Thursday, October 09, 2025

TANAH AINA CAFE & HOMEMADE KUNAFA

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat peserta GLOBAL SUMUD FLOTILLA, moga sentiasa selamat dalam lindungan Allah dan dipermudahkan semua urusan. 

Busy sikit lately, spring cleaning dan decluttering di rumah ni. Serabut tengok barang yang dah tak digunakan, tersadai dan terlihat keberadaannya dalam rumah.


TANAH AINA FAREENA CAFE, LEBUHRAYA KARAK, BENTONG

2-3 minggu lepas, on the way balik Kuantan selepas hantar anak solehah balik campus. Bertahun2 baca signboard nya di tepi highway. Banyak kali terbaca kawan2 yang sudah pergi. Ajak hubby singgah sebab ngam2 pukul 12 untuk lunch. Kami dari KL, masuk simpang kiri, terus ke parking lot. Rupanya cafe berada di seberang jalan. Tapi dibina laluan di bawah jalanraya, seperti di atas, untuk menuju ke cafe. First time kami ke sini.


Ada jeram kecil.


Outdoor cafe dalam hutan, memang menarik.




Laluan ke jeram yang kami nampak pada awalnya. Dibolehkan anak2 bermain dalam air, namun wajib dipantau ibubapa walaupun cetek airnya. Best ni kalau bawa anak2 kecil.


Harga nya kami tengok agak tinggi sikit, rupanya portion besar. Memang reasonable, kami kena tapau sebab tak dapat habiskan. Nasi + Tomyam, Sambal Udang, Chicken Salted Egg atau Buttermilk tak ingat, teh o satu teko semua sedap Alhamdulillah.




Suasana sekitar nya. Ada sebahagian ruang makan yang berhawa dingin. Ada ruang yang boleh ditempah untuk bilangan yang ramai. 


Sedap nampak tapi kami dah kenyang. Tak terasa nak beli. Label semuanya SR. 


Dah balik rumah, lalu lalang di Facebook, rupanya cafe dah bertukar milik. Label SR yang merata kami nampak adalah SENI RIMBA. Maka tiada lah lagi TANAH AINA FAREENA CAFE yang tersohor sebelum ini. Ada terbaca beberapa isu Tanah Aina Cafe ini tapi tak lah kami follow dengan detail. 


Bye bye. Boleh singgah lagi sebab best tempatnya juga makanannya.


KUNAFA
Anak2 soleh solehah request hari tu. Ketika anak solehah cuti.


Pastry kunafa memang ada stok. Beli di Shopee. Sebenarnya bahan (cream) kurang cukup. Tapi kita kerjakan jugak, anak2 kata tak apa, buat je. Kita yang makan, kan.


Alhamdulillah sedap resepinya walaupun bahan kurang cukup. Ikut je step by step di resepi seperti di link bawah ni. Insyaa Allah jadi. Senang je dan sedap. Cuma air gula, kami guna separuh dari resepi asal. Tak nak manis sangat.

Klik sini -->> RESEPI KUNAFA

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

44 comments:

  1. damai betul suasana kafe tu. siap boleh mandi2. tapi dah bertukar pemilik pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang damai tenang sangat. Insyaa Allah nak repeat lagi sebab selalu lalu kalau ke KL. Walaupun bertukar milik tapi rasanya semua kekal sama.

      Delete
  2. Ooo dah tukar ke Seni Rimba..tapi orang tetaplah akan sebut tanah aina kan kak...sebab dah biasa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam tu. Ambik masa nak tukar nama kan.

      Delete
  3. Ada isu pasal tanah ke apa entah hari tu tak faham jugak. Dah bertukar pemilik la dah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya macam tu. Dah tukar nama, rasanya tukar pemilik jugak kot.

      Delete
  4. Unik betul kawasannya. Tenang tengok.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah masuk Tanah Aina tu, walaupun ada perasan papan tandanya. Sudah bertukar pemilik rupanya. Kunafa, sedapnya.. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami bertahun2 lalu nampak signboard. Bila pergi dah tukar nama. Alhamdulillah sedap pada kami kunafa tu.

