Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Jumaat petang drive dari Kuantan ke Putrajaya. Pick up anak solehah di campus dulu.
Sabtu 5am drive ke KLIA T2. Hantar hubby nak ke Alor Setar, jemputan wedding anak kawan sekolah dia. Day trip.
Foto yang mula tu, nampak dari dalam kereta nak balik rumah lepas hantar hubby. Anak solehah yang snap. Foto di atas ni, zoom dekat lorong nak sampai rumah.
Lapar. Pukul 7.30am keluar dengan anak solehah cari breakfast. Girls outing. Coffee, chocolate pastry & chicken slice cheese croissant rasanya.
Mummy nya, pantang ada peluang boleh cicah apa2 dengan kopi. Caramel Macchiato + Chocolate Pastry/Roll. Yumm. Pukul 11am anak solehah balik campus sebab ada hal. Cuci2 kemas rumah sikit2.
Siap semua macam sunyi lah pulak. Call 2 geng sekolah menengah (kami budak Kuantan) ajak lepak. M di Dengkil, F di Desa Pinggiran Putra. Semua malas nak melaram nak mengopi di kedai, so kami paksa F di Desa PPutra buka pintu rumah.
Dari rumah Putrajaya, cuma 11 minit je ke Desa PPutra. Sarung hoodie je drive terus ke rumah F. Si M di Dengkil lambat sikit sebab nak jugak goreng karipap sikit. Tambahan order Grab je, Zus, Boost, Muiz Chicken. Borak makan gelak. Borak makan gelak. Pukul 8pm hubby dah sampai KLIA, tapi pick up dia di Putrajaya Sentral.
M, kawan dari tadika di Kuantan. Alhamdulillah lama persahabatan kami. F pula, kawan dari sekolah menengah. Kami budak Kuantan. Memang seronok lepak borak makan sama2. Walaupun rumah kami dekat2, Putrajaya, Dengkil dan Desa PPutra, tapi susah jugak nak jumpa. Sorang Master bidang Computer, sorang di Kementerian, tapi selalu busy dengan kerja juga Pandu Puterinya. Dua2 masih single.
Ahad 7 pagi. Hantar kain ke dobi. Sambil tunggu, breakfast di Food Court P15. Roti canai banjir. Siap makan, hubby pergi brisk walk. Kita tunggu kain sampai kering. Lepas tu ke Mydin cari Pisang nak buat PUDING RAJA lagi.
Lepas Zohor ke Hulu Langat. Bawak Puding Raja tapi semua lupa snap foto.
Kak B dan suami ajak kami geng Haji makan buah pulasan banyak atas pokok.
Suka sangat dengan rumah percutian Kak B yang ada banyak pokok buah dalam kawasan tanah nya ni. Siap ada jeram kecil jugak.
Bahagian belakang rumah Kak B.
Ruang dalam rumah Kak B. Memang open concept.
Tolong Kak B goreng ayam. Nak makan dengan nasi lemak.
Best kan kalau ada rumah macam ni.
Guys di luar. Petik buah dan makan terus.
Cantik kan. Ada anak2 saudara kawan Haji yang mandi tapi lupa snap foto.
Baru je habis tengok semua episod tadi. Best kisah drama lawyer2 Korea ni.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan.
Take care ya, sihat ceria dan senyum selalu.
Wah, semua ni dalam Sabtu dan Ahad? Hebatnya. Seronok dapat mengopi dengan anak di Zus, juga jumpa kawan-kawan sejak kecil. Rumah di Hulu Langat tu, cantik. Lapang je, rasa.
ReplyDeletePersahabatan dari sekolah tadika tu rare...
ReplyDeleteHulu Langat memang banyak rumah percutian + dusun buah + sungai.
ReplyDeleteKawan dari tadika? Wow…seronoknya ada kawan baik sejak kecil. Banyak benda boleh cerita.
ReplyDeleteMenariknya rumah kak B tu, betul-betul macam pergi resort percutian.
dengkil dekat belah mana tu..
ReplyDeletenieyl pun dok dengkil juga hehehe...
cantik bulan penuh....kawasan laman umah luas mcm tu seronok
ReplyDeletebest nya rumah style open concept gini. nampak nyaman tenang!
ReplyDeleteseronok nya kalau dapat rumah percutian macam rumah kak B tu, memang tenang jelah, tapi kalau incikSuami memang akan trigger, dia rasa tak selamat sebab takde pagar.. hahaha
ReplyDeletedua dua drama atas tu linda tk tengok lagi
Banyak ceritanya Sabtu dan Ahad. Semoga ukhuwah terus berpanjangan.
ReplyDelete