Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa yang terbaik buat Palestine, Lebanon dan negara2 Islam yang lain.
3-4 bulan lepas, terasa mata kurang menyenangkan. Terasa umpama muscle pull yang sangat halus dan ngilu di belakang mata. 2-3 hari sekali. Lately, terasa lagi kerap, sekali sehari. Takut jugak. Tapi pandangan tiada yang kabur atau sakit. Teringat baru2 ni, kawan baik Y, yang sakit mata, sekali dengan blurry vision ketika memandu, di-diagnosed RETINAL DETACHMENT, juga CATARACT. Atas nasihat doctor, pembedahan Cataract kena dijalankan.
"Yesterday was my check up - the healing of the retina is good. Vision will remain distorted & blurry. Cataract is building up. Nothing much can be done. Need to wait till my retina is bit better to undergo another procedure. My retina now is bit folded- just imagine if something peeled out or tear & you glued it back, definitely you won’t get the same finishing like the original- so need to bear with it. My brain slowly will adjust & adapt to the distorted/ crooked vision - ini apa yg doc cakap. Doc also cannot guarantee that the retina will stick. Another detachment is prone to happen. Cataract ops schedule on 29/11."
Dari Whatsapp Y, kawan baik saya. Apa yang dilalui dan pengalamannya. Warded selepas kena, doctor jalankan beberapa treatment termasuk bagi eye drop. Moga dipermudah kan buat nya, sembuh seperti asalnya.
RETINAL DETACHMENT, adalah gangguan mata di mana retina terkelupas dari lapisan asas tisu sokongan. Detasmen awal mungkin disetempat, tetapi tanpa rawatan pantas, seluruh retina mungkin tertanggal, menyebabkan kehilangan penglihatan dan buta. Ia adalah kecemasan pembedahan. (Wikipedia)
Sumber Foto: Cleveland Clinic
ANTARA GEJALA RETINAL DETACHMENT
Kilatan cahaya : Kemunculan kilat cahaya secara tiba-tiba, terutamanya dalam penglihatan persisian anda
Floaters : Peningkatan mendadak dalam bilangan atau saiz bintik terapung di mata anda
Bayang-bayang : Bayang-bayang gelap atau "tirai" di tengah atau di sisi bidang penglihatan anda
Penglihatan kabur : Penurunan kejelasan penglihatan
Kecacatan medan penglihatan : Tirai kelabu bergerak merentasi bidang penglihatan anda
Suspen jugak sebab mata adalah organ yang sangat penting. Isnin baru ni, ke klinik. Doctor yang cuma boleh periksa mata dengan torchlight nya, bagi eye drops sebab katanya mata agak kering. Namun untuk lebih detail, suggest nya buat FUNDUSCOPY. Gugel di FB, semalam ke optometrist berdekatan yang boleh lakukan funduscopy. Alhamdulillah normal semuanya, cuma betul lah, masalah mata kering. Air mata kurang, kurang minum air (lupa hehe), juga tidak memakai reading glasses (sebab ada), memaksa mata berkerja lebih keras dari sepatutnya.
Mata kering boleh mempunyai banyak sebab, termasuk:
Penuaan : Pengeluaran koyakan semakin perlahan dengan usia.
Ubat : Sesetengah ubat, seperti antidepresan, antihistamin, diuretik dan ubat tekanan darah, boleh menyebabkan mata kering sebagai kesan sampingan.
Keadaan persekitaran : Persekitaran yang kering, berangin, sejuk atau berdebu boleh menyebabkan mata kering. Asap rokok, habuk atau pendedahan bahan kimia boleh menyebabkan mata kering.
Tabiat berkelip : Tabiat berkelip yang buruk, seperti tidak cukup kerap berkelip semasa membaca atau melihat skrin komputer, boleh menyebabkan mata kering.
Kanta sentuh : Memakai kanta sentuh boleh menyebabkan mata kering.
Keadaan kesihatan : Sesetengah keadaan kesihatan, seperti arthritis, lupus, diabetes, masalah tiroid dan sindrom Sjogren, boleh menyebabkan mata kering.
Perubahan hormon : Perubahan hormon pada wanita selepas menopaus dan semasa mengandung boleh menyebabkan mata kering.
Pembedahan mata laser : Sesetengah jenis pembedahan mata laser boleh menyebabkan mata kering sebagai kesan sampingan.
Kekurangan Vitamin A dan Omega-3 : Tahap rendah vitamin A atau asid lemak Omega-3 boleh menyumbang kepada sindrom mata kering.
Meibomianitis : Keadaan yang mengubah lapisan pemedih mata biasa dan boleh menyebabkan atau memburukkan sindrom mata kering. (Sumber : Carian Google)
Peralatan FUNDUSCOPY
Untuk apa ujian fundoskopi?
