ALHAMDULILLAH SELAMAT SAMPAI


NASI DAGANG
Breakfast pagi tadi. Lama betul tak makan. Ada kawan suggest try NASI DAGANG CUCU TOK MERAH IM14 di Kuantan ni, dekat rumah je sebenarnya. Sedap, kuah pekat, berempah, cukup masin manis. So far paling sedap bagi kami, Nasi Dagang KLASIK PATA TIMUR. Lokasi nya dalam perjalanan dari rumah menuju ke TOL KUANTAN.

Lama juga tak sempat bersiaran. Terkekang masa, mood .......... 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.


Sebelum breakfast tadi, serah diri ke Radiographer. Alhamdulillah tiada retak. Jari kaki baby tu kena hempap tanpa sengaja dengan kaki kerusi yang diduduki insan 80kg. Kejadian sebelum buka puasa sebelum Raya. Endah tak endah, menahan sedikit sakit hampir 2 minggu, ianya makin berdenyut sakit. Hubby paksa ke klinik. Alhamdulillah syukur tulang elok tak retak. Tapi doctor kata, memang akan ambil masa paling kurang 6 minggu. Wehhh lama tu. Doctor kata kena limit movement. Ehhh kena duduk tak boleh gerak banyak2 ke. Lepas makan2 Hari Raya kan doctor, kena gerak banyak tau. Lemak mengumpul hehe.


Alhamdulillah selamat sampai rumah petang semalam (Selasa). Drive sorang2 bertemankan anak solehah yang jenis masuk kereta 5 minit terus lelap. Mummy nya drive dan melalak sorang2. Lama dah tak drive 300km sorang2 ni. 3 1/2 jam tak banyak kereta. Kadang tekan satu empat, satu lima. Bila alpa, tertekan satu enam tapi tak selalu.


Ada kala panas terang jalannya.


Ada kala hujan basahnya jalan.


Sampai tak nampak belakang, side mirrors lah bantuannya. Cuti semester dan habis exam. Next semester kita bincang macamana. Barang dalam kereta ni, trip #4 angkut anak solehah serta saki baki barangnya di campus terus balik Kuantan. 

Trip #1 dan #2 Sabtu lepas, angkut dengan hubby terus ke rumah Putrajaya. Kami ke KL lepas Subuh dari Kuantan. 

Trip #3 hari Ahad, drive sorang angkut barang anak solehah ni, balik ke rumah Putrajaya. Hubby dah balik Kuantan naik bas pag Ahad sebab Isnin dan Selasa tak boleh cuti. 


HAPPY BIRTHDAY ANAK SOLEHAH

Petang semalam Alhamdulillah anak soleh sorok2 belikan kek birthday, surprise untuk adiknya yang baru balik, yang bertambah umur beberapa hari lepas. Tak sempat masa, maka abangnya terpaksa beli apa yang available. 

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ 
وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami ketenangan fikiran dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ 
مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ  وَهَامَّةٍ  وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
Ini adalah doa kenabian untuk perlindungan daripada mata jahat ( 'ain ), syaitan, dan makhluk berbisaIa lazim dibacakan oleh Nabi Muhammad (ﷺ) untuk cucu-cucunya Al-Hasan dan Al-Husain, dan berasal dari doa yang sama yang digunakan oleh Nabi Ibrahim untuk Ismail dan Ishak. 


Isnin. Ke Presint 9. Muslimah Spa. Badan dah lemau. Urat bersimpul siur. First time, ketiak pun diurut. Best. Asal pandai cari urat, awesome lah. Presint 15 pun ada spa mengurut yang baru tapi kena book awal. Spa dikatakan tempat manja kan diri. Tapi ini menyakitkan diri haha sebab memang sakit diurut. Urat berpintal di pelipat lutut dan siku. Dah bagitau adik urut tu takpe kuat sikit, haa amik nak sangat kuat. Memang sakit tapi lega lah sikit. Kalau manja2 kan diri boleh lah urut slow2 tapi dah terasa urat memang berat je berselirat keliling tulang dan otot.


Spa nya tak semegah yang di mall tapi selesa. Lagipun bawah tu kedai baking supplies so sekali harung lah membeli. 


