Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Jumaat petang drive dari Kuantan ke Putrajaya. Pick up anak solehah di campus dulu.
Sabtu 5am drive ke KLIA T2. Anak solehah temankan drive balik rumah. Hantar hubby nak ke Alor Setar, jemputan wedding anak kawan sekolah dia. Day trip.
Foto yang mula tu, nampak dari dalam kereta nak balik rumah lepas hantar hubby. Anak solehah yang snap. Foto di atas ni, zoom dekat lorong nak sampai rumah.
Lapar. Pukul 7.30am keluar dengan anak solehah cari breakfast. Girls outing. Coffee, chocolate pastry & chicken slice cheese croissant rasanya.
Mummy nya, pantang ada peluang boleh cicah apa2 dengan kopi. Caramel Macchiato + Chocolate Pastry/Roll. Yumm. Pukul 11am anak solehah balik campus sebab ada hal. Cuci2 kemas rumah sikit2.
Siap semua macam sunyi lah pulak. Call 2 geng sekolah menengah (kami budak Kuantan) ajak lepak. M di Dengkil, F di Desa Pinggiran Putra. Semua malas nak melaram nak mengopi di kedai, so kami paksa F di Desa PPutra buka pintu rumah.
Dari rumah Putrajaya, cuma 11 minit je ke Desa PPutra. Sarung hoodie je drive terus ke rumah F. Si M di Dengkil lambat sikit sebab nak jugak goreng karipap sikit. Tambahan order Grab je, Zus, Boost, Muiz Chicken. Borak makan gelak. Borak makan gelak. Pukul 8pm hubby dah sampai KLIA, tapi pick up dia di Putrajaya Sentral.
M, kawan dari tadika di Kuantan. Alhamdulillah lama persahabatan kami. F pula, kawan dari sekolah menengah. Kami budak Kuantan. Memang seronok lepak borak makan sama2. Walaupun rumah kami dekat2, Putrajaya, Dengkil dan Desa PPutra, tapi susah jugak nak jumpa. Sorang Master bidang Computer, sorang di Kementerian, tapi selalu busy dengan kerja juga Pandu Puterinya. Dua2 masih single.
Ahad 7 pagi. Hantar kain ke dobi. Sambil tunggu, breakfast di Food Court P15. Roti canai banjir. Siap makan, hubby pergi brisk walk. Kita tunggu kain sampai kering. Lepas tu ke Mydin cari Pisang nak buat PUDING RAJA lagi.
Lepas Zohor ke Hulu Langat. Bawak Puding Raja tapi semua lupa snap foto.
Kak B dan suami ajak kami geng Haji makan buah pulasan banyak atas pokok.
Suka sangat dengan rumah percutian Kak B yang ada banyak pokok buah dalam kawasan tanah nya ni. Siap ada jeram kecil jugak.
Bahagian belakang rumah Kak B.
Ruang dalam rumah Kak B. Memang open concept.
Tolong Kak B goreng ayam. Nak makan dengan nasi lemak.
Best kan kalau ada rumah macam ni. Rumah tak besar tapi open concept, nampak luas.
Guys di luar. Petik buah dan makan terus.
Cantik kan. Ada anak2 saudara kawan Haji yang mandi tapi lupa snap foto.
Bukan sekali tengok hehe. Makan masa beberapa hari. Done tengok semua episod drama Korea ni. Best. Drama polis2 memang suka tonton.
Baru je habis tengok semua episod tadi. Best kisah drama lawyer2 Korea ni. Beberapa minggu jugak tontonnya.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan.
Take care ya, sihat ceria dan senyum selalu.
Wah, semua ni dalam Sabtu dan Ahad? Hebatnya. Seronok dapat mengopi dengan anak di Zus, juga jumpa kawan-kawan sejak kecil. Rumah di Hulu Langat tu, cantik. Lapang je, rasa.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok. Mengopi dengan anak solehah, jumpa kawan2 sekolah dan geng Haji
DeletePersahabatan dari sekolah tadika tu rare...
