Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.
Sabtu pagi, ambil mak nak bawa ke KL. Singgah breakfast di CAFE HUJUNG LANDASAN yang terletak di luar pagar perkarangan LANDASAN LAPANGAN TERBANG SULTAN AHMAD SHAH KUANTAN. Banyak kali lalu lalang diviralkan cafe ni di medsos.
Aneka juadah. Lauk Paru Kicap Hitam tu memang sedap. Anak soleh makan dengan Nasi Lemak.
Telur Separuh Masak dah siap berkole2.
Sate pun ada. Comel sweet je adik ni sambil bakar sate.
Jajan jajan. Lokasi cafe ni on the way ke PLAZA TOL GAMBANG. Elok jugak boleh beli terus untuk kudapan dalam kereta.
Kami sampai 7.30, diorang belum ready nak ambil order.
Roti Canai pun belum ready. Awal sangat kot kami sampai. Nampak ramai menunggu.
Flight tak banyak. Kalau departure 10am lebih dapat lah tengok kapal terbang turun dan naik. Eh lupa landasan ini juga adalah LANDASAN buat TUDM. Kalau jet-jet dalam latihan, memang best lah tengok.
Sampai KL, hantar mak ke rumah adik lelaki no4. Kemudian drop anak soleh di Jelatek, ada wedding kawan uni nya. Tak apa, belum ada jodoh. Muda lagi hehe. Duduk puas2 bawak ketika mummy dulu. Jangan disebut lah bab kawin, boleh berderai air mata walaupun anak lelaki.
Macam biasa, kereta punya lah banyak di highway menghala ke Pantai Timur.
Ahad, ambil anak solehah di campus. Jalanraya tenang pukul 7 lebih. Ajak hubby ke RESTORAN UBI KAYU USJ. Sebab on the way ke Shah Alam.
Beberapa minit sebelum buka.
Restoran yang banyak aneka kuih muih, memang best.
Anak soleh kata sedap.
Lempeng Kelapa dan Soto ni pun memang sedap.
Anak solehah makan Lempeng Kelapa dengan Rendang Ayam, sedap katanya.
Pantang nampak koci dan cekodok. Sedap semuanya Alhamdulillah.
Hubby ajak ke TAMAN TASIK SHAH ALAM. Nak mengimbau zaman study dulu katanya. Atau adakah throwback moment dengan ex girlfriend haha. Moncong mulutnya.
Saya dan anak2 first time ke sini.
Nampak kubah masjid.
Cantik tenang suasana.
Wet World di sini rupanya.
Sesungguhnya...!!!
Suka betul pokok ni, rendang tumbuhnya. Cukuplah 5000 steps sebab badan ni kurang elok sikit.
Lunch, AHAD. Nak celebrate BIRTHDAY anak soleh few days sebelum nya. Sementara kami empat beranak ada sama2. Ehh ada menu free untuk mak2, bersempena MOTHER'S DAY rupanya. Chicken Tender atau Seafood Pasta. Order chicken Tender lah. Dipping sauce sedap. Ayam tu sedap, biasa je cukup semua rasa dan garing.
Menu lain lupa snap sebab borak2 terus makan. Lama tak lepak borak 4 beranak. Moga sihat ceria murah rezeki, cemerlang dunia akhirat anak2 ku...!! Doa buat anak2 kita semua juga.
Yang ni celebrate dengan kek sebiji di rumah, hari tu macam2 pulak hal di workshop. Terpaksa beli je kek. Terkejut tersengih dia balik kerja. Alhamdulillah baru je dapat kerja di Kuantan. Masih dalam probation period, moga dipermudah kan semua urusan nya. Tolong doakan dia ya sahabat2 dunia akhirat di Alam Maya Blogosphere ni. Boleh lah duduk rumah bawah ketika mummy.
Ahad petang. Di apartment adik no4.
2 kek bouquet untuk 2 ibu.
Mak dan besannya.
Adik no4, wife dan ipar duainya plan ajak celebrate MOTHER'S DAY sama sebab mak dah ada di KL. So adik2 no2 dan no3 join sekali. Kami dengan biras2 semua.
Potluck. Ada YONG TAUFU, LAKSA SARAWAK dan lauk2 nasi eg Butter Prawn dll. Semua sedap.
