DEPRESI BUKAN GILA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.
Selamat Berpuasa. Moga ibadah kita diterima Allah.
Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri.
Bukan kerana mahu memutuskan ukhuwah, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri.
Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan.
Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu.
Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita.
Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak.
Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu.
Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidupan kita.
Ada yang sekadar singgah untuk satu fasa, memberi pengajaran, kemudian berlalu.
Dan itu bukan kegagalan sebuah persahabatan. Itu adalah sebahagian daripada perjalanan hidup.
Belajar mengenali siapa yang membawa ketenangan, dan siapa yang lebih baik kita lepaskan dengan cara yang paling baik.
SUMBER : FACEBOOK DEPRESI BUKAN GILA
Pagi tadi scroll2 lah sekejap FB. Terbaca post Page DEPRESI BUKAN GILA ni lintas langsung di depan mata. Menarik, memang ada yang benar. Ada yang telah berlaku dalam hidup kita, yang telah lama, mungkin juga sedang melaluinya. Bukan hanya kita, mungkin juga kawan kita.
Mood dalam mode ke "MOON"
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.


Allahu Akbar!
ReplyDeleteBetapa perlunya diri ini belajar untuk berlapang dada.
Betul Kak Amie
DeleteCantiknya bunga2 kat blog ni 🌸
ReplyDeleteSweet kan jadi tenang jiwa
Deletekalau ada yg sering mengganggu ketenangan emosi kita...mmg kita perlu jauhkan demi menjaga ketenangan jiwa kita juga
ReplyDeleteBetul sangat kan
Deletemental illness is so common nowadays and our society dah semakin aware psl isu ni..cuma masih ada yg tak paham/memandang serong...
ReplyDeleteKena aware juga tengok kawan2 saudara mara sekeliling symptoms nya
DeleteSemakin lama kita hidup semakin lama berjumpa dengan orang ramai semakin kita memilih orang-orang yang berada disekeliling kita. Kadang kala hanya mahu mencari ketenangan dalam kehidupan. Yang penting kita jaga hati dan perasaan diri sendiri bukan orang lain.
ReplyDeleteBetul tu kadang kita sibuk nak jaga hati orang lain
DeleteAda yang saya dah menjauhkan diri pun. Kita memang bagi yang terbaik dalam persahabatan tapi jika tak tenang baiklah melangkah pergi. Baik jaga hati kita dulu.
ReplyDeleteYa kena jaga hati kita dulu juga
DeleteSetuju tu kak, macam dana kawan rapat pejabat untuk 5hari seminggu je, waktu cuti dan hujung minggu kawan rapat dana cuma keluarga je. Dana dah lama takde kawan balik yang boleh melepak hujung minggu, boleh keluar waktu cuti sebab pernah ada kawan yang toxic jadi sekarang lebih mudah macamni je.
ReplyDeleteBetul Dana, sebaiknya apa yang tenangkan kita saja patut kita dahulukan, bukan orang lain
Deletebetul tu zmn skrg ni mmg kita perlu jaga mental illness.. byk kes yg kwn mkn kwn skrg ni..
ReplyDeleteBetul Ana, kena jaga sangat mental kita
DeleteSy pun banyak pilih menjarakkan diri, tak bermakna memutus. Lebih kpd menjaga hati dan tak nak serabut².
ReplyDeleteSetuju sangat ni PH
DeleteOrang salah faham sebab dia dukuk bawah dept psychiatrist.... terus orang chop gila
ReplyDeleteTak baik kan macam tu
DeleteSinggah baca
ReplyDeleteTk perkongsiannya
Sama2 Wak
Deletekadang2 melepaskan sesuatu persahabatan bukan kerana benci tp demi menjaga ketenangan diri...
ReplyDeleteBetul tu Anies
Deleteterima kasih berkongsi... selamat berpuasa & semoga dipermudahkan segala urusan...
ReplyDeleteSama2 & Insyaa Allah
Deletesetuju, tak berkawan bukan sebab benci ke apa. tapi daripada hati banyak terluka, eloklah letakkan jarak..
ReplyDeleteSebaiknya begitu kan Mazni
DeleteSetuju mbak Mulan. Kadang memang segala sesuatu itu baiknya tetap pada kadarnya. Tidak kurang, tidak berlebih. Jikalau memang dirasa pertemanan kurang memberi manfaat untuk kita, tak apa lah jika kita lantas mengatur jarak.
ReplyDeleteDemi kebaikan diri kita juga.
Ya benar Fajar, baik dijauhi.
DeleteSetuju, Mbak Mulan. Kadangkala memang segala sesuatu itu sebaiknya berada pada kadarnya. Tidak kurang, tidak berlebih. Jika dirasakan persahabatan itu kurang memberi manfaat kepada kita, tidak mengapa sekiranya kita memilih untuk menjaga jarak. Demi kebaikan diri kita juga.
ReplyDeleteYa Fajar, seeloknya begitu.
DeleteBetul. Saya pun pernah alaminya. Kena jaga hati kita sendiri dulu. Semoga hidup kita tenang dan baik² saja. 🤲
ReplyDeleteYa kadang kita terlalu nak jaga hati orang lain, kan
DeleteKurangkan circle... jauhkan yang toksik agar kita boleh bertenang-tenang.
ReplyDeleteBetul banyak juga nasihat agar kecilkan circle
DeleteTambahan...pernah dengar pasal topik depresi ni. Actually awal2 terjadinya depresi kena jumpa mereka yang pakar sebelum masalah ini menjadi lagi serius.
ReplyDeleteSebelum ni ramai tak kisah dengan depresi ni kan.
DeleteTerima kasih Mulan atas perkongsiannya. Sememangnya apabila semakin meningkat umur ini, kita perlu memilih circle dan sahabat yang memberi ketenangan kepada minda dan emosi kita. Ada persahabatan yang terpaksa diputuskan walaupun jauh di sudut hati masih ada tersisa sayangnya. Ada persahabatan yang lebih baik dijarakkan untuk melindungi hati dan menjaga kesihatan mental. Udah umur begini mahu hidup tenang-tenang aje
ReplyDeleteSememangnay begitu kan KSarie. Dulu2 tak sama sekarang. Seeloknya fikir diri sendiri dulu. Biar hidup tenang2 je kan.
DeleteMacam SA kak Mulan....nak tennag- tenang aje..so jarakkan diri dari negativity...
ReplyDeleteYa seeloknya begitu jauhkan sebelum mudharatkan kita
DeletePenah rasa, tapi tekad dalam hati "I still wanna see you eat, just not at my table"
ReplyDeleteBetul sangat tu
DeleteSaya teringat dulu punya teman banyak, bahkan buat Genk . Tapi semakin kami membesar, hubungan jadi renggang. Pernah ketemu saat saya ke Medan, yg ada hubungan yg dulu rapat, jadi awkward pula. Bisa JD kami dah beda visi misi.
ReplyDeleteTp saya tak menyesal. Memang macam itulah hidup kan . Yg terpenting teman2 yg saya punya sekarang, lebih klik dengan saya
Betul Fanny kadangnya perlu jarak bila keadaan sudah tidak sama dengan dulu. Apapun diri kita perlu dijaga semoga selalu tenang dan gembira.
Delete