Sunday, May 25, 2025

ALOR SETAR - AWESOME 24 JAM



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Teruslah berdoa buat saudara kita di G@Z@ dan negara2 Islam lain, yang dalam kesulitan.


JUMAAT baru ni, petangnya kami fly ke Alor Setar dari KLIA T2. Alhamdulillah smooth, on time sampai 6.30pm.


RAIA HOTEL (TH HOTEL sebelumnya)

1.2km dari airport. Grab RM4. Rupanya ada shuttle service. Hotel & Convention Center. Memang besar. Bersih kemas selesa.


View dari bilik kami di tingkat 7. Mendung cuaca. Hujan berselang seli. Sawah padi nun jauh di sana.


Siap check in, 6.30pm kami book Grab. Tanya adik concierge mana nak makan, dia suggest MEDAN SELERA DARUL AMAN. Berhadapan dengan SOUQ ALBUKHARY Mall. Hubby order Mi Sup Keting, lupa snap foto. Bau sate menusuk betul. Order 10 cucuk. Sedap dan juicy, lembut. 

Book Grab lagi. Kami ke AMAN CENTRAL. Saja jalan2 brisk walk dalam mall. Mengopi jugak, lupa snap foto. Balik, book Grab.



SISBRO KITCHEN 

Sampai hotel, sahabat2 HAJI yang sampai awal tengah berkumpul di lobi. Baru nak keluar dinner. Memang lah kami diajak sama. SISBRO KITCHEN ni 750m saja dari hotel. Car pool semuanya. Baru 15 couple, riuh rendah bercerita bila berjumpa. Set Nasi Ikan Pekasam, Sotong Bakar Petai antara yang marvelous sedap. Kami berdua order minuman saja, tapi kan, biasa lah mesti dihulur semua, cubit sikit sini, cubit sikit sana. Makan sambil menanti sahabat yang belum sampai. Ada yang drive lepas kerja, ada yang flight delay. Cuaca hujan dan mendung.

Foto :  IG sisbro_kitchen_official


Sabtu. View sunrise dari bilik. Cuaca masih mendung.


TAMAN JUBLI EMAS.
Book Grab, kami ke sini. Biasa lah komander ajak brisk walk sebab dinner makan banyak. Bila sampai, memang lengang, maybe masih awal. Luas juga Taman rekreasi ni. 

 Ia dibina sempena meraikan sambutan Jubli Emas Sultan Kedah ke-27, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan dirasmikan oleh baginda pada 9 September 2008. Taman ini memaparkan keunikan negeri Kedah sejak 1,000 tahun yang lalu.

Tugu Jubli Emas di taman ini dikelilingi lima arca keris yang melambangkan pemerintahan 50 tahun Sultan Abdul Halim. Mempunyai sebuah kolam ikan di tengah-tengah taman. Juga mengandungi pelbagai aktiviti untuk belia dan remaja seperti go-kart, papan luncur, payung terjun, menunggang kuda dan taman permainan.

(Sumber : pbt.kedah.gov.my)

Sambil brisk walk, buka TT cari port sarapan yang viral. Siap beberapa ribunsteps, kami book Grab.


KAFE ADIK KAKAK.


Wowwww sangat tempatnya. Sila layan foto2 ya. 










Elok je belakang adik manis CASHIER. 




Kami sampai 8am, belum ramai customer.


Serius banyak betul menunya, semua nampak sedap. Frust sebab tak perasan CUCOQ UDANG. Perut dah kenyang. Tengahari ada kenduri.


JAGUNG NYIOQ, COQKODOK & KOPI O. Sedap.


ROTI SARANG BURUNG GARUDA. Sedap.


PEK NGA IKAN SEKOQ. Sedap.




Sebahagian lagi tempat makan.







Sambil tunggu Grab. Memang recommend sangat2. Semua yang kami order sedap, Alhamdulillah.

KAFE ADIK KAKAK ni memang AWESOME..!! 
Deko & menu yang kami makan, sedap. Review pun kata makanan sedap.


Asalnya nak jalan kaki ke PEKAN RABU, tapi hujan. Book Grab je lah.


Masih awal, banyak kedai belum buka.


KUIH KAPALTERBANG (TIRAM) KACANG, KUIH PENERAM (fresh dari kuali) antara yang kami beli. Kuih yang warna warni pun kami beli, tak tau nama apa. Tak boleh beli banyak sebab bawa hand carry luggage 7kg seorang.


