Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan
APPLE CRUMBLE. Sabtu, untuk minum petang cum dinner. Request anak soleh. Sabtu dia kerja half day. Ok je Insyaa Allah sebab ada yang nak makan. Memang lama pun tak buat. Kalau berdua dengan hubby, tak mau dia. Manis la konon. Hubby tak ada weekend ni, Jumaat sampai Isnin hari ni, pergi scuba diving di Aceh dengan geng laut dia. Macam biasa dia ajak, macam biasa kita tak nak. Hehe.
Bahan kering. Ikut saja resepi ni, memang senang. Lemon juice, baking powder, garam saya tak letak. Malas. Guna brown sugar je. Malas nak capai gula putih. Tak manis sangat dan sedap.
Klik -->> RESEPI APPLE CRUMBLE
Peeler manual. Yang letrik dulu dah habis nyawa. Ok jugak lah yang ni, nak kupas banyak apple.
Jenuh kalau guna pisau atau peeler biasa. Beli di Shopee. Apple ni ada tak rangup kot, licin je masa peel. Tapi still ok lah.
Dadu2 kan, gaul. Ikut resepi.
Bahan kering dicampur butter cair.
Resepi lama guna food processor. Malas. Tekan2 dengan garfu cukup, atau sudip garfu besar sikit ni.
Letak atas apple didadu.
Bakar dengan air fryer je. Malas bukak oven. Resepi pun guna separuh adunan saja.
Terderhaka resepi. Tertambah tepung sebab macam oily sangat banyak butter, berderai pulak adunan crumble tu. Tapi still awesome.
Air fryer pulak tersilap suhu. Patut 180, set pulak 200. Tapi still yumm.
Alhamdulillah sedap tak manis, sebab kurangkan gula jugak. Patut makan dengan ais krim tapi tak ada. Tapi still sedap kata anak soleh. Flower2 hati mummy.
Kita crop je lah ais krim dari gugel. Imagine je lah rasa dia. Actually quite sihat resepi ni sebab ada oats, brown sugar, apple.
Ahad pagi. Breakfast by anak soleh. Kalau pancake, memang dia lagi terer buat. Fluffy betul. Dia kata ikut resepi je. Mummy dia buat pancake jadi penyek. Hhmm kenapa ya.... Sedap makan dengan honeycomb+ butter.
Atau honeycomb + lime juice. Sedap sangat. Honeycomb beli di Dalat, Vietnam hari tu. Alhamdulillah lepas. Madu memang tak beli sebab kami bawak hand carry je, 7kg each, botol ada liquid tak boleh lebih 100ml.
Rupa honeycomb.
Ahad 10.30am. Tiket pagi murah. Layan anak soleh nak tengok MISSION IMPOSSIBLE. Terlelap kejap. Ok lah cerita nya. Lunch makan sikit di Sushi King, sebab tak lapar sangat, telan popcorn kenyang dengan anak soleh masa tengok movie.
Hubby sampai malam nanti. Jangan la dia menyopping entah apa2. Kalau makanan memang tak apa.
Macam boring sayu semacam je lately. Dah 2-3 kali tukar header di blog ni, hehe tak ada kerja, cari kerja.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Tempting nampak applecrumble tu. Pancake dengan honeycomb butter tu pun menggoda selera! 😊
ReplyDeleteSedap Alhamdulillah, try la buat. Pancake anak soleh ni memang fluffy.
Deletecantik header baru!! sweet sgt! terliurnya apple crumble tu
ReplyDeleteBila bosan bertukar2 lah nanti hehe. Apple crumble sedap sekali2.
DeleteWanginya aroma apple crumbel!
ReplyDeleteBetul memang aroma nya ummpphhhh satu rumah hehe.
DeleteAkk ni kan malas itu malas ini tapi hasilnya ohsen bebeno! Kalau Sy mmg tak jadilah hahaha
ReplyDeleteNampaknya anak soleh pun mewarisi bakat memasak 👍🏻
Bila malas semua shortcut je. Tak suka masak yang remeh2 hehe.
DeleteAlhamdulillah moga anak2 kita semua ni pandai masak. Senang mak ayah kan.
Nampak sedap dan menyelerakan. Adakah kena try resei ini untuk rasai kesedapannya.
ReplyDeleteAlhamdulillah, try la buat.
Deleteresepi terderhaka pun tetap ok..kalau saya yg buat..boleh jadi batu baling ke dinding..hehehehehe
ReplyDeleteIshhh tak nya. Try je dulu. Hehe.
DeleteAda jer idea bila masuk sini...tapi tu la kerajinan belum ada lagi...
ReplyDeleteInsyaa Allah datang rajin nanti.
DeleteSedap ni buat sendiri, boleh kurangkan manis dia tu. Derhaka resipi pun masih sedap ikut selera sendiri. Nampak mudah membuatnya tu. Kalau pastry, manisan dan kek memang saya surrender. Tak ada bakat. Masak lauk campak-campak simple je lah mampu.
ReplyDeleteBila kita buat sendiri memang senang nak adjust kurang kan gula. Apple crumrni senang actually sebab tak perlu cantik hehe.
