Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.
KUIH 3 BERADIK.
Ahad pagi2, 2 minggu lepas. Kami drive ke KL, hubby ada meeting Isnin di KL. Alang2 gerak pagi Ahad, singgah PEKAN SARI TEMERLOH. Lama betul tak datang.
KUIH LOK LIK. Asal Terengganu tapi banyak dijual di Pahang. Dibuat dari beras pulut yang digoreng. Favorite dan sedap.
Klik info -->> KUIH LOKLIK
KUIH DANGAI BAKAR
Katanya asal Johor, ada kata Kedah. Kami makan je semua walau dari mana pun. Favorite dan sedap.
Bermacam jenis ikan sungai. Nombor pada ikan tu, mewakili harga setiap/beberapa nya.
Ramai pengunjung tiap Ahad.
Tak tau nama ikan ni.
Daun Ketumbar Jawa. Banyak di Vietnam, makan dengan Pho, Mi Sup Daging tu. Mak kata orang kita kurang makan sebab kuat baunya. Kini dah ramai makan, ada dijual di Pekan Sari ni. Beli 2 ikat.
Panas litlit.
Ramai di gerai ni. Stok tempoyak banyak lagi.
JERING REBUS..!! Ini lah misi utama. Lama tak makan.
Beli RM10. Fav dan sedap tau.
Beli 1.
Sedap ni goreng garing2. Tak beli.
KUIH 3 BERADIK. 3 jenis di atas ni. Pun rindu lama tak makan. Favorite dan sedap.
Halwa Abu atau Kuih Orang Mati. Antara kuih tradisional Pahang.
Boleh dibuat berbagai bentuk. Bahan2 nya tepung beras, santan dan gula kabung/melaka. Tengok di TikTok.
EMPING BERAS sedap makan dengan kelapa parut. Beli jugak.
Walaupun panas litlit, memang ramai pengunjung nya.
Tak tau pulak hubby beli ni. Dibuat dari EMPING katanya. Sedap, first time makan.
Tapai Pulut Hitam sedapnya, menyesal beli 2.
Favorite sepanjang masa. Jering ni agak susah nak cari, sebab kena cari yang betul2 masak. Tak tua, tak muda. Nak rebus pun ada caranya, kata mak.
Jering Rebus ni, masuk kereta terus kami makan. Belum keluar Tol Temerloh dah habis separuh plastik.
Ini pun dah banyak tahan diri dari membeli. Apa pun Alhamdulillah, seronok sangat ke PEKAN SARI TEMERLOH.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
seronok dpt jamu mata! cuma part panas lit2 tu MZ tak tahan laaa (memang jenis tak tahan panas)
ReplyDeleteMemang best ke PEKAN Sari ni. Panas litlit tapi boleh jalan bawah canopy gerai2 tu.
DeleteBwsrnya kalau dapat pergi...masa pi Kuantan hari tu ada gak plan nak ke sini..x jauh pun bila check kat waze dan google maps..1-2 jam perjalanan kalau x salah..next time nak pi la .ikan yg akak x tau nama tu namanya ikan jelawat kata PZ..PZ kan suka ikan sungai...
ReplyDeleteAhad je Pekan Sari ni. Kami makan semua ikan sungai tapi tak tau nama. Hubby tau jugak. Hehe.
DeleteLama tak ke pekan sehari temerloh tu. Semua makanan rare boleh dapat kat situ.
ReplyDeleteKami pun lama tak pergi. Tu yang singgah jugak sebab dah lalu pagi Ahad.
Delete1st time tengok ikan no 59 tu...
ReplyDeleteikan apa tu?
Itu ikan belida.... 😎
DeleteThanks Afif tolong jawap 😄
Deletenak kirim pais tempoyak tu boleh tak? hahaha
ReplyDeleteAda org jual online jugak kan 😄
DeleteKuih Lok Lik tu tak pernah dgr dan tak pernah jumpa tpu dari rupa mcm menarik utk dicuba hihii.. Kuih Dangar Bakar tu dah susah nak jumpa..kalau jumpa mmg confirm beli.. sedappp.. ikan tak tau nama tu lampam dan jelawat..