Dari PEKAN RABU, hubby ajak ronda2 jalan kaki. 



0 km.


SUNGAI KEDAH.




PEKAN MELAYU & PEKAN CINA. 



BALAI SENI ALOR SETAR.


MASJID ZAHIR


DATARAN ALOR SETAR 


Tunggu Grab. Bye bye. Jumpa lagi. 


View sebelum check out hotel.


Kalau musim nya, mesti cantik tengok sawah padi menghijau.


ELISSA GARDEN ALOR SETAR (750 meter dari hotel)

Menghadiri kenduri kawin anak sahabat HAJI 2022. Moga ukhuwah kami berpanjangan. 


CUCOQ UDANG + KUAH KACANG PEKAT
Rangup sedap. Alhamdulillah rezeki di kenduri. Sebab breakfast tak dapat order, tak perasan menu dan dah kenyang.


Flight balik 6.55pm. Naik shuttle hotel ke airport. Siap di kenduri, tumpang bilik kawan untuk tukar baju dan solat. Ramai balik Ahad.


Alhamdulillah flight smooth on time. Actually ada flight tak dapat landing sebab hujan lebat & angin kuat tengahari nya. 

Alhamdulillah smooth semuanya, cuma tak puas sebab cuma 24 jam kami di ALOR SETAR. Insyaa Allah next time datang lagi.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.


54 comments:

  1. Wah banyak tempat makan best best kat sana ye.
    View sawah tu paling cantikk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best banyak tempat makan, view sawah pun memang cantik

      Delete
  2. Memula sisbro pastu adik kakak…sama je genre nama kedai. Ammi last ke Alor Setar tahun 2006 rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe baru perasan pulak. Wah lama tu 2006.

      Delete
  3. Menarik betul cafe adik kakak tu..ooo sis mulan gi sana utk attend wedding lah yer.terbaekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik. Attend wedding sekali JJCM berdua hehe.

      Delete
  4. Tak pernah sampai Adik Kakak tu bila ke Alor Star. Hotel ni yang selalu menginap bila ke Alor Star. Tenang je sebab jauh sikit dari pusat bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gugel cari tempat makan best hehe. Hotel ni memang besar tenang bersih.

      Delete
  5. menarik betul cafe tu...boleh la masuk dalma list...tp, ntah bila nak sampai...hihii

    ReplyDelete
  6. Dah beberapa minggu mendung/hujan di utara ni. Pagi ni pun mendung je.
    Alhamdulillah penerbangan lancar, tak delay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun pun mendung hujan tapi Alhamdulillah semuanya smooth dan seronok.

      Delete
  7. Welcome to Kedah Kak :D
    Macam² tempat Akk pergi tu...sy pun tak tau kafe Adik Kakak tu almaklumlah balik kampung asyik masak makan di kafe mil je ahak 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gugel cari tempat makan best, elok pulak otw ke Pekan Rabu. PH boleh singgah nanti. 😊

      Delete
  8. Apesal banyak tempat best2 kat Alor Setar ek...pernah je pi tapi x jumpa plak tempat2 best...kena pi lagi la nampaknya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak lagi tapi tak sempat. SA kena pergi.

      Delete
  9. Saya yg dekat pun x habis explore lagi alor setar tu...

    ReplyDelete
  10. ada rezeki bulan depan nak ke AS juga
    sekarang tengah survey tempat2 makan best kat sana
    boleh juga try adik kakak ni nanti

    ReplyDelete
  11. simple je pengantinnya...
    barakallahulakuma...

    ReplyDelete
  12. Deco dalam kedai tu cantik amat. menunya pun nampak sedap.

    Selamat Pengantin Baru buat pengantin. Moga rutin harian dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deko dengan menu memang awesome.
      Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

      Delete
  13. Pi belah utara ni best sebab makanannya sedap dan murah. Lama tak pi Aloq staq. Jumpa adik akak tinggal adik abang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul makanan kat Utara sedap dan murah.

      Delete
  14. waahh puas hati jga tu wlu hanya within 24 hours tp sempat juga jejak ke beberapa lokasi best! kafe adik kakak tu bestnya!

