Tuesday, December 09, 2025

DAY 7 : TASHKENT, UZBEKISTAN YANG AWESOME


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat SUMATERA, MALAYSIA dan semua yang terkesan dengan banjir dll nya. Moga dipermudah kan semua urusan, diganti dengan yang lebih baik. 


GULNARA GUEST HOUSE

Alhamdulillah, baru nampak jelas guest house sebab sampai tengah malam pukul 12, lena tidurnya. Hubby dah pun pergi jogging lepas Subuh. Breakfast included tapi pukul 8, menahan lah perut dulu tapi ada biskut dan chocolate boleh kunyah sikit. Hubby call tempat jam 8 suruh keluar bilik untuk makan. Kita snap2 dulu foto GULNARA GUEST HOUSE ni. Macam satu banglo besar dengan banyak2 bilik.


Akak Uzbek pasang alas meja untuk kami. Baik mesra sangat diorang ni. Dia cakap bahasa Uzbekistan pada saya. Saya jawab dalam bahasa Inggeris. Dia guna bahasa isyarat mungkin lah menyatakan ingat saya satu bangsa. Tapi hubby bangsa lain haha. Gelak lah kami semua. Hubby kata pada saya, you mata makin sepet, pakai baju macam orang2 local kot hehe.

Guest house ni adalah satu kawasan yang besar. Bangunan umpama banglo besar, macam istana kecil kot umpama dalam movie, yang 2 tingkatnya menempatkan bilik2 untuk tetamu, meja makan dan ruang TV. Berhadapannya bahagian luar adalah bahagian dapur. Juga meja2 dan kerusi makan outdoor. Ada meja makan bersila dan kerusi duduk. Office kecil di sebelah dapur. Ada ruang basuh dan  sidai baju di bahagian hujung nya.


Tak ada nasi lemak, lontong, soto, mee goreng dll. Simple breakfast yang free dan sangat mengenyangkan Alhamdulillah. Letih nak habiskan. Tinggalkan roti dan biskut yang tak dapat habis, sebab boleh simpan, yang lain kami usaha sedaya upaya habiskan. 


Memang sejuk di luar, tak sampai 10'C rasanya, atau belas2. Nyaman je makan Alhamdulillah. Gigil jugak badan lepas 20 minit.


Siap makan, lepak sekejap, siap lah kaki. Bermula lah perjalanan ini....

Lalu saja di Chorsu Bazaar.

CHORSU BAZAAR

...ialah yang terbesar dan salah satu pasar tertua di Tashkent, Uzbekistan, terkenal dengan suasana meriah dan kubah biru ikonik. Terletak di tengah-tengah Kota Lama (Eski Shahar), ia menawarkan gambaran asli ke dalam kehidupan dan budaya tempatan dan merupakan destinasi yang mesti dikunjungi untuk pelancong.


Kami menaiki Metro Train, memang cantik underground train station nya. Snap foto dulu. Detail stationnya, kemudian lah.


Hubby ajak naik hop on hop off bus. Ehh macam tak percaya. Pucuk dicita ulam mendatang, Alhamdulillah. Relax lah sikit kaki pagi tu.


Duduk bahagian atas bas. Senang nak snap foto.


Foto atas, kiri : Memorial untuk mangsa tempat bumi tahun 1966. 

Tapi tak tau kenapa macam tak enjoy, sebab bas agak laju kot. Ya lah takkan slow, nanti ganggu trafik di jalanraya kan. Attraction pulak kadang kiri, kadang kanan. Macam nak vertigo pulak nak pusing mata. Nak snap foto, hubby pulak suruh dengar audio kena pakai earphone untuk bahasa Inggeris. Kita pulak nak snap foto kadang ke seat kiri, kadang ke seat kanan. Earphone entah ke mana. Terhoyong hayang dibuatnya.


Magic City ni je yang ingat, foto bawah, kiri. Sebab besar signboard nya. Hotel Uzbekistan tempat kami naik dan turun dari bus HOHO ni.

Hotel Uzbekistan ialah hotel 4 bintang yang ikonik dan bersejarah di tengah-tengah Tashkent, yang terkenal dengan seni bina modenis era Soviet yang tersendiri.