DeleteSweet nya header baru. Sejuk mata memandang. Orang jenis campak apa semua menjadi makanannya tiada isu pun kalau derhaka resepi. Molek sangat kejadian apple crumble tu. Udah nampak tua ke Mulan si Tom Cruise yang pernah menjadi kegilaan kawan-kawan KSarie circa 90an dulu. Penat sangat ke atau ceritanya agak boring sampai Mulan terlena sekejap tu? Semoga dapat keluar dari fasa sayu dan bosan segera ye. Jaga diri
ReplyDeletebetul sekali, headernya keren banget
DeleteKSarie: Bila bosan, tukar2 lah selera header 😄 Saya masak yang saya suka je hehe, kita yg makan, lawo belakang kira. Jadi tak jadi, yang kat rumah kena makan, haha. Ya TC tu nampak sangat dah berumur nya. Filem yang ni ada bosan sikit, ada some parts tu drag gitu.
DeleteDjangkaru Bumi : Terima kasih ya,
DeleteDah lamaaa tak makan apple crumble 😍😍. Paling sering makan ini kalo sedang ke Bogor. Krn di sana ada restoran khusus menu apel. Termasuk apple crumb ini.
ReplyDeleteMemang paling sedap kalo ada eskrim kan 😄. Hangatnya kue yg baru matang, wangi cinnamon, ditambah dingin es krim . Sedaaap.
Saya sekali makan honeycomb, saat di Medan. Tp agak aneh aja dengan tekstur dia hahaha. Mungkin tak biasa. Tp sukaaa. Krn kenyal juga.
Waah dah nonton MI kakak yaa. Suami saya dah tonton, saya diajak tak nak. Nanti saja tunggu Netflix. Dah terbayang adegan2 dia pasti lamaaaa 🤣
film kesukaan saya banget, saya juga mau nonton ah
DeleteFanny : Ya kami juga lama tak makan apple crumble. Baunya semerbak satu rumah 😍 betul dengan ice cream lagi sedap, juga cinnamon powder. Honeycomb itu ada terasa serat nya kan, tapi sedap. Filem MI ini agak kurang menarik dari sebelumnya. Ya tunggu saja di Netflix. 😄😄
DeleteDjangkaru Bumi : Ya filem kesukaan ramai.
Deleteapple crumble ltk plak ice cream yummyyy
ReplyDeleteDengan ice cream lagi sedap kan
Deletesedapnya
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap
DeleteWah...Kak Mulan kalau boring dia makeover blog la..hahaha...applecrumble tu fav SA dan suami....kalau dekat dah buat muka x malu pi mintak...hahahaha
ReplyDeleteHehe entah kenapa boring lately. Apple crumble memang favorite kami jugak. Kalau dekat boleh je bagi hehe.
DeleteTak pernah cuba apple crumple.
ReplyDeleteMission Impossible tu best tak? Berapa bintang.. cadang nak tengok tapi anak bagi jawapan tak best.. 'Ibu, kita tunggu je filem tu masuk Netflix'.. hahaha..
Cantik jugak header tu tapi ai tetap suka header gambar pemandangan.. hehehe..
Macam apple pie jugak cuma doh tu jadi berbintil2 crumble, bukan di atas pie. Rasa pun sama. Filem tu tunggu masuk Netflix je lah hehe. Sat lagi boring, tukar lagi header tu.
DeletePerut saya keriuk keriuk tengok gambar apple crumble.
ReplyDeleteHebatnya alat tu, pertama kali saya tengok ni, apple peeler.
Berbunga-bunga rasa di hati, puas hati anak cakap kita masak sedap, kan.
Itu kan cerita aksi, pun boleh tertidur? Hahaha... nampak benor Tom Cruise dah tua. Opss...
Buat la senang je. Peeler tu jumpa di Shopee. Betul memang berbunga kalau anak cakap sedap kan. Hehe kalau ngantuk, mana2 pun boleh tidur.
DeletePernah makan honeycomb dalam bubble bee yang Shuib tu. Pancake tu gebunya.
ReplyDeleteHoneycomb tu memang rasa honey kan, cuma berserat tu je. Pancake anak soleh ni memang fluffy,
Deletemasa potong2 epal tu terus rendam dalam air bergaram ya supaya tak cpt lebam?
ReplyDeleteTak perlu. Jangan biarkan lama je lah.
Deletelaa ni kan tgh viral tiramisu...share laa resepinya mana tahu nnt sy boleh datang
ReplyDeletehahahahaha
Belum try buat.
DeleteSaya jadi penasaran, seperti apa lezat dan nikmatnya
ReplyDeleteTerima Kasih
DeleteRasanya peeler manual lagi mengasikkan banding peeler letrik
ReplyDeleteLetrik lagi laju uncle.
DeleteDah selalu sangat ikut scuba sampai tak nak ikut sekali ya.. adehhhh... bestnya Pulau Sabang... baru 2 kali pergi tapi masih teringat-ingat airnya.
ReplyDeleteBest lagi pergi dengan family. Hehe.
Deleteammi ada beli mangkuk kecik utk buat apple pie (apa nama dia lupa dah ammi) tapi dah bertahun beli apple pie ntah jadi apa ntah. sudahnya mangkuk tu ammi guna kalau buat cili potong letak kicap ahakss
ReplyDeleteHehe sama la kadang guna untuk letak benda lain.
Delete