Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat peserta GLOBAL SUMUD FLOTILLA, moga sentiasa selamat dalam lindungan Allah dan dipermudahkan semua urusan.
Busy sikit lately, spring cleaning dan decluttering di rumah ni. Serabut tengok barang yang dah tak digunakan, tersadai dan terlihat keberadaannya dalam rumah.
TANAH AINA FAREENA CAFE, LEBUHRAYA KARAK, BENTONG
2-3 minggu lepas, on the way balik Kuantan selepas hantar anak solehah balik campus. Bertahun2 baca signboard nya di tepi highway. Banyak kali terbaca kawan2 yang sudah pergi. Ajak hubby singgah sebab ngam2 pukul 12 untuk lunch. Kami dari KL, masuk simpang kiri, terus ke parking lot. Rupanya cafe berada di seberang jalan. Tapi dibina laluan di bawah jalanraya, seperti di atas, untuk menuju ke cafe. First time kami ke sini.
Ada jeram kecil.
Outdoor cafe dalam hutan, memang menarik.
Laluan ke jeram yang kami nampak pada awalnya. Dibolehkan anak2 bermain dalam air, namun wajib dipantau ibubapa walaupun cetek airnya. Best ni kalau bawa anak2 kecil.
Harga nya kami tengok agak tinggi sikit, rupanya portion besar. Memang reasonable, kami kena tapau sebab tak dapat habiskan. Nasi + Tomyam, Sambal Udang, Chicken Salted Egg atau Buttermilk tak ingat, teh o satu teko semua sedap Alhamdulillah.
Suasana sekitar nya. Ada sebahagian ruang makan yang berhawa dingin. Ada ruang yang boleh ditempah untuk bilangan yang ramai.
Sedap nampak tapi kami dah kenyang. Tak terasa nak beli. Label semuanya SR.
Dah balik rumah, lalu lalang di Facebook, rupanya cafe dah bertukar milik. Label SR yang merata kami nampak adalah SENI RIMBA. Maka tiada lah lagi TANAH AINA FAREENA CAFE yang tersohor sebelum ini. Ada terbaca beberapa isu Tanah Aina Cafe ini tapi tak lah kami follow dengan detail.
Bye bye. Boleh singgah lagi sebab best tempatnya juga makanannya.
KUNAFA
Anak2 soleh solehah request hari tu. Ketika anak solehah cuti.
Pastry kunafa memang ada stok. Beli di Shopee. Sebenarnya bahan (cream) kurang cukup. Tapi kita kerjakan jugak, anak2 kata tak apa, buat je. Kita yang makan, kan.
Alhamdulillah sedap resepinya walaupun bahan kurang cukup. Ikut je step by step di resepi seperti di link bawah ni. Insyaa Allah jadi. Senang je dan sedap. Cuma air gula, kami guna separuh dari resepi asal. Tak nak manis sangat.
Klik sini -->> RESEPI KUNAFA
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.
damai betul suasana kafe tu. siap boleh mandi2. tapi dah bertukar pemilik pulak
ReplyDeleteOoo dah tukar ke Seni Rimba..tapi orang tetaplah akan sebut tanah aina kan kak...sebab dah biasa kan
ReplyDeleteNampak menarik tempat ni
ReplyDeleteAda isu pasal tanah ke apa entah hari tu tak faham jugak. Dah bertukar pemilik la dah ye.
ReplyDeleteUnik betul kawasannya. Tenang tengok.
ReplyDeleteTak pernah masuk Tanah Aina tu, walaupun ada perasan papan tandanya. Sudah bertukar pemilik rupanya. Kunafa, sedapnya.. 😋
ReplyDeleteAah dengar juga pasal isu tu... Menarik tempat ni nampak redup je, dalam hutan kan...
ReplyDeleteBuat sendiri lagi puas makan kan kak..