Thursday, November 28, 2024

30 TAHUN. KAMI RINDU.


ISHAK BIN MD. TAIB... 30 TAHUN sudah...
Papa, kami rindu. Sangat rindu.
Foto sebelum kawin.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa yang terbaik buat Palestine, Lebanon dan negara2 Islam yang lain.

Juga buat saudara2 kita yang terkesan dengan banjir sekarang. 
Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka semua.


Foto2 dalam kenangan : Ketika menjadi pemain bola, lawatan Allahyarham Tun Razak. Lawatan Dato Najib ketika menjadi Menteri Sukan di Perth. Di UK sewaktu kursus kejurulatihan bolasepak FIFA. Memang kami adik beradik selalu ditinggalkan. Tapi kami faham minat nya dalam bolasepak dan sukan. Antara sebab papa tinggalkan alam sekolah, tak habis belajar.


Hehe jumpa dalam album lama.


Anugerah Sukan Negeri agaknya. Foto2 lama. Kalau dia masih ada, dia akan ulang2 cakap, kena ada impian dan kerja sekuatnya untuk capai impian tu. Walau tak habis belajar, dia main bola hingga peringkat agak tinggi. Antara 3 jurulatih Malaysia yang pertama dihantar ke UK untuk ambil kursus jurulatih bolasepak, yang diluluskan FIFA. Papa, Abd Rahman Ibrahim (Terengganu) dan M. Karathu.


Bersama Allahyarham MAT KILAU (berserban). Ketika Mat KILAU sudah uzur, sebelum dibawa balik ke Jerantut, meninggal di sana. Al Fatihah. Di sebelah Mat Kilau adalah Atuk Saudara kami, PAK ZEK (Zakaria Hitam).

'Pak Zek' merupakan 'tokoh Budaya Pahang 1986'.
Tokoh ini banyak menulis mengenai Negeri Pahang. Cerita asal usul nama tempat dan pantun yang menggunakan nama-nama tempat di Pahang. Zakaria Hitam juga adalah anggota jawatankuasa yang dilantik bagi menyiasat dakwaan Mat Siam atau Mat Din yang kononnya beliaulah Mat Kilau bin Datuk Imam Perang Indera Gajah Rasu. (Wikipedia)


Agaknya ini kali terakhir papa mewakili sekolah (SABS Kuantan). Tak sampai Form 5 pun.


1983. Pahang memang Piala Malaysia. Tapi papa bukan coach dah masa tu. Quit jadi coach bola antara sebab tak setuju FAM nak buat LIGA MALAYSIA. Katanya pemain di Malaysia belum sampai tahapnya. Bersama team Pahang lama di Seoul, Korea. 

Bila banyak travel ketika dengan Pasukan Bolasepak & Olahraga, ketika itu lah papa pesan pada kami, save duit dan travel. Tengok tempat orang. Pengalaman paling berharga. Save first, spend later. Kalau bab membeli katanya, yang lain2 tu biasa dah la tapi kasut, kena cari yang elok sebab kita berjalan/berlari dengannya. Harga berpatutan dan berkualiti sikit katanya.


1989. Dilamar sebagai Pengurus Pasukan Olahraga SUKAN SEA Malaysia. Alhamdulillah cemerlang Atlit Malaysia tahun tu. Training di Perth beberapa bulan, lama kami ditinggalkan. Siapa kenal atlit2 dalam gambar2 di atas? Hehe.


Kita tak lahir pun lagi.


Dulu2 seronok jadi ahli keluarga pemain bola. Semua tinggal kenangan. Bila tengok bola, kami selalu duduk bersama keluarga pemain dan coach. Paling kelakar, bila ada pemain yang terlepas bola dll, yang mengutuk menjerit tu, isteri pemain tu sendiri haha. Kami membesar banyak di stadium.


Aamiin Ya Rabbal Aalamiin..

Till later. Thanks singgah, baca/komen dairi seorang Mulan. Take care semua. 

28 comments:

  1. Oh...Papa akak jurulatih bola sepak yang terkenal dulu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh tak terkenal sangat. Dia coach Pahang je, sekejap je dengan Pasukan Harimau Malaya dulu, sebab tak nak duduk KL. Hehe.

      Delete
  2. Oh someone papa Mulan patut ada gambar dengan Sultan Abdullah. Peminat bola pasti kenal.....Moga papa Mulan di tempat yang terbaik sekarang ni. Sayu la kalau tengok gambar lama2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Memang sayu tapi Allah lebih megetahui.

      Delete
  3. wah hebat family kak mulan... memori tgk gambar lama2 ni seronok kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak lah. Zaman dulu2 masa arwah terlibat dengan sukan.

      Delete
  4. Owh.. Bintang bola sepak rupanya...

    Ada anak2 dia yang turun bakat sukan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman dulu je. Hhmm adik lelaki main zaman sekolah je hehe.

      Delete
  5. Tampan papa kak Mulan ☺️. Dan orang hebaaat. Berani mengejar impian nya. Tinggalkan sekolah bukan hal main2, tp karena dia tahu apa yg dia nak tuju dan nak capai, akhirnya malah sukses 👍👍. Saya ikut doakan almarhum papa di tempatkan dalam golongan Orang2 beriman, diterangi kuburnya, di jadikan Ama shaleh semasa hidup sebagai bekal di alam sana ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Kerana minat, langsung tinggalkan sekolah.

      Delete
  6. Nostalgia sungguh gambar hitam putih.
    Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Itu je gambar yang ada dalam album, screen shot hehe.

      Delete
  7. semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh org2 yg beriman. Jika duduk di Taman Guru pasti kenal kwn sy Hezeri Hisyam Samsuri. dia skrg editor portal careta. Dulu kami sama2 buat TESL di UM tp dia x jd cikgu pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
      Hezeri tu kawan adik lelaki saya. Memamg kenal keluarga nya. Mak kami kawan baik.

      Delete
  8. your late father is 'somebody' rupanya...moga arwah ditempatkan di taman2 syurga...aamiin...dh 30 tahun yer perpisahan abadi..i know how it feels...my late dad dh pulang ke hadrat Ilahi selama 15 tahun ..ie umur my ariff...rindu yg paling sakit ialah rindu pada yg tiada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah kuat sukan. Minat sangat2 dan buat betul2. Sanggup tak habiskan sekolah. Memang sedih dan rindu.

      Delete
  9. Wahh orang kuat sukan rupanya arwah ayah, mmng bukan biasa2.
    Al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Rindu yg tiada penghujung pada org yg telah tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Minat dia dalam sukan, semua ahli keluarga ikutkan saja.

      Delete
  10. sedih kan... kenangan yang hanya tinggal kenangan.. kenangan kpd org sudah tiada sangat perit..

    ReplyDelete
  11. mengamit kenangan sangat bila tengok gambar lelama..moga arwah abah tergolong bersama org beriman..ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Kenangan manis tengok gambar lama.

      Delete
  12. alfatihah (dibaca) buat arwah...

    ReplyDelete
  13. oooo bekas pemain bola terkenal juga yaaaa...
    mesti kat rumah dulu berderet2 trofi, medal, sijil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman dulu je. Memang ada koleksi medal dll tu. Simpan dulu untuk kenangan.

      Delete
  14. Memang biasa dengar nama tu dulu
    Muda lagi dia meninggal dunia.
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Ya Wak, umur 52 meninggalnya.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com