Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat peserta GLOBAL SUMUD FLOTILLA, moga sentiasa selamat dalam lindungan Allah dan dipermudahkan semua urusan.
Busy sikit lately, spring cleaning dan decluttering di rumah ni. Serabut tengok barang yang dah tak digunakan, tersadai dan terlihat keberadaannya dalam rumah.
TANAH AINA FAREENA CAFE, LEBUHRAYA KARAK, BENTONG
2-3 minggu lepas, on the way balik Kuantan selepas hantar anak solehah balik campus. Bertahun2 baca signboard nya di tepi highway. Banyak kali terbaca kawan2 yang sudah pergi. Ajak hubby singgah sebab ngam2 pukul 12 untuk lunch. Kami dari KL, masuk simpang kiri, terus ke parking lot. Rupanya cafe berada di seberang jalan. Tapi dibina laluan di bawah jalanraya, seperti di atas, untuk menuju ke cafe. First time kami ke sini.
Ada jeram kecil.
Outdoor cafe dalam hutan, memang menarik.
Laluan ke jeram yang kami nampak pada awalnya. Dibolehkan anak2 bermain dalam air, namun wajib dipantau ibubapa walaupun cetek airnya. Best ni kalau bawa anak2 kecil.
Harga nya kami tengok agak tinggi sikit, rupanya portion besar. Memang reasonable, kami kena tapau sebab tak dapat habiskan. Nasi + Tomyam, Sambal Udang, Chicken Salted Egg atau Buttermilk tak ingat, teh o satu teko semua sedap Alhamdulillah.
Suasana sekitar nya. Ada sebahagian ruang makan yang berhawa dingin. Ada ruang yang boleh ditempah untuk bilangan yang ramai.
Sedap nampak tapi kami dah kenyang. Tak terasa nak beli. Label semuanya SR.
Dah balik rumah, lalu lalang di Facebook, rupanya cafe dah bertukar milik. Label SR yang merata kami nampak adalah SENI RIMBA. Maka tiada lah lagi TANAH AINA FAREENA CAFE yang tersohor sebelum ini. Ada terbaca beberapa isu Tanah Aina Cafe ini tapi tak lah kami follow dengan detail.
Bye bye. Boleh singgah lagi sebab best tempatnya juga makanannya.
KUNAFA
Anak2 soleh solehah request hari tu. Ketika anak solehah cuti.
Pastry kunafa memang ada stok. Beli di Shopee. Sebenarnya bahan (cream) kurang cukup. Tapi kita kerjakan jugak, anak2 kata tak apa, buat je. Kita yang makan, kan.
Alhamdulillah sedap resepinya walaupun bahan kurang cukup. Ikut je step by step di resepi seperti di link bawah ni. Insyaa Allah jadi. Senang je dan sedap. Cuma air gula, kami guna separuh dari resepi asal. Tak nak manis sangat.
Klik sini -->> RESEPI KUNAFA
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.
damai betul suasana kafe tu. siap boleh mandi2. tapi dah bertukar pemilik pulak
ReplyDeleteMemang damai tenang sangat. Insyaa Allah nak repeat lagi sebab selalu lalu kalau ke KL. Walaupun bertukar milik tapi rasanya semua kekal sama.
DeleteOoo dah tukar ke Seni Rimba..tapi orang tetaplah akan sebut tanah aina kan kak...sebab dah biasa kan
ReplyDeleteRasa macam tu. Ambik masa nak tukar nama kan.
DeleteNampak menarik tempat ni
ReplyDeleteMemang menarik
DeleteAda isu pasal tanah ke apa entah hari tu tak faham jugak. Dah bertukar pemilik la dah ye.
ReplyDeleteRasanya macam tu. Dah tukar nama, rasanya tukar pemilik jugak kot.
DeleteUnik betul kawasannya. Tenang tengok.
ReplyDeleteMemang unik dan tenang sangat.
DeleteTak pernah masuk Tanah Aina tu, walaupun ada perasan papan tandanya. Sudah bertukar pemilik rupanya. Kunafa, sedapnya.. 😋
ReplyDeleteKami bertahun2 lalu nampak signboard. Bila pergi dah tukar nama. Alhamdulillah sedap pada kami kunafa tu.
DeleteAah dengar juga pasal isu tu... Menarik tempat ni nampak redup je, dalam hutan kan...
ReplyDeleteBuat sendiri lagi puas makan kan kak..
