SEMINGGU YANG PENUH RIANG RIA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.

Sorotan kisah kami.... Memang sibuk sangat minggu ni.

Selasa pagi memang lepak di rumah (Putrajaya) dengan mak dan anak solehah. Penat sebab malam sebelum tu di KLIA hantar nephew. Tiba rumah dah pukul 11 malam. Hubby dan anak soleh di Kuantan sebab kerja. Aunty Putrajaya dan cousin ada datang, borak2 dengan mak pagi Selasa tu.


Rabu pagi, aunty Putrajaya bawa mak keluar breakfast sekali dengan aunty Sg Merab. Breakfast di area Teras Jernang katanya. Aunty Putrajaya ni rajin update hehe. Tak join breakfast sebab ada hal dengan anak solehah.


Mi Rebus sedap kata mak. Malam tu, aunty Ampang sampai, datang tidur sebab mak ada di rumah kami. Kami dah pujuk awal2 ajak datang. 


Khamis pagi ke PUNCAK ALAM. Bawa mak dan 3 adik2 mak (aunty2 Sg Merab, Putrajaya dan Ampang) nak ziarah tok saudara. Nampak Restoran Marlina terus lah masuk parking, sebab kami belum breakfast. 


Tengah memilih makanan.


Nasi Kerabu Ayam Percik yang sangat sedap. Saya punya.


Semua yang kami order - nasi kerabu, laksam dan kuih muih semuanya sedap. Nasi Dagang tak dapat cuba sebab banyak sangat menu lain.


Pening nak pilih.


Memang lah kesukaan kalau kedai makan banyak kuih muih. Tapai tu kan, first time tengok dibungkus menggunakan plastik bercorak daun, tanpa daun getah atau daun lain seperti cara lama. 


The 4 Sisters. Mak dengan adik2 perempuannya no4, no5 dan no6. Anak solehah kena tinggal sebab kereta tak muat hehe lagipun dia kurang sihat. 


Siap makan shopping sekejap. Mr DIY seberang jalan baru buka pukul 10. Aunty Ampang beli tanah nak tanam pokok. Aunty Sg Merab beli pasu. Aunty Putrajaya dan mak tak nak beli apa2. Anak mak ni beli tong sampah hehe. 


Kemudian kami terus ke Alam Suria untuk ziarah tok saudara iaitu mak saudara kepada mak. Duduk dalam satu jam, drive balik Putrajaya. Aunty Sg Merab paksa mak dan Aunty Ampang lepak rumahnya. Aunty Putrajaya kena balik sebab cucu2 transit rumahnya lepas sekolah. 

Malamnya aunty Sg Merab hantar mak balik. Memang havoc 4 sisters ni, 60an dan 70an tapi Alhamdulillah dapat control kalau di tempat awam hehe. Dalam kereta memang riuh rendah, berebut nak bercakap. 


Ehh aunty dan uncle Putrajaya pun nak datang sama malam tu, tapau nasi goreng dan beli durian jugak. Dah hampir pukul 10 malam. Walaupun mak dah kenyang dan mengantuk tapi mak tahan sebab seronok ramai2. Riuh rendah mak dengan adik2 dan iparnya. Pukul 11 malam baru lah aunty uncle Putrajaya dan Sg Merab balik. 


Jumaat pagi bawa mak dan aunty2 ke Cyberjaya pulak. Ziarah tok saudara yang lain dan sepupu mak. 


Nak visit baby Michelin ni jugak. Amboi pandai tutup mata ya. Siap di Cyberjaya, aunty Putrajaya pulak ajak mak dan aunty Ampang lepak di rumahnya. Kita balik dulu sebab nak ke kedai dobi. Malam nya mak dihantar balik. Malam tu juga hubby dan anak soleh tiba dari Kuantan juga aunty Ampang balik, diambil sepupu dan suaminya. Sunyi pulak rumah. Kalau aunty Ampang ada, memang riuh macam2 boraknya.


Sabtu ke GRAND AIRIZ, Sungai Buloh menyantuni jemputan majlis perkawinan anak sepupu hubby. Jauh juga dari Putrajaya namun cantik tempatnya. Kami berdua saja sebab anak solehah demam, mak tak nak ikut dan anak soleh ke majlis perkawinan kawan sekolahnya. 










Luar dan dalam semuanya menarik dan cantik. Banyak spot untuk bergambar.


Siap ada surau. Toilet di sebelah nya. Tak sempat masuk tapi nampak bersih dari luar.