Pagi semalam (Selasa), sambil sort dan unpack barang dapur/makanan anak solehah, makan KACANG POOL yang sedap ni dari Rumah Singgah Sharifah Kitchen Presint 15, untuk breakfast. Order grab sebab malas keluar. Kalau nak jimat order grab ni kan, order lah 2-3 food dari kedai sama (breakfast sampai dinner haha), ataupun cari yang banyak offer. Ada yang buy 1 free 1. Ada RM7 off untuk belian RM25. Ada yang RM12 off untuk belian RM50 ke atas. Camtu lah. Order ni kalau susah nak masak macam kalau di Putrajaya balik kejap2. Bukan lah selalu sebab food luar ni banyak MSG, kita ni kalah dengan MSG. Masak lagi seronok.

Nak layan mood, lunjur badan dan kaki sekejap, penat drive semalam, nanti akan bw secepatnya hehe Insyaa Allah.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.


40 comments

  1. Wah, agak ngeri juga saya liat hasil rontgennya mbak Mulan. Untunglah tak apa-apa yaaa.. Semoga lekas pulih dan sehat kembali seperti sediakala.
    Ayoo semangat menulis lagi mbak, hehehe. Sudah selesai mudik lebaran, waktunya kembali ke kesibukan dan rutinitas sehari-hari lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tak retak. Terima kasih Fajar. Hehe begitu lah dalam hati mau sangat menulis tapi kadang masa dan mood jadi halangan.

      Delete
  2. Nasib baik tak ada fracture. Apa lagi kaki memang digunakan untuk berjalan memang tiada rehat lah. Wah syioknya manjakan diri setelah penat memandu dari kuantan ke putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Alhamdulillah tak ada fracture. Memang syok bila urat2 dileraikan hehe.

      Delete
  3. alamak....macam mana la sakitnya jari kaki baby akak tu kan...aduhai...harap2 xde la memudaratkan..selamat hari lahir anak solehah akak...panjang umur , murah rezeki dan terus berjaya ye...nasi dagang tu sedapnya...mehla masuk wishlist sebab SA dan suami hujung bulan nak balik Kuantan ( macam ada rumah plak kat sana ye)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la sakit selalu tapi kadang denyut tu memang la sakit. Moga cepat baiknya. Thanks SA atas birthday wishes. Mai mai datang Kuantan

      Delete
  4. Semoga cepat sihat kak... sy pulak penat baca akak drive ulang-alik ke sana ke mari... happy birthday buat anak solehah akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah dan thanks Kakmim. Hehe kami memang selalu atas jalan sebelum ni, Alhamdulillah dipermudah kan. Thanks untuk ucapan birthday

      Delete
  5. sanah helwah,epi besday to ur daughter!! moga jd anak solehah berjaya dunia akhirat! shafakillah utk mulan. moga cepat2 sembuh jari kaki yg cedera tu! bestnya gi spa..i nak gi spa jugak ni tapi nak kena cari masa yg sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin and thanks for the wishes + doa. Kadang ada masa tapi malas pergi spa ni, bila dah sakit sangat baru la mencari.

      Delete
  6. sedapnya nasi dagang tu. happy birthday. semoga menjadi anak yang solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap. Thanks untuk ucapan birthday dan doanya Cie.

      Delete
  7. MOga cepat sembuh kaki nya tu kak... kurangkan aktiviti jenjalan ke camne tu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Dana. Tu lah camna ehh tak boleh gerak banyak.

      Delete
  8. Semoga jari kaki baby cepat sembuh. Mulan ni dah la aktif orangnya. Macam mana nak duduk diam dan kurangkan aktiviti macam saranan Dr tuh ye😅Happy birthday anak solehah. Semoga berjaya dunia akhirat. Banyak kedai makan menarik di Putrajaya rupanya. Tengok gambar Mulan pergi spa baru teringat KSarie udah berkurun tak ke spa rupanya😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks KSarie hehe 😂 tu lah kan camna tak boleh gerak banyak ni. Thanks juga untuk birthday wishes dan doa. Presint 15 ni banyak juga kedai makan. Badan ni bila dah urat bercabang2 seliratnya, baru lah nak berurut 😅

      Delete
  9. Semoga cepat sembuh Kak Mulan. Saya pun nak kena panggil servis urut datang rumah sbb raya ke-4 hari tu tetiba salah urat kat betis smp skrg sakit & jalan terhencot2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Carneyz. Oh ya ke, moga sembuh sepenuhnya.

