Wednesday, November 25, 2020

UPDATED RESEPI MASAKAN KOREA

Salam semua.. Take care & stay safe ya.. Baru dapat update resepi masakan Korea. Cara singkat & citarasa kami hehe. 

Di Kerteh ni, memang limited sangat2 kedai makannya. Western ada few kedai, di samping Secret Recipe, Pizza Hut, Nandos, McD, KFC, Empire Sushi, Chicken Rice Shop. Tu je yang famous yang ada di sini. Kami memang suka Korean food, so order bahan mentah macam mee, Gochujang Paste, seaweed dll online je.


BIBIMGUKSU, KIMCHI & KOREAN SPICY FRIED CHICKEN

RESEPI BIBIMGUKSU :

1/2 peket Angel Hair direbus

1/2 - 1 cawan Kinchi dicincang
1 sudu besar Sesame Oil
1 sudubesar Pes Gochujang

- Gaul semua bersama. Semua bahan tu sesedap rasa masing2. Tabur bijan. Siap dimakan.


RESEPI JJAJANGMYEON :

1/2 peket spaghetti direbus

1 bawang besar dipotong dadu
1 sudukecil ciliboh
1 cawan isi ayam potong dadu
1 ubi kentang besar dipotong dadu
1 Zucchini dipotong dadu
1-2 sudubesar Sos Tiram
1-2 sudubesar Kicap
2 sudubesar Taucu dikisar
Garam Gula secukup rasa

(A) 1/2 - 1 cawan air + 1 sudubesar tepung jagung

1 Timun dihiris panjang

- Tumis bawang besar & ciliboh. Masukkan ayam & kentang, masak hingga kentang lembut. Masukkan semua bahan lain kecuali (A). Bila menggelegak, masukkan bahan (A), kacau hingga pekat. Tabur hirisan timun & bijan.


RESIPI KIMCHI FRIED RICE :

2 cawan nasi sejuk
2 sudubesar bawang putih dicincang
1/4 cawan isi ayam dicincang atau
Sosej/Salami dicincang
2 telur
1 cawan Kimchi dicincang
1 sudubesar Sesame Oil
5 Shitake Mushroom dicincang
1 sudukecil Pes Gochujang
Garam Gula secukup rasa

Hirisan Daun Sup
Shredded Roasted Seaweed
Bijan

- Tumis bawang putih. Masukkan ayam atau sosej/salami, kemudian telur. Masukkan bahan lain & nasi. Hidangkan bersama daun sup, seaweed & bijan. 



Memang sedap.


RESEPI KIMCHI :

1/2 Kobis Panjang yg besar

- Potong sebesar 3cm x 3cm. Basuh & rendam dgn air garam yg separas saja (guna 5 sudubesar garam) selama 4 jam. Basuh & perah 3 kali.

1 bawang besar dipotong kecil
1 epal merah dikupas kulit & dipotong kecil
2 sudubesar serbuk cili
1 sudubesar Sos Ikan
1 sudubesar gula

- Kisar halus semua bahan di atas. Tambah air sikit saja kalau perlu untuk mengisar.

1 carrot dihiris halus panjang 2 inci
Kucai dalam segenggam dihiris panjang 2 inci

- Gaul semua bahan di atas & simpan dalam balang plastik di dalam peti sejuk, bukan di tempat beku.


HOMEMADE KIMCHI

Semua resepi di atas adalah cara saya yang malas & citarasa kami. Boleh ditambah/kurang ikut selera masing2 ya.

Kalau ikut selera anak2, tiap hari pun boleh makan Korean food ni tapi tak lah. Nasi putih, tempoyak petai, masak lemak, asam pedas, singgang lagi sedap kan..

9 comments:

nohas said...

daebak!!..bibimguksu tu belum try lg..

hasliynda umairah beauty said...

wah sedap sgt nie
terbaik

Unknown said...

WOW...BESTNYA.......

Syaz Rahim said...

terbaik! jadi doh semua tu!

Semut Senyum said...

Assalamualaikum,
Waahhh.... mmg style habis masakan korea...

m.u.l.a.n said...

Nohas: Bibimguksu paling senang kalau ada kimchi, mmg sedap

Haslynda: Mmg sedap Alhamdulillah

Unknown: Masak sendiri lagi puas hati

Syaz: Alhamdulillah

Semut : Waalaikumsalam. Main masak2 kat dapur sempena covid sbb tak ada kedai korea sini hehe

Azian Elias said...

masakan mulan cantik2. suka tgk.

Azhafizah MN said...

Ayam goreng korea tu kalau dapat makan memang sekejapan habis. Lama tak makan kimchi. Sedap tu buat kimchi jjigae atau letak dalam maggie kari :) Buat kimchi fried rice style akak pun pun sedap juga :)

m.u.l.a.n said...

Kak Yan: Table setting Kak Yan lagi cantik, suka tengok tau hehe

Fizah: Betul tu ayam goreng korea tu mmg kena catu haha sbb memang sedap kan