Ini lah list attraction yang kami lalu. Ada 4 tempat yang kami boleh turun, spend masa 40 minit dan naik bas yang kemudiannya. Tapi hubby kata tak perlu turun. Kita mark je tempat yang agak best, datang semula. Lagipun cuaca agak terang terik. Mentari di atas kepala.


Kami turun di Hotel Uzbekistan. Jalan2 cari makan. Dah waktu lunch. Makan sebelum balik guest house untuk solat dan rehat.


Hubby gugel tempat makan berdekatan. Ajak ke FOOD MALL. Wahh memang awesome tempat nya, especially WC nya. Sempat snap toilet je. Nak snap luar toilet ramai pulak pretty ladies. Hitam menawan. Walaupun majoriti penduduk Islam, disarankan cari yang halal. Kami order JACKET POTATO. Dah tengok punya lama, first time makan ni. Sedap. Foto, bawah dua dari kiri, bawah kaunter tu, adalah kentang yang besar2 untuk buat Jacket Potato ni. Satu lagi order Russian Shawarma, sedap sebab lain sikit daging nya. Punyalah besar. Rasanya harga makanan di FOOD MALL ni, lagi lebih murah dari food court KLCC. Kalau convert ke RM lah. Kami ke stesen metro berdekatan untuk pulang ke guest house. Sebelum tu kami buat trip ke tiap stesen yang kami rasa nak singgah, snap foto sikit2. Train station yang on the way balik guest house saja. Sebenarnya tak banyak pun train station di Tashkent. Berbelas saja.


Kosmonavtlar Station

...ialah stesen metro terkenal dengan seni bina unik di Tashkent, Uzbekistan, terkenal dengan tema program angkasa lepas yang terperinci. Nama itu sendiri bermaksud "Angkasawan".  Stesen ini merupakan mercu tanda budaya penting yang meraikan pencapaian Kesatuan Soviet dalam penerokaan angkasa lepas.

Tema : Stesen ini didedikasikan untuk program angkasa lepas Soviet dan perintis penerokaan angkasa lepas, termasuk Yuri Gagarin dan Valentina Tereshkova.

Reka bentuk : Ia menampilkan bahagian dalaman berjubin biru dan putih yang menyerlah dengan tiang berkilauan, mewujudkan suasana ruang bawah air atau futuristik. Pingat dan potret angkasawan dan ahli astronomi terkemuka menghiasi dinding. Patung Icarus juga merupakan sebahagian daripada hiasan.
(Sumber Ringkas AI)


Gafur Gulom Station

Ciri-ciri Stesen

Asal Nama : Stesen ini dinamakan sempena Gafur Gulom, seorang penyair, penulis, dan penterjemah terkenal Uzbekistan yang terkenal dengan terjemahan karya Pushkin dan Shakespeare.

Seni Bina & Reka Bentuk : Stesen ini merupakan contoh terkenal seni bina era Soviet, menampilkan reka bentuk unik oleh artis S. Sultonmuradov.

Bahan : Ia menggabungkan marmar, granit, logam, kaca dan seramik artistik.

Lajur : Lajur yang menyokong set stesen adalah berbilang muka, dengan bahagian atas yang menebal dan skema warna hijau tua atau jed yang tersendiri.

Pencahayaan : Lampu stesen tersembunyi secara halus di dalam kubah.

Karya seni : Dindingnya menampilkan mozek dan karya seni seni pascamoden.


Tinchlik Station

Maksud Nama : Nama "Tinchlik" diterjemahkan kepada "keamanan," yang tercermin dalam suasananya yang tenang.

Reka Bentuk & Ciri : Stesen ini terkenal dengan reka bentuk berhias dan elegan, menampilkan dinding kaca berwarna, tiang marmar yang diterangi lampu dan candelier kristal di siling. Mozek geometri juga menjalankan panjang platform.
(Sumber Ringkas AI)


Beruniy Station

Ciri Seni Bina

Stesen Beruniy ialah contoh terkenal seni bina unik Metro Tashkent, yang menampilkan elemen reka bentuk era Soviet yang diilhamkan oleh seni dan budaya Uzbekistan. 

Reka bentuk : Stesen ini direka mengikut tradisi kebangsaan Uzbekistan, dengan dewan platform berkubah.

Bahan : Hiasan dalaman diperbuat daripada campuran marmar, granit, logam, kaca, porselin dan kristal.

