Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.
Petang semalam Rabu, drive balik Putrajaya, hubby meeting di KL pagi tadi.
MIKHAEL FRIED CHICKEN
Baru buka di Presint 15, Putrajaya. Ambil hubby di Putrajaya Sentral 4.15pm tadi, singgah Mydin terus ke MFC ni. Beli untuk dinner.
Lupa tanya harga, sebab hubby yang beli. Snack Plate + Lemonade. Ada coleslaw, mashed potato + garlic cheese sauce yang sedap. Coleslaw creamy ok sedap. Mashed potato sedap sebab potato ada rasa ketul2 lagi, bukan too creamy potato. Ayam tu, tak lah se- pressurized ayam KFC tapi ok je dan kurang masin, bagus ni. Garlic sauce tu sedap.
Packaging bagus. Boleh repeat. Jom support local.
BLACK OUT (KOREAN DRAMA)
14 episode. Malam tadi tengok 2 episode. Siang tadi habis semua 14 episode. Biasa lah drama yang dah complete keluar semua episode ni, kalau drag, forward je. Ini pulak cerita polis, pembunuhan, nak cepat tau ending nya. Best cerita ni. Hero pun kita suka.
Down sikit semalam, entah kenapa. Mood swing, sensitive semacam je. Rindu arwah papa pun ya. Tapi tetap lah kena drive halfway semalam sebab hubby mengantuk. Plan nak calling2 mengopi dengan kawan2 yang available pagi tadi tapi sebab jiwa raga tak ceria, kita lepak golek2 di rumah khatam je lah drama ni hari ni. Breakfast pagi tadi makan popia basah balance semalam, lepas hantar hubby 7.20am ke Putrajaya Sentral. Pukul 11 ke Alamanda sekejap beli barang terus tapau Laksa untuk lunch.
Putrajaya pun tak boleh jalan2 sangat sebab ASEAN SUMMIT yang akan bermula esok 23/5 kan, jalan banyak tutup.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Nampak sedap je mfc tu..
ReplyDeleteKat Melaka rasanya takde
Bila gugel rasanya baru ada 2 kedainya.
Deletemmg sejak dah tak beli dari fast food chain yang famous2 ni kita cari local brand je. mana yg sedap kita repeat, yg tak sedap kat tekak kita mungkin sedap ditekak orang lain
ReplyDeleteBetul kita cuba cari yang local.
DeleteKalau jumpa, nak cuba jugak ni. Nak rasa garlic cheese sauce.
ReplyDeleteSedap sauce tu.
DeleteSedap tu. Mesti rangup masa makan.
ReplyDeleteMemang rangup.
DeleteDah makin banyak pilihan ayam goreng sekarang ni…
ReplyDeleteBetul, kita cuba support local.
DeleteSedapnya ayam goreng. Lagilah cecah dengan garlic cheese sauce.
ReplyDeleteAlamak! Drama Korea pulak dah....
Sedap apalagi dengan sauce tu. Hehe drama Korea layan kebosanan.
DeleteBoleh cuba ni MFC.. Tapi tu lah tak tau bila pulak nak ke Putrajaya huhuu..
ReplyDeleteMuaz pun sedap, dengar nya ada Ahmad FC jugak kan.
DeleteTak pernah nampak lagi jenama ni. Kalau nak makan ayam je beli Texas Chicken. Ada satu jenama ayam lain yang Ahmad tu tapi tak cuba lagi. Kalau sedap boleh kita ulang membeli.
ReplyDeleteSaya pun suka tengok K drama yang dah habis tayang. Senang tengok full episod dan boleh skip mana yang lambat sangat tu. Hihi...
Texas pun sedap. Kita cuba2 yang baru dan support local.
DeleteKaannn kalau tengok drama yang lama boleh skip2 hehe.
Wah ada Mikhael Fc plak skrg ye. Selalu nampak Ahmad FC je sebelum ni. Ada rezeki boleh try ni.
ReplyDeleteKami pun nak try cari Ahmad FC jugak.
DeleteOh hari ini yaa Asean summit ? Tak sadar dah hampir habis may ya kak 😅
ReplyDeleteSaya kalo mood swing, memang macam tak semangat nak buat apa2. Lebih memilih untuk diam di kamar, nonton Netflix atau baca buku. Banyak yg bilang Gemini mood swingnya parah 😅. Betuuul lah pulak. Saya Gemini soalnya hahahaha. Dah masuk pula bulan untuk Gemini skr ini 😄.
Sekejab saya bisa happy, tapi satu menit kemudian bisa bad mood 🤣.
Eh menarik ayam gorengnya 😍. Saya sejak tak makan KFC lagi, dah jarang makan fried chicken begini. Pernah beberapa kali coba brand lokal, tp tak suka Krn asiiin.
Padahal kriuk nya dah sedap. Jadi kalo bisa ketemu fried chicken yg tak over salty, saya suka lah
Ya Fanny sekejap saja masa. Sudah hujung May.