      Delete
  6. Aah dengar juga pasal isu tu... Menarik tempat ni nampak redup je, dalam hutan kan...
    Buat sendiri lagi puas makan kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga selesai sudah isunya. Memang menarik tempat nya. Betul kunafa buat sendiri memang puas hati

      Delete
  7. Lebih 10 tahun lepas bos chinese kami pernah bermalam di resort Tanah Aina. Dia cerita sangat respek dengan owner yang sangat mengekalkan keaslian hutan sampaikan nak ke resort pun disediakan jip khas. Taknak pembangunan yang berleluasa. Sayang pula bila ianya ditutup sebab saya sendiri pun belum berkesempatan untuk pergi hehe... dan dengarnya, dulu.. tak murah kalau nak menginap di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resort di area lain, Raub kot. Memang cantik jugak dalam hutan. Resort tu tak sure dah tutup atau bertukar pemilik.

      Delete
  8. Cantik tempatnya dan berjaga elok. Kunafa menjadi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik tempatnya. Alhamdulillah elok kunafa tu.

      Delete
  9. sesuatu yg unik bila ada cafe di tgh2 hutan. enjoy your meals..

    ReplyDelete
  10. Masa baca tajuk, saya terkejut juga sebab setahunya dah tak ada Tanah Aina, semua tempat ditutup. Betul rupanya. Tapi memang menarik tempat makannya. Santai.

    Wahh…kunafa buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan, sebab tak ada signboard nama baru. Kami panggil Tanah Aina lagi. Alhamdulillah masih beroperasi walaupun tukar nama. Memang cantik tenang tempatnya. Ikut je resepi, Alhamdulillah elok bagi kami hehe.

      Delete
  11. Tanah Aina ni pernah sampai yang glamping tu. Tanah Aina Fahad. Tapi macam dah tutup. Tempatnya memang tepi sungai.....nampak tempat makan ni pun asli je tepi hutan dan sungai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak Tanah Aina ni. Ada tempat glamping dll. Tak sure dah bertukar milik atau ditutup tapi tempat memang cantik, dalam hutan, tepi sungai.

      Delete
  12. wahh, suasana hutan mmg menyamankan., kannn hehe

    ReplyDelete
  13. Puas makan kunafa air tangan sendiri.
    Suasana di Tanah Aina Cafe tu memang sesuai sangat buat pencinta alam sekitar.
    Besar betul portion makanannya ye sampai tak habis makan. Nak elak pembaziran, memang eloklah tapau kan Mulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah puas makan walaupun bahan tak cukup hehe.
      Suasana Tanah Aina tu memang tenang cantik dalam hutan.
      Memang kena tapau sebab banyak, sayang sangat.

      Delete
  14. Eh, bukan rumah je, blog ni pun spring cleaning juga ya. Cantik header baru. Warna lembut. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, bila bosan camtu lah. Ni pun rasa nak tukar lagi.

      Delete
  15. Ini tempat untuk peminat alam semula jadi...

    ReplyDelete
  16. Kunafa tuh nampak 😋😋😋😋 sangat. Ooo masih ada Tanah Aina Cafe cuma udah bertukar pemilik ye. Ada isu pasal tanah dulunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ok rasanya walaupun bahan tak cukup. Tu lah baru tau dah tukar nama. Moga selesai lah isu nya.

      Delete
  17. Owh maknanya ada lagi lah cafe kat sini cuma dah bertukar pengurusan ye dik.. mungkin boleh singgah suatu hari ni nanti, In Syaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak Ana masih ada cuma tukar nama/pemilik.

      Delete
  18. ooo dh tukar owner yer...sbb hari tu mcm terbaca psl problem psl tanah/parking etc...so kiranya cafenya masih beroperasi cuma new owner. nanti bolehlah kami gi mkn2 sini...so far dh 2x ke sini..suka dgn ambience dan food pun sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tukar nama, mesti tukar pemilik jugak kan. Memang best tempatnya dan food sedap.

      Delete
  19. pernah terbaca juga isu owner dh bertukar TANAH AINA FAREENA CAFE....tp nice la dgn view sungai tu...yg dkt area opis shah alam ni ada juga TANAH AINA CAFE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nampak signboard nama baru tu yang kami panggil Tanah Aina lagi hehe. Oh di Shah Alam pun ada ya.

      Delete
  20. tengok suasana kafe pun dah cukup mendamaikan...
    kalau sy mkn kat sini kompem bertambah2 ;-)

    ReplyDelete
  21. sedapnyaaaa kunafaaaa ada aiskrim vanilla lg best ni

    ReplyDelete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com