Monday, June 24, 2024

INDONESIA #4 - PELABUHANRATU & BUKIT DURIAN



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 

BUKIT DURIAN SAGARA di PELABUHANRATU 


Pagi Ahad. Bila hari dah terang sikit. Tunggu Pak Min kosongkan kereta. Banyak nak beli ni hehe.


Pasar di tepi sungai.


Jambatan kecil untuk merentasi ke kampung seberang sana.


Segar2 semua sayur di sini. Kecik je Pasar nya, pasar terbuka macam pasar tani.


Semua ni Ibu Tini beli. Semua sedap.


GULA AREN dan sayur2. Comel je sayur2 dijual siap dalam bungkusan daun pisang. Pisang Tanduk banyak betul di sini. 


Comel je tong gas tu. Pun ada dijual. Berjenis2 pelbagai saiz ikan bilis pun ada. Ikan siap direbus pun ada dijual. Serupa ikan tongkol yang siap rebus mati air, sebelum dibuat lauk kuah Nasi Dagang.


Tertarik dengan iklan ni. Memang rumah cantik dan besar tanahnya. Tak sempat nak snap, laju betul Pak Min ni drive hehe.


Barang belian banyak so kena balik hantar semua dulu. Ini entrance rumah Ibu Tini. Soon akan diiklan dalam AIRBNB dengarnya.


Weekend memang ramai pengunjung di Pelabuhanratu ni. Macam PD atau Pantai di Kuantan jugak.


Kami agak lambat ke Pasar ikan ni. Banyak yang segar dah habis. 


 Cantik view jeti di belakang pasar. 


Baunya macam smoked fish.


Ohhh PINDANG IKAN TONGKOL rupanya. Memang bau dan rasa macam smoked fish. Lupa cara buatnya, ada Ibu Hanny cerita.


Kemudian ke sini. Mbak Siska nak beli bawa balik ke kampung nya. Umpama kedai ikan masin. Ada jual ikan masin, bilis, fish ball rasanya. Saya tunggu di luar saja sebab kena jaga berplastik2 ikan udang sotong haha. Lagipun tak ada plan nak beli apa2 di situ.


Ke Pasar buah berdekatan selepasnya. Macam2 ada. Anak ayam pun ada.


Masuk pasar baju sekejap. Saja2 layan mata, sementara menunggu Ibu Tini mencari bahan masak yang lain. Bak kata Ibu Hanny, sehari pun tak cukup ke Pasar kalau dengan Ibu Tini. Tempat favorite dia, compare to shopping malls.


Ini lah yang paling Ibu Tini beria2 ajak kami ke Pelabuhanratu. Masjid yang dibina dengan duit sumbangan saudara dan kawan2 juga simpanannya. Tak besar sangat tapi dibina sekali dengan multi purpose hall di bawahnya. Untuk majlis ilmu, wedding dll nya. Bahan binaan dibeli sendiri, juga cari pekerja2 dan kepala kerja untuk pembinaannya. Tanah masjid ni berbukit. So atasnya masjid, bawahnya dewan. Ada laluan jalan terus ke level masjid. Tak perlu naik tangga. Tapi ada juga tangga di dalam nya. Tanah ni pun dibeli dulu sangat2 murah. Di kelilingi pokok mahogany, juga pokok durian wooww. Tapi belum musim.


Ini multi purpose hall di level bawah. Akan disewakan untuk majlis2 keraian seperti wedding dan gathering katanya. Supaya dapat menampung kos bulanan seperti air, elektrik dll. 


Masjid, tempat solat di tingkat atas. Sudah hampir siap.


View dari balcony di level atas, tempat solat. Nun laut di sana.


Cantik.


Kubah dapat dilihat dari sisi belakang masjid. 


Laut di sana.


Pokok mahogany ditebang, dipotong, digunakan untuk sebahagian pembinaan masjid.


Dapur dan bilik multi purpose, sebahagian nya dibina dari kayu mahogany.


Kami. 40an, 50an, 60an. Moga kekal ukhuwah walau ada yang baru kenal.


