Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa yang terbaik buat Palestine, Lebanon dan negara2 Islam yang lain.
Tiba-tiba tadi craving, membuak2 nak makan pizza untuk lunch. Guna wraps saja. Spread sos tomato biasa, tabur serbuk oregano, buah tomato dadu, capsicum potong dadu, bawang besar potong dadu dan isi ayam dadu kecil2 digoreng (pan fry) sebentar dengan garam + serbuk lada hitam. Oh yang ni letak juga jalapeno dan pickled green olives. Favorite.
Zzzoooommmmm.
Tabur mozzarella cheese. Masuk dalam air fryer. Letak dalam kuali leper yang ditutup pun boleh, asalkan mozzarella tu cair dan wraps tu garing sikit.
PIZZA INSTANT
5-6 minit saja, 200'C. Yumm sedap. Sepatutnya 180'C baru cantik cheese nya, tapi dah lapar.
SABTU PAGI : BALOK, KUANTAN
Nak jugak join geng laut naik bot tangkap ikan. Alhamdulillah cuaca elok. Banyak hasil Alhamdulillah tapi hubby bawak balik seekor je sebab besar, freezer ice cream kami dah tak muat. Yang lain dibagi pada kawan2 lain. Kerja cuci ikan - hubby. Sebab nak cepat, nak ke Jerantut, maka ikan besar itu dibalut plastik banyak kali, terus masuk freezer. Tunggu la suatu masa nanti. Actually ada seekor lagi ikan besar dalam freezer belum dicuci/disiang. Duduk lah situ diam2 dulu ya.
AHAD PAGI. TAMAN NEGARA ULTRA 2024
Hubby bermalam di Taman Negara, dah register awal2 nak join kategori 15km. Nak lari dalam hutan, ikut you lah, janji happy hehe. Dia pergi dengan kawan2 je.
Alhamdulillah complete larian nya. Ada tempat berlecak katanya, Alhamdulillah tak hujan. Risau jugak sebab Kuala Lipis dah banjir masa tu. Sabtu ke laut, Ahad join larian. Makkk aaiihhh, kulit dah bermatang2 sawo nya. Level sawo tak tau yang mana. Dalam pada tu, hubby kata, December ada plan nak dive lagi, tempat tak monsoon, sambil tersengih. Hhmmmm.
TAMAN NEGARA ULTRA 2024
Laluan yang berbagai dan berbeza geografinya.
Sumber Foto : BERNAMA
Duduk sorang2 weekend baru ni, belek2 foto. Sunset. Subhanallah cantik.
Halfway cuaca banyak awan. Subhanallah cantik macam kapas.
Till later & take care semua.
~ Thanks singgah & baca/komen DAIRI SEORANG MULAN ~
Mewahnya topping pizza. Inilah yang saya suka...ahaks!
ReplyDeleteIkan tu, segar dari laut. Cadang Mulan nak masak apa?
Buat sendiri boleh letak banyak topping kan hehe.
DeleteAkan di gugel untuk resepi2 baru Insyaa Allah
sgt yummy pizza nya... besarnya ikan...puas makan..
ReplyDeleteTopping dan cheese banyak sedap kan, Alhamdulillah, stok ikan baru..
DeleteBesarnya ikan! Berapa kali memasak agaknya baru boleh habis.
ReplyDeleteCantik gambar sunset 😍
Banyak2 kali Insyaa Allah 😍😍
DeleteMemang cantik sunset Subhanallah
Buat sendiri puashati makan ye Kak, boleh letak segala jenis topping yummeh!
ReplyDeleteBesarnya ikan tu.. rezeki Akk sekeluarga
Sunset mmg tak pernah tak cantik kan. Mengasyikkan!
Betul buat sendiri puas hati.
DeleteAlhamdulillah memang paling besar ditangkap setakat ini.
Subhanallah sunset memang cantik
puas hati bila buat sendiri penuh topping pizza akak tu, nak masak apa lah tu ikan besar tu kak ya... naik flight pi mana tu kak? jenjalan ke mana lah tu ya
ReplyDeleteTopping pizza banyak memang sedap kan.
DeleteInsyaa Allah nak masak macam2 hehe.
Gambar2 kenangan dari KL ke Kuantan
cantiknya awan :)...yayyy nak buat jugaklah pizza guna wrap tu..cuma nak kena gi beli cheese mozarela tu dulu laa..sbb dlm fridge kat rumah i tak de cheese
ReplyDeleteMemang cantik Subhanallah. Senang nak buat pizza guna wraps, masak pun cepat. Beli cheese dan stock up hehe boleh guna bila perlu.
