DEPRESI BUKAN GILA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.

Selamat Berpuasa. Moga ibadah kita diterima Allah. 


Dalam hidup ini, ada persahabatan yang kadang-kadang perlu kita akhiri. 

Bukan kerana mahu memutuskan ukhuwah, tetapi kerana kita perlu menjaga diri sendiri.

Ada hubungan yang pada awalnya terasa sangat dekat. Berkongsi cerita, ketawa bersama, melalui banyak fasa kehidupan.

Namun seiring waktu, kita mula sedar bahawa tidak semua hubungan kekal membawa kebaikan yang sama seperti dahulu.

Ada yang perlahan-lahan menjadi berat untuk dipikul, bukan kerana kita membenci mereka, tetapi kerana kehadiran mereka sering mengganggu ketenangan emosi kita.

Mengakhiri persahabatan tidak semestinya bermaksud bermusuh. Kadang-kadang ia hanya bermaksud meletakkan jarak.

Kita masih boleh mendoakan yang baik-baik dari jauh, masih boleh menghormati kenangan yang pernah ada, tetapi pada masa yang sama kita memilih untuk tidak lagi berjalan terlalu rapat seperti dahulu.

Dalam proses menjadi manusia yang lebih matang, kita belajar bahawa tidak semua orang perlu kekal berada di barisan hadapan kehidupan kita.

Ada yang sekadar singgah untuk satu fasa, memberi pengajaran, kemudian berlalu.

Dan itu bukan kegagalan sebuah persahabatan. Itu adalah sebahagian daripada perjalanan hidup.

Belajar mengenali siapa yang membawa ketenangan, dan siapa yang lebih baik kita lepaskan dengan cara yang paling baik. 

SUMBER : FACEBOOK DEPRESI BUKAN GILA

Pagi tadi scroll2 lah sekejap FB. Terbaca post Page DEPRESI BUKAN GILA ni lintas langsung di depan mata. Menarik, memang ada yang benar. Ada yang telah berlaku dalam hidup kita, yang telah lama, mungkin juga sedang melaluinya. Bukan hanya kita, mungkin juga kawan kita.

Mood dalam mode ke "MOON" 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

Comments

  1. Allahu Akbar!
    Betapa perlunya diri ini belajar untuk berlapang dada.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya bunga2 kat blog ni 🌸

    ReplyDelete
  3. kalau ada yg sering mengganggu ketenangan emosi kita...mmg kita perlu jauhkan demi menjaga ketenangan jiwa kita juga

    ReplyDelete
  4. mental illness is so common nowadays and our society dah semakin aware psl isu ni..cuma masih ada yg tak paham/memandang serong...

    ReplyDelete
  5. Semakin lama kita hidup semakin lama berjumpa dengan orang ramai semakin kita memilih orang-orang yang berada disekeliling kita. Kadang kala hanya mahu mencari ketenangan dalam kehidupan. Yang penting kita jaga hati dan perasaan diri sendiri bukan orang lain.

    ReplyDelete
  6. Ada yang saya dah menjauhkan diri pun. Kita memang bagi yang terbaik dalam persahabatan tapi jika tak tenang baiklah melangkah pergi. Baik jaga hati kita dulu.

    ReplyDelete
  7. Setuju tu kak, macam dana kawan rapat pejabat untuk 5hari seminggu je, waktu cuti dan hujung minggu kawan rapat dana cuma keluarga je. Dana dah lama takde kawan balik yang boleh melepak hujung minggu, boleh keluar waktu cuti sebab pernah ada kawan yang toxic jadi sekarang lebih mudah macamni je.

    ReplyDelete
  8. betul tu zmn skrg ni mmg kita perlu jaga mental illness.. byk kes yg kwn mkn kwn skrg ni..

    ReplyDelete
  9. Sy pun banyak pilih menjarakkan diri, tak bermakna memutus. Lebih kpd menjaga hati dan tak nak serabut².

    ReplyDelete
  10. Orang salah faham sebab dia dukuk bawah dept psychiatrist.... terus orang chop gila

    ReplyDelete
  11. kadang2 melepaskan sesuatu persahabatan bukan kerana benci tp demi menjaga ketenangan diri...

    ReplyDelete
  12. terima kasih berkongsi... selamat berpuasa & semoga dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  13. setuju, tak berkawan bukan sebab benci ke apa. tapi daripada hati banyak terluka, eloklah letakkan jarak..

    ReplyDelete
  14. Setuju mbak Mulan. Kadang memang segala sesuatu itu baiknya tetap pada kadarnya. Tidak kurang, tidak berlebih. Jikalau memang dirasa pertemanan kurang memberi manfaat untuk kita, tak apa lah jika kita lantas mengatur jarak.
    Demi kebaikan diri kita juga.

    ReplyDelete
  15. Setuju, Mbak Mulan. Kadangkala memang segala sesuatu itu sebaiknya berada pada kadarnya. Tidak kurang, tidak berlebih. Jika dirasakan persahabatan itu kurang memberi manfaat kepada kita, tidak mengapa sekiranya kita memilih untuk menjaga jarak. Demi kebaikan diri kita juga.

    ReplyDelete

Post a Comment