Tanah di belakang masjid, dalam pembinaan pusat Tahfiz. Juga bakal dibina pondok2 untuk warga emas Insyaa Allah. Tunggu kewangan lebih stabil, baru akan dibina berperingkat2.


Surround yourself with people who make you happy. Walau berapa usianya.


Lapar. Sebab semua pun belum breakfast. Makan kuih muih yang dibeli di pasar. Sedap pulut berinti kacang hitam.


Dapur dengan view pokok2 di laman.


"Lepak deck" di bahagian depan mengadap laut. Ada sofa lupa nak snap. Tapi main entrance rumah ni selalunya kami ikut dapur. 


Lunch. Ibu De dah masakkan sebahagian nya semasa kami ke masjid. Sekejap je masaknya, sebab memang expert. Saya goreng ikan je. Hehe. Serius lah mana pandai masak lauk pauk sana. Alhamdulillah seriously SEDAP sangat semua lauk pauk tu.


Lepas makan, duduk borak. Ibu Hanny ajak tidur sebab kenyang haha. Sekejap lepas tu Ibu Tini suruh siap nak ajak ke BUKIT SAGARA. Kan, begitu lah kata Ibu Hanny, mana boleh duduk diam dengan Ibu Tini. Waktu rehatnya malam. Ini antara laluan nya ke BUKIT DURIAN.


Cuaca mendung, sejuk dan rintik gerimis hujannya.


Ohhh ini lah BUKIT DURIAN SAGARA.


Tempat ni dikelilingi pokok durian. Kebun ladang durian yang sangat besar, saujana mata memandang.


Cantik binaannya.


Woww. Kalau tidur petang tu memang tak sampai lah ke sini. 



Mostly bahan binaan dari kayu. Cantik betul.


Hampir keseluruhan binaannya dari kayu. Dengan keadaan tanah berbukit, so binaannya juga bertingkat2. 


Ada cafe yang menjual menu makanan dan minuman berasaskan durian. Tapi sebab bukan musim durian, maka ada juga menu lain dijual. Sebenarnya makanan luar tidak dibenarkan asuk tapi, diorang tak strict sangat.


Cantik deco cafe ni.


Ibu Tini pilih nun di hujung sana, view ladang durian.



Lengang. Sebenarnya dah hampir tutup dan hujan, lagipun bukan musim durian.


Memang busy wanita kuat ni. Kami yang tengok rasa penat. 



Healing seketika kami. Sessi heart to heart.


Dah gelap. Dah nak tutup. Cantik kan.


Kena datang lagi. December atau January musim durian. 


Durian Shake. Kami order. Yang atas kanan warna putih tu, namanya Cireng. Nanti nak gugel later. Yang bawah kanan, Seblak. Macam Ramen juga. Rupa macam sotong tu, sausage.


Dinner malam tu ringkas dan sangat marvelous Alhamdulillah. Ibu Tini jemput kawan2 di Pelabuhanratu, 2 couple suami isteri. Semua friendly dan baik2. Borak gelak seronok. Ikan udang sotong bakar yumm yumm semua. Dengan air kelapa bandung ada jelly, ada kelapa muda memang sedap sangat Alhamdulillah. Sotong tu walaupun besar dan tebal tapi lembut sangat. 

29 comments:

  1. cantik tmptnya siap ada bean bag tu...lepak2 santai...ada yg bole terlena tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik tempat tu, betul boleh terlena lepak atas bean bag.

      Delete
  2. Menarik betul kisah cuti2 u ni sbb dpt kwn2 yg besh.rezeki sgt2 tu..ibu tini tu org ada2 yer..siap buat masjid yg sgt cantik tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok spend time di sana. Ibu Tini tu sangat2 simple orangnya especially gaya hidupnya. Sgt simple. Keberadaan dia, cara dia manage kewangan sejak kerja, kami memang sangat kagum. Dia sgt disiplin dgn apa yang dia nak buat dalam hidup. Dan paling utama, sangat pemurah dari dulu2. Alhamdulillah dgn suami yg supportive sejak kawin. Impian dia memang nak bina masjid walaupun kecil.