Pencahayaan : Candelier kristal digunakan di seluruh lobi, tangga dan dewan, mewujudkan suasana yang elegan.

Tema : Stesen ini dinamakan sempena polymath Parsi Al-Biruni, dan reka bentuknya mencerminkan legasinya dan sejarah negara.
(Sumber Mod AI)


CHORSU BAZAAR 

...ialah Pasar yang terbesar dan salah satu pasaran tertua di Tashkent, Uzbekistan, terkenal dengan suasana meriah dan struktur kubah biru yang ikonik. Terletak di tengah-tengah bandar lama bandar, atau Eski Shahar , ia telah menjadi hab perdagangan pusat sejak zaman Laluan Sutera purba. 

Makanan & Hasil: Ini adalah sorotan utama, menawarkan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran segar (termasuk lobak merah kuning dan limau oren), buah-buahan kering, kacang, rempah ratus (jintan manis, kayu manis, kunyit) dan roti tradisional Uzbekistan (obi non).

Kraftangan & Cenderamata: Anda boleh menemui seramik, barangan bersulam, pakaian tradisional dan gerai cenderahati.

Barangan Lain: Pasaran juga menjual pakaian, barangan rumah, alat tulis, barangan kulit, dan juga elektronik yang diimport.


Food Alley: Terdapat kawasan medan selera khusus di mana anda boleh mencuba hidangan panas yang baru dibuat.

Masakan Tempatan:
Shashlik (lidi daging panggang)
Khasip (sosej hati)
Khanum (hidangan ubi kentang berperisa tomato)

Roti tradisional dari ketuhar tandoor, selalunya dihidangkan bersama madu dan krim kaymak.


Sampai di guest house, ada 2 ekor burung menanti. Comel je. Balik untuk solat Zohor/Asar, juga rehat kaki seketika. Ingat boleh nak rehat sampai malam, dah nama travel, kena lah keluar enjoy Tashkent ni kan. Kami book Yandex/Grab untuk ke destinasi ziarah petang itu. Petang tak petang, dah malam sebab Maghrib pukul 5 lebih.


Center For Islamic Civilization

..ialah kompleks budaya dan pendidikan utama yang terletak di kompleks Hazrati Imam (Khast-Imam) yang bersejarah di Tashkent. Ia merupakan mercu tanda terkenal yang didedikasikan untuk kajian dan pemeliharaan warisan Islam yang kaya di rantau ini dan dijadualkan dibuka kepada orang ramai pada Mac 2026. 


Kalau dilihat pada signboard di depan ya, baru saja dirasmi pada November 2025. 


Bila malam terserlah cantiknya dengan kilauan lampu.


Masya Allah cantiknya kan, ilham dari Yang Maha Esa, buat hambaNya dapat merekacipta bangunan secantik ini.


Digabung dengan sunset.


Belum dibuka pada umum. Tapi Alhamdulillah kami dapat menikmati keindahannya dari luar, dah cukup seronok. One for the album.


Ada kereta polis, ada kereta macam plet nombor yang khas. Menteri kot datang buat pemeriksaan dll nya. Kami masih dibenarkan memfoto di kawasan hadapan dan luarnya, cuma tak dibenarkan masuk. Ya jugak, akan dibuka Mac 2026.


Mana taknya foto beribu2 lemon, semua spot cantik. Senibina, reka bentuk serta bahan binaan yang sangat indah.


Dah nak balik tapi..... Tetap nak snap dari angle ini.


Dari sisi yang lain.


Ok last one. Moga dapat ke sini lagi dan masuk ke dalamnya. Insyaa Allah. Maka berlalu lah kami ke destinasi lain.


Bertembung dengan binaan ini. Sangat hampir dengan Center For Islamic Center. Macam baru dibina. Mungkin juga sebahagian dari nya.


Close up. Terus kan perjalanan kaki kami.


Lintas lalu di tepi jalan melalui tugu ini.

Abdulla Qodiriy (1894–1938)

...ialah seorang penulis drama, penyair, penulis dan penterjemah Uzbekistan yang berpengaruh, diiktiraf secara meluas sebagai pengasas novel Uzbekistan moden. Beliau memperkenalkan realisme ke dalam kesusasteraan Uzbekistan melalui karya sejarahnya dan merupakan tokoh penting dalam gerakan Jadid. 


