MUFFIN ROTI CHEESE TELUR SLICED CHICKEN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Dah post hari tu. Tapi nak post lagi. Jom la buat, senang, jimat dan sihat. Mixed herbs tak ada, kami guna oregano je. Paprika tak ada, guna serbuk cili je.
Kalau tak ada food processor boleh guna blender je. Blend jangan cair.
CRISPY THIN POTATO OMELETTE
Anak solehah yang mula buat ni dulu masa PKP. Hiris kentang nipis2. Susun kentang dalam kuali leper yang dioles nipis dengan minyak, kami guna non stick pan. Tutup kuali. Pukul telur dengan garam, lada hitam, oregano, serbuk cili atau apa2 jenis herbs, sedikit susu segar. Bila kentang dah agak masak, curah adunan telur ke atas kentang, susun sliced cheese. Tutup kuali, angkat bila dah masak. Resepi campak2 agak2 tak ada sukatan bahan. Selalu makan untuk breakfast atau dinner yang ringan @ malas masak + simple salad.
Lama tak buat CHOCOLATE CHIPS MUFFIN.
Resepi kesukaan dari IG Pandan Gula Melaka.
Kalau buat chocolate chip muffins, 1/4 cawan tepung diganti dengan serbuk koko.
SHAKSHUKA
Ada leftover sup daging kosong tak ada isi dalam freezer. Defrost sekejap. Masuk sos cili, sos tomato, oregano, lada hitam, garam gula secukup rasa, capsicum, cherry tomato. Dah menggelegak, pecahkan telur. Cicah roti. Yumms.
MUFFIN ROTI CHEESE TELUR SLICED CHICKEN
Lama tak buat.
1 cawan susu segar & 3 telur dipukul dengan garam & lada hitam.
Potong dadu sliced chicken, capsicum dan tomato.
Sapu minyak pada loyang muffin.
Tuang sedikit adunan telur.
6 keping roti dipotong2, disusun dalam loyang muffin.
Letakkan capsicum, tomato, sliced chicken dan mozzarella cheese di atas roti.
Tuang adunan telur dan susu.
Bakar hingga masak.
Rasa dia, macam pizza je. Kalau next time nak cepat, rasanya buat dalam satu loyang besar lagi senang. Tapi dalam loyang muffin ni comel je kan,
CHICKEN POT PIE
Jumpa puff pastry dalam freezer. So......
Tumis 1 bawang besar dipotong dadu
Masukkan 1 cawan isi ayam dipotong dadu
1 carrot dan 1 tin button mushroom juga dipotong dadu
Bila ayam dah masak, masukkan hirisan daun sup, garam, lada sulah
serta bancuhan 1/2 cawan susu dengan 2 sudu besar tepung gandum.
Kacau sebentar dan angkat.
Filling ayam ni boleh digunakan juga untuk chicken pie/puff, Lumpia/Risoles
Guna acuan pie yang ada, letakkan filling ayam dengan sekeping puff pastry. Sapu dengan kuning telur, bakar dalam air fryer. Tenggelam tengahnya, malas nak potong2 pastry bagi bulat.
Ikan bilis halus malas digoreng, air fry kan saja. Rangup krup krap.
Masak nasi lemak sebab jumpa pes sambal ni dalam laci. Sedap sambal ni. Lulus cuma tambah sikit gula melaka, nak bagi kurang pedas. I is not so tahan pedas. Rasanya beli di Shopee, nak testing rasa.
Foto : Shopee.
BEEF JERKY DIP
Anak solehah buat baru ni. Jumpa beef jerky halal. Gugel je resepi memang senang. Rasanya dia guna cream cheese, mayonnaise, caramelized bawang besar dengan hirisan halus beef jerky. Kami makan dengan biskut kering untuk minum petang. Tapi ter-makan sampai kenyang, selamat tak payah masak dinner. Rasanya guna hirisan sosej dimasak, tuna mayonnaise dll pun boleh. Beef jerky dip ni kami makan juga dengan Fish n Chips.
Foto : Google
SUSHI BAKE
Versi kami. First time makan ni.
Jumpa sushi rice yang dah masak dalam fridge. Ada seaweed, bonito flakes dan aonori seaweed powder juga beef jerky dip.
Letak seaweed pada dasar loyang/bekas. Letak nasi sushi dan beef jerky. Bakar dalam air fryer sebab kecik je. Tabur bonito flakes dan seaweed powder/aonori. Tuang sos dan boleh lah makan. Curious jugak cara makan, gugel lah kita. No protocol at home haha so kita cekup je lah sushi rice dengan sudu letak atas seaweed sekeping besar potong 4. Yumms memang sedap. Patut kena torch kan atas tu bagi terbakar2 tapi tak sempat sebab lapar.
More info. Foto dari Google.
BONITO FLAKES
AONORI SEAWEED FLAKES/POWDER
Kedua-duanya selalu digunakan untuk TAKOYAKI atau OKONOMIYAKI.
Foto : Google, YouTube, Instagram
Sebenarnya SUSHI BAKE ni tengok dari PODCAST DALAM GALLEY ZARUL UMBRELLA. Ketika episod baru2 ni dengan ex CABIN CREW iaitu AINI PP PINK.
PP ni jual SUSHI BAKE sejak PKP lagi, ketika banyak penerbangam tak beroperasi waktu itu. Hingga kini masih ambil order. Lupa IG nya, kena replay episode ni. Suka tengok podcast BDG ni dari episod awal dulu sebab memang suka kisah2 kerja dan travel semua cabin crew ni juga bidang aviation. BDG bukan saja berkisar bidang kerja cabin crew tapi juga merangkumi kerjaya Pilot, ground staff seperti RAMP AGENT dll nya. Banyak sangat pengalaman mereka dan sebenarnya banyak bidang kerja dengan aviation ni. BDG ni best tengok sebab perkongsian kisah dari asal usual, cita2 dan alam persekolahan, application, interview, masuk kelas + grooming, SNY, LS, jenis aircraft, kena taro, prepare food, cuci toilet, emergency, kematian passenger, turbulence dan air pocket dll lagi, paling tak dilupakan juga kisah MH 17 dan MH 370.
Episode PP PINK memang best, gelak dengar kisah pengalaman nya, bulu mata palsu tersangkut curtain dalam airplane dll especially hijrahnya. Ada juga kisah terdahulu, cabin crew lain yang rambut palsu tercabut. Rupanya cabin crew ni dibenarkan pakai rambut palsu rupanya. Bukan sebab masalah rambut, ada kala tak sempat nak buat bun atau croissant hairstyles kisahnya.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.



















Semua menarik tapi saya cuma pandai makan.. hehehe.. part last tu sambil membaca sambil membayangkan keadaan deme.
ReplyDelete