Adik no2 dan anak2 buat PUDING RAJA. Biras yang kerja di Miri, bawak balik KELUPIS, makan dengan Kari yang dia masak. Sedap.
Meriah seronok petang ke malam AHAD baru ni. Alhamdulillah.
Semalam Isnin, HARI WESAK. Kami di rumah Putrajaya anak beranak, vacuum cuci rumah. Order Grab untuk lunch. Lepas Zohor, hantar anak balik campus. Ambil mak di rumah adik no4 di Wangsa Maju, terus balik Kuantan. Alhamdulillah smooth semuanya.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
kek bouquet tu i berkenan sgt!! terasa nak order utk diri sendiri hahahha
ReplyDeleteComel kan.
DeleteSeronok riak muka mak akak, terpancar kebahagiaan...terus rasa rindu kat arwah mak SA...kalau terjumpa nak tumpang peluk boleh....makanan pot luck tu semua nampak sedap especially yong tau foo..dapnyaaaa
ReplyDeleteKami pun seronok tengok mak happy, lama dia keseorangan sejak arwah ayah meninggal 1994. Datang lah Kuantan boleh jumpa peluk mak. Potluck memang best sebab macam2 jenis semua bawak. YTF memang sedap kan.
DeleteKalau MZ tak mention kek. Linda igtkan roti jala tadi...
ReplyDeleteAlhamdulillah, weekend yang sangat2 penuh memori... Semoga anak2 kita terus diberkati dan diredhai Allah.. Aamin
Betul kan, ada roti jala cantik2 bentuk bunga. Alhamdulillah weekend penuh program yang seronok.
DeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin, doa terbaik untuk anak2 kita.
samalah kak ana pun hujung minggu ni penuh aktiviti bersama keluarga ermmm puding raja menggoda sungguh Mulan aihhhh :)
ReplyDeleteCuti panjang kan, memang dengan keluarga lah kita. Senang je buat puding raja tu hehe.
Deletemeriah tgk menu makanan..terliur tgk paru kicap tu...menu potluck pn mcm2..dpt celebrates hari ibu ramai2 mmg best
ReplyDeleteParu kicap tu memang sedap. Alhamdulillah mak seronok dgn anak2 cucu2.
DeleteMeriah dengan aktiviti, meriah dengan pelbagai makanan 😋
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah anakanda dapat kerja di Kuantan. Moga dapat sesuaikan diri.
Alhamdulillah meriah semua. Thanks Ujie. Insyaa Allah 😊
DeleteMacam² aktiviti dan urusan dapat dilakukan, very productive weekend ye Kak ...
ReplyDeleteCantik gambar masjid yg Akk snapped tu 👍🏻
Bab makan memang superb nampaknya semua tu 😋
Alhamdulillah seronok especially bila ada almost semua mak dan anak cucu.
DeleteSubhanallah cantik kan hubah masjid tu dengan sunrise walaupun langit tak terang.
Alhamdulillah bila potluck macam2 menu ada.
Banyaknya gambar makanan sedap-sedap.
ReplyDeleteDulu masa zaman sekolah, pernah datang Tasik Shah Alam, satu family, jalan-jalan, pastu shopping di kompleks pkns. :D
Seronoknya, meraikan hari Ibu satu family. Tumpang rasa seronok.
Alhamdulillah bila potluck macam2 menu ada.
DeleteCantik besar tenang di Taman Tasik Shah Alam tu.
Kalau dah bukak, memang kami ,asuk PKNS tapi belum buka.
Alhamdulillah memang seronok mak dengan anak cucu.
Agaknya owner kedai tu belas pilot jet fighter kot?
ReplyDeleteNanti nak cari info hehe.
DeleteMenariknya bouquet tu.
ReplyDeleteKek dia pun sedap jugak.
Deleteterkelu kelopak mata melihat gambar2 makanan tu. sedapppp
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteByk gambar mknn.. sedap pulak tu.. bouquet cake tu sayangnya nk makan, cantik sgt
ReplyDeleteAlhamdulillah memang sedap semua. Tu lah, sayang nak potong,
DeleteLama dah tak makan puding raja..yum..yum..yum..
ReplyDeleteSedap kan puding raja ni.
Deletesy suka kalau ada banyak pilihan kuih-muih mcm ni...