Bersama sepupu hubby dan isterinya. Siblings hubby yang lain tak dapat datang. Jauh2 di Taiping, Manjung, Kulim, Langkawi. Kakak dan adik ipar di Taiping ada program sekolah dan hal anak, selalunya diorang akan cuba datang.


Lauk nasi memang mantap dan sedap Alhamdulillah. Nasi putih, ayam masak merah, daging kicap hitam, cendawan masak lemak, paceri nenas, hati ayam berlado macam dalam pinggan ni. Nampak lauk sedap, ambil nasi sikit je. Seriously memang sedap. Ada lagi sambal, ulam dll malas nak ambil. Dessert pun banyak tapi ambil bubur pulut hitam sebab favorite. Sambil makan sambil borak dengan sepupu hubby duduk semeja yang datang ke majlis ni. 


Kemudian drive dan drop hubby di Shah Alam, menyantuni wedding anak kawan sekolahnya. Tak ikut sebab bagi peluang diorang berborak makan2 lama2. Kalau bawa si isteri ini, lepas 30-40 minit nanti kenyit2 mata atau tendang2 kaki kerusi ajak balik hehe. Ya lah, bukan kawan sekolah kita. Maka nya, better lah dia pergi sendiri. 5-6 jam jugak tu, nak Maghrib baru balik, kawannya hantar. Bumper to bumper aihh drive sorang2 stress betul. 8 lane ke 3 lane mau tak padat jalan.


Anak soleh pula ke Shah Alam menghadiri wedding kawan baik dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Moga ukhuwah lebih 15 tahun ni kekal selamanya walaupun ada yang bukan Islam. Kalau di Kerteh dulu, rumah kami jadi sleepover port. Seronok tengok anak2 berkawan rapat.


Ahad pagi jam 7am. Kami berlima dengan mak, hubby, anak2 soleh solehah ke Food Court Presint 16 untuk breakfast. Kuih dan nasi kerabu hubby tak sempat snap. Laju makannya. Food Court ni banyak pilihan makanan, sedap pada kami dan juga dekat rumah.


Kemudian ke Masjid Putra, drop hubby dan anak soleh yang nak berjogging. Cuaca agak mendung namun ramai yang datang berjogging dan berbasikal.


Hasrat nak brisk walk santai2 area Masjid Besi tapi parking berdekatan Smoked Kingdom Ustaz Don ditutup. Pusing2 lalu Anjung Floria, nampak ada event, masuk lah parking yang masih banyak kosong.



Mak kata tak bawa seluar. Alaa takpe mak, pakai je jubah dengan sport shoe anak mak ni ada extra. Mak dengan cucunya. Jadi lah, nampak Masjid Besi dari jauh.


Jalan2 tengok apa yang berkenan. Tapi tiada sebab dah kenyang.


Inilah PANTAI FLORIA PUTRAJAYA. Nak masuk area pantai yang tiada ombak laut ini, ada bayaran dikenakan. Memang patut pun dikenakan bayaran, sebab tempat dijaga.


Ada event, ada VIP nya. Nampak YB Hannah Yeoh melawat kawasan.


Kemudian drive ke HERIOT WATT UNIVERSITY. Hubby dan anak soleh dah siap jogging sampai area university.


Moga mak sihat selalu.


Panas2 kami ke sini nak makan gelato.


Yang biru tu perisa bunga telang.



Bunga telang, chocolate chips, pistachio, biscoff dan lupa yang lain tu.




Kami jumpa YB Hannah Yeoh di Anjung Floria. Hubby dan anak soleh bertembung dengan YB Syed Saddiq ketika jogging di Tasik Putrajaya.

Mak, hubby dan anak soleh dah balik Kuantan lepas Zohor. Moga Allah lindungi sepanjang perjalanan mereka. Sedih dan sunyi rumah. Kami menyusul balik nanti.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.