Fundoskopi boleh digunakan untuk memeriksa masalah mata, seperti glaukoma, degenerasi makula, kanser mata, masalah saraf optik, atau kecederaan mata . Juga dipanggil funduscopy dan oftalmoskopi.
Fundoskopi, terutamanya apabila pupil diluaskan untuk melihat keseluruhan retina yang lebih lengkap, membolehkan pemeriksaan retina untuk membantu mendiagnosis keadaan dan mengenal pasti faktor risiko potensi kehilangan penglihatan yang berkaitan dengan retina.
Adakah fundoskopi menyakitkan?
Cahaya terang akan menjadi tidak selesa, tetapi ujian itu tidak menyakitkan . Anda mungkin melihat imej secara ringkas selepas cahaya bersinar di mata anda. Cahaya lebih terang dengan oftalmoskopi tidak langsung, jadi sensasi melihat imej selepas mungkin lebih hebat.
Apakah faedah fundoskopi?
Peperiksaan Fundoscopic / Oftalmoskopik. Visualisasi retina boleh memberikan banyak maklumat tentang diagnosis perubatan . Diagnosis ini termasuk tekanan darah tinggi, diabetes, peningkatan tekanan dalam otak dan jangkitan seperti endokarditis.
(Sumber : Carian Google)
Keputusan FUNDUSCOPY yang NORMAL & SIHAT.
Gambar fundus mata kanan, menunjukkan fundus tanpa tanda penyakit atau patologi. Ia dilihat dari hadapan supaya kiri dalam setiap imej berada di sebelah kanan orang itu. Pandangan adalah ke dalam kamera, jadi makula berada di tengah-tengah imej, dan cakera optik terletak ke arah hidung (betul-betul dalam imej). Cakera optik mempunyai beberapa pigmentasi di perimeter sisi sisi, yang dianggap bukan patologi.
Vena lebih gelap dan sedikit lebih lebar daripada arteri yang sepadan. Laluan saraf utama dilihat sebagai corak berjalur putih yang terpancar dari cakera optik. Di samping itu, terdapat juga kawasan yang lebih ringan berhampiran dengan kapal yang lebih besar dilihat terutamanya di sebelah kiri atas dalam imej (kanan atas orang), yang dianggap sebagai penemuan biasa pada orang yang lebih muda.
Gambar diambil di Hospital Gävle di Sweden pada tahun 2012 pada sukarelawan lelaki berusia 25 tahun yang sihat. (Wikipedia)
Keputusan FUNDUSCOPY yang ABNORMAL.
Antara MATA yang sihat.
Semoga kita semua sentiasa sihat, tenang dan ceria.
Till later. Thanks singgah, baca/komen dairi seorang Mulan. Take care semua.
Alhamdulillah hasil pemeriksaan normal. Memang risau kalau bab organ penting ni kan.
ReplyDeleteTerima kasih jugak berkongsi info. Jadi ingatan buat saya supaya mata tak jadi kering.
Sama2 kasih. Tu la, kurang peka hal mata kering ni sebab lama dulu pernah kena. Alhamdulillah result nya ok.
Deletebila kata mata kering sebb lupa minum air terus lelaju ammi capai botol air. sejenis lupa nak minum air juga selalu ni
ReplyDeleteBetul doctor pun cakap kena minum banyak air.
DeleteAlhamdulillah, syukur mata masih normal. Mmg risau sbb mata sangat penting dan pengalaman saya injured mata dulu cukup mengerikan
ReplyDeleteAlhamdulillah result mata ok. Betul mata antara bahagian badan paling penting, nak kena jaga sangat. Pernah injured mata ke, moga sembuh sepenuhnya.
Deleteapa2 yg berkaitan dgn kesihatan memang sgt menakutkan dan merisaukan. moga kita semua sentiasa sihat sejahtera..aamiin
ReplyDeleteBetul kan MZ. Kena jaga betul2. Aamiin atas semua doanya.
DeleteAlhamdulillah syukur mata Mulan baik-baik saja ya.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian sebabnya MRs. A pun ada masalah mata berair yang tak boleh dikawal.
Air tu tiba-tiba aje keluar tanpa boleh dikawal.
Orang tak tahu selalau kata eh janganlah nangis. Mrs. A bukannya nagis tapi air mata tu tak bolah kawal.
Ntah! bila nak pergi cek mata pun tak tahu huhuuhu
Alhamdulillah result semua ok. Mrs A ada masalah mara berair ya. Pergi la jumpa doctor cepat2 tau. Moga sembuh sepenuhnya nanti.
DeleteThanks sharing!
ReplyDeleteWelcome 😊
DeleteBaca ni terus rasa nak kena buat check up mata... umur dah sesuai dah dengan tanda2 tu
ReplyDeleteYa pergi cepat uncle.