Hampir di metro station, ternampak gerai kecil. Cuaca sejuk, perut cepat lapar, memang dinner time. Stop sekejap. Alhamdulillah ambil 2 jenis roti saja, konon nak alas perut, tapi dua2 tu dah sangat kenyang buat kami. Order kopi juga. 


Alisher Navoi Metro Station

...terkenal dengan seni bina berhias dan reka bentuk yang rumit. Ia dianggap sebagai salah satu stesen yang paling indah dalam sistem Metro Tashkent.


Stesen ini, dibuka pada 8 Disember 1984, berfungsi sebagai bukti budaya Uzbekistan dan kemegahan seni bina era Soviet. 

Elemen Reka Bentuk: Bahagian dalamannya menampilkan gabungan motif kebangsaan Uzbekistan, dengan kupola (siling berkubah) terletak pada tiang tirus.

Hiasan: Kerja jubin yang rumit, tiang marmar, mozek berwarna-warni dan candelier yang elegan menghiasi stesen.

Mural Artistik: Relief biru biru dan panel di sepanjang dinding menggambarkan adegan daripada puisi epik Alisher Navoi, penyair dan ahli falsafah abad ke-15 yang dinamakan stesen itu.


Cantik kan.


Dinding sebelum turun ke escalator pun cantik.


Paxtakor Station

Sorotan Senibina

Tema : Nama "Paxtakor" diterjemahkan kepada "pemetik kapas" dalam bahasa Inggeris, dan hiasan stesen adalah penghormatan kepada warisan industri kapas yang penting di Uzbekistan.

Hiasan : Dindingnya dihiasi dengan mozek hijau dan biru terang serta jubin seramik yang menggambarkan pemandangan tradisional tumbuhan kapas dan bunga mekar.

Gaya : Stesen ini menampilkan gabungan seni bina Soviet moden dan pengaruh Uzbekistan tempatan, dengan dinding bersalut marmar dan lampu sconce gangsa.


Mustaqillik Maydoni Metro Station 

Seni Bina dan Sejarah
Reka bentuk : Stesen ini terkenal dengan seni bina era Soviet yang hebat, menampilkan tiang marmar putih yang digilap dari Nurata, dinding marmar Gazgan berwarna pic, lantai granit merah dan kelabu yang disusun dalam corak Uzbek yang rumit, dan candelier yang besar dan elegan.

Sejarah : Dibuka pada 6 November 1977, stesen itu pada asalnya dinamakan "VI Lenin Maidoni" ("Vladimir Lenin Square"). Ia telah dinamakan semula sebagai "Mustaqillik Maydoni" pada 1990-an berikutan kemerdekaan Uzbekistan.


Belum lagi balik sebab baru jam. 6.45 petang/malam. Hubby ajak jalan2 lagi, ok je kaki masih boleh diseret haha. 

Mustakillik Fountain
....ialah mercu tanda yang terkenal dan digemari yang terletak di dalam Mustaqillik Maydoni (Dataran Kemerdekaan), dataran tengah Tashkent, Uzbekistan. 
Air pancut ini terkenal dengan skala besar dan persekitaran yang indah, berfungs

Gerbang Ezgulik
Gerbang perak dengan patung bangau di sekeliling air pancut menandakan pintu masuk utama ke dataran.


Jalan2 jumpa Sailgokh Street (Broadway) / Night Lights Walking District.

Jalan ini menghubungkan dua mercu tanda utama: Dataran Amir Temur dan Dataran Mustaqillik (Kemerdekaan).

Macam2 aling menarik perhatian kami, ramai bermain ping pong. 


Amir Temur Square (Dataran Amir Temur)

...ialah sebuah dataran utama yang terkenal di pusat bandar Tashkent, Uzbekistan. Ia dinamakan sempena Amir Temur (Tamerlane), seorang penakluk Asia Tengah abad ke-14 yang mengasaskan Empayar Timuriyah.


Alhamdulillah seronok dan smooth semuanya. Sebenarnya tak rasa pun berjalan banyak ni. Sebab berjalan dari pagi. Balik guest house rest, duduk makan, naik train, naik hop on hop off bus. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.


No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com