58 comments

  1. Banyaknya agenda Mulan sepanjang minggu. Seronok melayan orang tua, aunties dan sedara-mara. Meriahnya, tengok. Telan ailio tengok gelato. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok minggu tu apalagi mak dapat spend time dengan adik2 nya

      Delete
  2. byk betul kisah in one entry! tak tahu nak komen yg mana hahaha restoran nasi kerabu marlina tu nampak menarik sungguh! boleh lah i masukkan dlm wishlist JJCM. kiranya mulan ada dua rumah lah yer, satu kat putrajaya dan satu lg kat kuantan? bestnya ur mom dpt berkumpul dgn all her siblings gegirls belaka tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tak sempat nak post satu2. Harung je lah satu entri hehe. Memang best tengok mak dengan siblings nya

      Delete
  3. Wahh sibuk betul ya!
    Penuh jadual....
    Nampak sedap nasi kerabu, lama tak makan.
    Gelato tu macam sedap. Entah apa rasa bunga telang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sibuk dan seronok jalan2 makan2 bawak mak dan aunty2. Gelato bunga telang tu mungkin tiada rasa specific tapi warna nya cantik, mungkin diolah dengan vanilla. Dan gelato tu boleh dicampur perisa lain.

      Delete
  4. Padat seminggu Mulan, paling best kalau berkumpul dengan family macam ni. Btw, rindunyaaa nak makan nasi dagang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang padat tapi seronok. Nasi Dagang memang sedap kan

      Delete
  5. Seronok kan dpt kumpul ramai², ya allah masuk sini terus terpampang gambar durian hahaha mengundang sungguh ni.. sabar² lps chck up nnt kita cari durian hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok hehe apalagi ada durian kan

      Delete
  6. Sedapnya NK lama tak makan. Macam2 jenis lauk ada tu.

    ReplyDelete
  7. Banyak menu menarik. Kalau saya pun rambang mata nak makan yang mana.

    ReplyDelete
  8. Wahwah, sibuk betul ya mbak hari-harinya, hihihi. Semoga diberikan kelancaran dalam segala aktivitasnya ya, juga jangan lupa jaga kesehatan.
    Saya agak salfok sama MR. DIY mbak. baru sadar kalau ternyata ini brand dari malaysia ya? hihihi
    Disini sudah lumayan sukses franchisenya. Cabangnya ekspansi besar-besaran, ada dimana-mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma seminggu itu sebab mak ada di Putrajaya dekat dengan adik2 nya. Thanks Fajar. Ya Mr DIY diusahakan oleh warga Malaysia

      Delete
  9. Kadang baca akak ni ulang alik putrajaya - kuantan tu macam kl-keramat je ye hehehe. Seronok la mak akak datang lepak sini, merata dia pergi ya. Meriah betul kalau tengok makan. Cantik la dewan pengantin tu kak. Penuh dengan bunga2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe Alhamdulillah diizinkan berulang alik ketika perlu. Tuntutan kerja dan keluarga. Memang mak seronok. Cantik kan dewan tu penuh bunga.

      Delete
  10. Alhamdulillah tumpang seronok tengok mak Mulan dan adik-beradiknya semua masih sihat boleh berjalan sana sini sama-sama.

    Tapai moden la gitu kan, tapi macam kurang menarik pulak sebab takde aroma daun pembungkus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kita tengok lagi seronok mak dengan adik2 nya. First time tengok tapai tu, moden kan

      Delete
  11. Saya pun kadang suka berkumpul dengan adik beradik. Riuh macam-macam nak bercerita bila dapat berkumpul. Semuga Mak Mulan serta adik beradiknya di kurniakan kesihatan yang baik dan sihat walafiat hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kan kumpul adik beradik. Aamiin thanks sis.

      Delete
  12. Rambang mata tenguk makanan kat kedai Marlina. Nasi kerabu dia nampak sedap.

    ReplyDelete
  13. Fuh penuh jadual dalam masa seminggu.

    ReplyDelete
  14. Padat betul aktivitinya. Tapi seronok, menyantuni dan meraikan kaum keluarga dan rakan²

    ReplyDelete
  15. SA nampak lauk Kerutuk Itik..pernah makan sekali dulu...sedapnyaaaa......nasi kerabu pun mengancam..cantik betul dewan- dewan kahwin sekarang...akan datang macam mana la agaknya pakej nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah makan tapi tak dapat nak order hari tu. Semua sedap situ. Cantik kan dewan sekarang

      Delete
  16. Alhamdulillah, sempat menziarahi semua yang patut dikunjungi untuk mengeratkan lagi silaturrahim.. Banyak aktiviti riadah boleh kita buat di Putrajaya.. Kawasan pun bersih dan Tenang. Best tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok spend time dengan keluarga. Putrajaya memang cantik

      Delete
  17. Nampak sedap nasi kerabunya... Hari tu pergi putrajaya tak perasan pula ada pantai floria tu... Cantik pelamin dan meriah majlisnya...btw sy tag akak utk segmen in case akak berminat... Boleh join.. Takda paksaan https://www.siinurul.com/2026/04/tag-berantai-jom-berkenalan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap NK tu. Kami pun jarang lalu situ. Nampak ramai orang rupanya ada event. Dah try tapi tak keluar, lama betul tunggu.