DeleteMy wife pun tengan bergelut dengan masalah mata ni.
ReplyDeleteYa ke. Syafahallah buat isteri, dipermudah kan semua urusan.
DeleteMata ni sangat penting kan. Harap² sentiasa eloklah 🤲🏻
ReplyDeleteBetul PH. Moga kita semua sihat sentiasa.
DeleteHari ini saya tambah ilmu tentang mata dan funduscopy.
ReplyDeleteSaya pernah menghadapi masalah mata ketegangan digital akibat terlalu lama memandang skrin untuk menyiapkan tugasan Seri Paduka Baginda dua tahun lepas. Alhamdulillah, setelah letak jawatan itu mata beransur-ansur sembuh.
Baca entri ini, terasa hendak buat pemeriksaan funduscopy untuk memastikan mata normal dan sihat.
Tq for sharing ya Mulan.
Sama2 Kak Amie. Oh Kak Amie pun pernah ya ada masalah mata.
DeleteAlhamdulillah dah sembuh. Try la ke kedai optometry dan check mata.
Moga semuanya baik2 untuk Kak Amie.
Ini berguna sebagai tambahan informasi, walaupun agak seram bacanya. Krn saya merasa mata saya pun dah tak baik2 saja. Minus makin bertambah, silindris juga. Memang harus check up lagi. paling takut kalo sampai kena katarak dan glukoma. 😔.
ReplyDeleteSemoga mata kak Mulan pun tak kenapa2 yaaa. Dijauhkan kita dari penyakit mata berbahaya.
Saya teringat baru2 ini ada akun IG yg mana pemiliknya buta. Namanya Dino. Jadi dia buta, hanya karena alkohol, jenis Tequila. Jadi setelah diperiksa, oleh dokter, cek lab, ternyata ada sisa uap alkohol yang mengendap di mata dia. Dan menyebabkan buta permanen. Seraaam. Iyalah kenapa salah satu sebab alkohol dilarang kan. Efeknya bisa fatal juga
Sebelum ini, kurang prihatin dengan kesihatan mata. Namun selepas terasa kurang menyenangkan dan ngilu di belakang mata, memang scary. Juga kerana kawan yang perlu menjalani cataract surgery, terus ke doctor dan jalankan funduscopy secepatnya. Thanks Fanny, Alhamdulillah mata normal cuma agak kering.
DeleteOhh alkohol boleh menyebabkan buta ya. Bahaya ya.
ayah saya pulak pernah kena glaucoma, mcm adik beradik katarak juga tapi glaucoma ni lagi teruk. mata dia hampir buta sebenarnya sbb delay2 pergi check mata. kena bebel dgn doktor. alhamdulillah lepas bedah tu okay dah. nasib tak buta. skarang ni tiap2 hari dia kena rajin titis mata.
ReplyDeleteterima kasih utk peringatan. memang kne banyakkan minum air masak utk elak mata terlalu kering ni
Selalu juga dengar glaucoma ni tapi kurang pasti macamana. Bila ada problem mata ni, baru lah cakna. Alhamdulillah cuma mata kering. Alhamdulillah ayah Mazni dah sembuh matanya lepas bedah.
DeleteSama2 kasih. Tu lah, asyik lupa minum air, bila dahaga sangat baru cari air.
takutnya baca tentang penyakit mata ini. semoga kita selamat drp penyakit ini. Aamiin..
ReplyDeleteMata ni bahagian penting kan, Aamiin, moga dijauhkan dari semua penyakit.
DeleteThanks for sharing mulan. at least dpt belajar sikit ni. kena jaga bebetul ye.
ReplyDeleteYou're welcome Kak Yan. Mata ni bahagian penting sangat kan, bersama bahagian badan lain.
Deletekayaknya saya juga harus cek deh, ini mataku berasa berat betulll rasanya
ReplyDeleteYa, cepat2 ke doctor atau ke optometry. Jangan ditangguh. Moga sihat selalu ya.
DeleteTerima kasih atas perkongsian kak...bab mata ni x leh pandang remeh kan..tapi SA ni degil kak..tolong babab skit SA ni...dah rabun tetap malas pakai spec...apatah lagi pakai contact lenses...hahaha..
ReplyDeleteSama2. Haaaaa SA kena pakai spec tau kesian mata kena kerja keras hehe. Take care tau.
Deletebanyak benda yg sy dapat ni
ReplyDeletethanks for sharing
rs nya bulan dpn nak buat check mata
keje mmg hadap skrin 100%
kalau tak buat takut lain pula jd nya...
You're welcome. Pergi check mata tau.
Deletedulu2 sy igt mata kering tu sebab kita terlalu terdedah dgn air cond. rupanyaaaa.... ;-)
ReplyDeleteBanyak sebab juga mata kering ni.
Delete