KUANTAN-PUTRAJAYA-IPOH-KUANTAN
Rajin pulak nak update terus post kali ni. Baik buat sebelum mood ke laut.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat Palestine, Lebanon dan negara2 Islam yang lain.
JUMAAT PETANG.
Hello LPT. Kita jumpa lagi. Balik Putrajaya 1 malam.
Dinner. CHINA MUSLIM FOOD CITY @ Presint 15
Agak2 namanya, lupa snap signboard. Di Putrajaya, dekat SALAM NOODLES je. Saja try kedai baru. Ok jugak. Tapi rasanya prefer SALAM NOODLES lagi
LADU (DUMPLINGS) AYAM SUP MASAM & LADU AYAM KERING
SABTU PAGI @ RESTORAN KAK LA NASI ULAM, PRESINT 15
Lama tak ke sini. Macam2 ada tapi order ROTI CANAI BANJIR.
Hello IPOH. Lama tak lalu PLUS ni.
Nak attend majlis perkahwinan sepupu hubby. Halfway tukar driver, hubby dah mengantuk.
ARKADIA EVENT PLACE, MERU.
Moga mempelai bahagia selamanya.
Seronok balik jumpa saudara mara belah hubby. Ada yang turun dari SUNGAI BAYOR, TAIPING, MANJUNG. Juga dari KUALA LUMPUR. Kami paling jauh kot, dari KUANTAN.
Sedang majlis berlangsung, hujan lebat, angin ribut kuat melanda. Sampai terbang canopy di luar yang menyajikan dessert dan anika juadah lain. Alhamdulillah main dish semua di dalam. MC terpaksa hentikan acara sebentar untuk melaungkan Azan. Alhamdulillah seketikanya, hujan dan ribut berhenti.
AMANY HOMESTAY MERU.
Siap di majlis, kami 3 family (4 beradik hubby) check in di sini. 2km dari dewan ARKADIA. 4 bilik ber-aircond, 3 bilik air. Boleh memuatkan 15 orang. Ruang tamu atas ada extra Queen Bed & extra tilam bantal. Parking 4 kereta. Memang selesa. RM350 untuk 1 malam.
TEPI SUNGAI CAFE, MERU.
Sebelum pergi wedding saja2 hubby ronda2 area berdekatan. Jumpa jeram dan tempat makan. Maka petang tu kami dinner awal, ajak anak2 saudara main air di jeram. Seronok sangat.
Di seberang sana, ada pondok untuk disewa.
Fayyad main air. Balik rumah ada pacat di pinggang. Eyyy gelinya.
3 pinggan kerang rebus. 3 pinggan Char Kuetiaw. 1 Laksa. 1 Sotong Celup Tepung. 1 pinggan Cucur Udang. 10 satay ayam. 10 gelas air berbagai rasa. Semua total rasanya dalam RM110. Servis pun cepat.
Waktu operasi 4 - 10pm rasanya.
AHAD PAGI. Hubby ajak brisk walk. Subhanallah cantiknya langit.
TAMAN REKREASI SULTAN ABDUL AZIZ, IPOH.
Dapatlah 5,000 steps cukup lah.
Singgah breakfast, lupa nama kedai. ROTI GOYANG. Lama tak makan. Makan sikit je. Sambung makan di homestay.
Adik2 ipar beli lain dan tapau sebab selera anak2 saudara kami tak tau. Diorang pun tak bagi beli. Pak & Mak Sedara yang kawinkan anak pun datang join breakfast di homestay. Seronok sangat. Pukul 11.30 kami semua check. Kakak & adik2 ipar ke Taiping & Manjung. Kami ke Kuantan.
NASI BAMBOO SUNGAI KLAH.
Lama tak ke sini. Pukul 1pm memang ramai tapi ada je meja kosong. Mostly makan dan terus balik.
Antara lauk, serius lah memang banyak.
NASI BAMBOO.
Nasi, Ayam Percik, Siput Sedut, Ayam Bakar, Daging Bakar, Ikan Pekasam, Sambal Tempoyak, Ulam Peria, Pucuk Ubi, Terung Pipit. Alhamdulillah semua sedap. Kami ambil 1 je Nasi Bamboo sebab nak ratah lauk.
Yeyyyy PUTU PERAK.
Macam2 ada.
Parking kereta, luar dan dalam, tepi jalan, semua penuh.
