Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
BURNT CHEESE CAKE COMOT
Pernah makan tapi macam kurang suka sebab agak creamy dan muak. Anak2 dah few times cakap try la buat. Semalam, Selasa tiba2 datang lintas lalu mood nak try dan bahan ada. Wahhh, sedap senang ikut resepi Khairul Aming.
RESEPI :
250gm cream cheese
200ml whipping cream
1/2 cawan gula castor (saya kurang kan sikit)
2 biji telur
1 kuning telur
2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam (terlupa tapi ok je)
Kisar semua dalam blender.
NOTA PENTING SELEPAS BACA KOMEN2 DI TIKTOK KA:
Kalau blender bau bawang, rendam sebentar atau kisar dengan kulit limau atau apa2 berasaskan limau supaya hilang bau bawang. Sebab ada yang komen, cheesecake rasa bawang haha.
Guna loyang bulat 7 inci atau sewaktu dengannya. Alas dulu dengan baking paper atau orang Kuantan panggil PARCHMENT PAPER. Hehe. Ada hal nak cepat, baking paper tak keruan jadinya.
Bakar dalam air fryer, suhu 180'C dalam 20 minit. Jika kurang burnt nya, boleh tambah masa sikit.
Naik cantik wahhhhhh. Lompat bintang..!! Alhamdulillah. Serius lah senang dan cepat. Bawa keluar dari air fryer dan tunggu dalam sejam. Kemudian sejukkan dalam fridge/peti sejuk at least dalam 2 jam supaya texture nya elok, mudah dipotong. Lagi lama, lagi ok,
Tadaaa... Biarlah comot hodoh tepi nya tapi sedap lazat rasanya. Just nice semua rasanya.
Texture selepas 2 jam lebih dalam fridge. Bukan freezer ya. Jangan jadi ais krim pulak. Ya, ada bff saya yang kalut dulu. Confused fridge dan freezer. Haha.
SUP TULANG MERAH
Awal pagi semalam, dah bawa keluar tulang daging, gugel freezer jumpa tulang2 sebesar penumbuk. Ada yang yang lagi besar dari penumbuk. 5 semuanya. Ke dalam Noxxa, HP55. Masuk sekali 2 pes sup brand PUTERI AYU dan 2 punjut. Lebih pun tak apa. Nama sup tulang merah, tapi malas nak letak pewarna merah.
Lepas Zohor, sambung kerja kan sup, keadaan tulang semua mengecut dan lembut isi daging nya. Saya transfer ke periuk lain lebih lebar, periuk Noxxa tu agak tinggi. Campur sos cili, sos tomato, gula, garam dan ciliboh. Pastikan semua bahagian tulang kena pada sup. Sup ni sepatutnya pekat. Cara saya, terbalikkan tulang tiap 5 minit. Kalau ampuhkan tulang dengan sup, nanti sup cair. Masak dalam 20 minit, lagi lama lagi sedap. Pastikan sup secukup rasa. Makan untuk dinner petang semalam, cicah roti. Alhamdulillah yummehh.
Ini apa?
Mihun Goreng leftovers semalam dengan telur mata. Breakfast saya seorang pagi tadi. Hubby beli nasi lemak balik brisk walk. Anak soleh tadi, buatkan dia omelette.
Makan apa pagi tadi......
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.










SA pagi ni makan sandwich, ada buat bihun goreng tapi nak makan untuk tengahari...malas nak keluar...wah...seronoknya bila buat burnt cheesecake dan menjadi....SA ni x berani nak buat sebab selalunya x menjadi...SA x berjodoh dengan baking
ReplyDeleteeh.. mudah je resepi burnt cheesecake tu...nak try buat juga lah..
ReplyDeletemula2 tengok ada cermin mata sekali, igtkan termasuk dalam resepi.. 😁😁
LInda pisang kaki pun ada sekali tu. hehehehe
Deletewah nampak mudah je lagi burnt lagi sedap kan
ReplyDeletemasa pkp kan orang share burnt cheesecake ni... dana dah pernah cuba jugak kak... menjadi tgk akak tayang teringin lak nak masak
ReplyDeleteSaya x berapa suka burnt cheese cake yang gedik2 tu...banyak jual...tapi terlalu creamy muak pula...saya x pandai buat cake...tapi suka complaint...hu..hu
ReplyDeleteterliurnya sup tulang merah tu!
ReplyDeleteGambar sebelum bihun tu, nampak macam mushroom soup.
ReplyDeleteResepi KA memang simple, sedap dan senang ikut, kan. Sedap tengok burnt cheese cake tu. Saya pernah makan sekali je.
ingatkan buah persimmon dgn spek mata tu termasuk dalam resipi :p saya suka burnt cheesecake ni! nampak resipinya macam senang je. dulu saya pernah buat kek (bakar guna oven) tapi keknya tak naik. sejak tu saya merajuk nk buat apa2 kek hehe. tpi tgok kak mulan ni bakar pakai airfryer je, mcm okay
ReplyDelete