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteHulu Langat memang banyak rumah percutian + dusun buah + sungai.
ReplyDeleteBetul kan, masa lalu memang banyak rumah percutian
DeleteKawan dari tadika? Wow…seronoknya ada kawan baik sejak kecil. Banyak benda boleh cerita.
ReplyDeleteMenariknya rumah kak B tu, betul-betul macam pergi resort percutian.
Alhamdulillah ukhuwah hingga kini. Memang cantik rumah percutian Kak B
Deletedengkil dekat belah mana tu..
ReplyDeletenieyl pun dok dengkil juga hehehe...
Oh Nieyl duduk Dengkil ya. Lupa la kawan ni duduk mana.
Deletecantik bulan penuh....kawasan laman umah luas mcm tu seronok
ReplyDeleteMemang cantik kan bulan penuh. Memang cantik laman luas siap ada anak jeram.
Deletebest nya rumah style open concept gini. nampak nyaman tenang!
ReplyDeleteMemang best MZ, nyaman tenang dalam hutang ada jeram.
Deleteseronok nya kalau dapat rumah percutian macam rumah kak B tu, memang tenang jelah, tapi kalau incikSuami memang akan trigger, dia rasa tak selamat sebab takde pagar.. hahaha
ReplyDeletedua dua drama atas tu linda tk tengok lagi
Betul Linda memang seronok kalau ada rumah macam tu kan. Pagar ya jugak tapi macam scary waktu malam, kalau ramai2 tak apa.
DeleteBanyak ceritanya Sabtu dan Ahad. Semoga ukhuwah terus berpanjangan.
ReplyDeleteTerima kasih Kak Amie. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
DeleteLamanya tak mengopi bersama anak2. Girls day out seronok jugak menyembang dengan anak2 sambil mengopi.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat mengopi berdua dengan anak solehah
DeleteSaya pun kalau ada geng, teringin nak cicah macam tu jugak. 😆
ReplyDeleteBest kan cicah2
DeleteMacam² agenda. Paling best part makan² dan jumpa kawan² la Akk kan...
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best
DeleteCantiknya persekitaran kawasan rumah kak B.
ReplyDeleteAnak sungai tu kalau bela ikan lagi best.
Memang cantik. Ada juga anak ikan tapi kecik je.
DeleteUlang ulang kita tgk rumah Kak B tu.. tenang jer dgn suasana yg mendamaikan.. idaman nak ada rumah mcm tu satu hari nanti amin insyallah.. ☺️
ReplyDeleteIdaman semua, kan. Insyaa Allah dimakbulkan nanti.
DeleteWah bestnya jumpa kawan2.. Seronoknya ada rumah percutian macam kak B, tenang dan damai je rasa.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best. Rumah Kak B memang cantik
DeleteSeronoknya rumah Kak B tu kak Mulan...tenang dan aman damai aje..suka rumah open concept macam tu...ada plak mini jeram anak sungai...best betul...SA tgh tgok citer trigger tu baru episode 4...rehat jap lagi SA sambung ye...kat rumah x sempat nak tengok kecuali weekend
ReplyDeleteBetul SA, memang tenang damai je rumah Kak B siap ada jeram. KDrama ni tengok bila siap kerja, masa golek2. Lama jugak nak habiskan. Kadang fast forward je haha.
DeleteHari tu ada makan kat Food Court Presint 15 sebelum hantar Dania kerja. Cantiknya rumah tu.....
ReplyDeleteKalau hantar kain ke dobi memang sekarang breakfast di FC P15 tu sebab dekat. Memang cantik kan rumah Kak B ni.
DeleteCantiknya gambar first tu, pakai phone apaa
ReplyDeleteWahh kawan dari tadika? Lain macam punya lama ni! Mesti kat kuantan pun duduk rumah dekat2 jugak ni
Luaslah laman belakang rumah kak B tu, sesuai buat gathering gitu
Edit banyak kali tu. Iphone lama beberapa tahun lepas. Alhamdulillah masih kekal ukhuwah kawan dari tadika. Rumah kami tak lah dekat sangat. Rumah Kak B memang luas lama nya.