Hello & bye bye TWIN TOWER. Dari kejauhan.
Alhamdulillah terang cuacanya.
STESEN PETRONAS PAYA SERAI, BENTONG. Selalu stop sini, isi minyak dan solat. Hubby nak tidur, kita sambung drive. Memang suka guna neck pillow masa drive.
LPT & EXIT KUANTAN.
Nampak car autowash center tepi jalan tu tak banyak kereta. Masuk sekejap lah. Comot dah rimau kami ni. Ke sana sini tak sempat mandi.
Sampai rumah terus makan PUTU PERAK. Luarnya macam PUTU PIRING atau PUTU BAMBU, tapi dalamnya ada kelapa putih. Menyesal pulak beli 1 pack saja.
Mata dah hampir lena sebab penat travel. Sekali bunyi dentuman kuat banyak kali. Terkejut lah kami. Macam bunyi meriam pun ya. Rupanya dentuman mercun. Intai dari bilik anak solehah. Teringat malam tadi MALAM AKHIR MAJLIS PERKAHWINAN Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan Tengku Natasya di ISTANA ABDULAZIZ. Moga bahagia selamanya. Kedudukan Istana di atas bukit, memang boleh nampak dari area berdekatan. Dari jalanraya pun boleh nampak.
Alhamdulillah atas segala nikmat ALLAH.
Take care semua. Stay strong+safe+sweet.
Meriah betul aktivitinya, saya pernah sampai Nasi Bamboo Sungai Klah tu beberapa tahun dulu. Masa tu suasana tak macam yang dalam gambar ini. Semua dan ready tinggal nak ambil sahaja. Menu pun dah macam-macam dan tempat pun dah makin cantik.
ReplyDeleteAlhamdulillah meriah jumpa saudara mara. Betul suasana kedai Nasi Bamboo sekarang dah berbeza.
Deletebyk destinasi tu....meriah menu2 kt nasi bamboo tu...pernah smp juga time pi ipoh dlu..sronok mkn cafe tepi sungai tu...lama tk mandi sungai
ReplyDeleteJJCM sekali kenduri kawin. Menu kedai Nasi memang banyak, rambang mata tengok. Cafe tepi sungai memang best
Deletehomestay tu nmpk sgt selesa dan rate yg sgt ok! air sungai kat jeram tu jernih betul..terasa dinginnya wpun hanya dlm gambar
ReplyDeleteHomestay memang reasonable dan besar, selesa ramai2. Memang sejuk air jeram tu.
DeleteBanyak kali plan nak makan di Nasi Bamboo Sungai Klah tapi belum ada rezeki untuk sampai ke sana.
ReplyDeleteSedap tu PUTU PERAK. Pernah beli di Ipoh. Ada dua jenis, satu putu perak inti kelapa satu lagi putu perak inti gula melaka. Dua-dua sedap!
Best sangat entri Mulan, penuh dengan pelbagai makanan dan main air pula! Terasa seperti kita ada di celah-celahnya hihihiii.
Nanti singgah lah bila berkesempatah. Sedap lauk.
DeletePutu Perak memang sedap. Yang inti kelapa pun sedap, belum jumpa inti gula melaka.
Tak dan nak buat entri satu2 hehe rangkum je semua. Weekend yg padat dan seronok.
Kalau balik Kuala Kangsar saya suka beli putu perak di pasar pagi ahad di Lembah. Rasanya sekarang peniaga situ dah pindah kut.
ReplyDeleteDi Kuala Kangsar ada apam kuala juga kan, sedap walaupun kosong.
DeleteSeronok plak tengok gambar nasi bamboo tu..SA x pernah lagi ke sana...kena pi ni...tepi sungai cafe kat Meru tu pun menarik betul...geram je sebab SA tgh ngidam kerang rebus or kerang bakar..
ReplyDeleteSedap kedai Nasi Bamboo ni SA, try la nanti. Cafe tepi sungai memang seronok, menu pun sedap.
DeleteAlhamdulillah tahniah utk kedua mempelai 🌹
ReplyDeleteSy selalu juga singgah bermalam di Meru tu, tak pernah tahu pula ada Kafe Tepi Sungai. Nak kena carilah lepas ni 😁
Alhamdulillah. Lepas ni PH kena try, memang seronok
DeleteFuh..macam-macam ceritanya ni kak.
