Sunday, January 15, 2023

DAY 1 : ISTANBUL, TURKIYE

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera. 

SALAM TAHUN BARU 2023. Moga semua sihat ceria sukses sentiasa.


Alhamdulillah diizinkan ke Turkiye December lepas. 19-31/12/2022. Alhamdulillah smooth semuanya. Negara yang kami ingin lawati sekian lama. Gugel2, Emirates yang paling murah untuk tarikh yang sesuai buat kami. Transit beberapa jam di Dubai.



Istanbul International Airport yang baru ni kami singgah ketika transit ke Athens, Greece pada tahun 2019 dulu. 


Ketika COVID masih berleluasa, kami agak berhati2 memilih hotel. Antaranya free breakfast, free parking & review 8/10. Yang wajib, sort cheapest dulu lah macam sebelum ni hehe. Alaa hotel untuk tidur je. Buat apa mahal2 sangat. Janji bersih selamat selesa. Kalau tanya rate berapa, rupanya berubah2 ikut musim atau masing2 kot.


Bilik tak besar tapi selesa dan bersih. Cantik biliknya. Kami memang pilih bilik untuk 4pax. Sebab nak spend masa sama2. Anak2 soleh solehah dah masuk kolej so dah lama kami berjauhan. Sampai airport 10pm maka kami minta hotel arrange pickup. Kami spend 2 malam di Istanbul so tak ambik kereta sewa lagi. Sampai je hotel terus mandi & tidur. Dah pukul 12 tengah malam.


20/12/2022. Selesa.
Staff hotel kata boleh lepak kat terrace. Tapi sejuk ya amat. Sunrise..!! Subhanallah cantik sangat.


Kalau bukan musim sejuk memang boleh lepak sini lah lama sikit. Boleh breakfast di sini jugak tapi tak tahan sejuk.


Woaahhh. Pening nak pilih.


Ambik sikit2 so that dapat rasa semua.


BLUE MOSQUE
Lepas breakfast naik terrace semula.


Subhanallah memang cantik.


Cantik pintu entrance hotel ni.


Hotel Asmali. Lawa facade nya. First day tu kami round2 Istanbul. Hotel pun dekat dengan tourist attractions. Jalan kaki je.


On the way jalan kaki ke AYASOFYA.


Woahh.


Arasta Bazaar belum pun bukan sebab masih awal, 9am.


BLUE MOSQUE atau SULTAN AHMET MOSQUE
Cantik nya senibina semua nya. Terpegun sampai lupa nak snap foto banyak2. Free je masuk. Singgah sebelum ke AYASOFYA.

Masjid Sultan Ahmed (bahasa Turki: Sultanahmet Camii) ialah masjid bersejarah di Istanbul, bandar raya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga 1923). Masjid ini ialah satu daripada beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina antara tahun 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti kebanyakan masjid lain, ia mengandungi sebuah kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul. (Wikipedia)


Perkarangan BLUE MOSQUE @ SULTAN AHMET MOSQUE



Beratur sebelum masuk ke AYASOFYA. Free je. Tapi ada security check di pintu masuk.



THE AMAZING DOME

Hagia Sophia (Turkish: Ayasofya)
Hagia Sophia Grand Mosque (Turkish: Ayasofya Camii)

Ianya merupakan sebuah struktur bangunan muzium yang terletak di Istanbul, Turki. Bangunan ini sering dianggap sebagai sebuah bangunan teragung dan tercantik di dunia. Pada mulanya, Aya Sophia dibina sebagai sebuah katedral bagi penganut Kristian Ortodoks tetapi kemudian diubahsuai menjadi sebuah masjid oleh kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453. Pemerintah republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium bermula pada 1935 dan bertukar menjadi masjid semula pada 2020 atas ketetapan Presiden Turki.
(Wikipedia)


OMPHALION di AYASOFYA 

Oleh kerana Hagia Sophia adalah sebuah gereja milik Empayar, ia juga merupakan tempat di mana upacara pertabalan Maharaja diadakan. Istiadat pertabalan diadakan di atas lantai di ruang utama, dipanggil omphalion, yang diperbuat daripada batu bulat berwarna dan corak berjalin.
(rotasenindotcom)
 





Menikmati kecantikan AYASOFYA. Buka pukul 10 pagi. Pergi awal pagi tak ramai sangat pelawat. Terpegun tengok semua nya.


