Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Jumaat lepas. Nak ke Putrajaya, singgah lunch di Gobang Temerloh. Terkini memang agak padat rutin seharian. Tak sempat nak bw lagi.
Tak ramai sebab bukan weekend.
Ambil troli dulu.
Berbagai macam menu. Tapi kalau weekend memang selection lebih banyak.
Kalau datang ramai2 boleh order macam2 jenis.
Troli kami.
Hubby nak kepala ikan patin. Anak solehah nak ekor. Mummy nak ayam masak merah sebab sedap. Jus tembikai & jus kasturi+laici memang best bila cuaca litlit. Rasanya patin tempoyak ni baru dimasak. Macam masak lauk kari dan gulai, lagi lama lagi sedap, kan.
Dah beberapa kali kami miss nak order Asam Pedas ni. Sebab betul2 di main entrance. Terlepas pandang.
Ahad pagi. Kami 4+1 beradik dan mak ada di KL/Selangor. Nak gather Sabtu petang tapi ada yang nak attend open house dan jemputan kawin. Last2 decide pagi Ahad paling elok, jalanraya semua tempat kurang sesak. Nak decide tempat nak jumpa pun satu hal. Asalnya nak ke KUEH CAFE Mr E tapi comel cafe nya. Kami 16 pax. Last2 Q BISTRO jadi pilihan.
Sedap2 semua di Q Bistro ni sebab mak cakap sedap. Rojak memang sedap.
Mi Goreng Mamak sedap. Roti Tisu tu 40 minit tunggu. Alhamdulillah kami memang duduk lama. Menunggu yang lambat sebab pergi hiking dulu. Meja lain memang banyak kosong lagi, luar dan dalam. Sejam setengah lah juga baru bersurai.
Family kecil kami mak, 4 anak dan cucu2 tapi tak cukup semuanya. Missing 3 cucu mak - anak soleh, Mq dan Mf.
Isnin petang-malam di KLIA T1. Bawa mak hantar cucu yang akan fly ke Dusseldorf, Germany. Hubby dah balik pagi Isnin naik bas. Kena kerja.
Moga cemerlang semua cucu2 mak, dunia akhirat.
One for the album.
Anak2 adik bongsu no4 ni, ada 2 team. Sulung dan second, lahirnya rapat beza 2 tahun. Kemudian gap 8 tahun, lahir sepasang lagi, no3 dan no4 gap 3 tahun. So, abang dan kakak nya memang lah close sangat.
Meriah macam stadium jadinya KLIA malam tu.
Moga sentiasa dilindungi Allah, cemerlang dunia akhirat. Gonna miss you dear nephew.
First time drive pukul 11 malam tanpa hubby, dari KLIA balik rumah Putrajaya. Tapi ada anak solehah dan mak. Ada ketika tiada lampu jalan, gelap, pheww seram. Mak pulak ada tanya apa benda putih kat jalan. Aduiii makkkkk... Kita buat tak dengar, sampai sudah tak tanya lagi hehe.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.




















selamat belajar di negara orang buat nephew Kak Mulan...seronoknya...tapi mesti sedih lama x ju pa nanti kan...seronok lepak ramai- ramai kat QBistro..
ReplyDeleteFly high anak!
ReplyDeleteAduh seram pulak. Siangnya tak tanya semula ke Kak apa yg bonda nmpk tu?