ReplyDeleteKuih2 rare yang payah jumpa, memang kami beli. Hehe pandai makan ikan sungai, tapi nama tak tau. Kadang patin pun tersilap.
DeleteKuih Badak berendam rupa gitu dgn dodol manis mcm tu tak pernah jumpa lagi huhuu... Ikan dah siap kunyit dijual.. something new tak perlu nak siang dan kunyit dah hahaha . Emping beras? Eh rare sungguh ni hahaha.. jering rebus huhuu tak pandai makan biasa makan dalam sambal jer..
ReplyDeleteAda orang Pahang pun tak tau kuih2 ni. Sebab payah jumpa. Di Kuantan oun orang tak jual, tak jumpa. Senang kan, ikan siap gaul kunyit garam. Jering Rebus dengan kelapa parut memang sedap
DeleteBanyaknya makanan rare, susah nak jumpa. Saya tak tahu makan jering rebus. Rupanya, boleh dimakan macam tu je.
ReplyDeleteBetul di Kuantan ni pun payah jumpa. Kena pergi Pekan Sari ni baru dapat kuih muih tradisional. Jering Rebus ni dari kecik dulu dah mula makan.
DeleteDah lama teringin nak pergi..
ReplyDeleteAdehh... Kuih Orang Mati tu yang tak tahan namanya.
Ada masa terluang, pergi lah nanti. Hehe unik nama kuih nya.
Deletekebanyakannya LM tak pernah makan. kuih badak berendam tu lain dari kampung kami punya. sini ala ala kuih koci tapi letak dalam loyang kukus dengan santan dan bancuhan tepung beras. tang ni mesti wangi guna daun pisang kan?
ReplyDeleteLebih kurang je rasa badak berendam dgn koci. Lain tepung pulut je. Ada kawan pernah ajar yang buat dalam loyang.
DeleteSemua sedap2...jering rebus x berbau ker kak? Sorry bertanya
ReplyDeleteTak bau sangat, kena cari jering yg elok tua nya dan cara rebus nya kena betul.
DeleteJering mentah/rebus atau masak dalam gulai saya tak makan..tetapi keropok jering boleh makan..cuma sekeping dua sahaja cukup..makan lebih pening dan nak muntah..
ReplyDeleteBetul ada yang tak tahan, angin dan bau. Tapi memang sedap
DeleteNampak freshnyaI tgok gambar ikan tu
ReplyDeleteBanyak kuih2 tradisional yg saya tk pernah makan. Halwa abu tu nmpak mcm biskut makmur
Memang fresh ikan2 tu. Di Pekan Sari ni lah nak cari kuih rare. Sekali pandang memang macam biskut makmur kan.
DeleteMacam-macam nama kuih ada. Puashatikan dapat pergi tempat macam ni. Saya pun suka cuba macam-macam kalau jumpa pekan sari macam ni
ReplyDeleteKuih2 lama memang macam2 namanya, memang puas hati dapat singgah.
DeleteDuuuuh saya bisa kalap kalo datang ke pekan sari begini... Terlalu banyak godaan barang nak dibeli 🤣
ReplyDeleteKue2 tradisional begitu memang fav juga. Menyesal dulu zaman kecil tak suka. Dah besar tua begini, baru suka.
Daun ketumbar Jawa itu saya pun tak bisa makan. Terlalu strong . Tak sanggub telan 🤣.
Tapi kalo jering atau jengkol, memang sukaaaaaa kak 🤣🤣🤣. Biasanya kalo di sini dibuat balado, semur atau rendang. Pedas dibuat, biar makin nikmat 😄
Memang rebus nya pakai cara, supaya tak bau saat buang air kecil. Ada banyak pakai daun rempah.
Betul Fanny, memang rass mau dibeli semua. 😄
DeleteKuih2 tradisional ni susah dicarik di Kuantan, harus ke sana baru jumpa banyak.😍😍
Daun ketumbar Jawa tu memang kuat, banyak diguna di Vietnam dan Thailand 😄
Jering kalau rebus atau lauk balado dan lain nya, memang semua sedap kan. 😍
Iya kalau direbus kena pandai, takut pahit atau tak elok 😊😊
Hampir semua makanan yang ditunjuk tu saya tak pernah makan/kenal.