      Delete
  3. Menarik dan seronoknya jalan-jalan gini, kenal budaya tempatan.

    Nampak tempe dalam bungkusan panjang. Unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok, ikut je mana diorang bawak.
      Betul tu panjang betul Tempe nya.

      Delete
  4. ya Allah, cantik sungguh gambar yg paling atas tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik binaan di Bukit Durian tu

      Delete
  5. Heaven nya percutian Akak 👍
    Semoga kita juga dikurniakan rezeki yg lumayan macam Ibu Tini... Teringin juga nak bina masjid ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diizinkan Nya. Insyaa Allah memang impian kita semua untuk membina masjid kan.

      Delete
  6. ingatkan tadi kat kmpung bukit durian, melaka hehehe

    ReplyDelete
  7. wahhhh bagusnyaaaaa usaha mereka mendirikan masjid dan dewan utk kegunaan ramai. semoga pahala mereka melimpah-limpah hingga ke hujung nyawa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang impian dia, dan kita jugak kan. Aamiin

      Delete
  8. Cantik tempat healing dekat bukit durian tu Kak Mulan. Terbayang rasa seronok santai2 sambil menikmati view dari atas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah memang cantik. Diorang kata bulan January dan December memang meriah sebab musim durian masa tu.

      Delete
  9. wahhhhhhh tempeeeeeee itu kegemaranku! panjang betul tempe sana ye hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul terkejut tengok, panjang betul Tempe nya.

      Delete
  10. Memang cantik la tempat ni..x pernah dengar nama dia..kena pi lagi nampaknya...cafe tu pun cantik dan unik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat Bukit Durian Sagara ni SA

      Delete
  11. Ya Allah, mudah-mudahan siap sempurnalah masjid yang sudah hampir ke fasa akhir pembinaannya. Alhamdulillah, rasa sangat terharu mengikuti perkembangan cerita dan cita-cita Ibu Tini untuk mendirikan rumah Allah. Semoga rezekinya terus berlipat ganda.
    Catatan perjalanan Mulan bukan biasa-biasa ni. banyak ibrah dan pengajarannya selain menikmati alam ciptaan-Nya. Terima kasih Mulan, bawa Kak Amie ke dunia yang berbeza, luar biasa dari perjalanan yang biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Moga terlaksana impian Ibu Tini untuk menyiapkan masjid ini. Terima kasih Kak Amie sebab sama2 mendoakan dan mengikuti kisah ni. Kita semua pun mesti ada impian yang sama, untuk membina masjid kan. Insyaa Allah, kita buat dengan cara ya g kita mampu.

      Delete
  12. Cantiknya gambar yang first tu dengan ada bunga-bunga warna-warni lagi. Cafe tu pun cantiknya Mulan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan. Syok lepak situ. Kalau time musim durian mesti ramai kot.

      Delete
  13. Ibu Tini nampak very energetic, agak2 berapa lah usianya.
    Seronok baca catatan travelog Mulan. Rasa macam terikut sama travel sekali😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah 60an memang sangat energetic. Terima kasih singgah baca blog ni. 😊

      Delete
  14. Saya pun belum pernah kesana lagi kak 😍😍😍😍😍. . Baru tahu ada kebun durian di situ. Memang panen durian di Indonesia beda dengan Malaysia. Kalo di sana june July, di sini pula sept dan kdg Desember.

    Memang hebaaaat ibu ini yaaa. Pasti banyak bergerak sehingga badannya pun kuat. 👍. Teringin seperti dia kalo nanti usia saya dah segitu.

    Lihat makanannya, ada income, urap, memang best. Suka sangaaat oncom. Tp tak semua orang bisa suka dengan rasanya, Krn sedikit unik 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik tempat nya Bukit Durian Sagara tu Fanny, betul musim durian nya December dan January.
      Betul Ibu Tini ni sangat hebat dan kuat.
      Semua makanan nya sedap2 tau Fanny termasuk oncom 😃

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Please email me for any inquiries.
>> o-mulan@hotmail.com <<