Moga selesai sudah isunya. Memang menarik tempat nya. Betul kunafa buat sendiri memang puas hati
DeleteLebih 10 tahun lepas bos chinese kami pernah bermalam di resort Tanah Aina. Dia cerita sangat respek dengan owner yang sangat mengekalkan keaslian hutan sampaikan nak ke resort pun disediakan jip khas. Taknak pembangunan yang berleluasa. Sayang pula bila ianya ditutup sebab saya sendiri pun belum berkesempatan untuk pergi hehe... dan dengarnya, dulu.. tak murah kalau nak menginap di sana.
ReplyDeleteResort di area lain, Raub kot. Memang cantik jugak dalam hutan. Resort tu tak sure dah tutup atau bertukar pemilik.
DeleteCantik tempatnya dan berjaga elok. Kunafa menjadi tu.
ReplyDeleteMemang cantik tempatnya. Alhamdulillah elok kunafa tu.
Deletesesuatu yg unik bila ada cafe di tgh2 hutan. enjoy your meals..
ReplyDeleteMemang unik dan cantik tempatnya.
DeleteMasa baca tajuk, saya terkejut juga sebab setahunya dah tak ada Tanah Aina, semua tempat ditutup. Betul rupanya. Tapi memang menarik tempat makannya. Santai.
ReplyDeleteWahh…kunafa buat sendiri.
Tu lah kan, sebab tak ada signboard nama baru. Kami panggil Tanah Aina lagi. Alhamdulillah masih beroperasi walaupun tukar nama. Memang cantik tenang tempatnya. Ikut je resepi, Alhamdulillah elok bagi kami hehe.
DeleteTanah Aina ni pernah sampai yang glamping tu. Tanah Aina Fahad. Tapi macam dah tutup. Tempatnya memang tepi sungai.....nampak tempat makan ni pun asli je tepi hutan dan sungai.
ReplyDeleteAda banyak Tanah Aina ni. Ada tempat glamping dll. Tak sure dah bertukar milik atau ditutup tapi tempat memang cantik, dalam hutan, tepi sungai.
Deletewahh, suasana hutan mmg menyamankan., kannn hehe
ReplyDeleteMemang tenang dan nyaman.
DeletePuas makan kunafa air tangan sendiri.
ReplyDeleteSuasana di Tanah Aina Cafe tu memang sesuai sangat buat pencinta alam sekitar.
Besar betul portion makanannya ye sampai tak habis makan. Nak elak pembaziran, memang eloklah tapau kan Mulan.
Alhamdulillah puas makan walaupun bahan tak cukup hehe.
DeleteSuasana Tanah Aina tu memang tenang cantik dalam hutan.
Memang kena tapau sebab banyak, sayang sangat.
Eh, bukan rumah je, blog ni pun spring cleaning juga ya. Cantik header baru. Warna lembut. 😍
ReplyDeleteHehe, bila bosan camtu lah. Ni pun rasa nak tukar lagi.
DeleteIni tempat untuk peminat alam semula jadi...
ReplyDeleteBetul uncle, sangat tenang.
DeleteKunafa tuh nampak 😋😋😋😋 sangat. Ooo masih ada Tanah Aina Cafe cuma udah bertukar pemilik ye. Ada isu pasal tanah dulunya.
ReplyDeleteAlhamdulillah ok rasanya walaupun bahan tak cukup. Tu lah baru tau dah tukar nama. Moga selesai lah isu nya.
DeleteOwh maknanya ada lagi lah cafe kat sini cuma dah bertukar pengurusan ye dik.. mungkin boleh singgah suatu hari ni nanti, In Syaa Allah
ReplyDeleteYa Kak Ana masih ada cuma tukar nama/pemilik.
Deleteooo dh tukar owner yer...sbb hari tu mcm terbaca psl problem psl tanah/parking etc...so kiranya cafenya masih beroperasi cuma new owner. nanti bolehlah kami gi mkn2 sini...so far dh 2x ke sini..suka dgn ambience dan food pun sedap2
ReplyDeleteDah tukar nama, mesti tukar pemilik jugak kan. Memang best tempatnya dan food sedap.
Deletepernah terbaca juga isu owner dh bertukar TANAH AINA FAREENA CAFE....tp nice la dgn view sungai tu...yg dkt area opis shah alam ni ada juga TANAH AINA CAFE
ReplyDeleteTak nampak signboard nama baru tu yang kami panggil Tanah Aina lagi hehe. Oh di Shah Alam pun ada ya.
Deletetengok suasana kafe pun dah cukup mendamaikan...
ReplyDeletekalau sy mkn kat sini kompem bertambah2 ;-)
Memang damai
Deletesedapnyaaaa kunafaaaa ada aiskrim vanilla lg best ni
ReplyDeleteAlhamdulillah
Delete