ReplyDeleteLain rupa kuih badak berendam dengan yang biasa saya makan.
Tempoyak pun ada macam-macam jenis. Menarik!
Pokok ketumbar jawa tumbuh melata di tepi rumah saya. Orang cakap sedap campur dalam masakan. Tapi saya tak pernah cuba.
Ini antara kuih tradisional Pahang dan lain2 nya.
DeleteKuih badak berendam ni banyak versi kan.
Betul macam2 jenis tempoyak, senang nak guna.
Mak kata memang ada tapi orang kita tak suka baunya.
Vietnam dan Thailand je banyak guna.
Aduh... ni yg teringin nak pergi ke Pekan Sari Temerloh. Macam2 makanan kampung yg menarik kat sini.
ReplyDeletePergi lah, memang macam2 ada, sayur kampung, kuih tradisional dll. Kami pun plan nak pergi lagi Insyaa Allah.
DeleteKalau dapat ikan seluang kunyit tu, goreng garing2, makan panas2 sedapnyer
ReplyDeleteMemang sedap sangat Wak
DeleteIni kalau pergi ni emmm rasanya tak cukup jari tangan jari kaki nak memborong apa lagi makanan yang susah nak jumpa dan rare semuanya.
ReplyDeleteBetul, kami pun sama2 mengomel, nak beli sikit je tapi tunjuk itu ini dan bayar haha penuh tangan.
DeleteLepas baca post ni terus tengok kalendar bila agaknya boleh datang ke Temerloh hehehhe. Macam-macam ada. Mau dua jam hendak pusing tengok apa yang dijual ni ye. Menarik banget ni. Ikan sungai yang udah digaram kunyit tinggal hendak goreng aje tuh pun menggoda sangat
ReplyDeleteMemang tak puas ke Pekan Sari Temerloh ni. Macam2 ada especially ikan sungai tu, geram je tengok. Kena spend sekerat hari baru puas hati.
DeleteLama nya tak datang sini. Last datang waktu study kat ikip kuantan dulu. Hujung minggu ikut kwn balik jengka pasfu pegi jalan jalan sini.
ReplyDeleteMemang kena datang lagi ni hehe, macam2 ada, best.
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteTerima kasih Mulan banyak kongsi kuih-muih yang tak pernah Kak Amie jumpa seperti kuih pena.
Ikan sungai pun banyak. Nampak ada ikan tapah, patin dan kaloi.
Yang Mulan tak tahu nama ikan tu, ikan lampam jawa. Kalau di LD kami panggil ikan salap. Banyak tulang tapi sedap kalau goreng garing kelar rapat-rapat. Yang panjang sedikit itu keluarga ikan jelawat kot.
Alhamdulillah kami memang seronok dapat beli kuih muih tradisional ni, memang payah nak dapat. Bab jenis ikan memang kurang fasih tapi kalau makan ikan, memang sangat lah suka. Ikan apa2 kalau goreng garing memang sedap kan.
DeleteKuih Lok Lik tu macam tepung gomak je. Kuih orang mati? Nama seram tapi sedap ke tu?
ReplyDeleteAda sikit macam tepung gomak tapi tak ada inti. Hehe halwa abu aka kuih orang mati. Sedap kami suka.
DeleteKami pegi 27 April haritu. Beli kuih pena dan badak berendam. Jering rebus pun try jugak. Ramai sungguh orang
ReplyDeleteOh dah sampai awal ya. Pekan Sari Temerloh ni memang sentiasa ramai.
DeletePekan Sari Termeloh ni popular. Sentiasa meriah ramai orang dan gerai jualannya. Teringin juga nak datang sini. Tapi tulah jauh. Banyak betul kuih-kuih rare yang saya tak pernah tengok. Tempting pulak tengoknya.
ReplyDeleteMemang banyak kuih muih tradisional yang tak jumpa tempat lain.
Delete