Saturday, December 06, 2025

DAY 4 : BUKHARA KE SAMARKAND, UZBEKISTAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat SUMATERA, MALAYSIA dan semua yang terkesan dengan banjir dll nya. Moga dipermudah kan semua urusan, diganti dengan yang lebih baik.


Seawal jam 8 pagi kami dah turun breakfast. Buffet spread yang sama namun sangat mengenyangkan, Alhamdulillah. 


Corak alas meja juga kusyen di ruang tempat makan. Corak sebegini memang dapat dilihat di merata pelusuk di Bukhara ini, mungkin juga seluruh Uzbekistan.


Tak akan puas melihatnya. 


Madrasah Nadir Devanbegi. Paling hampir dengan hotel kami. Kalau keluar, pasti akan lalu di depan ya.


Awal pagi masih belum ramai pengunjung lagipun kedai2 belum dibuka.


Hasrat nak jalan2 mall, katanya buka jam 9 pagi namun, hanya beberapa sahaja yang dibuka. 


Kami keluar dari mall, book Yandex Go untuk ke tempat lain.


Antara binaan sempat di-snap dari dalam kereta Yandex.


BUKHARA CENTRAL MARKET (BAZAAR)

Kali ini kami masuk melalui entrance utama.


Terdapat beberapa wanita menjual berbagai jenis roti dan pastry/puff.


Cantik entrance nya.


Bahagian kekacang rupanya. Beli sikit je untuk kudapan.


Kedai di atas, menjual roti dll secara pukal, di dalam kotak. Namun boleh juga dibeli dengan kuantiti sikit. Harga dalam RM1 atau lebih sikit.


Buah2 sedap manis, sayur pun segar dan murah.


Actually lepas breakfast, kami dah check out. Luggage ditinggalkan di lobby, begitu juga guest lain. Tak dapat nak late check out sebab ada guest baru yang akan check in. Namun staff hotel izinkan kami guna salah satu bilik, untuk solat Zohor/Asar sebelum kami tinggalkan hotel. 2 malam RM250 dengan breakfast, wifi, water heater, lokasi dekat attractions. Total Rm300 kot sebab first day dapat check in awal 8 pagi, naik sleeper train.


Bye bye RAY BOUTIQUE HOTEL, BUKHARA. 9/10 saya bagi. 10/10 kalau lokasi depan2 attraction hehe.


Menunggu Yandex Go. Buggy ni, servisnya terdapat di merata lokasi. Sebab besar kawasan TRADING DOMES dan attraction berdekatan. Tak dapat naik pun, kena heret kaki.


STESEN KERETAPI BUKHARA. Gigih hubby tarik luggage kami. Tak berat pun, duffel bag/bagpack with wheels. Sebab photographer busy snap foto kan.


Dalam nya lebih moden dan berhawa dingin. Ketika sampai dari Tashkent, kami tidak masuk ke dalamnya. Kami guna kan laluan di luar terminal.


AFROSIYOB HIGH SPEED TRAIN 

Train kami dari Bukhara ke Samarkand. Jam 3pm selama 1 jam 45 minit.


Train dah sampai, terus lah ke coach nya. Laju betul hubby. Katanya takut tempat untuk luggage bag penuh, ya jugak kan. 


Beratur ikut giliran. Di stesen Bukhara ni, kami jumpa lagi dua Malaysian yang naik sleeper train 3 hari lepas. Seronok berborak tapi diorang coach lain.


High speed train, cantik lah seat nya dan interior nya.


Hubby bawa tab dia, kata nak kongsi. Dah siap download movies dan drama tapi kan, asyik dia je guna. Addicted betul dengan KDrama/KMovie. Tapi kita pun satu hal, masuk train terus nak lena.


Laju train nya, blur lah foto.


Sempat lah snap sikit.


Di train station, kami beli roti untuk makan alas perut. Tak lunch di Bukhara sebab masih kenyang.


SAMARKAND RAILWAY STATION 


Cantik dalam terminal nya.


View di luar terminal.


Alaa comel nya cart ni. 


Sunset, dah masuk Maghrib rasanya sebab masuk waktu 5pm lebih. Menunggu kereta Yandex ke hotel.


REGISTAN HOTEL, SAMARKAND 

Hubby yang book hotel ni. Katanya area REGISTAN mostly fully booked. Tanya dia, check tak bilik berapa besar. Tak, katanya. Hehe comel bilik macam di Jepun. RM200 lebih untuk 1 malam tapi lokasi betul2 opposite REGISTAN. Prime area. Tapi ada je yang harga beratus2 @ ribu untuk 1 malam. Yang penting ada space untuk solat. Keluarkan kerusi di celah cabinet dan meja, memang elok2 kiblat di situ. Ngam2 dapat sujud. 


Bilik air pun semua cukup, cuma tak ada handheld bidet. 


Tak apa lah, dah siap2 bawa dari Malaysia. Memang sangat berguna.

Siap solat, kami keluar untuk dinner.


REGISTAN SQUARE 

.....ialah mercu tanda paling terkenal di Samarkand, Uzbekistan, diraikan sebagai salah satu dataran awam paling indah di Asia Tengah. Ia diapit di tiga sisi oleh tiga madrasah (sekolah Islam): Ulugh Beg, Sher-Dor, dan Tilya-Kori. Tapak Warisan Dunia UNESCO, dataran itu secara sejarahnya merupakan pusat perdagangan, pengumuman dan kehidupan budaya di Jalan Sutera. 

Tiga Madrasah
Tarikan utama ialah tiga madrasah yang dihias dengan hiasan yang mengelilingi dataran. Anda boleh meneroka halaman mereka dan mengagumi kerja jubin mozek yang rumit, kaligrafi dan marmar berukir yang menutupi fasad dan dalaman mereka.

Madrasah Ulugh Beg (1417–1420): Madrasah tertua, terletak di sebelah kiri apabila menghadap dataran, menampilkan motif astronomi yang memberi penghormatan kepada pengasasnya, raja astronomi Ulugh Beg.

Madrasah Sher-Dor (1619–1636): Dibina pada abad ke-17, madrasah di sebelah kanan ini terkenal dengan fasadnya yang tersendiri dan kontroversi yang menampilkan singa bercermin yang membawa harimau bermuka matahari.

Madrasah Tilya-Kori (1647–1660): Madrasah pusat, yang dibina terakhir, berfungsi sebagai madrasah dan masjid. Bahagian dalamannya yang mewah terkenal ditutup dengan daun emas.
(Sumber Ringkas AI)

Memang lokasi hotel seberang jalan sahaja.


Masya Allah cantik kan. Nak masuk area REGISTAN ni, ada bayaran dikenakan. Perut lapar, kami snap foto dari luar saja. Lagipun cuaca sejuk jugak nak jalan2.


Pencahayaan yang sangat cantik, apalagi dengan senibina, reka bentuk dan bahan binaan yang digunakan.




View dari tepi pagar. Tak masuk pun tapi still dapat capture foto yang cantik2, Alhamdulillah.


Jalan2 cari makan.


Makan pizza je sebab dah malas nak cari yang lain.


Siap makan, jalan balik hotel, jumpa penjual jus delima. Mahal sikit je dari Bukhara. RM7 sebotol tapi RM10 di Samarkand. 


Malam2 di Uzbekistan ni, memang liplap lampu di merata tempat. Hujung sana, hotel kami. Semi basement. 


Hari ke 4 ni, tak sebanyak steps semalamnya, sebab travel naik train kan. Alhamdulillah dapatlah kaki rest dalam train. Alhamdulillah smooth semuanya. To be continued..

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com