Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Mood sangat sangat ke laut lately. Entah lah.
Ahad semalam. Kami breakfast di sini. Pernah datang. Banyak pilihan. Sedap Nasi Kerabu yang anak soleh makan.
Hubby makan Nasi Dagang, sedap kuah nya. Lebih berempah.
Saya makan Lempeng Kelapa + sambal sadin dan Pulut Pagi (Pulut Gula Nisan/Melaka) dengan kelapa parut. Lupa snap foto. Sedap.
TAMAN PELINDUNG BESERAH
First time ke sini. Juga dikenali sebagai Kolam Takungan Pelindung Beserah, yang terletak di Kuantan, Pahang. Kawasan ini asalnya merupakan paya yang berfungsi sebagai hulu Sungai Alor Akar sebelum dibangunkan menjadi kolam takungan dan taman rekreasi.
Cuaca memang diramal mendung sepanjang hari. Menunggu gelombang hujan yang seterusnya. Di Pantai Timur, musim monsoon ni, sudah terbiasa dengan ramalan banjir/hujan lebat berterusan dengan gelombang 1,2,3 nya. Moga tiada banjir lagi.
Kedudukannya tepi laut. Angin laut + angin sepoi2 musim monsoon ni, sejuk jugak.
Ada juga aktiviti rekreasi antaranya paddle boat. Best jalan2 keliling tasik ni. Cuma ada satu bahagian kecil yang hampir dengan kandang kambing penduduk setempat. Berbau lah sikit. Nun di hujung tasik, kecil je kandang nya. Boleh buat mini zoo kambing jadi tempat lawatan anak2 jugak nanti, kot.
Wah dah ada pintu gerbang.
Lama betul tak ke pantai. Rindu. Mood ke laut kan. Tarik balik mood tu.
8.30 pagi belum ramai pengunjung.
Ombak memang kuat. Memang tidak dibenarkan mandi.
First time anak soleh ke sini. Walhal dekat je kan.
Sepasang suami isteri yang seorang sangat pendiam dan seorang sangat opposite hehe.
Healing lah tu, best kan dengar bunyi ombak.
Tersorok di pantai sebelah lain.
Ramai betul yang memancing. Kalau jalan lagi, boleh sampai ke PANTAI TELUK CEMPEDAK (TC) nun di sana lagi.
Jom balik.
Pagi2 cuaca masih sejuk dan kurang panas. Best sangat.
Singgah Pasar Tani UTC. Beli buah sikit, udang dan kering rebus. Kelapa parut tak ada lah pulak.
Pukul 12 kami bertiga ke LETS NABE. Celebrate lah kiranya birthday hubby baru ni. Tunggu anak solehah nanti kami akan celebrate makan bersama2 lagi.
Celebrate di rumah petang NY2026.
Moga sihat ceria, murah rezeki dan dirahmati Allah sentiasa.
Thanks sebab selalu sabar dengan I yang berbagai rupa hehe.
Masak Salted Egg Chicken Macaroni.
Malas betul hari tu, tapi sebab birthday boss kan, gagah kan jua. Tumis garlic cincang + daun kari dengan butter. Letak cili api kalau nak pedas. Masukkan ayam, broccoli dan susu segar sikit. Bila ayam dah agak masak, masukkan macaroni dan salted egg powder (atau telur masin kuning rebus, dilenyek). Nak lembap atau sikit berkuah, tambah susu. Perasakan garam gula. Ikut citarasa masing2. Alhamdulillah anak soleh belanja kek birthday daddy nya. Itu je yang ada. New year yang sesak padat di bandar.
Semuanya indah, Alhamdulillah.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

































Bestnya duduk area pahang kak, mudah nak ke pantai... cantik pemandangan tepi pantai... makanan pantai timur pun semua sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best tapi kurang kawan nak ajak keluar mengopi hehe
DeleteSelamat tahun baru kak Mulan.. header pun baru... Pandai betul orang yang melukis batu tu, jadi gambar penyu
ReplyDeleteSalam 2026 buat Linda. Memang pandai geng project zero six ni.
