Thursday, December 11, 2025

DAY 9 : BISHKEK KE CHOLPON ATA, KYRGYZSTAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat SUMATERA, MALAYSIA dan semua negara yang terkesan dengan banjir, serta apa jua dugaan, konflik dll nya. Moga dipermudah kan semua urusan, diganti dengan yang lebih baik. 

 

Seawal pagi kami makan. Lapar bila sejuk2. Duduk apartment (homestay) ni tiada free breakfast. Kami beli semuanya di kedai yang sama sewaktu 7E yang berdekatan pada malam sebelum nya. Sedap2, Alhamdulillah.


Kemas sedikit baju, book Yandex/Grab. Di Kyrgyzstan pun sama, senang boleh guna Yandex/Grab. Cuaca mendung, sejuk sangat. Suhu bawah 10'C. Kami book 3 malam di apartment ni. Namun ada pertukaran plan. 


Hubby sewa kereta. Dah prepare siap bawa INTERNATIONAL DRIVING PERMIT yang dia buat sebelum ke Tokyo bulan September baru ni. IDP ni valid satu tahun. Elok lah guna. Polisi sewa kereta di syarikat ni, minimum 3 hari. Macam biasa kena record ambil video atau foto untuk tengok calar, dented atau apa2 kerosakan pada kereta sebelum kita menyewa. Left hand drive keretanya.

Staff tu kan cakap Kyrgyzstan dengan saya sambil pandang muka. Saya balas dalam bahasa Inggeris. Dia pun jawab dalam bahasa Inggeris menyatakan, dia ingat saya orang Kyrgyzstan haha. Hhmm...... Cakap dengan hubby, duduk sini je lah. Hehe.


Gambar last tu, camera speed trap. Guna bateri mungkin nya, kata hubby. 


Tak boleh lah co pilot nak lelap. Cuaca mendung memang agak mengantuk.


Tokmok

....ialah sebuah bandar di Lembah Chüy di utara Kyrgyzstan, terkenal dengan kepentingan sejarahnya sebagai perhentian utama di Laluan Sutera purba (SILK ROAD). Ia terletak di timur ibu kota, Bishkek, dan paling terkenal sebagai pintu masuk ke bandar purba Balasagun dan kompleks arkeologi Menara Burana yang ikonik .


Sepanjang perjalanan memang banyak kuda, lembut, biri-biri meragut padang rumput di kiri kanan jalan.


Balasagun

....adalah sebuah bandar Sogdiana purba dan hab utama di Jalan Sutera (SILK ROAD), yang terletak di Kyrgyzstan masa kini. Ia berfungsi sebagai ibu kota Kara-Khanid Khanate dan runtuhannya adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO


Menara Burana

...ialah menara purba (minaret) yang ikonik yang terletak di Lembah Chuy di Kyrgyzstan, kira-kira 80 km ke arah timur ibu kota Bishkek, berhampiran bandar Tokmok. Ia merupakan peninggalan ketara dari kota purba Balasagun, sebuah hab perdagangan yang berkembang pesat di sepanjang Laluan Sutera pada abad ke-11. 

Sejarah dan Ciri-ciri

Pembinaan Awal: Menara ini dibina pada abad ke-11 oleh Karakhanid dan asalnya berdiri setinggi 45 meter. Ia merupakan salah satu menara tertua di Asia Tengah.

Kerosakan Semula Jadi: Beberapa gempa bumi telah menyebabkan kerosakan teruk sepanjang berabad-abad. Gempa bumi besar pada abad ke-15 atau ke-16 meruntuhkan bahagian atas menara, mengurangkannya kepada ketinggian sekarang iaitu 25 meter.

Pemuliharaan: Kerja-kerja pemuliharaan dan pembaikan telah dijalankan pada tahun 1920-an dan 1970-an untuk memelihara struktur yang tinggal.

Tapak Arkeologi: Menara ini adalah sebahagian daripada kompleks arkeologi yang lebih besar, termasuk penanda kubur purba (balbal), runtuhan kubu, dan tiga monumen makam, yang semuanya adalah sisa-sisa kota Balasagun yang hilang. 