      Delete
  10. Pibeday anak solehah... Mintak hadiah trip diving kat mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks uncle. Ehh mama tumpang hadiah lain la dari daddy dia haha.

      Delete
  11. Belated happy birthday utk anak solehah 🌹
    Laju betul Akk drive 🤭
    Cepat sihat ye Kak, jangan lasak sangat :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks PH. Kalau jalan clear dan kering, laju sikit je. Kalau hujan memang slow. Thanks PH, moga cepat lah baik jari ni. Aamiin

      Delete
  12. adduhhhhh sakitnyaaa jari anak tu tertindih.. ehemmm tertekan satu enammmmmm tanpa yeeeeeee biasherrrrr ni ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sakit, terjerit kuat masa kena. Hehe haha, tak selalu tekan satu enam tu.

      Delete
  13. Aduhhh.. sakitnya.. terasa² pulak jari tersepit tu.
    Satu enam macam nak terbang je🤭. Tapi kan... kalau kat hiway kadang memang tak sedar terlebih tekan minyak😅
    Happiest birthday Anak Solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit betul mass kena. Sekarang ni denyut2 rasa tak selesa dan sakit jugak kadangnya. Hehe satu enam tak selalu. Tu lah kalau highway jalan kering dan tak banyak kereta kan. Thanks for birthday wishes.

      Delete
  14. waduhhh
    sy pula sy rs seriau tgk x-ray tu
    kite yg terseliuh biasa tu pn rs dah perit apatah lg kalau mcm ni... syafakallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit denyut jugak moga cepatlah sembuhnya Aamiin

      Delete
  15. x rasa geli ke ms dia urut ketiak tu?.kalau sy mgkn dah mengekek kegelian😁😁

    ReplyDelete
  16. Aiiiiih terbayang sakitnya kak 😭😭😭. Sementara kena kursi tak sengaja saja skit, apalagi terhempap dengan orang 80kg di atas .... Alhamdulillah tak retak yaaa.

    Nasi dagang yg sedap saya jarang jumpa di sini. Ada yg jual, dj kedai makan orang Riau, Melayu Riau. Sebenarnya sedap, tp macam 2x suap selesai 🤣🤣🤣🤣. Hargapun rp5k saja. Macam nasi lemak 1ringgit di sana besarnya 😄. Memang tak puas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sakit Fanny tapi bukan sengaja. Alhamdulillah tak retak, moga cepat sembuh nya.

      Oh ada juga nasi dagang di sana ya. Mungkin juga senang dijual murah tapi nasinya tak banyak 😄

      Delete
  17. Ya allah nyilunya kaki kena hempap tu......tak dapat bayangkan Mulan. Moga baik2 ajer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjerit lah masa kena tu sebab terkejut dan sakit. Aamiin moga cepat baiknya. Thanks Ezna

      Delete
  18. Semoga jari kaki kecil itu sudah sembuh sepenuhnya. 🤲
    Happy belated birthday untuk anak solehah. 🎂🎁
    Salute pada Mulan, kerana boleh drive jauh-jauh. 💪
    Best, dapat berurut, lega sikit badan dan mental, kan, dapat manjakan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah semakin baik. Thanks ya Nur untuk ucapan birthday. Drive jauh memang dah biasa dari lepas SPM dulu. Berurut memang best dapat longgarkan urat yang berselirat hehe

      Delete
  19. Haha saya spesies anak solehah, masuk2 kereta je terus tidur 😂 pantang kena aircond+long drive.

    Saya pernah mengurut sekali je seumur hidup, tahun lepas. Memang sakit bila kena urut tu sebab tak biasa. Lelagi badan saya ni kurus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kena aircond terus layu mata. Kalau kurus memang sakit sebab terus kena tulang 😄

      Delete
  20. Happy belated birthday anak solehah. Semoga sentiasa sigat, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Amie. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

      Delete