DeleteBetul kalau mood swing apalagi kita perempuan, memang suka menyendiri, tengok movie/drama. Wahh kita sama GEMINI ya. 😍😍😍
Kebelakangan memang ada beberapa jenama baru fried chicken. Kita cuba rasa dan support loca dari yang western dulu. Yang ini ayam kurang masin, memang suka.
Loh kakak juga Gemini??? Juni jugaaa? Uwaaaaah dekat kayaknya birthday kita 😄
DeleteYa Fanny tapi bulan June 😍😍😍
DeleteNmpk sedap la mfc ni.boleh singgah if ter smpai kat area tu
ReplyDeleteTry la nanti. Gugel macam 2 restaurant ni di Putrajaya saja.
DeleteWah, Mikhael Fried Chicken ni macam comfort food untuk jiwa yang mood swing, kan? Drama siap habis 14 episode dalam sehari, power! Next time kalau mood tak ok, jangan lupa tapau ayam goreng, confirm mood terus upgrade!
ReplyDeleteBetul fried chicken memang umpama comfort mood di kala jiwa raga yang tak ceria. Drama yang dah complete semua episode tu, kalau drag memang skip2 dan forward je lah haha.
DeleteTerliur pulak tengok ayam goreng pagi². Okey, nanti nak tontonan jugaklah drama tu, suka jugak drama aksi macam ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap walaupun tak setanding yang barat tu. Drama aksi memang best tengok.
DeleteSaya pergi Texas Chicken jer...pergi Monday sebab ada promo...
ReplyDeleteTexas pun sedap. Oh tiap Monday ada promo ya.
Deletemenarik nmpk ayam tu..oh dkt putrajaya kedainya
ReplyDeleteSedap jugak walaupun tak setanding yang lama tu. Betul restaurant nya di Putrajaya.
Deleteharap MFC akan buka cawangan di negeri2 lain. nak gak mencuba. pasti sedap!
ReplyDeleteMuiz dan Ahmad FC pun dah ada kan.
DeleteMikhael FC tak pernah dengar maybe baru kot. Kalau area sini Muiz FC sedap Kak ayamnya
ReplyDeleteKalau mood swing mmg malas nak jumpa orang kan. Anyway take care Kak 🤗
Baru rasanya. Muiz dan Ahmad FC dah buka awal kan. Betul PH, moga mood swing tak lama hehe.
Deletewaahhhh MFC nampak mcm mekdi!
ReplyDeleteSe angkatan semua fried chicken ni kan.
Deletetexture dia macam kfc spicy
ReplyDeleteBetul dan sedap jugak walaupun tak setanding sangat yang lama tu.
DeleteBaca post ni masa belum breakfast. Auto lapar la pula. Haruskah grab ayam goreng ke macam mana ni? Semoga cepat melepasi fasa mood swing. KSarie kalau mood swing memang nak duduk sorang-sorang layan perasaan je
ReplyDeleteHehe paans2 lagi sedap. Sedap bagi kami walau tak sesedap dan pressurized macam yang lama tu. Alhamdulillah ok dah mood swing ni. Orang perempuan kan, angin ke timur barat kadang nya.
Deletetengok ayam gorengnya tu nampak sedap dan rangup...
ReplyDeleteYa yang kami order tu sedap dan rangup.
Deletebtw siapa yg tolong 'koyakkan sos cili' tu hahahahahahahha
ReplyDeleteEntah la.
DeleteNampak sedap, ayamnya. Menarik juga, sebab ada garlic sauce.
ReplyDeleteSaya kalau mood swing pun suka layan movie je. Masak pun malas. :D
Tak semua FC ada garlic sauce kan. Betul kalau mood swing suka layan movie.
DeleteTak perasan pulak Mikhael Fried Chicken ni kat Presint 15.
ReplyDeleteSebelah Restoran Tapah tu Ezna.
DeleteMFC tu bila nak datang seremban erk...MFC ni popular sekarang kat Putrajaya...alahai kak...biasa la tu kadang- kadang hidup kita ni tak smooth macam yang kita nak..pasti ada masa dan ketika mood kita down kan...SA pun mcm tu...tapi jenis SA kalau moody SA nak duduk sorang2...insyallah esoknya pasti ok
ReplyDeleteBaru buka hehe popular lah kan. Harapnya jaga kualiti untuk bertahan lama. Betul mood swing bukan selalu, bila datang tu kita ikut je apa kita nak buat, layan movie ke, duduk sendiri2 ke, kejap je tu.
DeleteTengok ayam tu nampak menarik tapi tak tahu bila lagi nak ke Putrajaya tu. Tiap kali masuk je mesti tersalah jalan, mencik.. hahaha..
ReplyDeleteInsyaa Allah sampai nanti. Betul kadang yang selalu ke Putrajaya pun salah jalan.
Deletemood swing kena makan, lepas makan rasa sihat sikit.
ReplyDeleteasben tengok siri black-out tu, kita tgk kemudian nanti, sekarang masih di china. ketagihan tgk drama kolosal china, terbang-terbang, lawan-lawan, kuasa-kuasa. adeih!
Betul, makan boleh legakan mood swing hehe. Have fun di China.
Delete