Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Mencari2 tiramisu berbulan2. Anak2 soleh solehah suggest try je lah buat.
Whipping cream dipukul (stiff peaks).
Bentuk2 peaks. Baru jumpa sebenarnya, sebelum ni tak tau pun.
Whipping cream bersama cream cheese.
Biskut Ladyfinger. Saya beli di Shopee, bulan 5 dulu nak buat untuk Open House. KONONNYA lah. Nasib tak berubah bentuk.
Dicelup air kopi dan disusun dalam loyang atau apa2 lah.
First layer cream mixture.
Diratakan.
Layer kedua biskut yang dicelup kopi.
Diratakan dan disejukkan dalam fridge (bukan freezer beku), at least 3-4 jam. Lagi lama sikit, lagi elok.
Kami buat pagi pukul 9, pukul 5 bawa keluar. Sift serbuk koko di atas nya.
Tadaaaaaa. Biarlah atas tu tak smooth pun.
Alhamdulillah elok jadinya. Tak manis sangat pun sebab hubby pun suka. Next mission, kita try leleh atau banjirkan Tiramisu macam yang viral tu. Bulan bila, atau tahun bila, tengok nanti hehe.
Anak solehah kata macam Tiramisu Family Mart. Alhamdulillah dapat resepi sedap dan senang.
Klik --> RESEPI TIRAMISU
BAHAN-BAHAN :
• 1 1/2 cawan krim putar berat (360 ml)
• 8 auns bekas keju mascarpone, suhu bilik (225 g)
(Kami guna Tatura Cream Cheese)
• 1/3 cawan gula pasir (67 g)
• 1 sudu teh ekstrak vanila (5 ml)
• 1 1/2 cawan espreso sejuk, disediakan (360 ml)
(Kami guna kopi segera biasa, Indocafe/Nescafe)
• 3 Sudu besar minuman keras berperisa kopi,
pilihan (jenama Kahlua atau DaVinci) (45 ml) JANGAN GUNA..!!
• 1 pakej Lady Fingers (order Shopee)
• Serbuk koko untuk menyapu bahagian atas
CARA-CARA NYA :
Masukkan krim putar ke dalam mangkuk adunan dan pukul pada kelajuan sederhana dengan pengadun elektrik (atau gunakan pengadun berdiri). Masukkan gula dan vanila perlahan-lahan dan teruskan pukul sehingga puncak kaku (stiff peaks). Masukkan keju mascarpone dan lipat sehingga sebati. Ketepikan.
Masukkan kopi dan minuman keras ke dalam mangkuk cetek. Celupkan jari wanita ke dalam kopi (Jangan rendam--cuma cepat celup pada kedua-dua belah bahagian supaya basah) dan letakkan dalam satu lapisan di bahagian bawah kuali bersaiz 8x8'' atau serupa.
Ratakan separuh daripada campuran mascarpone di atas. Tambah satu lagi lapisan jari wanita yang dicelup. Sapukan baki krim mascarpone di bahagian atas.
Taburkan serbuk koko dengan murah hati di bahagian atas (saya menggunakan penapis mata halus untuk melakukan ini). Sejukkan sekurang-kurangnya 3-4 jam atau sehingga semalaman sebelum dihidangkan.
Nota :
Alkohol: Tiramisu boleh dibuat dengan atau tanpa alkohol. Resipi ini memerlukan minuman keras berperisa kopi kerana saya suka ia meningkatkan rasa kopi, tetapi pilihan lain ialah wain marsala atau brendi.
Arahan Buat Ke Hadapan: Tiramisu adalah lebih baik apabila dibuat lebih awal, membolehkan rasa sebati! Ia akan disimpan di dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 hari.
RESEPI -->> tastesbetterfromscratch.com
Notakakitangan : Resepi di atas ni, guna Google Translate. Abaikan susunan bahasanya.
FISH & CHIPS untuk dinner.
Ada stok ikan. Fillet kan bahagian tengah ikan atau mana2 bahagian. Kecik2 pun tak apa.
Alhamdulillah baru dapat adunan batter yang elok crispy. 4 sudubesar tepung gandum, 2 sudubesar tepung jagung, 2 suduteh baking powder, secubit garam dan air ais (sangat sejuk) secukupnya. Letak air sikit2, saya buat pekat. Seeloknya jugak, ikan digaul tepung gandum sikit je hanya untuk cover ikan tu dulu. Nipis je supaya batter tu lekat pada ikan. Makan dengan Tartar Sauce atau apa2 lah eg Mayonnaise dll.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat tenang ceria dan senyum selalu.
Mesti sedap tiramisu akak tu, fresh dibuat puas hati boleh makan banyak mana. FIsh n chips tu pun sedapnya
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat resepi sedap. Fish & chips tu Alhamdulillah ikan fresh.
DeleteSajer menguji iman pagi2 ni tgk food kak Mulan...
ReplyDeleteHehe buat lah
Deletehuntung gak la kan. bulan 5 beli dibuat bulan 8. kalau akak ni selalunya expired la jawab nya. hehhee. tp abang ifan suka buat dah sekarang. ok la kan.
ReplyDeleteTu lah sebab biskut mahal kena paksa diri buat.
DeleteBagus juga suggestion anak-anak. Dapat juga direalisasikan. Puas makan buat sendiri. Wah level Family Mart terus rasa dia, terbaiklah. Mujur dah dapat makan haritu.