Menara Burana kekal sebagai bukti penting kepada sejarah kuno Laluan Sutera dan kehebatan seni bina tamadun Asia Tengah.


One for the album. Ada bayaran untuk masuk lebih ke dalam perkarangan Menara ini, namun "nature call/bio break" lebih penting. Sejuk2 ni kan. Aduiii. Kami singgah di stesen petrol yang paling dekat menghala ke jalan yang seterusnya.


Walaupun mendung, tetap dapat melihat dari jauh. Pergunungan yang mula disaluti salji.


Lengang jalannya, tak sama dengan bandar Bishkek.


Seronok dapat tengok masjid2 yang banyak di sepanjang jalan. Walaupun tak besar, tetap excited.


Rasanya dah masuk mukim Kemin. Agak sakit drive di Kyrgyzstan ni, speed limit punya la rendah. 60-90km/jam. Foto bawah/kanan adalah camera speed trap nya.

Kota Kemin : Ibu pejabat pentadbiran Daerah Kemin, ia ditubuhkan pada tahun 1912 dan diberikan status bandar pada tahun 2012. Sehingga tahun 2021, ia mempunyai populasi lebih 10,000 orang.

Lembah Chon-Kemin/Taman Negara : Ini adalah tarikan semula jadi utama, lembah yang luas dan hijau dengan sungai yang mengalir melaluinya, diliputi oleh dahan pergunungan Tian Shan. Sebahagian daripada wilayah ini dilindungi sebagai Taman Negara Alam Semula Jadi Chong-Kemin , yang ditubuhkan untuk memulihara flora dan fauna yang unik, termasuk spesies yang jarang ditemui seperti harimau bintang salji dan helang emas.


Jalan yang kami lalui, juga area R&R.


Terdapat tugu patung nun di atas bukit, tak pasti siapa. 


Cuaca semakin sejuk.


Permukaan tanah di sana memang berbukit, bergunung. Disusun batu kami rasa, membentul bendera dan tulisan KYRGYZSTAN.


Wahh ada motorhome di hadapan kami.


Jeram berhampiran Konorchek Canyon.


Konorchek Canyon

...ialah keajaiban semula jadi yang menakjubkan di Boom Gorge Kyrgyzstan, terkenal dengan formasi batu pasir merah dan tanah liat yang menjulang tinggi, sering dibandingkan dengan Grand Canyon kecil atau landskap di The Lion King . Ia merupakan destinasi popular untuk mendaki dan lawatan sehari percuma mesra keluarga dari Bishkek.

Kami singgah snap foto saja. Sunyi dan sejuk. Cuaca kering, maka nya tiada lah jeram yang sepatutnya ada.


Chon-Kemin (atau Chong-Kemin)

....merujuk kepada sebuah lembah sungai, ngarai, dan Taman Negara di Kyrgyzstan, terkenal dengan landskap pergunungan yang indah, sungai yang deras, hutan konifer, dan padang rumput alpine, menjadikannya destinasi popular untuk aktiviti luar seperti mendaki, menunggang kuda, ski musim sejuk, dan mengalami budaya nomad tradisional, terletak kira-kira 150 km timur laut ibu negara, Bishkek. 

Aktiviti:

Musim Panas: Larian kuda, mendaki (trekking), berakit (rafting), dan ekopelancongan.

Musim Sejuk: Ski dan menikmati salji.

Pengalaman Budaya: Penginapan di yurt (tenda nomad) dan interaksi dengan penduduk tempatan untuk merasai masakan dan muzik tradisional.


Terdapat rel keretapi.


Ada sebahagian jeram yang tidak kering. Subhanallah cantiknya.


Jangan lah mengantuk. Kami lupa beli jajan dan snacks buat mengunyah.


Ada yurt di tepi jalan. Mungkin untuk menahan dari sejuknya cuaca.


Ada masjid kecil.


Cantik walaupun sinaran mentari agak suram.


Bendera KYRGYZSTAN lagi di sana.


Sebahagian dari mod pengiklanan. 