    ReplyDelete
  15. Saya terbaca jarak Sisbro Kitchen dari hotel, 750km? Macam tak betul je. :D
    Rezeki, tak dapat makan cucuq udang di kedai, dapat makan di kenduri kawin.
    Kafe Adik Kakak tu, menarik sangat. Rindu la, nak balik Aloq Setaq. Tempat saya sekolah rendah dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nur..!! Hehe typo. Betul Alhamdulillah merasa cucoq kat tempat kawin. Oh sekolah rendah kat AS ya.

      Delete
  16. Senang naik flight tak perlu hadap jem. Bagus juga tu ada shuttle bus. Bagusnya big boss sentiasa amalkan brisk walk jaga kesihatan. Menarik Kafe adik kakak tu. Dekorasinya buat orang tertarik nak datang. Alhamdulillah perjalanan pergi balik lancar. Next time kena singgah lama lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan nak naik train tapi masa suntuk. Kena paksa jugak brisk walk ni sbb age factor kan. Kafe tu memang menarik sangat. Alhamdulillah smooth semuanya.

      Delete
  17. Kafe adik kakak tu design khas untuk medsos tu....

    ReplyDelete
  18. meriah lawatan sehari Mulan ke Loq Staq .. :)

    ReplyDelete
  19. Jalan kaki dalam bandar loq staq..salute la sis mulan..

    ReplyDelete
  20. tq mulan. ada idea nak travel ke Alor setar nnt. gambar tpt makan tu menarik sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure Kak Yan. Banyak lagi kedai lain tapi tak sempat.

      Delete
  21. astetik betul restoran adik kakak tu, amatlah cantiknya!

    ReplyDelete
  22. Salam sis mulan..kuih bunga pundak tu..tradisional kedah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azaleania. Oh tu nama nya ya, terima kasih singgah sini.

      Delete
  23. Patutla macam pernah nampak pemandangan ni,. dulu dana pernah stay kat TH Hotel kak sebelum tukar nama. Jarang ke kedah cuaca sejuk hujan gini kak, selalunya panas terik. Bila tengok gambar akak ni, teringat seorang adik pernah viral kat tiktok yang kata kedah takde apa. Ini ada memacam tempat yang cantik-cantik je. Bila tengok ni rindu pulak nak jenjalan kedah lagi. Pekan rabu tu kalau singgah wajib la beli segala jajan n kudapan situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dulu ni TH Hotel kan. Ehh Alor Setar banyak tempat menarik. Pekan Rabu tu mesti singgah.

      Delete
  24. Kakak ke Alor star ini dari KL atau kuantan? Berapa menit penerbangan ya? Tak jauh soalnya kan?

    Baru tahu kalo Alor star di Kedah. Saya sekali ke Kedah, zaman kuliah. Krn college mate saya orang Kedah. Jadi dia pernah ajak ke rumah nya. . tp tak ada eksplor kota nya waktu itu 😅.

    Baguuus memang hotel dia. Kalo ada shuttle dr hotel memang best lah. Tak payah pikir transportasi kesana. Tinggal bayar saja. Aneka makanan pun macam biasa sedaap nampak 🤤🤤❤️

    Oh ini Krn ada reuni Ama teman2 haji dulu ya kak? Seruuu pasti bisa ketemu lagi ramai.

    Kafe2 yg dibawah saya memang sukaaaaaa lah design dia. Itulah kenapa saya suka warna warni vivid yg mencolok, sebab saat disandingkan dengan tanaman hijau atau bunga, hasilnya eye catching sangaaat ❤️❤️❤️. Buat orang mau nak singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami fly dari KLIA 55 minit. Dari Kuantan cuma ada flight ke KLIA dan Singapore, tiada destinasi lain.
      Fanny kena datang Alor Setar juga nanti 😍 makanan sedap2 dan murah.
      Hotel ni memang bagus, dekat dengan airport, shuttle pun ada.
      Ya Fanny ada jemputan wedding anak kawan Haji dulu. 😍😍
      Kafe tu memang cantik deko dan makanan banyak pilihan, semua pastinya sedap.

      Delete
  25. Insya-Allah hujung tahun ni plan nak ke sana. Adik Kakak tu glamer… bolehlah singgah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgah la adik kakak tu menu best2

      Delete
  26. Nampak gayanya kena plan ke Aloq Staq ni. Banyak food sedap-sedap😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak, kena repeat jugak ni.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com