      Delete
  18. Nampak sihat betul aunty dgn mak. Rajin berjalan, rajin berceloteh juga hehe.

    Banyak betuk aktiviti sepanjang minggu. Penuh je kesana sini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalau jumpa memang riuh tu.

      Delete
  19. Meriah gambar berbicara..nampak masjid hati sejuk rasa bersyukur dengan apa juga nikmatNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nampak masjid mana pun mesti rasa tenang

      Delete
  20. Semoga nanti di KL saya bisa ketemu nasi kerabu yg sedap 🤤🤤🤤. Memang dah rindu sangat nak makan ini.

    Aiiih senangnya bisa bertemu dengan para aunty dan Mak ya kak. Sedaap semua makanan yg dicoba. Terlalu banyak pilihan macam ini, memang saya pun akan pening memilih 🤣. Macam nak beli semua hahaha

    Cantiiik sangat tempat wedding ya. Saya sukaa kalau banyak pakai aneka bunga 😍😍.

    Yalaah, sayapun kalau hubby nak datang reuni dengan teman2 dia, saya malas ikut. Biarkan dia pergi sendiri 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di KL memang banyak NK sedap. Kalau kedai banyak makanan memang pening untuk pilih.

      Sekarang dewan2 wedding memang cantik2. 🥰🥰
      Betul Fanny kalau ikut reuni hubby nanti kita harus tunggu lama

      Delete
  21. Tu dia bukan ain penuh aktivitinya.. apa pun syukur semuanya baik dan berjalan lancar..
    bab makaanan tu kalau dah banyak sangt mmg rambang mata dibuatnya huhuuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan selalu haha. Alhamdulillah mak dan aunty2 semua seronok

      Delete
  22. Wahhhh padat betul jadual Mulan sekeluarga satu minggu dengan aktiviti ziarah ukhwah menyantuni sanak saudara, kenduri kahwin dan makan-makan. Tapi gambar durian tu bikin meleleh air liur😋. Nanti nak hasut family pergi makan Marlina Nasi Kerabu Kampung. Putrajaya memang cantik untuk bersantai dan rehat-rehat. Tiba-tiba rasa macam lamanya tak pergi Putrajaya😅Masa belajar di UKM dulu, KSarie rajin makan di Teras Jernang dan Sungai Merab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang padat seronok makan2 ziarah saudara mara. Hehe durian, durian...... Try la kedai Marlina tu banyak betul menu.

      Putrajaya memang cantik macam oversea kan. Sg Merab dan Teras Jernang dekat je.

      Delete
  23. Meriah dan tentu bila berkumpul bersama family.
    Nasi kerabu tu nampak sedap.. nak kena pujuk en. Hubby cuba makan kat sini nampaknya.
    Putrajaya.. eemm.. lama sungguh tak berjalan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah dan seronok. Sedap bagi kami NK tu. Putrajaya cantik, datang lah.

      Delete
  24. bella astillah x jumpa ke?😁alg2 dah jumpa SS kannn

    ReplyDelete
  25. cantik hiasan dewannya tampak grandddd gituuu

    ReplyDelete
  26. Sedapnya nasi kerabu. Rindu nak makan di Malaya. Banyak pilihan lauknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap bagi kami NK tu. Jom la Kak Amie balik sini makan2.

      Delete
  27. Terliur saya tengok lauk itik kerutuk tu. Saya suka masakan ni tapi bila cuba masak tak jadi pulak. Baby Michelin tu tak payah dah blur mukanya sebab pandai dia tutup muka ya....comel la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa menyesal pulak tak makan itik kerutuk tu. Mesti sedap. Hehe baby Michelin khusyuk minum susu tak nak diganggu.

      Delete
  28. jarang sgt la jmpa org jual nasi kerabu ayam percik kuah putih ...fav tu

    ReplyDelete
  29. wpun dh pernah komen kat entry ni, saya komen sekali lagi lah...yg paling menarik hati ialah gmbr nasi kerabu tu! kebetulan saya bf mkn nasi kerabu jugak pg semlm ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa MZ komen la banyak kali pun hehe. Nasi Kerabu memang sedap kan.

      Delete