LANGIT TIDAK SELALU CERAH, TAPI MERIAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.

Lama jugak tak sempat bw. Banyak hal nak settle sebelum puasa. Gift Top Commentators pun tak siap lagi. 

Sabtu baru ni, gathering di rumah aunty. Jumaat bakar kek dan brownies. Drive dari Kuantan hari Sabtu lepas anak soleh balik kerja pukul 1. Singgah Putrajaya ambil anak solehah. 

Aunty2 request KEK LEMON. Lama sangat berbulan2 tak buat. Kek tu cacat sebenarnya. Mendap di tengah. Tapi naik elok asalnya, tiba2 tengahnya, sinkhole. Down/stress agaknya kek ni. Texture dah elok macam kek. Tak apa. Makan2 keluarga. Minta tolong hubby belikan blueberry. Kita susun je lah di tengah mendapan tu. Deco kek di rumah Putrajaya sebenarnya sebab takut deco awal sangat, nanti kek comot.


Brownies sebenarnya. Pun tak jadi. Dah macam tray bake cake. Cairkan chocolate compound, sapu atas nya. Nak tutup surface yang tak macam brownies tu. Tabur chocolate flakes, susun blueberry.


Kek Lemon yang mendap sebelum di-deco tapi licin hehe.


Brownies ni memang silap langkah. Memandai2 kan. Juga lama tak buat. Alhamdulillah licin semuanya. Sedap tapi bukan texture brownies. Benar, langit tak selalu cerah. Tak selalu yang dibuat itu menjadi.


Uncle & aunty2, adik mak dah lama ajak makan2, tapi tak jadi2. Alhamdulillah elok2 je sebelum nak puasa, diorang plan buat gathering makan2 sekali pakej birthday cucu2 juga yang lahir January/February sebelum puasa. Cuti sekolah juga kan, meriah lah suasana. Alhamdulillah ramai datang walaupun tak semua, sepupu2 dan mak pak saudara dari Alor Setar & Pendang, Kedah juga dari Jerantut & Kuantan, Pahang. Yang lain2 memang dah jadi warga KL dan Selangor. Havoc betul suasana. Memang meriah. 

Moga silaturrahim kami kekal abadi walaupun arwah tok dan tokki tiada lagi. 


Asalnya potluck tapi aunty kata dia order sikit, siap canopy sebab petang selalu hujan katanya. Betul memang hujan sekejap petang tu. Antara makanan yang dibawa caterer. Mak punya special request, Pulut Kuning.


Antara yang dibawa oleh barisan sepupu2 yang awesome.


Puding Raja adik no2 kita buat, laku keras. 

Comments