ReplyDeleterambang dibuatnyaaa
Memang rambang mata.
Deletecantiknya kek bouquet...
ReplyDeletekalau sy dapat tu sayang nak makan
hehehe
Semua pun sayang nak potong.
DeleteAlhamdulillah dh dpt kerja ank soleh...kalo masuk sini mmg semua makanan sedap2...
ReplyDeleteAlhamdulillah 😊 hehe memang seronok tengok makanan ni walaupun taka makan semua.
Deletecantiknya bouquet tuu..
ReplyDeleteCantik kan, kek pun sedap.
DeleteYang kat Cafe Hujung Landasan depa siap-siap bubuh lauk dalam mangkuk lebih mudahkan kita ambil. Jadi boleh bayar harga yang standard. Takde lah kita berkira-kira nak ambil sikit ke banyak takut harga tak kena.
ReplyDeleteMeriah sambutan Hari Ibu tu... makanan nya pun semua menarik.
Betul memang senang kira. Alhamdulillah memang seronok sebab mak ada sama2 anak cucu tapi sorang menantu dan sorang cucu tak ada sebab kerja dan di campus.
DeleteIni bagi yg suka lihat pesawat terbang memang best hangout di sini yaaa. Bisa sambil menikmati aneka makanan yg dijual.
ReplyDeleteBanyaaak pula macamnya kak 👍👍
Saya suka juga Krn wadah packagingnya nya memudahkan untuk dibawa.
Oh sudah besar anak kakak yg lelaki yaa. Amin, saya ikut doakan rezekinya lancar, dipermudah urusan pekerjaan dan jodoh nantinya ☺️
Ya Fanny nanti mau tengok flight time bila2 mau ke sana lagi makan dan tengok pesawat turun dan naik. Makanan pun memang banyak pilihan. Packaging nya senang dibawa balik kalau tak habis.
DeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin, terima kasih atas doa nya Fanny 😊😊😊
Ingatkan kek bouquet tu roti jala berbentuk bunga. Rupanya kek. Cantiknya Mulan.
ReplyDeleteCantik kan kek bouquet tu, memang sekali pandang macam roti jala yang banyak design tu.
DeleteWahh rapat ya mak dengan besan. Semoga diberikan kesihatan yg baik utk kedua-duanya 🥰
ReplyDeleteNasib baik datang masa hari ibu, dapat free food hehe
Alhamdulillah elok hubungan diorang sesama besan. Aamiin.
DeleteHehe ya betul, sedap semuanya. 😍😍
Masya Allah! Banyaknya kuih-muih! Kalau dekat Kak Amie pun rasa nak datang berkunjung ke situ.
ReplyDeleteMaakkk... ada laksa sarawak, ada kelupis...sedap-sedap semuanya!
Semoga ukhuwah sesama keluarga terus berpanjangan.
Kalau kuih banyak memang sedap kan. Laksa Sarawak, Kelupis, semua sedap Alhamdulillah.
DeleteAamiin, Insyaa Allah.
Alhamdulillah rezeki dapat celebrate hari ibu dengan emak dan emak mertua dan adik beradik, celebrate birthday anak soleh, jalan-jalan di tepi tasik, makan macam-macam.....bestnyaaaa♥️
ReplyDeleteAlhamdulillah atas semua nikmat Allah ni. Seronok meriah semua dapat jumpa dan makan macam2 sama2.
DeleteKalau singgah ke kedai kuih muih macam ni jadi rambang mata nak memilih. Suka jenis kuih ada santan dan pandan. Eloklah tu beli siap-siap makanan sebelum meneruskan perjalanan.
ReplyDeleteCuti hujung minggu panjang ramai orang bercuti ke Pantai Timur agaknya kan. Itu yang sesak tu.
Taman Tasik Shah Alam ni memang popular di kalangan student yang suka lepak sini. Tapi sepanjang saya study di Shah Alam, tak pernah lepak sini. Setakat pergi Kompleks PKNS tu je lah. Pokok tu unik betul lah. Jadi satu tarikan di situ.
Alhamdulillah dapat berkumpul meraikan orang yang tersayang.
Memang rambang mata nak pilih bila banyak kuih muih tapi best. Sekarang kalau cuti panjang memang sesak LPT dan Karak. Tasik Shah Alam memang popular kan.
Delete