Deletemakkkkkk... bestnya rumah gitu.. siap ada anak sungai belakang rumah.. tenang je nengoknya.
ReplyDeleteMemang best kan siap ada jeram
Deleteteringin juga nak ada rumah dengan open concept macam ni.. senang nak berlegar dalam rumah.. hehehe.. ^^
ReplyDeleteInsyaa Allah ada nanti, memang best kan.
DeleteAaahhhhh saya tak sabaaaaar lah nak eksplor kuliner di kawasan Putrajaya ini 😍😍😍. Saya NOV jadinya ke sana kak, stay di Moxy Putrajaya. 😁.
ReplyDeleteRumah dengan halaman luaaaas begini memang sukaaaa. Tak apa rumah kecil, tapi halaman luas. Bisa tanam banyak pohon buah. Ada sungai kecil pula di belakang. Saya jadi ingat cerita2 anak yg dulu sering saya baca saat kecil 😍.
Cuma terkadang yg buat kuatir kalo halaman luas dan banyak pohon, jadi banyak juga hewan2 tak diundang 🤣. Yg saya kuatir cuma ular.
Drakor Trigger itu sudah saya masukkan dalam list. Tapi belum sempat nonton. Suami juga bilang baguus sangat 😍.kalo Kim nam Gil yg main, pasti tak saya lewatkan
Ok ok kami tunggu Fanny datang Malaysia. Duduk Moxy ya.
DeleteRumah tak besar, laman luas, ada jeram, ada pokok buah memang best kan. Ya terkadang kepala ingat haiwan yang bahaya.
Drama Trigger memang bagus.
Bestnya rumah kak B... mmg sesuai healing kt situ... cerita law tu dh masuk list tp x tgk lg... blom ada mood nk marathon kdrama
ReplyDeleteMemang best rumah Kak B ni. Healing tenang damai. Ada masa nanti tengok lah drama Law and The City, best drama nya.
DeleteCantiknya gambar bulan tu. Nampak jelas bila zoom. Pandai anak solehah ambil gambar. Biskut ke roti ke cicah air kopi memang nikmat. Kenyang pun kenyang. Alhamdulillah persahabatan terjalin sampai sekarang. Cantiknya rumah open concept ni. Saya suka, tenang je. Belakang rumah ada laman boleh lepak minum tepi jeram tu. Dapat celup-celup kaki dengar bunyi air mengalir pun best juga tu.
ReplyDeleteGambar bulan tu kami edit banyak kali. Ada kopi kalau cicah2 memang sedap kan. Alhamdulillah ukhuwah kami kekal hingga kini. Memang cantik rumah ni, ada jeram, pokok buah dan tenang sangat
Deletebestnya kak.... semua geng sekepala
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best
DeleteIni bukan kamera beshe2 ni boleh rakam foto super moon!
ReplyDeleteCamera dah beberapa tahun, edit banyak kali.
DeleteGirl outing memang best .
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best
DeletePenuh jadual Mulan Sabtu Ahad. Alhamdulillah rezeki dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik dan satu kepala. Nampak santai dan welcoming rumah singgah tu. Handsome tak villain dalam Trigger hahaha KSarie jatuh suka teruk dekat mamat ni
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok dapat kawan2 sporting. Biasa lah kira kan, ada kala penuh jadual, ada kala sepi. Rumah tu memang Santai, best. Yaaaa kira seropa, villain tu memang antara favorite.
Deletewahhh best nyaaa ada kawan sejak dari tadika!
ReplyDeletemudah-mudahan ukhwah ini terus mekar hingga ke syurga
aminnn
Insyaa Allah
Deletemendamaikan... air pun jernih je...
ReplyDeleteduduk lama-lama kat sini mmg syok...
tau tau je dah sampai masa utk balik
Memang mendamaikan
Delete