DeleteBatu bentuk giant penyu itu sangat cantik! 😍 Boleh tembus-tembus pula pantai yang berbeza, ya. View tepi kolam itu pun cantik. Bila cuaca mendung dan sejuk, rasa boleh duduk situ berjam kot, layan perasaan. Eh, hehe.. Mulan, nanti tolong email saya butiran alamat dan phone number untuk saya pos hadiah, ya.
ReplyDeletemelissaazlanhyppy@gmail.com
Memang cantik semuanya Subhanallah. Kalau tak ada hal lagi lama healing kat situ.
DeleteIngatkan gambar nasi kerabu tu dah cukup mengancam, rupanya gambar last lagi menggoda ahak!
ReplyDeleteBest nya dapat ke pantai selalu
Sedap kalau menu salted egg ni kan. Pantai memang semua cantik kan
DeleteTenang hati tengok alam semulajadi macam laut dan kolam takungan. Harapnya mood Mulan kembali molek nanti ye. Kalau KSarie melepak di batu bentuk penyu tuh sure sakan bergambar sana sini. Nasi kerabu itu nampak😋
ReplyDeleteMemang cantik dan tenang sangat duduk tepi pantai apalagi pagi2 belum ramai pengunjung. Masih dalam proses menarik mood jauh dari laut haha. Nasi kerabu tu memang sedap
DeleteTak pernah makan pulut pagi tu. Nak bergambar kat penyu tu pun belum berkesempatan.
ReplyDeletePulut pagi memang sedap Cie. Tak apa nanti sampai lah ke penyu tu
Deletesaya pun dh sgt lama tak lepak santai di pantai..gmbr2 pantai tu semua cantik laaa..i need vitamin-sea!!!
ReplyDeleteMemang best lepak pantai ni MZ. Datang lah Kuantan lagi kalau free ya.
DeletePantai yang cantik untuk healing ni Mulan. Oh tu lukisan penyu atas batu ya....ingatkan replika penyu.
ReplyDeletePantai semua cantik dan nest untuk healing kan Ezna. Ya itu lukisan penyu pada batu.
DeleteSyok duduk Kuantan boleh selalu jalan-jalan di pantai cantik. Layan mata, layan perasaan.
ReplyDeleteMemang best tengok pantai ni.
DeleteSubhanaallah.. terlalu indah ciptaanNya.. Kuantan memang salah satu destinasi kesukaan kak ana untuk bercuti .
ReplyDeleteMemang cantik Subhanallah. Datang lah lagi ya Kak Ana
DeleteHahaha, mula-mula ingat ‘tasik’ tu Tasikmalaya jugak. Rupanya maksudnya danau. Patutlah orang Malaysia suka cerita pasal tasik sana sini. Baru tahu beza istilah, menarik juga kan.
ReplyDeleteTaman Pelindung Beserah tu pun nampak menarik, walaupun cuaca mendung tetap rasa damai dengan angin laut. Lagi sweet bila siap celebrate birthday hubby dengan makan-makan.
Betul Fajar di Malaysia kami panggil tasik tap di Indonesia dipanggil danau kan. Taman Pelindung memang menarik dan ianya baru. Sekali setahun makan2 untuk birthday nya.
DeleteCantiknya pemandangan sana
ReplyDeleteMalas2 pon masak sedap2 tu hehe
Pantai memang cantik kan Cuya. Masak yang senang2 je hehe
Deletetanjat tengok batu corak penyu tu. besar betul matanya! bestnya boleh healing2 pergi pantai! lama saya tak ke pantai teluk cempedak tu. cherating pun famous jugak
ReplyDeletePenyu tu team project zero six yang buat, memang cantik. Lepak pantai memang best.
Deletesubhanallah cantiknya lauk dan tasik ciptaan Allah rasa tenang melihatnya, hari2 joging tepi tasik pun ok kan
ReplyDeleteSubhanallah memang cantik pantai laut dan tasik kan.
DeleteOrang cakap sebelah malam penyu batu tu takde kat situ....
ReplyDeleteYa ke..... Aihhh seram.
DeleteSA ada hajat nak bawak PZ ke sini Sabtu lepas..tapi cuaca dengan ombak besar kan..lagipun nak masuk ke batu replika penyu ni kena jalan jauh sikit...risau PZ x larat walau dia ok je katanya...sudahnya bawak ke tempat lain...
ReplyDelete