Balykchy (bermaksud "nelayan") 

...ialah sebuah bandar di hujung barat Tasik Issyk-Kul di Kyrgyzstan. Ia merupakan pusat pengangkutan dan perindustrian yang penting, berfungsi sebagai jalan utama dan persimpangan rel, dan sering dirujuk sebagai pintu masuk ke wilayah Issyk-Kul. 

Butiran Utama
Lokasi: Balykchy terletak pada ketinggian kira-kira 1,630 hingga 1,900 meter (5,350 hingga 6,230 kaki) dari paras laut, di mana jalan utama dari ibu kota Bishkek berpecah menuju Naryn (dan akhirnya China) atau di sekitar Tasik Issyk-Kul.

Sejarah: Pekan ini diasaskan pada tahun 1884 sebagai stesen pos dan kemudiannya menjadi pusat perikanan dan pemprosesan ikan utama. Ia dikenali dengan nama Rusia Rybachye ("tempat memancing") sehingga ia dinamakan semula Balykchy selepas kemerdekaan Kyrgyzstan.

Ekonomi: Semasa era Soviet, Balykchy merupakan hab perindustrian yang penting. Berikutan kejatuhan Kesatuan Soviet, kebanyakan pangkalan perindustriannya merosot. Hari ini, ekonominya masih melibatkan beberapa pemprosesan makanan dan logistik, tetapi pelancongan yang berkaitan dengan Tasik Issyk-Kul telah menjadi aspek yang menonjol.


Masjid-masjid lagi di sepanjang perjalanan kami.


Jalanraya di sana.


Kawasan perkuburan. Besar binaan atas kuburnya.


Alhamdulillah tiba di B&B kami di CHOLPON ATA. 

Cholpon-Ata

...ialahsebuah bandar peranginan popular yang terletak di pantai utara Tasik Issyk-Kul di Kyrgyzstan. Terkenal dengan pantai berpasir, air jernih dan latar belakang pergunungan Tian Shan, ia merupakan destinasi pelancongan utama, terutamanya semasa musim panas.

Apartment di Bishkek memang kami book untuk 3 malam. Hubby ajak jalan2 area Tasik Issyk-Kul, so kami book lain untuk satu malam di Cholpon Ata. Barang2 kami yang banyak masih lagi di apartment Bishkek. Asalnya nak drive day trip tapi agak jauh dan speed limit rendah sangat, mana mungkin dapat sampai siang hari. Kalau travel dan drive, kami akan cuba sampai sebelum hari gelap/Maghrib. Musim sejuk, siang hari pun sekejap.


Bilik ada 3 single bed. Harga bilik RM104 termasuk breakfast. Landlord duduk dalam kawasan B&B ini juga. Sampai saja di bilik, terus tarik heater letak tepi katil. Panaskan kaki dulu hehe. Sejuk macamana pun, tetap kena mandi sebelum tidur. Kalau sejuk sangat esok pagi mungkin tak perlu mandi. Hehe. Ya lah, mana berpeluh masa tidur musim sejuk. Tapi selalunya mandi.


2 unit cabin di bawah juga di sewa kan. Rasa nya musim panas memang fully booked sini.


Memang suka lah tengok cabin ni.


Dah nampak dari tepi jalan. Mesti ada kedai makan halal berdekatan. Kena u turn nak ke sini.


Subhanallah cantiknya.


Subhanallah cantiknya jugak.


Hari semakin gelap. Drive dalam bandar berdekatan hotel dll tak apa kalau malam2. Jangan drive jauh2 sebab bukan tempat kita.


Betul2 sebelah masjid. Main dish nya dumplings rupanya. Sedap tapi besar betul. Dah lah order 2 piring. Kenyang sangat Alhamdulillah. Dibagi roti jugak. 


Apple ni kami dah tengok sepanjang jalan dari Bishkek. Nak stop tapi asyik terlepas. Alhamdulillah rezeki kami, landlord bagi 6 biji dari pokoknya. Yang kuning tu sedap sangat. 

Alhamdulillah smooth semuanya. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.


No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com