SATU PETANG DI BANDAR KUANTAN


Dinner awal 6pm, celebrate belated birthday anak solehah di MS ELLIOT, KUANTAN. Sedap GRILLED TERIYAKI CHICKEN CHOP ni. Mummy punya. Kami dah book awal2 semua menu, nak makan pukul 6pm.

Rajin pulak update blog sekarang ni hehe.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.


LAMB SHANK KUZI hubby dan anak solehah punya. Antara signature dish di sini.


LAZY BONE BEEF SHORT RIBS anak soleh punya. 

Alhamdulillah semua sedap. Tanya anak solehah nak ke ME'NATE atau MS ELLIOT. Dua ni je yang macam sedap special menu nya di Kuantan ni. Anak solehah pilih Ms Elliot tapi memang kami prefer Ms Elliot lagi sebab sedap menu daging nya. Dessert pun lagi banyak. Biarpun interior dan deco sangat simple dan minimal.


SUNGAI PANDAN WATERFALL (strawberry mango lemonade + vanilla foam) dan SUNGAI LEMBING SUNRISE (pandan coconut coffee). Both pun sedap. 


Menu minuman di Ms Elliot.


Kami berempat. Kesian anak soleh lambat sampai sebab petang tadi terpaksa masuk site. Alhamdulillah sampai kedai sebelum 7pm. 


Cashier dan dessert area. Tapau dua slice dessert sebab dah kenyang. Order juga sweet potato fries, lupa snap foto. 


Ruang lobby. Kedai ni dulunya kedai hardware HOCK BEE BROS SDN BHD.


Ruang makan di dalam. Simple je.


Sila nikmati dengan mata semua.


Anak2 tapau HOJICHA STRAWBERRY 




Juga tapau PASSION FRUIT CHOCOLATE. Both pun sedap.

Citarasa kita semua lain2 kan. Bagi kami asalkan sedap cukup bahan, daging nya lembut, servis + ambience bagus, tempat selesa, seronok makan2 dengan family sekali sekala, kan.


Siap pilih dessert dan bayar, kami naik lif ke atas di bangunan yang sama. Sebenarnya dah viral beberapa bulan, ada kedai makanan KOREA di rooftop. Wah nampak kubah MASJID NEGERI.


Boleh bergambar di sini.


Nampak juga MENARA KUANTAN 188


Suka susunatur kerusi meja di sini.


HOTEL MEGAVIEW, di tepi SUNGAI KUANTAN. Berdekatan KUANTAN PICKERS, kedai makan pagi favorite kami.


Nun di sana JAMBATAN TANJUNG LUMPUR, juga bangunan SWISS-BELHOTEL di TANJUNG LUMPUR.


Jibungae KBBQ at Hock Bee, namanya.

Makanan di sini lebih kepada BBQ dan buffet hotpot dll. 


Kami recce je dulu sebab dah kenyang kan. Insyaa Allah boleh try nanti.


Waktu operasi 4.30-11.00 pm.


Snap lah satu.


Ada ruang di dalam juga.


Ruang tambahan privasi di level 2 untuk MS. ELLIOT.


Bilik ini juga. Bangunan ni memang bangunan kedai hardware lama. Bagus juga dikekalkan barangan, kemasan bangunan dll nya selagi boleh. 


Cafe 4447 bersebelah Ms Elliot.


MUKA ATELIER milik seorang Arkitek, berhadapan Ms Elliot.


Sebaris Ms Elliot.



Antara kedai2 baru berhadapan Ms Elliot namun tak pasti kehalalannya. Kesemuanya di tepi Sungai Kuantan dan berdekatan Menara Kuantan 188, memang menjadi tumpuan ramai. Malam2 lagi meriah warna warni.





Kalau halal, best ni boleh buat trip tiap minggu try kedai2 di Kuantan ni. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

Comments

  1. Kemain nama air dia kreatif. Pelbagai jenis dessert ada tu. Macam2 bentuk. Rambang mata la dibuatnya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kreatif kan nama air. Betul Cie tengok dessert rasa nak semua.

