Thursday, November 06, 2025

KATA-KATA BOLEH JADI LAGI TAJAM DARI DURI KAKTUS



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Tajuk tu ke laut, tak tau nak letak apa... Hehe.


LAKSA PENANG. Breakfast pagi tadi.


Ikan2 besar yang di-fillet kan dulu2, disimpan tulangnya sebab ada saki baki isi ikan yang terlekat. Sayang. Dikumpul sebekas tipuware, agak2 dah banyak, direbus tulang dengan air yang sikit, agak ampuh tulangnya. Disejukkan, diambil isi dari tulang, disimpan air rebusan. Masuk freezer dulu sebab belum sempat masak. 

Seawal pagi semalam, bawa keluar dari freezer. Petang, isi ikan dikisar dengan air rebusannya. Masak dengan bawang besar dikisar + daun kesum, ciliboh, bunga kantan, asam keping, garam gula. Kami suka kuah pekat. Arwah mak mertua akan blend sekali isi udang hidup dan udang kering. Ikan besar ni agak kurang rasa berbanding ikan kembong, selayang dll. Maka, kisar juga bersama sedikit udang kering direndam air panas.


Semerbak bau. Disejukkan dulu, disimpan dalam peti sejuk. Pagi tadi rebus laksa dan potong hiris daun salad, bawang besar, timun. Telur dah direbus semalamnya.


SEBELUM.......


SELEPAS.....

Rak ini sampai malam tadi pukul 8.50pm. Alhamdulillah hubby sudi pasangkan pagi tadi sebelum pergi kerja. Maka lepas settle hal dalam rumah, pagi tadi, bekerja lah menyusun atur. Besar lah pulak, agak panjang. Tapi ok lah, ngam2. Yang mini2 atas rumput tu, tengok lah letak mana nanti. Berbunga lah hati tengok semuanya di atas rak baru.


Anak solehah suggest beli alat ni, penyukat suhun, tahap kelembapan tanah. Dia risau mummy nya dulu rajin sangat siram pokok sampai lemas akar pokok. Tanah nampak kering di atas tapi sebenarnya di dasar, ianya lembap. 4 in 1 soil analyzer. Untuk moisture, PH, suhu dan sunlight rasanya. Nak guna untuk moisture. WET atau DRY. Ya lah, suka sangat siram takut bertakung air dalam tanah kaktus.


Kali ke dua tukar pasu. Makin besar Alhamdulillah tapi kenapa senget.


Pun baru tukar pasu. Makin bertambah2 anak2 kaktus yang tumbuh. Ketika beli dulu, hanya satu kaktus asalnya.


Juga hanya satu kaktus je dulu tapi kini makin bertambah2.


Baru beli last week. Dah diganti pasu besar sikit.


Juga baru beli. 3 kaktus RM13.


Yang ketiga baru beli last week. Moga hidup subur semuanya.


 Yang spesis dua, peninggalan arwah tok, yang dah dicantas/potong dan ditanam dalam pasu lain. Memang banyak dialih ke pasu lain. Yang besar2 tak sempat difoto. Malas dan panas.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

22 comments:

  1. waaa cantiknya rak tu!! nice sgt! yumms sgt laksa! terliurrrr

    ReplyDelete
  2. Haha lemas akar pokok tu. Kalau boleh nak juga dia jerit minta pelampung

    ReplyDelete
  3. Ye betul kata anak tu Mulan. Kaktus ni sejenis simpan air dalam batang dia jadi memang tak perlu siram selalu.

    ReplyDelete
  4. Teringat masa kecik dulu memang suka pokok cactus. Banyak jugak Cie tanam.

    ReplyDelete
  5. sedapnya laksa!
    ohh bagus beli penyukat suhu tanah tu. 28 tu kira bacaan yg ok ke?

    ReplyDelete
  6. sy suka tgok bunga kaktus yg warna dark pink tu tp susah nak cari skrg..

    ReplyDelete
  7. comel je semua kaktus akak tu... tapi entah kenapa dana tak suka tanam dan tak pandai bela kaktus

    ReplyDelete
  8. Cantik, taman kaktus Mulan! 😍 Bagusnya, siap ada alat sukat suhu tanah.
    Saya pernah jumpa satu kaktus ni, dia punya duri atau bulu, sudah serupa cobweb yang menyelubungi batang kaktus. Rasanya, Mulan ada kaktus ni di atas. Gambar kedua selepas termometer. Sangat cantik!

    ReplyDelete
  9. Banyak betul koleksi kaktus Akk ye... Seronok tengok

    ReplyDelete
  10. Cantik2 pokok kaktus akk....
    Tak pernah tengok kaktus berbagai rupa

    ReplyDelete
  11. Kalau saya makan laksa (kat rumah/rumah orang yg saya kenal)...saya tak akan kacau kuah tu..saya akan kaup direct terus ke laksa..balik-balik kan 2 kali jer..lps tu makan...uishhhh..surrrrr bak kata org utara..

    ReplyDelete
  12. macam-macam bentuk
    macam-macam saiz kaktus nya ;-)

    ReplyDelete
  13. dalam banyak2 ni ada yg boleh keluarkan bunga?

    ReplyDelete
  14. SA suka cactus..byknya koleksi akak....besttttt

    ReplyDelete
  15. Terapi pagi.
    Dok kerjakan pokok-pokok ni pun boleh keluarkan peluh.

    ReplyDelete
  16. Tajuk asal ada walaupun kadang tak ada kena mengena. hihi...
    Lain macam pagi-pagi dah melaksa. Extra rajin betul ni. Kalau masak laksa tu baunya semerbak rasa tak sabar betul nak makan.

    Makin luas raknya, makin banyak akan bertambah nanti. hihi...Pokok kaktus senang jaga sebab tak payah siram selalu. Senang hidup pun ye.

    ReplyDelete
  17. Rajinnya Kak Mulan buat laksa pagi2. Saya pun suka kuah laksa pekat, baru ada ummph bila makan 😄

    ReplyDelete
  18. byk koleksi kaktus tu....sedap tgk laksa penang tu...lama tk mkn

    ReplyDelete
  19. Cantiknya semua kaktus. Semuanya menghijau elok. Terapi mata sungguh. Luka akibat duri kaktus berdarah fizikal boleh ditampal plaster atau diminyak anginkan. Tetapi kalau luka akibat kata-kata tiada siapa yang tahu

    ReplyDelete
  20. Cantik-cantik ya pokok kaktus kak mulan. Teringat dulu saya duk rajin siram kaktus dalam rumah, habis mati semua. Haha

    ReplyDelete
  21. Susah juga agaknya buat kuah laksa ini yaaa 😍😅. Saya suka makannya saja. Laksa Penang itu fav saya juga kak. Tapi dulu saya butuh waktu utk bisa suka laksa Penang. Awal2 tak suka. Apalagi aroma ikannya kuat sangat. Tp agaknya saya saja yg belum beruntung ketemu yg sedap. Trus diajak teman makan tempat lain di Penang juga. Barulah ketemu yg sedap kak 😍😍😍😍. Sejak itu jadi sukaaaa.

    ReplyDelete
  22. Cantiknya kehijauan.
    Sayalah tu, terlalu rajin menyiram kaktus sampai lembik kaktus jadinya.
    Sudahnya tak rajin nak bercucuk tanam. Daktiga soh beli bunga plastik je, warna tak luntur dan takyah beria hendak jaga.

    ReplyDelete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com