TOPKAPI 

Tutup sebab maintenance so kami tukar plan. Jalan2 luar tu dulu. Cuaca pun clear cantik Alhamdulillah.



BOSPHORUS CRUISE 
Tatkala jalan2 luar AYASOFYA ada yang jual ticket untuk Bosphorus Cruise. Katanya jual awal pagi ada discount Euro10 seorang. Tapi memang pun ada tour Euro10. Hubby pun beli sebab ngam2 siap tour AYASOFYA. 2 jam yang sangat sejuk Alhamdulillah cuaca sangat cantik. Sejuk menggigil pun tapi kami duduk di luar jugak hehe, sebab nak enjoy view.


Cuaca memang cantik Subhanallah.

Bosphorus juga dikenali sebagai Selat Istanbul ialah sebuah selat yang memisahkan Turki pada bahagian Eropah (Thrace) dan bahagian Asia (Anatolia), menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini memiliki garis panjang 30 km, dengan lebar maksimum 3,700 meter pada bahagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisarı dan Rumelihisarı. Kedalamannya berubah antara 36 sehingga 124 meter. (Wikipedia)


Terang langit biru Alhamdulillah tapi sejuk sesungguhnya. 


Besar dah anak soleh kami. 


Cruise dalam 2 jam, terus balik hotel untuk solat. Kemudian keluar semula. Senang hotel dekat area AYASOFYA yang banyak attractions tu. 


Sebelum balik hotel beli 2 bagel besar ni. 


Next ke GRAND BAZAAR. 


Banyak pintu masuk. 


THE GRAND BAZAAR 

Bahasa Turki: KAPALICARSI bermaksud 'Pasaran Terlindung'; juga Büyük Çarşı, yang bermaksud 'Pasar Besar' di Istanbul ialah salah satu pasar berbumbung terbesar dan tertua di dunia, dengan 61 jalan berbumbung dan lebih 4,000 kedai di kawasan seluas 30,700 m2, menarik antara 250,000 dan 400,000 pengunjung setiap hari.

 Pada 2014, ia telah disenaraikan No.1 antara tarikan pelancong yang paling kerap dikunjungi di dunia dengan 91,250,000 pelawat tahunan. Grand Bazaar di Istanbul sering dianggap sebagai salah satu pusat membeli-belah pertama di dunia. (Wikipedia)


Tempat wuduk cantik tiles nya.


Harga boleh than mahal2, tapi kami jalan2 je. Belum ada mood nak membeli.


Cantik semua.


Nak sangat beli satu tapi masing2 tak nak bawak dalam hand luggage haha. So tak payah lah.


Jalan2 dalam Grand Bazaar tak sampai sejam. Kena ambik kereta sewa pukul 5pm. Esok dah nak check out.


SULTAN 2 BEYAZIT MOSQUE.
Tunggu Uber nak ke Taksim. Turkiye ni masjid di mana2 memang tenang hari.


Siap ambik kereta, kami jalan2 luar AYASOFYA lagi. Memang tak puas. 


Cantik kan. Alhamdulillah smooth semua untuk hari pertama di TURKIYE.

7 comments:

  1. MasyaAllah cantik semuanya !
    Hotel pun nampak sangat selesa, dekat pulak dengan tempat menarik.
    Teringin jugak saya nak ke Turki. Boleh buat rujukan di sini.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    selamat tahun baru 2023..
    terima kasih kongsi..
    airlines apa ya tu?
    tolong sambung nanti..tq..

    ReplyDelete
  3. Ujie: Ya betulcantik semuanya. Insya Allah nanti Ujie akan sampai Turki.

    Anon: Waalaikumsalam. Selamat Tahun Baru 2023. Sama2. Kami naik Emirates. Nanti saya akan sambung update. Terima kasih sudi singgah ya.

    ReplyDelete
  4. Aritu saya pergi Turki tanpa banyak study....byk benda2 menarik terlepas..especially hal makanan.

    ReplyDelete
  5. terima kasih sharing kat sini, boleh jadi rujukan jika diizinkan saya sekeluarga ke Turkiye nanti.

    ReplyDelete
  6. Turkiye..dlm wishlist, bestnya Istanbul..dekat2 je semua attractions..

    ReplyDelete
  7. Zila: In syaa Allah nanti repeat, kami pun rasa nak repeat cover bhg lain pulak In syaa Allah

    Anon: In syaa Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan nanti.

    Nohas: In syaa Allah miga sampai nanti. Mmg area tu attractions dekat2.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com