      Delete
  2. selamat hari lahir anakanda solehah..moga yg baik2 semuanya untuk anakanda
    rs macam dah lama plk tak pusing2 kuantan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Afzan, Aamiin. Tu lah kami pun bukan selalu masuk bandar.

      Delete
  3. perhhhh tengok daging sedebuk gitu.... terliur kita

    ReplyDelete
  4. Vibe overseas la deretan kedai² dekat sini... Nama air tu uniknya, ambil nama sungai² di Pahang 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PH. Dulu kedai sini macam tak bermaya je. Unik kan nama air nya.

      Delete
  5. Lama nya x g Kuantan... kena repeat lagi ni. Last time pegi musim hujan hahaha klu ada rezeki bole cuba tmpt makan tu nnt

    ReplyDelete
  6. nice n cozy tempatnya! dessert2 tu semua menarik sungguh! lamb kuzi tu wowww terliur i tgk hahaah nasib baik semlm i dh mkn nasi arab lauk kambing (my colleague buat jamuan sbb anak dia dpt 9A spm)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dessert dia memang geram je tengok. Lamb KUZI tu memang sedap tau.

      Delete
  7. Baru tau ada nama 'lazy bone'

    ReplyDelete
  8. Menarik sungguh rupa dessert tulah. Bukan biasa-biasa. Rasa nak cuba semuanya 😀

    ReplyDelete
  9. Wow, boleh la masuk list JJCM di Kuantan. Lawanya view kat rooftop tu 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang kah lagi, memang lawa view rooftop tu. Kalau malam mesti lagi cantik

      Delete
  10. Cantik betul persembahan makanannya. Airpun nama unik. Kena tahu apa kandungan air setiap nama yang diberi.

    ReplyDelete
  11. Kak Mulan ni macam tau- tau je SA nak balik Kuantan, hahaha...balik Kuantan kampung angkat SA dan Suami...SA memang nak pi Kuantan insyaallah hujung bulan ni sebab nak staycation berdua ngan suami...boleh la SA explore Ms Elliot ni....banyak hidden gems rupanya kat sini..SA dah survey Mega View Hotel tu...walau 3 star tapi nampak macam ok je nak staycation situ..nanti SA survey hotel lain..Zenith pun ok within budget...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang lah lagi, memang makin banyak kedai viral tapi tak sempat nak pergi. Asyik tempat sama je hehe sebab anak2 request

      Delete
  12. Tertarik dengan nama Lazy Bone Beef Short Ribs tu.
    Meriah pilihan dessert yang ada.
    Banyak juga tempat-tempat makan menarik kat Kuantan tu. Boleh lah satu-satu Mulan review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah lazy bone namanya. Memang meriah dessert nya geram kami tengok. Kami ni jenis jarang2 keluar makan, untuk birthday celebration je. Tapi rasa nak try jugak nanti.

      Delete
  13. Waduh sedapnya nengok tu kak oi... lazy bone tu nampak sgt lembut yet juicy. Cantik semua tempat yg akak bergambar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang sedap. Betul Dana memang lembut lazy bone tu.

      Delete
  14. Cantik-cantik lah cafe yg diriki tu kak.. menu pun sedap²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan, kalau ok nanti kami recce.

      Delete
  15. dessert2 nya tampak sedap2 belaka...
    kalau laa ada cawangannya kat sini boleh cuba jg ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kami pernah order semua pun sedap

      Delete
  16. bagus ada usaha untuk pulihkan kedai2/ bangunan lama mcm ni... bukannya diruntuh then naik binaan baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua deretan kedai situ memang bertahun macam lesu. Alhamdulillah sejak ada Menara Kuantan dan dipulih benteng tepi Sungai Kuantan, baru lah nampak meriah.

      Delete
  17. Cantik2 la cafenya. Bila ambik gambar cantiknya.

    ReplyDelete

Post a Comment