Thursday, May 29, 2025

PERJALANAN HAJI & ZULHIJJAH YANG PENUH BARAQAH

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.

PERKONGSIAN DARI INSTAGRAM USTAZAH ASMA' HARUN













Terkenang ketika menunaikan Haji 2022, tanggal 10 Jun, Jumaat, kami suami isteri, siap semua, drive berdua dari Kuantan tanpa ada yang bersama di rumah (Musim COVID), kecuali 2 orang kawan baik yang berkeras untuk singgah berjumpa sebentar. Mak, kami dah jumpa awal pagi nya. Anak2 pun, kami sempat jumpa sebelum nya.

Sampai di rumah Putrajaya, kami Whatsapp untuk maklumkan pada jiran yang kami dapat panggilan Haji dan mohon doa semuanya. Tak kami bagitau bila berangkat. Mak juga dah pesan pada adik2, aunty uncle sepupu2, jangan datang jumpa kami takut ada yang tak sihat. Lepas Asar 10/6/2022, Jumaat, kami ke Hotel Movenpick dengan menaiki Grab dari rumah Putrajaya, hanya berdua. Check in di hotel sebab esoknya Sabtu, 11/6 lepas Subuh, semua jemaah diarahkan turun untuk MENDAFTAR dan sebagainya. Sedih jugak bila pemergian kami tanpa seorang pun keluarga dan sanak saudara yang menghantar. Namun kami redha, ibadat ini lagi penting. Dengan musim COVID nya dll. Alhamdulillah semua memahami, mau yang terbaik buat kami. Hanya doa semua yang kami pinta. 


Suasana di lobby Hotel Movenpick. Ramai sebenarnya jemaah dihantar oleh keluarga dan sanak saudara. Memang agak sesak di drop off zone. Tak snap pulak foto di situ.


Pengumpulan bagasi2 jemaah sesudah mendaftar. Macam2 tanda dibuat agar mudah dikenali dari jauh. Selepas daftar dan letak bagasi, terus ke kaunter imigresen di luar dewan taklimat. 


Di dalam dewan. Taklimat dari Ustaz Zul. 


Azan dilaungkan sebelum bergerak keluar dari dewan hotel. Tengok foto ni pun dah bergenang air mata.


Pergerakan keluar menuju ke bas. 


Secara rawak tanpa nombor giliran dll. Kiranya siapa cepat, naik bas paling depan. Terpisah bas dengan hubby. Tiada masalah. Dalam flight kami tak dapat sebelah2, cuma depan dan belakang, aisle seat. Still boleh cuit cuit. Ok je. Mak pesan, jangan berasa sikit pun tak puas hati. Redha dan sabar. Ketika itu, naik flight kena pakai mask the whole journey. Musim Covid kan. Zikir dan doa kata ustaz. Tapi sebab mostly penat, ramai tidur dan time makan kena kejut. Saya antaranya. 


Konvoi bas menuju ke KLIA, dengan kereta polis yang mendahului. Flight kami ke MADINAH dulu. Penerbangan KT14. Antara yang awal. Ehh sayunya hati, rindu TANAH SUCI. Moga dapat kembali lagi. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

26 comments:

  1. Orang yang dah pernah pergi pun rindu sangat untuk pergi lagi... Yang belum jejak kaki nie, sentiasa doa semoga dipilih menjadi tetamu Allah jua satu hari nanti... Aamin2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dipilih nanti secepatnya Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

      Delete
  2. Saya pun rindu juga. Terasa-rasa je tenang dok sana.

    ReplyDelete
  3. Perjalanan yang lagi mencabar bila musim covid yang lalu. Sedihnya tu terasa bila tiada ahli keluarga mengiringi. Betul tu, ibadat lagi penting. Alhamdulillah syukur Allah lancarkan segala urusan. Kita ni tengok orang pergi haji rasa sebak dan sayu betul. Semoga ada rezeki juga menjadi tetamu Allah ke sana. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedih tak lama sebab pergerakan pun kena cepat. Moga Fiza dapat menjadi tetamu Nya nanti Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

      Delete
  4. Semoga diberikan rezeki suatu hari nanti untuk jejak kaki ke situ bersama keluarga tersayang. Aamin.

    ReplyDelete
  5. Sedih kan kak pergi sendiri tanpa ahli keluarga, semua mendoakan dari jauh.... Tengok masa azan tu dana pun bergenang... aritu masa boss dana antar video dia nak pi haji ada azan ni pun kita bergenang airmata.... sayu terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedih tak lama sebab pergerakan kena cepat lepas saja mendaftar. Azan sebelum gerak memang sayur sangat.

      Delete
  6. Moga Allah izinkan kami untuk tunaikan Haji juga...

    ReplyDelete
  7. Mereka yang dah pergi pasti akan rasa rindu yang amat..semoga Allah permudahkan buat semua jemaah haji..office SA ada sorang..muda lagi..rezeki dia dapat pergi..tapi under ATM...bukan TH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rindu. Ya SA, moga dipermudah kan semua urusan Haji mereka. Rezeki kawan office SA dapat pergi Alhamdulillah.

      Delete
  8. Moga yang belum pergi lagi menunaikan haji akan dijemput oleh Allah.....aamiin.

    ReplyDelete
  9. Oh 2022 pas sudah dibuka lagi ya kak . Rezeki dapat pergi juga walau masih covid. Tp setidak nya dah mulai menurun saat itu kan ... Baca cerita haji memang buat sayu. Bagi yg belum pernah ke tanah suci, amat sangat teringin. Bagi yg sudah walau hanya umroh, pasti tetap teringin balik 😭. Kalau haji saya serahkan saja lah kepada yg di Atas. Kalau memang waktunya berangkat dan Dia memanggil, pasti akan berangkat. Kalau tidak, nak pakai haji Furodha pun bisa saja batal. Ada banyak case Furodha pun tak bisa jalan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fanny tahun 2022 sudah dibuka setelah Covid. Semua pasti mau ke Tanah Suci kan. Teruskan berdoa moga diizin menjadi tetamu Nya nanti. Ada juga dengar furoda juga tidak boleh masuk ke Mekah.

      Delete
  10. khabarnya hari ni last flight jemaah haji TH thn ni. esok lusa turn pemegang visa mujamalah pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke. Moga dipermudah kan semua urusan mereka.

      Delete
  11. so yang KT awal ni semuanya turun madinah dulu ya?

    ReplyDelete
  12. Semoga Allah kurniakan rezeki kepada kita semua untuk dijemput menunaikan haji dan umrah tidak lama lagi

    ReplyDelete
  13. Tengok foto laungan azan tu memang sedih tak tau kenapa.. teringat masa arwah abah dan mak nak tinggalkan rumah, azan dilaungkan 😪
    Semoga kami juga dapat jemputan ke sana 🤲

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com