DeleteKalau saya ikan besar tu buat bakar bagi juicy2 lembap..makan mcm tu jer..takpun cicah dgn kicap kipas udang...
ReplyDeleteBetul sangat, bakar kosong pun sedap sangat. Apalagi cicah kicap.
Deleteini kalah pizza 150 ni kak hehe..
ReplyDeleteTak ada lah.
DeleteMasyaa Allah...cantik sunset..
ReplyDeleteTapi mata lebih terarah pada topping pizza tu😍
Sunset memang cantik Subhanallah
DeleteHehe sebab topping meriah kan, terlebih sebenarnya
Wow! Cantiknya sunset!
ReplyDeleteMemang cantik Subhanallah
Deletemudah buat pizza guna wrap tu....syok tgk awan dr tingkap flight tu....thn ni tkde naik flight...ikutkn smlm fly ke sabah outstation tp inform bos ada report urgent so tk dpt la pegi
ReplyDeleteMemang senang guna wrap, masak pun tak lama.
DeleteBetul memang tak puas tengok awan dari tingkap flight.
Cantik sekali foto saat sunset itu Mbak.
ReplyDeleteApalagi foto dari balik jendela pesawat terbang. Awan bagai kapas yang putih terhampar...
Salam,
Terima kasih Pak. Saya memang suka tengok sunset dan awan2.
Deletecantik awan tu...gebu2...
ReplyDeleteseronok tu pergi diving
Subhanallah. Memang cantik kan. Hubby memang enjoy sangat masuk laut.
Deletesedapnya bila buat pizza sendiri. topping tu kaya dgn mcm2 bahan. yummy...
ReplyDeleteAlhamdulillah buat sendiri boleh letak banyak topping
DeletePizza macam ni pernah buat jugak. Bila buat sendiri bahan2 pun banyak kan. Puas makan. Cantik betul gambar sunset tu. Terpesona tengoknya.
ReplyDeleteBetul Ezna, puas makan. Senang pun nak buat.
DeleteSunset memang cantik kan, Subhanallah
perghhh tu dah kira topping T20 ni😁👍👍👍👍👍👍
ReplyDeleteTopping letak sendiri Alhamdulillah 😍
Deletetuuu diaaa hebat👍👍👍 dlm becak2 pun dpt juga sudahkan larian... ada kena gigit pacat x?😁
ReplyDeleteTak kot
Deletewahh hebatnya husband join TNU, kawan saya pun ada join jugak yg 50km. pastu boleh makan patin tempoyak sampai puas hehe
ReplyDeletesubhanallah, cantiknya view sunset di airport. rindu nak naik kapal terbang lagi
Alhamdulillah first time dia try 15km. Sana memang byk patin tempoyak.
DeleteSunset memang cantik kan Subhanallah.
Bila buat pizza sendiri, pelbagai bahan boleh letak ikut tekak kita..
ReplyDeleteIkan tu besar jugak ye, sama jugak dengan saya, kalau bab siang ikan, en. Hubby yang settle kan.
Cantik pemandangan dari dalam kapal terbang..
Betul kalau buat sendiri mmg boleh letak topping banyak2.
DeleteIkan besar memang tak kuat nak cuci, berat banyak sisik kan.
Memang suka tengok langit, awan. Subhanallah. Cantik kan.
Nampak cantik kejadian Pizza tu...SA ni tak rajin..kalau rajin pun rajin order je...bestnya ikan besar2 tu..SA suka..dulu PZ masa sihat rajin mancing..
ReplyDeletePizza guna wraps je, senang. Letak je apa2 topping kita nak. Alhamdulillah dapat ikan besar. Oh ya PZ rajin memancing kan.
DeleteIni tadi saya baca di postingan kak Suzie. Langsung teringin nak buat kak 😍😍😍😍. Inilah nak beli dulu wrap, sos tomat dan beberapa topping. Mozzarella pun dah habis. Kalo pakai wrap, jadi teringat pizza tipis. Saya memang lebih suka pizza tipis daripada pizza ala Amerika yg pakai roti tebal.
ReplyDeleteYa Allah foto2 pesawat MAS tuh, buat saya excited dan tak sabaaaaar nak traveling lagi kak. Memang lah dah macam stress kalo terlalu lama di rumah 😂.
Masih 1 bulan lagi berangkat 🤭
Pizza tipis pun sedap. Kalau crispy sikit pun sedap kan. Buat sendiri boleh letak topping banyak2 sama dengan mozzarella cheese nya. 😋😋 Yumm
DeleteFoto2 dari atas flight memang cantik Subhanallah dengan awan nya atau sunset nya.
Wahhh nanti share ya trip holiday Fanny. Sama2 rasa excited.