Wednesday, November 05, 2025

PERTAMA KALI YANG MENJADI, ALHAMDULILLAH.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

BURNT CHEESE CAKE COMOT

Pernah makan tapi macam kurang suka sebab agak creamy dan muak. Anak2 dah few times cakap try la buat. Semalam, Selasa tiba2 datang lintas lalu mood nak try dan bahan ada. Wahhh, sedap senang ikut resepi Khairul Aming.


RESEPI :

250gm cream cheese 
200ml cream (guna whipping cream sebab ada)
1/2 cawan gula castor (saya kurang kan sikit)
2 biji telur
1 kuning telur 
2 sudu besar tepung gandum
1 suduteh vanilla 
Secubit garam (terlupa tapi ok je)



Kisar semua dalam blender. 

NOTA PENTING SELEPAS BACA KOMEN2 DI TIKTOK KA:

Kalau blender bau bawang, rendam sebentar atau kisar dengan kulit limau atau apa2 berasaskan limau supaya hilang bau bawang. Sebab ada yang komen, cheesecake rasa bawang haha.


Guna loyang bulat 7 inci atau sewaktu dengannya. Alas dulu dengan baking paper atau orang Kuantan panggil PARCHMENT PAPER. Hehe. Ada hal nak cepat, baking paper tak keruan jadinya.


Bakar dalam air fryer, suhu 180'C dalam 20 minit. Jika kurang burnt nya, boleh tambah masa sikit. 

Naik cantik wahhhhhh. Lompat bintang..!! Alhamdulillah. Serius lah senang dan cepat. Bawa keluar dari air fryer dan tunggu dalam sejam. Kemudian sejukkan dalam fridge/peti sejuk at least dalam 2 jam supaya texture nya elok, mudah dipotong. Lagi lama, lagi ok,


Tadaaa... Biarlah comot hodoh tepi nya tapi sedap lazat rasanya. Just nice semua rasanya. 


Texture selepas 2 jam lebih dalam fridge. Bukan freezer ya. Jangan jadi ais krim pulak. Ya, ada bff saya pernah kalut dulu. Confused fridge dan freezer. Gelak lah kami bila tak jadi.


SUP TULANG MERAH
 
Awal pagi semalam, dah bawa keluar tulang daging, gugel freezer jumpa tulang2 sebesar penumbuk. Ada yang yang lagi besar dari penumbuk. 5 semuanya. Ke dalam Noxxa, HP55. Masuk sekali 2 pes sup brand PUTERI AYU dan 2 punjut. Lebih pun tak apa. Nama sup tulang merah, tapi malas nak letak pewarna merah.

Lepas Zohor, sambung kerja kan sup, keadaan tulang semua mengecut dan lembut isi daging nya. Saya transfer ke periuk lain lebih lebar, periuk Noxxa tu agak tinggi. Campur sos cili, sos tomato, gula, garam dan ciliboh. Pastikan semua bahagian tulang kena pada sup. Sup ni sepatutnya pekat. Cara saya, terbalikkan tulang tiap 5 minit. Kalau ampuhkan tulang dengan sup, nanti sup cair. Masak dalam 20 minit, lagi lama lagi sedap. Pastikan sup secukup rasa. Makan untuk dinner petang semalam, cicah roti. Alhamdulillah yummehh.


Ini apa?


 Mihun Goreng leftovers semalam dengan telur mata. Breakfast saya seorang pagi tadi. Hubby beli nasi lemak balik brisk walk. Anak soleh tadi, buatkan dia omelette.

Makan apa pagi tadi......

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

34 comments:

  1. SA pagi ni makan sandwich, ada buat bihun goreng tapi nak makan untuk tengahari...malas nak keluar...wah...seronoknya bila buat burnt cheesecake dan menjadi....SA ni x berani nak buat sebab selalunya x menjadi...SA x berjodoh dengan baking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang cheesecake ni risau jugak, tapi Alhamdulillah elok jadi. Sandwich dan bihun goreng sedap tu SA.

      Delete
  2. eh.. mudah je resepi burnt cheesecake tu...nak try buat juga lah..

    mula2 tengok ada cermin mata sekali, igtkan termasuk dalam resepi.. 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. LInda pisang kaki pun ada sekali tu. hehehehe

      Delete
    2. Hehe cermin mata nak baca resepi. Pisang kaki boleh makan sampingan 😆😆

      Delete
  3. wah nampak mudah je lagi burnt lagi sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ramai share kata mudah, maka kena cuba lah.

      Delete
  4. masa pkp kan orang share burnt cheesecake ni... dana dah pernah cuba jugak kak... menjadi tgk akak tayang teringin lak nak masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai sangat share kata senang dan sedap, kena lah buat jugak.

      Delete
  5. Saya x berapa suka burnt cheese cake yang gedik2 tu...banyak jual...tapi terlalu creamy muak pula...saya x pandai buat cake...tapi suka complaint...hu..hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni memang tak gedik, boleh dipotong. Tak lah muak sangat, boleh dikurangkan gula.

      Delete
  6. terliurnya sup tulang merah tu!

    ReplyDelete
  7. Gambar sebelum bihun tu, nampak macam mushroom soup.
    Resepi KA memang simple, sedap dan senang ikut, kan. Sedap tengok burnt cheese cake tu. Saya pernah makan sekali je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tekaan nya Nur hehe.
      Betul resepi KA memang senang kan. Yang ni sedap kami makan.

      Delete
  8. ingatkan buah persimmon dgn spek mata tu termasuk dalam resipi :p saya suka burnt cheesecake ni! nampak resipinya macam senang je. dulu saya pernah buat kek (bakar guna oven) tapi keknya tak naik. sejak tu saya merajuk nk buat apa2 kek hehe. tpi tgok kak mulan ni bakar pakai airfryer je, mcm okay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spek tu nak tengok resepi pada hp haha, persimmon tu boleh la makan sampingan 😆 resepi ni Alhamdulillah elok jadinya.

      Delete
  9. Cie pernah sekali je buat burnt cheese cake ni guna AF. Entah bila lagi nak buat.

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap burnt cheese cake. Resepi Khairul Aming memang sentiasa jadi pilihan terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul resepi KA memang senang dan selalu jadi.

      Delete
  11. Spek tu pun termasuk ingredient dia jugak eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe..kita pun baru nak tanya..

      Delete
    2. Spek tu untuk baca resepi dari hp yang halus text nya 😆😆😆

      Delete
  12. Dalam banyak2 menu Kak Mulan dalam entry ni, sup tulang merah tu paling menggugat iman 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sup pekat cicah roti Alhamdulillah 😍

      Delete
  13. Sedap burntcheese cake tu.
    Masa zaman rajin pernah juga buat sebab kek ni agak mudah.
    oo sup tulang merah tu ada campuran sos cili & tomato.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi KA ni memang sedap. Sos cili dan tomato tu kita yang olah sendiri. Resepi asal tak tau lah camna

      Delete
  14. Kalau ada cheese ni memang Dania la peminatnya. Kejadian burnt cheesecake setelah masuk peti ais tu cantik sungguh Mulan.

    ReplyDelete
  15. kalau dah jadi tu maknanya bolehlah sy datang ke kuantan kan? kan? hehehe

    ReplyDelete
  16. sup tulang merah tu bila tak ada warna nampak macam asam pedas daging ;-)

    ReplyDelete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com