ReplyDeleteTergoda tengok fish & chips tu, salah satu makanan favourite. Hidangan dah macam kat kedai dah tu.
Bila ada yang makan, seronok jugak buat especially dengan anak2. Fish & chips ni senang je buatnya.
DeleteAduhai..mencabar betul untuk seorang SA yg tengah cut sugar masuk rumah Kak Mulan hari ni....
ReplyDeleteBila buat sendiri boleh kurang kan gula.
DeleteNak try la buat tiramisu sendiri nanti. Tu pun kalau terajin.
ReplyDeleteBuat lah Cie senang je Insyaa Allah
Deletesedapnya tiramisu kak mulan.. terliur.. ^^
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletesedapnya tiramisu dan fish and chip
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteHome made la lagi sedap.... semuanya cukup rasa... takde lokek-lokek punya
ReplyDeleteAlhamdulillah dan Insyaa Allah
DeleteConfirm la sedap ni Kak... Nak buat juga tapi tak rajin haha
ReplyDeleteInsyaa Allah satu hari PH akan buat hehe
DeleteOwhh tiramisu namanya
ReplyDeleteNama melayu dia apa erk
Tak pasti pulak Wak nama Melayu nya
DeleteDemam tiramisu sekarang ni. Saya je tak makan2 lagi sebab tak suka kopi sangat. Cantik tiramisu yg kak mulan buat! Macam kat kafe 😋
ReplyDeleteKalau buat sendiri boleh tukar flavor gantikan kopi tu 😄
Deletebuat sendiri puas mkn tu tiramisu...dlu kala seblum viral dh pernah buat guna cream cheese skarang org dok share resepi guna mascarpone cheese tp try lg...skarang mkn kt cafe je sbb sana sini byk jual kn
ReplyDeleteAlhamdulillah memang puas buat sendiri. Sebab tak pernah makan so tak dapat nak bezakan mascarpone dan cream cheese. Nak kena cari yang viral jugak nanti
DeleteBestnya, buat tiramisu sendiri je. Sedapnya...! Dan cantik kejadian. Boleh ambil order dah ni.
ReplyDeleteFish and chips pun nampak sedap. 😋
Alhamdulillah dapat resepi sedap. Fish n Chips ni ikan je 😄😄
DeleteLaaa... ada pula minuman keras perisa kopi.
ReplyDeleteMujur tulis merah dan besar😅
Boleh abaikan je
DeleteKalo baca, nampak tak susah buatnya kan 🤣. Tapi biasa kalo saya yg buat, ga ada jaminan menjadi 😅😅😅. Penasaran juga dengan tiramisu yg viral di KL itu kak. Makanya nak cari saat saya ke sana nov.
ReplyDeleteDulu rasa macam susah, bila tengok resepi rupanya senang jugak. Bila anak2 ada di rumah, memang seronok masak dan makan sama2
DeleteKalau yang ada cheese ni saya perasan, lebih sedap makan selepas beberapa hari. Contohnya cheesekut.
ReplyDeleteKalau sama macam di FM, kira dah boleh jual ni sis 👏🏽
Maybe lah Ujie tapi kat rumah ni tak sempat nak simpan lama, kalau ikut diorang ni sekali hadap je. Kena tahan buat makan 2 hari haha.
Deletealah membuat, sedap dimakan. tahniah kerana sanggup buat sendiri. lagi sedap n boleh makan banyak...
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteGitu mungkin tiramisu yang kedai bukan Islam tu dicampur alkohol jugak kan....kalau orang Islam buat terjamin juga halal tu. Nampak sedap Mulan buat tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat resepi sedap dan boleh abaikan bahagian yang tak halal tu.
DeleteTengok ladyfingers celup kopi tu teringat dulu-dulu belajar buat tiramisu begini di kelas masakan. Sayangnya segala ilmu hilang sebab tak dipraktikkan. Cantik kejadiannya tu Mulan.
ReplyDeleteInsyaa Allah Kak Amie dapat buat nanti
DeleteKita suka resipi filet tu. Jap nak catit, thank you share.
ReplyDeleteLadyfinger tu tak sempat jadi tiramisu, kita sampai part cicah kopi tu je terus ngap masuk mulut, hrmmm...
Sama2. Betul biskut tu kena sorok sebab takut termakan cicah Kopi.
Deleteyg homemade ni laa lagi sedappppp...
ReplyDeleteerrr ada lg tak?
hahaha
Habis dah
Deleteberapa lama kena pukul baru boleh dpt stiff peak tu?
ReplyDeleteTak ada specific masa, kena tengok peak tu
Deletehome made food is always the best! terliur laaa semua yg mulan masak2 ni hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah 😍
Delete😋😋😋😋Macam nak kena cari kek tiramisu plak gayanya lepas baca post ini. Nampak macam simple resepinya tapi mesti KSarie tak rajin nak buat😅
ReplyDeleteSedap rupanya Tiramisu ni 😄😄 try la buat senang je KSarie
DeleteKakkkkkk...terliur la tiramisu akak tu...nak buat x reti..kena cari gak la ni...
ReplyDeleteYaaaaaa SA, memang sedap tiramisu ni rupanya. Try la buat senang je
Delete