Monday, January 16, 2023

DAY 2 : ISTANBUL - ANKARA, TURKIYE

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Throwback trip pada December 2022.


BLUE MOSQUE
Sebelum breakfast naik terrace nak tengok sunrise lagi. Sukanya duduk hotel ni. Kecik je hotel nya. Tak ada lif.  4 tingkat je. Walaupun bilik kami di tingkat 3, staff hotel tolong angkat luggage bag ke bilik. Alhamdulillah. Patut pun review 8/10. Jalan musim sejuk ni, orang tak ramai. Sama ketika kami ke Greece pada December 2019.



Subhanallah cantik nya.


Check out untuk ke Ankara. Alhamdulillah muat beg kami. Memang tak bawak banyak sangat. Sewa SUV yang kecik ni, bag boleh susun macam2 cara. Kalau kereta sedan, limited sikit. Kami tak suka bawa suitcase tu, sebab susah nak susun dalam kereta. Tapi kami bawa juga 2 suitcase, fabric material bukan jenis keras, dengan 2 duffel bag fabric material yang ada wheels. 


Gule gule (bye bye) Istanbul.


Tol di TURKIYE guna HGS macam RFID di negara kita. Tapi tak ada palang. Jalan terus. Kereta sewa kami dah disertakan sticker toll.  

Untuk membayar tol kereta dan trak anda di Turki, anda mesti mempunyai sama ada teg HGS atau OGS On-board unit (OBU). Tol dipotong dan dibayar secara automatik dalam talian apabila anda melalui plaza tol di Turki. (tollgurudotcom)


AVRASYA TUNNEL

Terowong Eurasia (Bahasa Turki: Avrasya Tüneli) ialah terowong jalan raya di Istanbul, Turki, melintasi di bawah selat Bosphorus. Terowong itu dibuka secara rasmi pada 20 Disember 2016[4][5][6] dan dibuka kepada lalu lintas pada 22 Disember 2016. (Wikipedia)


To Ankara. Perjalanan memandu dari Istanbul ke Ankara. 444km dalam 4.5 jam.


Tunnel di Kocaeli. 


Ankara turun salji rupanya beberapa hari lepas. Memang sangat sejuk.


Singgah isi minyak kereta. Ada food court so kami lunch dulu. First holiday trip kali ni, kami tak bawak makanan langsung dari Malaysia sebab Turkiye senang dapat makanan halal.


Ada Kofte dll. Tak ingat nama nya. Semua sedap. Makan dengan Pilav/Nasi dan Roti yang  dihidang FOC.


Sambung perjalanan. 


FIRST APART HOTEL.


Ada 2 bilik. Master dan 2 single beds room.


Basic kitchen. Masak air minum kopi hehe.


Master Bedroom 


Bathroom 


SULUHAN MARKET 
Siap check in & solat, kami keluar. Anak solehah nak pergi market. 



Macam2 ada seronok tengok. Pelik. Foto banyak hilang. Aihhh camna ni.


SULUHAN MARKET
Info dari YouTube TrakyaliGezgin


Ni di bahagian luar market. Kacang2 campuran yang paling murah kami jumpa di TURKIYE. Elok fresh tak ada pecah2. Snacks dalam kereta masa memandu.


Buah Zaitun berbagai rupa dan warna.


Cheese kot semua ni.  Jalan cepat sambil snap foto hehe. Sejuk.


Sucuk. Sosej TURKIYE.


Roti berbagai rupa. Fresh baru siap bakar. Bau menusuk kalbu. 


Jalan2 ke masjid.



HACI BAYRAM MOSQUE






Hacı Bayram Veli Camii ialah sebuah masjid di Ankara lama. Bersama-sama dengan Masjid Kocatepe ia adalah salah satu yang paling terkenal di Ankara. Masjid Hacı Bayram dibina pada zaman Empayar Uthmaniyyah. Ia dinamakan sempena sufi Turki dan penyair Hacı Bayram-ı Veli bagi pihak yang terakhir. Masjid Hacı Bayram adalah salah satu tempat pelancongan di Ankara. Tapak ini telah ditambahkan pada 2016 ke senarai tentatif Tapak Warisan Dunia UNESCO di Turki.
(Wikipedia)


Subhanallah cantik sungguh kala mentari terbenam.


Cantik pencahayaan masjid ni pada waktu malam.


Victory Monument
(Turkish: Ulus Atatürk Anıtı) ialah monumen di Ankara, Turkey dengan penunggang nya Mustafa Kemal Atatürk.


Ibukota Ankara yang sibuk. Seangkatan dengan semua ibunegara yang lain.

Turun dari Uber. Jalan kaki balik hotel. 

5 comments:

  1. Eh..ada buah zaitun warna merah?

    Seronoknya memandu sendiri. Senang nak ke mana-mana.

    ReplyDelete
  2. Ujie: Tu la kan, seronok tengok macam2 jenis Zaitun. Alhamdulillah memang seronok.

    ReplyDelete
  3. best...melawat local market..

    ReplyDelete
  4. Nohas: Mmg best mcm2 ada yg tak serupa tempat kita

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com