ReplyDeletePaling menarik tengok air sungai tu, tapi seram pulak ada pacat 😅
Tak dan nak buat banyak entri, sekali harung je, weekend yg padat tapi seronok 😄 eyyy ya geli pacat
DeleteWoih! Pesta foto kali ni... puas tengok!
ReplyDeleteWeekend yg padat tapi seronok
DeleteMakan ditepian sungai, indahnya rasa (abaikan part pacat tu.. hehehe).
ReplyDeleteBila dapat jumpa sanak-saudara, meriahnya.
Alhamdulillah.. selamat tiba di rumah.
First time kami makan tepi sungai ni memang seronok, minus pacat haha.
DeleteAlhamdulillah memang seronok jumpa saudara mara.
Aisssh terbang kena angin kencang kanopi yaaa. Jadi tak terselamatkan nasib dessert dan kue2 lain kak? Untungnya berhenti juga yaa. Cantiiiik sangat pengantin nya, suka dengan warna tema emas yg dipakai
ReplyDeleteMerinding saya baca part tertempel Pacet di badan si adik 😱😱. Memang takuuuut sangat dengan hewan penghisap darah begini. Makanya jujur saya tak berani main di sungai yg arusnya tenang. Krn biasa di situ banyak Pacet.
Nasi bamboo sungai kalah itu menggoda sangaat 😍😍😍. Harap2 saya bisa coba juga kalo ke Malaysia lagi.
Betul angin sangat kuat sampai terbang canopy dessert. Alhamdulillah tak lama.
DeleteYa Fanny hari wedding nya, serupa raja sehari, cantik berbusana warna emas kan.
Sungai memang seronok tapi geli kan dengan pacat, eeyyyy.
Nasi Bamboo memang sedap menu nya, banyak sangat susah mau pilih.
Ya moga Fanny dapat ke sana nanti.
Disana sedang musim hujan ya Mbak? Dan angin kencang juga? Jadi agak terganggu ya waktu upacara pernikahan. Tapi syukurlah akhirnya semua baik-baik.
ReplyDeletePerjalanan panjang dengan pemandangan alam yang indah sungguh menyenangkan.
Salam,
Sekarang ini Pak, cuaca tidak menentu. Kalau di tempat saya sepatutnya hujan tapi masih panas.
DeleteYa weekend yang sangat padat tapi seronok dan meriah dengan saudara mara dan makan2
Lengkap sungguh note perjalanan nya .. nak komen dah lupa yg belakang bila baca makin ke bawah hahaha..
ReplyDeleteNota" sorry typo :D
DeleteTak sempat nak buat entri satu2, sekaligus je lah hehe.
DeleteNamun makan di tepi jeram itu paling menerujakan :D
ReplyDeleteYa memang best dengan angin segar tengah hutan, sihat. Tapi kena pergi awal sikit lah sebelum maghrib gitu. Risau anak2 kecik.
DeleteKuatnya ribut...kat sini hujan sekejap je lepas tu cam panas balik. Lamanya tak makan putu perak. Dulu berdekatan Uniten ni ada van jual putu perak. Sekarang ni macam dah takde. Dulu memang selalu beli.
ReplyDeleteMemang kuat ribut nya, Alhamdulillah tak lama.
DeleteSedap Putu Perak ni kan.
baca tajuk terus ikut ternyanyi... meriahnyaaaa itenary mknn... mmg menjamu mata sungguh tgk gambar mknn.. hehehe
ReplyDeleteHehe memang seronok membara bila dapat jumpa & makan2 dengan keluarga dan saudara mara kan.
Deleteso dessert2 tu tak dpt diselamatlan laa ya?
ReplyDeletebla ribut tiba2 jd mcm ni mmg x leh nak kata apa laa
Rasanya dessert dll di luar tu dapat diselamatkan
Deleteorg kuantan x dpt jemputan diraja ke?😉✌️
ReplyDeleteTengok live lagi nampak semuanya 😍😍
Deleteenak bisa jalan jalan da
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletelama x makan putu perak...putu ni best sbb x rapuh mcm putu piring, liat2 sikit...seronok berkumpul sanak-saudara...Cafe Tepi Sungai, menarik!!
ReplyDeletePutu Perak ni lebih kurang putu piring jugak tapi dia tak berderai sangat. Yang liat tu putu lain kot, apa nama nya lupa. Memang best berkumpul adik beradik dan saudara mara. Cafe Tepi Sungai memang menarik.
Delete