Thursday, December 01, 2022

CAFE BELIBIS & PEKAN, PAHANG

 Assalamualaikum &Salam Sejahtera. Moga sihat ceria semua.


Mak bagitau nak balik PEKAN ikut Makteh Nor ke Pejabat Tanah bayar cukai. Nak ikut..!! Mak ajak Makcik Temah kawan balik duduk setaman jugak. Lama tak balik Pekan. Selesai di Pejabat Tanah, kami ke Cafe Belibis. Brunch. Dah viral di FB, Cafe ni. 


Cafe ni di area Muzium Pekan.


Cafe yang jugak menggunakan koc keretapi sebagai tempat makan.

Entrance Cafe Belibis.


Cantik deco di dalam nya.


Banyak pilihan.


Owhhh semua favourite.


Sambil jalan2 tengok makan, terdengar suara yang sangat familiar. Ohh Kak Icah..!! Rupanya Kak Icah owner Kafe ni. Saudara mara kami jugak. Alhamdulillah jumpa di sini. Lama sangat tak ketemu. Kak Icah memang tak asing di Pekan. Icah Katering. Opor Daging & Puding Raja Kak Icah memang tersohor. Dah masuk TV few times. Juga di Istana. 


Terjumpa Cik Ngah & Kak Zu (sama group naik Haji, jugak saudara mara belah Pekan) di Kafe ni. Cik Ngah ni classmate Kak Icah rupanya. 




Semua sedap.


Puding Raja ni kita tapau lah.


Laksa PAHANG memang awesome..!! Lempeng dengan sambal memang sedap sangat.


Roti Naik Pahang. Lama tak makan. Yang ni special order awal dari Cik Ngah. Alhamdulillah ada extra so ada lah rezeki kami dapat rasa. Cicah kopi memang best..!!


Kuih 3 Beradik ni asalnya dari Chenor, Pahang. Supplier baru hantar, rupanya junior di Semsas, sekolah lama. Shikin memang asal Chenor so memang sedap sangat lah Dodol Kukus, Pepena & Badak Kubang ni.


Lawa simple je deco.


Dah kenyang, borak2. Time to balik. Opor tak siap lagi nak tapau sebab serve untuk lunch time je.


Bye bye Kak Icah & Abang Nuar.


Mak dengan Kak Icah, pun lama tak jumpa.


Tempat makan dalam koc keretapi.


Makteh Nor bawak jalan2 bandar Pekan. Ya la Lama sangat tak balik. Tengok tapak rumah Toknyang.


Padang Polo.


Istana Abu Bakar 


Rumah sepupu mak di Kampung Jambu


Rumah sepupu mak jugak.


Rumah arwah Tokki. Kampung Pahang Tua. Di tepi Sungai Pahang.


Insya Allah akan dimanfaat pada yang empunya nya nanti.

4 comments:

dear anies said...

tempat menarik, makanan semua sedap2. mmg complete punya pakej ;-)

dear anies said...

btw akk apa khabar?

Mrs. A said...

Kuih-muih nampak sedap.
Menarik bekas-bekas tempat makanan semua

m.u.l.a.n said...

Anies: Ya betul mmg complete tempatnta. Hehe sihat Alhamdulillah. Semoga Anies sentiasa sihat, diluaskan rezeki, dilindungi & dirahmati Allah.

Mrs A: Memang menarik semua. Nanti try la

:: POPULAR POSTS ::