiburkan hati betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih hehe memang kelakar sangat kan.

      Delete